Friday, December 14, 2012

PizzaPunyaPasal


Lagi seminggu genap sebulan saya sampai di Malaysia. Sejak balik da bermacam jenis makanan saya telan. Walaupun kalau nak diikutkan kat Aussie takde la ngidam banyak benda pon, tapi bila da sampai sini, suma benda pun teringin. Keje saya hari2 memang membadakkan-sumbukan diri je.


Semalam hari lahir ayah saya. Disebabkan tahun ni jatuh pada hari Khamis tak dapat la nak celebrate on that day itself sebab kakak2 abang2 suma letih kerja. Jadi bersempena dengan itu jugak, saya terfikir nak belanja ayah saya makan. Mak suggest Pizza Hut. Sebab da lama tak makan pizza. Saya okay je, baru perasan sejak balik tak makan pizza lagi.


Jadi pelan asalnya nak order online saja sebab tengah promo, tapi tak dapat order sebab katanya kawasan saya ni diorang tak cover, kena order dekat Pizza Hut Delivery (PHD)  yang kononnya lagi laju and cekap la sebab diorang memang specialize in delivery.


So okay la, saya pun order la. Bagi sesiapa yang tak pernah order pizza online, awak kena specify pukul brapa awak nak pizza tu dihantar. Jadi saya order petang semalam, dalam pukul 5 camtu. Pizza dijadualkan sampai by 7.50pm. Okay, setel.


Lepas habis solat Maghrib, kami satu family duduk la terpacak depan TV tunggu pizza. Kami tu refer kat saya, mak and besdayboy. :p


Family saya memang jenis makan dinner agak awal. Sejak dulu lagi. Biasanya around 8.10pm da setel makan suma da. Jadi saya fikir, kalau pizza sampai 7.50 just nice la. Skali jam da pukul 8, perut da mula bising, bayang pizza pon tak nampak. Tapi saya fikir, tunggu je la, mungkin dia ngah cari rumah. 8.05pm, saya dapat call dari PHD. Tapi ntah kenapa customer service dia. Kita cakap bebaik, nak tinggi2 suara pulak.




CS1         : Hello ni Cik Izziara ke?

I               : Ye, Pizza Hut ke ni?

CS1         : Aah, saya nak bagitau pizza akak akan sampai lagi 15-20 minit.

I               : Patut sampai 7.50, skang 8.05. Da lewat 15 minit. Skang call suh tunggu another 15-20 mins?

CS1         : Ye ahhh. Kan akak baru order pukul 7.50 tadi, lagi 15 minit la pizza sampai. *mula tinggi suara*

I               : Bila pulak saya order 7.50 ni? Expected to arrive at 7.50, bukan order masuk at 7.50. Please check your system.

CS1         : Owh, akak order petang ye? Ni rider kita baru nak kuar ah kak. Sabar ah. Nanti sampai la lagi 20 minit. Sabar ah sket.

(Dia pass phone kat rider or sape ntah sambil bisik ‘kakak ni marah dowh, ko cakap ngan dia la’)

 CS2        : Hello cik, ni skang apa cite ni sbenarnya?

I               : *Lorh tanya kita plak apa cite* Saya tak dapat lagi pizza saya. Da lewat 20 minit pun. Boleh saya tau bila baru nak dapat ni?

CS2         : Owh camtu. hahaha. Camni kak, rider tadi lambat. Sebab tu dia baru keluar hahaha.

I               : *Bleh duk hahaha cam lawak sangat je* Kata motto akan sampai less than half an hour, ini half an hour late ni. Nape yang rider boleh lambat2 kluar? 

CS2         : Okay cik, takpe, nanti kita bagi la coupon sebab terlambat, kalau cik tak bagi lambat takpe, pizza cik akan sampai within 15 mins bukan 20 mins.

I               : Another 15 mins? Skang ni da 8.15pm. Service camni lagi nak bagi saya coupon suruh order next time?

CS           : Okay2. Saya akan arrange bagi pizza cik sampai in less than 10 mins.

I               : Okay, saya tunggu 10 minit.



Still, no apology offered. Nice service huh? J


You guys made me wait for 30 minutes and yet, I don’t even deserve an apology?


Seriously??


To be honest, saya pernah bekerja as customer service staff, saya paham perasaannya bila customer marah2 kita. But in this case, saya tak dapat tahan sebab pekerja first tadi tu tinggi suara. Seolah2 kita yang buat salah. Seolah2 dia pulak customer.


Trigger orang bagi makin panas, bila taktau nak mnjawab camne, pass kat orang lain.


Clever move.




Tak pernah ada company yang akan train staff dia supaya bercakap sempoi dengan customer. Tunggu ah. Nanti sampai ah. Customer bukan kawan sebaya kita yang lepak sesama kat Mamak. 
So pleaseee, takyah nak ah ah sangat boleh? J


 Bila jam da menunjukkan pukul 8.40, pizza masih membisu seribu bahasa, takde call yang masuk. Saya call Pizza Hut outlet tu. Mintak cakap dengan manager. Saya da tunggu lewat almost sejam da ni. Bila ntah nak dapat pizzanya. Manager tu cakap lembut je.

“Mintak maaf miss sebab jadi camni, memang salah kami sebab rider lambat, saya cuba contact rider, find out dia kat mana, lepas tu saya contact hp miss balik ye.”


After 10 mins, genap la sejam saya tunggu pizza tak kunjung tiba. Terdetik nak cancel je, might just go and order something else. Tiba2 manager dia call cakap tak dapat nak contact rider, tu rider baru, so dia tak tahu jalan, mungkin sebab tu lambat. Mintak maaf lagi sekali.


Sejuk sikit bila dengar dia cakap lembut, mintak maaf suma. Cuma terlintas pulak nak tanya 2 soalan time tu.


Kalau taktau jalan camne bleh hire dia jadi rider pizza? Bila nak sampai pizzanya?


Dia kata itula, rider baru jadi mungkin dalam proses blajar jalan. Dia tak sure bila akan sampai. Tapi agaknya da segan sebab da sejam kitorang tunggu, Manager dia cakap takpela. Tak perlu bayar pizza tu. Free saja. Sebab nak compensate salah diorang bagi tunggu sejam. 




Tapi concernnya bukan free or kena bayar. Sampai ke tidak pizza tu? Kang dari dinner da jadi supper. Silap2 trus tak hantar. Elok la tu berlapar anak beranak menunggu kemunculan pizza yang tak pasti tiba itu.


Pukul 9.10, FINALLY, dengan izin yang Maha Esa, sampai jugak rider tu, hantar pizza. Sampai da sejuk pizza tu, basah kotak sebab serap wap haba. Rider cakap lambat sebab tak jumpa rumah. Bila tanya kenapa tak call kalo tak sure kat mana, sengih2 je dia. Terkejut dia bila ayah saya cakap Manager awak kata takyah bayar sebab lambat sangat. Mesti cuak tolak dari gaji dia. Tu la, sengih lagi. Ahaha.


So begitula, secara tak pasal2, instead of saya yang belanja ayah saya, Pizza Hut plak yang belanja.

Thank you Pizza Hut!  


Nasib la free pizza tu, kalo tak rasanya rider tu gak yang kena bebel time pass pizza. Ahaha. :p


Heran saya. CS staff patutnya friendly and presentable yet yang tak cukup penyabar pun bleh terlepas jadi CS staff. Rider patut cekap jalan yet skang asal bleh naik motor, tak pandai jalan pon takpe. Nasib baikla pizza je. Kalau orang yang takde medic background pun bleh jadi doktor kat klinik, taktau la nak cakap apa da. :p


Back to my point, tak rugi apa pun la kalau kita cakap bebaik dengan orang. 
To gain respect from others, we have to respect others first. 
As simple as that. :)


Take care, wasalam. :)

Wednesday, February 8, 2012

KawanKawan


Dari kecik sampai ke besar, mana2 saya pergi, saya mesti akan ada sekumpulan kawan pompuan yang sekepala dengan saya. Dah tu bila da ada se-group macam tu, pergi mana pon nak sama2, ada masalah atau khabar gembira pon mesti cari orang2 ni, dan satu lagi, kalau ada barang baik call kawan2 ini untuk share sama2. Barang baik dalam erti kata lain ialah contohnya bila kita baru balik outing dan beli banyak2 makanan sedap. Ataupon ada orang bermurah hati nak belanja kita apa2 sebab nak bagi kita rasa cam "Awwww, sweetnya" but instead, kita call sumorang dan lahap makanan tersebut tanpa sebarang perasaan.


Tapi bagi saya, kawan2 ni jauh lebih besar maknanya, bukan takat share makanan je. Inilah orang2 yang saya anggap keluarga kedua. Malah ada sesetengahnya da saya anggap macam adik beradik sendiri. Berada di dalam kelompok orang2 ini membuatkan saya rasa selamat, terjamin, dan mereka ni la yang selalu ingatkan saya tentang benda2 kecil yang ada masanya saya terlepas pandang. Bila rasa down, orang2 ni la yang tahu camne nak buat saya tersenyum balik.


Sorang kawan laki saya pernah bertanya, kenapa pompuan suka ada puak sendiri? Nak ke mana pon dengan puak tu, nak buat apa pon mesti nak sama2. Adakah sebab nak timbulkan cheerleaders' effect? Bila ramai2 baru terasa hot, dapat tarik perhatian ramai orang?


Lawak bila ingat balik soklan tu. Ada ke patut bila ramai baru terasa diri hot,
baru terasa orang pandang.
(=___=')


Kata orang opposite attracts. Betul. Kalau ikut fitrah, memang begitu la nampaknya. Tapi ada sesetengah perkara, lebih best kalau diceritakan dan dikongsi sesama pompuan. Dan terusterang, saya cukup mudah terima nasihat dari kawan2 rapat pompuan saya berbanding ahli keluarga sendiri. Sebab orang2 ni paling dekat dengan diri kita, orang2 ni yang paling boleh relate dengan situasi kita. Itu yang best.



Situasi 1



Kawan2 ini sangat membantu dalam menaikkan keyakinan diri dan sedarkan kita tentang kelebihan diri, terutamanya bila nak buat benda yang jarang2 kita buat, atau mungkin benda2 yang kita tak pernah terfikir pon nak buat. Terutamanya bila wujudnya persaingan, pompuan ni biasanya mudah terasa rendah diri, rasa yang pihak lawan jauh lebih baik berbanding dirinya walaupun hakikatnya, dia layak je. Saja ngada2 nak dengar orang puji baru rasa motivated.





Bila kecik...


Anna : Awak, kite tak confident la nak calonkan diri untuk jadi Penolong Ketua Darjah tahun ni. Kite rasa mesti sumorang undi Fira. Sebab kite tak cukup lawa. Cikgu2 pon suka dia.


Amy : Fira?? Euwww. Tolong la Anna, Fira tu tak lawa mana. Serius kite rasa awak lagi lawa. Mesti awak menang punya. Kat FB kan kawan awak lagi ramai dari dia even cikgu2 pon add awak. Gambar awak pon ramai orang like banding dengan dia.



Bila besar...


Tina : I suka Faizal. Tapi I rasa Faizal cam tak pandang I je. Lagipon ramai suka dia. Even Siti, Ratu Kolej 2011 tu pon suka dia. Memang takde punya la dia nak pandang I yang biasa ni.


Jenny : Siti tu menang sebab dia anak juri okay. Dia tak cun mana la. U lagi menarik, like seriously. Da la U pandai main tenis, baik, suka senyum. Give it a try la. I rasa Faizal tu memang suka U, tapi dia saja jual mahal.



Situasi 2



Dan bila sebut saja pompuan, memang takkan dapat lari dengan aktiviti seperti beli belah, kumpul kasut, beg, baju, makeup. Dan kebanyakan pompuan suka bawak kekawan mereka untuk temankan semasa shopping sebab nak tanya pendapat mereka. Dan kekadang, tak kisah la berkenan camne pon terhadap satu2 barang, tapi once kawan cakap tak sesuai, terus hilang rasa minat tadi. Turn off.





Siti : Fatin, cuba U tengok jap seluar ni okay tak? I suka la fabrik dia lembut, rasa sesuai. Plus dia menonjolkan ilusi seolah2 kaki I nampak panjang dan slim. I jugak suka design dia yang ala carrot cut ni sebab buat i nampak cam model. Don't you think so? I nak beli la. Cantik, I likeee!


Fatin : Siti, U nampak gemuk bila pakai seluar tu.


Siti : Erk. Okay. Abang, nah amik balik seluar ni, tak jadi beli. Sapa la yang cipta seluar camni, tak cantik langsung! 



Situasi 3



Dan harus diingatkan pompuan jugak memang sinonim dengan emosi yang agak sukar dikawal. Asal ada yang cari pasal, laju je nak naik panas. Walaupon kekadang tu, bukannya ada kena mengena pon, tak kacau kita pon, tapi kita pulak yang marah, emo lebih. Konsepnya lebih kurang cam cari pasal dengan sorang, secara tak langsung cari pasal dengan the whole pack. Cam pakej la. Heeee.





Diyana : Over, kau tahu tak tadi kan, aku ngah beratur nak beli nasi goreng kat kafe. Pastu tetiba Tipah datang potong line. Selamba je, sorry pon tak cakap. Berasap je.


Over : Seriously?? Apa kes Tipah tu? Sukati je potong2 line orang! Sian kau, penat2 beratur, tetiba sesedap rasa je dia potong. Nyampah aku.



Itu la realitinya. Mungkin tak la sekejam atau seover contoh yang diberikan. Tu suma exaggerate je lebih. Tapi jujurnya, pengaruh yang dibawa oleh kawan2 pompuan ni memang kuat. Sebab tu jugak la kekadang saya lagi suka shopping sorang. Sebab dulu pernah sekali, saya tak bli satu baju tu sebab kawan cakap tak lawa, sekali lepas balik asyik teringat je. Menyesal tak beli. Tapi pape je la. Baju je pon. Heee.


Ada masanya, kita ada tendency untuk mudah percaya dan pegang pada kata2 kawan berbanding diri sendiri. Macam biasa, suma perkara ada kebaikan dan keburukan sendiri. Pilihan sentiasa ada cuma terpulang kepada diri sendiri untuk pilih mana yang dirasakan patut diterima dan mana yang seharusnya ditolak. Tapi sayang macam mana pon kat kawan, family tetap paling atas sekali dalam priority list.


~~An ounce of blood is worth more than a pound of friendship~~
(Spanish Proverb)


Take care, wasalam. :)


Sunday, January 15, 2012

KerjaKerjaKerja


Saya balik Malaysia 20 November yang lalu. Saya akan balik ke Brisbane pertengahan bulan Februari nanti. Hari ni 15 Januari. So tinggal lagi sebulan la saya kat sini.


Kawan2 tanya buat apa sekarang sementara masih cuti? Makan banyak2 sebab takut nanti rindu makanan Malaysia? Spend time dengan keluarga? Cuti2 Malaysia? Atau mungkin bak kata kawan saya siang tadi, ke kau sibuk jalan2 usha laki Melayu sebab kat sana nanti tak ramai pilihan da?
(=_____=)


Nope. Saya kerja.


Yes, lagi sebulan nak balik, cuti suma skali tiga bulan. And yet, saya spend dua bulan tu bekerja. Sebulan je baru free nak buat apa2.





"Dah la jarang2 balik Malaysia, bila balik nak kerja je. Buang masa la weh, bek kau kuar lepak2 jumpa kawan suma."


"Kau da sempit sangat ke? Takat nak kuar, aku bleh blanja kau la babe."


"Come on la, AUD convert RM dapat banyak kot. Toksah la nak kerja sangat. Kekadang sejam lepas tu baru nak reply mesej. Mengalahkan PM."


"Asal aku text kau je, tengah keje, ajak kuar, takleh sebab kerja. Kau workaholic sangat nih awat? Mengalahkan nak kena tanggung anak kat rumah."



Bosan la dengar suma tu. Apa salahnya orang nak kerja? Rilek suda. Bukannya ajak teman kerja skali, in fact, tak kacau pon.
So, takyah la bising sangat please? :)


Yes, memang AUD convert RM bleh dapat banyak tapi masalahnya AUD kat Aussie. Bila balik Malaysia, ada CIMB saja. So stok AUD memang sempit la. Sorry kekadang lambat reply Whatsapp, BBM, atau text takleh kuar sebab kerja and all, bukan sengaja, ada masanya memang banyak keje sikit. Bukan takmau kuar dengan kawan, cuma masanya tak kena. Nak buat camne, memang ada working hours kena ikut. Kalau boleh chow camtu je, da lama buat da.


To be honest, saya kerja sebab banyak benda. Tapi salah satu sebab utamanya ialah saya bosan kat rumah. Saya anak bongsu. Adik beradik suma da kahwin, kerja segala. So kat rumah tinggal la ayah saya yang aktif golf dan mak yang kerap pergi ke kelas agama segala. So balik2 tinggal sorang kat rumah. Takde apa nak buat. Balik2 on FB, tengok Youtube. So dari saya duk ternak lemak kejap2 bukak fridge, telan ini itu, baikla saya kerja. Sedikit sebanyak, bila saya kerja, saya senang sikit nak tido sebab letih. Kalau tak, pukul 2 AM pon mata segar tak reti2 nak lelap.


Selain tu, bila kerja ni, kita dapat gaji. Dan terusterang, saya rasa lain betul bila pegang duit sendiri. Dulu time sekolah, hari2 mak bagi duit beli makanan time recess, nak beli barang mintak duit dengan mak ayah, nak beli baju baru suma mintak lagi. Time tu, duit keluar selaju mana pun tak bawak kesan pada saya, sebab saya cukup sedar yang keluar tu duit orang, bukan duit saya.
So why bother?




Tapi bila da kerja, dapat duit sendiri, kita lebih hargai nilai duit tu. Rasa sayang nak spend, sebab kita tahu duit tu asalnya dari usaha sendiri. Takde nak guna duit tu untuk beli benda2 mengarut, yang saya tak perlukan sangat pun. Biasanya kalau ada pon, saya akan guna duit gaji untuk beli barang yang saya da lama aim.


Saya mula kerja sejak habis SPM dulu. My first camera phone pon dibeli guna gaji yang saya dapat time kerja lepas SPM tu. Tiap kali masuk gaji, satu perkara wajib buat ialah blanja parents makan apa2 dorang nak. Susah nak gambarkan rasa puas bila dapat spend duit sendiri untuk beli barang2 yang kita da lama nak. Rasa puas dapat guna duit sendiri untuk belanja orang2 yang kita sayang.


Sebab tu jugak kekadang bila keluar dengan kawankawan ke shopping mall, saya rasa menyampah bila tengok bebudak sekolah baya Form 3 or 4, nak kerek2 show off hp masing2, hisap2 rokok, dating kuar tengok wayang, makan tempat mahal2 bawak gf segala. Nak show off apanya, itu suma guna duit mak ayah kot. Kalau tak puas hati, tolong tanya bf awak, mana dia dapat duit nak bli rokok, blanja awek makan Old Town, Madam Kwan, lepak Starbucks segala? Memang menabung, atau bekerja atau mungkin sekadar kerja korek wallet, purse mak ayah?


Kalau jawapannya sama dengan pilihan ketiga tadi, alamatnya muka tu tak payah la bangga dan kerek sangat okay, kelakar la adik oi. :)




Plus, bila kerja ni baru la diri berdisiplin sikit. Kalau ikutkan waktu dulu, pantang cuti je, pukul berapa baru nak masuk tido. Esoknya matahari da tegak baru nak bukak mata. Kalau kat rumah, kalau sampai pukul 9.30 am tak bangun lagi, mak akan masuk selak curtain and tingkap tu luas2, tutup aircond segala, bagi terasa panas terus laju je bangun mandi. Tapi sekarang saya masuk kerja pukul 9 am. Saya pulak jenis mandi lama, baju kena iron dulu takmau kedut and so onnnnn. So, mau takmau kena la bangun jauh lebih awal. So that tak lambat, tak rush, baju tajam cam pisau. Semangat iron padahal by tengahari da kedut seribu da. Heeee.


Memang la susah sikit nak kuar dengan kawan, free time terhad. Tapi bukannya hari2 nak jumpa kawan. Sekali sekala on weekends okay la kan? Still dapat spend time dengan family. Plus, I need to save more sebab salah satu aim saya untuk 2012 ialah save duit so that plan nak travel dengan kekawan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Heee. Plus, mak ayah pon tak halang saya kerja sebab nak saya berdikari. Tak la saya bising je memanjang pasal bosan duk rumah. In a way, bila kerja dapat improve communication skill sebab kena berurusan dengan orang lain. Latih diri dengar arahan. Latih diri keluar dari comfort zone. Sebab tu saya suka.
Tak salah kan? :)


Orang lain takmau kerja, it's up to them. Tapi tak payah la nak kritik2 orang yang pilih untuk bekerja. Bukan sebab nak kena sara anakanak kat rumah. Sekadar untuk kepuasan diri. Dan apa salahnya kalau ianya membawa lebih banyak kebaikan berbanding rasa letih dan mungkin kekurangan masa terluang untuk keluar dengan kawankawan. Nanti bebila da free, kita kuar la sampai korang rasa muak da nak kuar dengan saya. Text la sampai tercabut jari pon nescaya time tu saya akan reply right away, kita chat la sampai battery hp habis ye. Heeee. Till then, please be more understanding. I would really appreciate that. Thank you. :)


Take care people. Wasalam. :)



Thursday, January 12, 2012

LainOrangLainRagam


Loner. That's how I describe myself, at times. Taktau camne nak explain tapi ada masanya, kita terasa nak duduk sorang. Terasa nak shopping sorang. Terasa nak pergi kedai, minum sorang.


Kekadang saya suka duduk sorang ni. Sebab bila saya sorang, saya lebih observant, lebih ligat berfikir. Saya suka perhati gelagat orang. Sebab bagi saya perangai manusia ni macam2 jenis. Menghiburkan. Complex. Unik. Dan kekadang kelakar.




Saya rasa masyarakat kita ni mostly suka live in denial. Mungkin sebab kita dibesarkan dalam komuniti yang tak begitu terbuka bila berdepan dengan isu sensitif. Kita pilih untuk ubah topik. Ada yang lebih suka jaga hati orang, biar dia yang sakit. Ramai jugak yang lebih suka pendam dari luahkan. Lebih suka elak dari bersemuka. Tapi bila bab pujian, kita yang laju je dongak kepala. Bila dikecam atau tersilap langkah, mula tunduk dan tuding jari ke arah orang.



PERTAMA



Suka buat conclusion dan assumption sendiri, pandang rendah orang lain, balik2 nak menang, dia saja yang betul.


Last week, ada sorang ibu berbangsa Melayu datang ke pusat tuisyen. Nak masukkan anak perempuan dalam kelas persendirian, subjek Add Maths. Katanya anak dia pandai tapi taktau kenapa sejak masuk Form 4 jatuh merudum. Dia syak cikgu tak pandai mengajar sebab katanya anak dia memang bagus, pandai. Saya cadangkan seorang guru lelaki Melayu. Cikgu sekolah. Memang ajar Add Maths Form 5. Si ibu tak mahu, dia nak cikgu India atau Cina. Sebab katanya cikgu Melayu tak pandai kirakira, subjek bahasa boleh la. Nanti anak takde improvement.


Ridiculous.


Kalau da namanya cikgu, siapa kita untuk label dia tak pandai? Kalau tak layak, camne sekolah menengah boleh ambil cikgu tu bekerja? Nak jadi cikgu, ada exam2 yang dia kena lepas, baru dapat recognition tu. Teori apa tu makcik? Bagi saya, jangan disalahkan cikgu. Cikgu bagus mana pun, bangsa apa pun, kalau budak tanak belajar, pemalas, memang takyah harapkan improvement.


Tapi biasala, mana mungkin salah anak, anak makcik la yang paling bagus dan tiptop. Pelik kan? Kalau da bagus sangat, buat apa nak hantar tuisyen? Bila anak cemerlang, kita diangkat2 sebagai ibubapa yang cemerlang, anak suma berjaya masuk uni dapat keputusan gemilang, terbilang, sembilang segala. Tapi bila anak tunggang terbalik, result penuh gagal, tuduh cikgu pulak yang sengal. Tak adil kan?



KEDUA



Gila glemer, bajet diri ramai peminat, terasa sumorang nak stalk kau.




Sedih nak cakap pasal gila glemer ni sebab dulu saya lebih kurang camtu jugak. Saya mula ada FB sekitar November 2009. Da lama kawan2 saya ajak buat FB, tapi baru nak buat. Sebab apa boleh terbukak hati? Sebab saya nak ramai orang wish saya waktu birthday. Approve sumorang sebab nak ramaikan friends dalam list. Lame gila bila pikir balik.

(T_______T)


Lagi satu kekawan, saya tak paham bila ada orang yang terasa kita ni suka sangat la nak stalk dia. Kelakar la. Contohnya camni,


Situasi 1


"Weh, migraine ko camne skang?"


"Eh, mana kau tahu aku migraine sgala? Kau stalk aku ek??"


"Lorh. Kan kau yang tulis status FB ko semalam? Terpampang kat newsfeed. Balik2 kuar profile picture kau duk buat muncung2 tu, kejap2 update status. Tak sempat nak kuar feed dari orang lain. Penuh dengan kau je."


Situasi 2


"Weh, best tak cite Ombak Rindu ko tengok aritu?"


"Eh, mana kau tahu aku tengok Ombak Rindu segala? Kau stalk aku ek??"


"Lorh. Kau gak yang duk menggatal check in kat suma tempat. Pastu buat2 pelik apahal orang tahu kau gi mana pulak da. Silap2 kalau bleh, masuk kedai runcit beli garam pun kau nak check in."



KETIGA



Sanggup berkorban nak tolong orang, last2 susahkan diri sendiri. Mintak nasihat, kita beri, tapi dia tolak, ikut cara sendiri, kononnya nak amik risiko, pastu bila tak menjadi, lari2 cari kita nak mengadu nasib.


" Weh, Siti mintak pinjam RM50 dari aku semalam. Masuk kali ni da kali keempat da dia pinjam dari aku. RM200 aku dulu pun dia tak bayar lagi. Kau rasa patut bagi tak?"


"Ikut kau la. Tapi kalau aku, aku tak bagi kot. Pasal da 3 kali dulu pon tak bayar2, bukan seringgit dua, beratus da. Tak percaya ah aku."


"Takpela. Aku pinjamkan je la. Tak reti la nak cakap tak boleh. Aku segan dengan dia. Takpe2, aku rasa kali ni dia mesti bayar."


Selepas sebulan,


"Weh, dia tak pulangkan weh. Aku takde duit nak bli buku, aku mintak la dia pulangkan. Dia bleh tak mengaku cakap mana aku ada pinjamkan apa2. Nyesalnya. Weh, ko tolong ah sound dia."

"Bukan aku takmau tolong. Aku da pesan, kau yang takmau ikut. Da tau perangai dia camtu, gatal bagi pinjam. Skarang jadi camni, datang ngadu kat aku nak buat apa."



KEEMPAT



Kekadang, manusia jugak sangat simple tapi kita yang pilih untuk putarbelit, fikir jauhjauh without a solid reason.




Contohnya, kekadang kita tengah Whatsapp dengan orang. Whatsapp pulak tengah2 malam. Kawan pulak jenis tido awal. Tapi of course la, awal2 dulu mana la kita tau dia jenis tido awal ke tak. Sekali tengah balas2 mesej, dia tak reply2 da. Yang kita ni duk la pikir nape dia tak reply ni, sebab dia terasa hati ke? Kita salah cakap ke? Kita pun ulang2 la baca mesej2 yang terdahulu, nak check kot2 ada tersalah sebut apa2 yang mungkin buat dia sakit hati. Risau tak tentu pasal. Padahal kawan kita tu da lama tido berdengkur tak sedar hp da jatuh atas lantai da pun. Benda kecil camni pun kekadang boleh sebabkan salah paham.



KELIMA



It's all about the looks and money. Mulut cakap lain. Tapi end up hati pilih lain.


"Aku kalau nak cari gf, aku akan tengok personality, muka tak elok takpe, janji perangai bagus."


"Kau tak kenan ke kat Paujiah tu? Aku tengok dia cam minat kau je. Dia baik. Pandai."


"Paujiah?? Kau buta ke apa? Muka penuh jerawat, tanak aku."



KEENAM



Kekadang jugak, susah nak duga apa sebenarnya maksud satu2 percakapan tu. Kompleks. Betul2 maksudkan atau sekadar main2? Ada masanya, kita sendiri tak paham apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka mahukan sebenarnya.




Saya ada seorang kawan pompuan. Kawan sejak sekolah dulu. Tiapkali jumpa dia akan tanya,


"Kau tengok aku sekarang, kau rasa aku gemuk tak?"


Dan saya akan jawab tak gemuk, dia je trasa cam gemuk padahal tak. Sekali dua, memang la kita boleh layan. Tapi kalau da kejap2 pun nak tanya camtu, muak la. Dan ada sekali tu, sebab da malas layan, saya cakap kat dia,


"Ya Allah, tak habis lagi dengan gemuk kau tu. Ye la ye la, amik la. Aah, kau gemuk. Puas hati da?"


Tetiba dia jawab,


"Kau ni sampai hati kau Izzi. Kalau ye pun kurus, tak payah la cakap orang lain camtu. Kau baik kot dengan aku, tak sangka kau pikir camtu. Nape tak bagitau dari awal. Aku da agak da, aku tahu la aku gemuk."


YA ALLAHHHHH!!! Apalah masalah kawan aku sorang ni sebenarnya?
(T_____T)


Susah nak baca perangai orang. Kekadang kita ingat A, dia nak B sebenarnya. Mungkin sebab tu jugak orang selalu cakap kita tak dapat nak puaskan hati sumorang. Sebab masing2 ada perwatakan dan expectation yang berbeza. Tapi takpela.



“I do my thing and you do yours. I am not in this world to live up to your expectations, and you are not in this world to live up to mine. You are you and I am I, and if by chance we find each other, then it is beautiful. If not, it can't be helped.”
~~ Frederick Perls~~



Tak kisahlah perangai camne pun, disebabkan perwatakan yang berbeza2 sesama kita ni la yang sedikit sebanyak mencorakkan hidup kita. Kasi warnawarni sikit. So senyum2 la selalu. Dan jagalah diri. Sebab kalau kita tak jaga diri bebaik, siapa lagi nak jagakan untuk kita. Heee.
Wasalam. :)




Saturday, December 24, 2011

MenggatalSempenaNatal


Sepanjang hampir setahun kat Aussie, hidup rasa tenang. Rasa selamat. Kekadang pukul 3,4 pagi masih ada students yang ulang alik ke uni. Ada yang baru nak datang, ada yang baru nak balik. Biarpun tengah gelap lagi, rasa selamat nak jalan kaki balik rumah.

Kat sana tak ramai yang guna motorsikal. Jarang nampak. Kalau ada pun, sumanya superbike. Motor besar2, orang yang naik pun sumanya pakai helmet, jaket kulit segala. Takde mat2 rempit, duk phewit2 (sorry, tak sure ejaan dia camne) dan tak payah risau pasal kena ragut dan sebagainya.



Balik2 saja kat sini, I have to admit, terasa insecure yang teramat. Saya kerja di pusat tuisyen. Depan ni pulak restoran, so just imagine hari2 jumpa orang pelbagai ragam, takat kena phewit2 tu da takleh watpe da, kena pekakkan diri je la. Boleh buat apa pun kan.


Tapi semalam, buat pertama kali saya jumpa laki yang seingat saya paling tak paham bahasa yang saya pernah jumpa seumur hidup saya. Dah la boss dan staff lagi sorang takde, keluar makan. Just try to imagine, setengah jam dia duduk je depan saya cakap tak berhenti. Setengah jam tu jugak la saya pegang je cutter kat tangan sebab takut diapa2kan. Walaupun da terang lagi bersuluh yang saya malas layan, jawab sepatah, boleh pulak dia buat tak reti je. Geramnya hati Tuhan je la yang tahu. Saya sendiri da ingat2 lupa apa yang dia cakap semalam sebab banyak sangat, laju pulak tu. Tapi lebih kurang camni la ceritanya.


Description :
Tinggi lebih kurang 171cm, anggaran ukuran badan 40-47-45, rupa ala mamak Penang, rambut panjang paras bahu, janggut sepanjang sejengkal agaknya.


Ceritanya bermula bila mamat yang mengaku namanya Rahim, 28 tahun ni tetiba masuk tuition centre tu dengan berpeluh2 cam baru lepas lari atas treadmill kat Celebrity Fitness. Dia terus meluru ke meja saya dan tanya ada getah tak. Saya tanya getah apa. Dia jawab getah rambutnya putus. Dia nak ikat rambut. Saya hulur 2 utas getah. Satu, dia ikat rambut, satu lagi, dia ikat jambang. Katanya selalunya dia letak gel kat jambang bagi keras dan tegak. Tapi harini terlupa, itu yang serabai semacam. Mendengarkan jawapan letak gel kat janggut tu da cukup buat saya rasa geli semacam dan tak rasa berminat nak tahu lebih2 jadi saya angguk sekali dan teruskan buat kerja. Dia tarik kerusi depan meja saya dan mula tanya2.



*Kalau jambang, rambut panjang, muka camni takpe, sertamerta dimaafkan :)*



R : Adik, saya nak tanya sikit pasal kelas Chemistry. Ada private class kat sini tak? Sebab anak buah saya lemah Chemistry. Saya taknak dia masuk kelas biasa, bergaul dengan orang kebanyakan. Cikgu dia lelaki ke pompuan?


I : Ada. Kelas private kita boleh susun, memang ada one to one. Cikgu dia laki, Indian.


R : Laki? Indian pulak tu? Takmau la saya. Saya tak rasa dia nak kalau cikgu India laki ni. Dia pompuan. Muka dia ada iras2 awak. Cumanya awak pakai tudung biasa, dia pakai tudung labuh.


I : Camni encik, cikgu ni kiranya the best Chemistry teacher we have so far tapi kalau encik nak cikgu pompuan then okayla, kita boleh susun cikgu lain.


R : Cikgu pompuan tu muda ke? Kalau bleh saya nak bawak dia ke rumah, biar dia mengajar kat rumah je, lagi selesa. Takpe, saya boleh jemput dia dari pusat tuisyen ni, nanti hantar dia balik. Nanti saya bayar la tips lebih kat dia. Takat pricing centre ni letak, murah je ni. Saya banyak duit. Pakcik saya siap wasiatkan rumah dia sebuah, teres 2 tingkat bagi kat saya. Cuma skang ni saya keje kat Danau Kota, so saya sewakan umah tu.




I : Owh, bukan masalah ade duit ke tak, cumanya memang kita takde service camtu. Private class memang kena dibuat di centre, cikgu akan susun sendiri transportation masing2. Encik kena hantar dan amik student saja. Takpela, encik tinggal details kat form ni. Kalau saya dapat susun suma, saya call encik balik.


R : Owh ye ke. Macam2 la tuition centre ni. Nama awak ape ntah. Camni je la. Awak bagi no hp awak je la. Senang cite sikit. Nanti saya senang nak call. Maksud saya, nanti anak buah saya call awak je tanya. Ye la takut nanti call centre tak bukak lagi ke.


I : Saya Izzi. Mintak maaf encik, saya memang takkan bagi no saya kat customers. Apa2 hal straight call office. Tak de sebab nak call hp saya pulak. Office bukak 2-10pm, call time tu la.


R : Apa yang susah sangat, bagi no hp kan senang. Bleh sms, tak payah call. Kenapa takmau bagi no? Sebab muka saya cam orang jahat? Saya pegawai JPJ tau, da keje sana 10 tahun da, itu yang pangkat da tinggi. Keje situ sejak 18 tahun. Saya belajar sampai PMR, pastu saya amik SPA yang skola agama tu. Saya skang da jadi pegawai kat JPJ tu, yang bagi kelulusan kalau orang modify kete tu. Ni saya datang JPN, amik IC baru. Sebab aritu saya terpatahkan IC lama. Awak brapa tahun? Saya rasa dalam 20 tahun ni kan? Awak break pukul brapa ni? Saya tunggu awak je la, kita makan sekali, saya belanja.


I : Saya memang tak bagi no kat orang yang saya tak kenal. Saya da rehat da tadi. Pasni memang saya kerja sampai centre tutup, takde break da. Mintak maaf encik, tapi saya banyak keje ni. Kejap lagi 6.15pm da ade klas suma, saya nak kena set klas, nota segala.


R : Amboi, da kaya sangat ke centre ni sampai awak nak halau customer. Awak halau camne pun saya nak stay sini jugak. Takpe, klas start pukul 6.15pm, skang baru 5.35pm. Saya nak duduk sini sampai pukul 6pm. Pastu saya balik. Lain la kalau boss awak bising2. Ni dia takde ke? So takpe la kan saya duduk sembang sini. Awak ni bila senyum comel je saya tengok. Sejuk hati. Awak da ade bf ke? Still blaja ke, kat mana? Orang mana?


I : Blaja Australia. Orang Kedah. Ada bf.


R : Adoi da ada bf pulak, melepas. Takpe2, baru bf, bukannya suami kan? Owh, budak pandai. Saya da agak da, tengok muka pun tau. Ni mesti mix Cina ni kan. Orang Kedah kaaaaa? Saya orang Penang, memang ada jodoh la kitaaa! Saya belajar Usuluddin dulu, dapat peluang buat Masters kat Jordan tapi saya tolak. Sebab saya malas la pi jauh2. Saya memang ustaz, saya pandai ubatkan orang. Nanti Izzi save no saya dalam hp, bawak pi Australia. Pasal mana la tau kan, kot2 kat sana Izzi kena histeria ke, call la Abang Rahim ni. Abg leh tolong punya, jauh dekat. Sebab ilmu ada kan?


I : Tengok la camne.



*Waktu ni ada sorang student laki da sampai. Dia perasan yang laki ni cam pelik semacam tapi agaknya taktau camne nak tolong. Siap bagi isyarat2 muka suruh jangan layan, biar dia call cikgu, suruh datang cepat.*



R : Ni abg nak nasihat sikit kat Izzi, nak cari bf ni, kena cari yang kuat agama dan beriman cam abang. Bf Izzi beriman ke tak? Jangan cari laki takat yang hensem, pandai, ada duit tapi agama takdak. Abg harap kalaupun Izzi tak dapat abg, Izzi akan dapat orang yang macam abg. Laki kena agama lebih baru leh bimbing bini. Macam abg ni, Alhamdulillah boleh da lepas buat suami. Blaja agama suma kan, itu yang skang simpan jambang suma ni, sebab abg ustaz. Pompuan cam awak ni kena jaga2 sikit. Silap2 bf awak ni nak kat awak sebab sex je. Laki ni kalau nak kawin biar sebab Allah, bukan sex, kalau tak nanti awak curang, takpon dia yang curang. Silap2 dua curang. Da dapat awak, dia nak merasa orang lain pulak. Hahahaha.


I : Bf saya Alhamdulillah so far okay saya tengok, dia jaga suma. Tak payah ustaz pon takpe. Bab curang ni, kalau ustaz skalipun bukannya ada jaminan dia tak curang. Zaman skang agaknya suma orang senang2 je boleh ngaku dia ustaz kan. Rasanya kalau laki beriman kuat agama ni, manade yang tetiba datang nak mintak no, ajak kuar makan segala. To begin with, saya tak rasa ustaz akan selesa nak berdua je lama2 dengan pompuan camni.


R : Eh, kalau niat kita nak eratkan silaturrahim takpe Izzi. Lagipun blanja2 ni kan kira sama cam sedekah. Niat baik takpe. Abg ni nampak je berjambang suma, tapi abg bukan orang jahat, perogol ke apa. Izzi takmau berlakon ka? Kalau nak abg leh tolong. Abg kawan baik Fasha Sandha. Ni buktinya.


*tunjuk hp dia ade wallpaper Fasha Sandha yang sah2 boleh diambil dari Google*


I : Saya nak blaja, takmau berlakon. Saya tak minat Fasha Sandha.


Dan waktu tu juga syukur Alhamdulillah cikgu Bio sampai. Student tadi tu keluar mintak cikgu tu tolong saya. Ingatkan mamat tu nak blah da la since cikgu suma da sampai. But no, dia da buat cam rumah sendiri da. Bertambah tensi jadinya. Cikgu Bio tu datang dan tanya saya ada simpan lagi tak material last week, saja nak bagi hint suh laki tu balik. Saya jawab ada, kejap nak cari sebab tak ingat letak mana. Sakitnya hati saya bila laki tu gi cakap kat cikgu tu,


"Tengok la cikgu. Izzi ni sikit punya la seronok duk berbual dengan saya sampai lupa habis letak nota suma kat mana. Pasal sama2 orang utara kot, senang je nak masuk. Itula saya cakap kat dia, jodoh. Dia takmau dengar. Hahahaha. "


Berapi je dengar statement tu. Saya pandang dan jeling mamat tu. Dan diam je sambil tangan sibuk mengemas nota untuk kelas Bio petang tu. Student makin ramai datang. Agaknya dia perasan yang sumorang da pandang slack kat dia, barula nampak gaya dia nak blah. Sblom keluar tu sempat lagi dia pesan,


"Okay la Izzi, da pukul 6. Abg gerak dulu la. Ni abg tinggalkan nombor abg, kalau ada cikgu Chemistry pompuan bagitau ye. Abg ni bukan apa, tapi tak baik la kalau anak buah abg berduaan dengan laki bukan muhrim camtu. Tolong carikan dan call ye. Kalau saja2 nak call pun takpe. Hihihihi. Assalamualaikum."


GERAMNYAAAA!!! Anak buah kau nak belajar, duk sibuk pikir tak baik berduaan dengan laki tak muhrim segala bagai.


KAU TUUUU??!!!





Saya ingat lagi ada sorang cikgu yang jugak ustaz. Ada sekali dia datang untuk kelas tapi students belum datang, jadi tinggal saya sorang. Dia buka pintu dan tanya saya sorang ke, saya angguk kepala. Dia tunggu di luar pusat tuisyen tu sampai la students sampai sebab nak elak fitnah agaknya. Itu baru la namanya ustaz.


Ada jugak orang camni dalam dunia ni. Itupun berlambak lagi sebenarnya benda yang dia bebel2 tapi saya tak ingat da. But apapun, Alhamdulillah dia takde buat apa2 kat saya. Tapi takutnya time tu, Tuhan je la yang tahu. Saya baca ayat Qursi dalam hati, siap ulang ayat last tu 7 kali sebab ustazah cakap dulu kalau baca 7 kali, nanti syaitan lari, terlupa pulak dia manusia sebenarnya. Saya call boss dan mengadu pasal hal ni, dia trus balik office dan benarkan saya balik awal semalam. Skarang ni boss saya tinggalkan sorang worker dia untuk temankan saya setiapkali dia nak keluar. Tak bagi da saya tinggal sorang. Dia da siap belikan spray segala letak bawah meja saya, untuk tujuan keselamatan.


But takpela, benda da jadi dan saya ambil ini sebagai pengajaran supaya lebih berhati2 di masa hadapan. Banyak dugaan bila jadi pompuan ni, macam2 kena jaga. Segala benda2 negatif ni harap dijauhkan la dan semoga 'ustaz' tu muhasabah diri sikit. Saja share cite ni dengan kekawan supaya mana yang pompuan tu lebih berjaga2 sebab macam2 jenis laki yang ada dalam dunia ni. Cuma ikut nasib la jumpa yang jenis mana satu. Doa banyak2 dan harapnya suma baik2 saja, insyAllah. Wasalam.



Thursday, November 24, 2011

AreYouSingle?


Sekarang ni saya da jarang terasa nak chat dengan kawan lama. Dengan cikgu skolah lama. Dengan orang2 tertentu. Kekadang nampak je orang2 ni online, trus saya tukar jadi offline. Bukan apa. Tiap kali chat pun nak tanya tak jumpa laki menarik ke kat Aussie? Takde berkenan kat sesiapa ke?

BOSAN.


Bila jawab takde, nanti2 la, chill dulu, macam2 la telahan yang kuar. Memilih sangat ni, nak yang hensem je payah la, taste tinggi sangat ni, jual mahal sangat nanti kau jadi andartu dan bermacam2 assumption tak berasas yang lain.

DOUBLE BOSAN.




Waktu tadika dulu, saya suka sorang budak laki. Waktu tu saya 6 tahun. Dia pun sebaya. Nama dia Syafiq. Betul ke tak ejaan tu, saya pun tak pasti. Tapi dalam kelas, dia la paling perform. Maths paling pandai. Da la cute, ABC suma hafal. Iqra habis paling awal.


Time tu tiap pagi saya akan bangun awal pagi excited nak pegi tadika jumpa Syafiq. Saya suka pakai sandal bunga2, beg warna warni. Tiapkali Syafiq cakap beg saya comel, mesti saya blush. Deep down inside, saya tau sebenarnya dia nak cakap saya yang comel. Tapi malu la tuuuu. Sekali sekala apa salahnya nak rasa terlebih yakin diri kan? Heeee.


Bila tadika da nak habis, da nak masuk Darjah 1, saya setkan satu nazar. Saya nak bagitau dia saya suka dia. Berhari2 saya berlatih depan cermin. Hafal skrip yang sama.


Hari yang dinanti sudah tiba. Hati berdebar, terketar suara. Saya ingat lagi yang saya bagi dia Chupa Chup yang mak belikan untuk saya dan saya bagitau dia, saya suka dia. Dengan mata yang berpinar2, mengharapkan maklum balas yang positif, dia senyum mendedahkan gigi rongaknya dan cakap,


'Sudahla, aku nak balik, bas da sampai!'


Dan kelihatannya time naik bas tu, dia tengah seronok makan Chupa Chup tu. Da la hasrat hati tak berbalas, Chupa Chup pun dia bedal, boleh pulak dia slamba badak je naik bas macam takde apa yang berlaku. Tak toleh, tak ucap bye, tak cakap thank you pun bagi lollipop tu.
Sungguh kurang sopan.
*Down*






Membawa hati yang lara, saya pun pulang ke rumah. Petang tu Arif ajak main tuju selipar. Arif adik kepada kawan baik saya di Kedah. Saya join. Saya terjatuh. Arif tanya saya okay ke tak, sakit tak. Petang itu juga, hari yang sama, saya ubah fikiran. Suka Arif pulak sebab rasa dia macam caring. Dalam sekelip mata, suma benda berubah. Bayang Syafiq langsung hilang, tak rasa sedih da. Chupa Chup tu takyah cakap la, rasanya da slamat sampai kat loji kumbahan.
(=__=')


Saya rindu waktu2 itu. Life was much much easier. Bila suka orang, simply bagitau je. Orang tanak, terus ubah suka orang lain. Yang ada depan mata, itu je yang diutamakan. Takde nak rasa sedih, malu, menyesal, dan apa2 nak buat pun, tak payah nak pikir panjang.


Tapi itu zaman tadika. Hafal ABC, 123 pun da dianggap perform dan macho habis. Tapi sekarang zaman da berubah. Musim berubah. Manusia berubah. Begitu juga pemikiran kita.


Sekarang umur saya dah masuk 21. Hafal ABC, khatam Iqra dan sebagainya suda langsung tak bawa sebarang makna. Definisi 'calon suami' juga suda jauh berubah.


Dan ada masanya saya rasa kelakar bila memikirkan jauhnya beza dulu dan kini. Waktu kecil dulu, setiapkali saya suka siapa2, saya akan balik dan terus cerita dekat mak.


"Adik rasa adik suka Syafiq la mak. Dia kan, comey sangat. Dia pandai ngaji Iqra tau mak."

"Owh ya ka? Haaa, baguih la. Adik suka dia, dah tu adik kena la ngaji pandai2 macam dia jugak."



Tapi agaknya saya da jauh melepasi fasa tu. Sekarang da masuk peringkat yang lebih dewasa. Perkataan 'suka' atau 'rapat' mahupun 'berkenan' suda tak lagi dipandang remeh oleh mak.



"Mak, adik suka la dengan sorang ni. Nama dia Jacob."

"Jacob? Budak mana tu? Satu uni? Dia blaja course apa? Senior ke sebaya? Mana kenal dia? Da lama kenal? Baik ke tak? Tinggal mana? Dulu satu skolah ka? Apa hobi dia? Apa makanan kegemaran beliau? Muka dia macam Jacob Black? Dia layan movie Korea ka?"


Dan tentu sekali, soalan wajib yang mak akan ajukan ialah,

" Dia ada FB? Apa nama dia? Nak tengok sat."


Susah betul zaman skang. Mak ayah suma da pandai stalk FB. Yang tak tahannya, kekadang, ayah saya nampak gayanya lebih kenal kawan2 saya berbanding saya. Siap ingat mana sekolah diorang, tinggal mana segala. Sedangkan saya langsung tak pernah bagi perhatian.


Dan setiapkali keluar terms seperti suka, rapat dan berkenan itu dari mulut saya, setiapkali itu jugaklah mak saya akan nasihatkan supaya berkawan dulu dengan semua orang. Kenal dengan lebih ramai orang. Elak serius dengan sesiapa, takut2 nanti terjumpa yang lebih baik, tak pasal2 menyesal.




Tapi terbit dalam fikiran saya, kalaulah kita rasa da jumpa orang yang faham kita, yang mampu jaga hati kita, yang berkenan di hati, adakah wajar ditolak ke tepi, semata2 kerana rasa boleh jumpa yang lebih baik?


Dan kalau begitu, sampai bila agaknya baru kita dapat pastikan yang kita dah pun jumpa yang terbaik?


Dan juga, kalaulah hari ini kita tolak apa yang ada di depan mata kerana mahu kejar yang lebih baik, bagaimana kalau satu hari nanti kita tersedar dan mahu toleh ke belakang, kejar masa lalu kita, tapi sayangnya, 'insan terbaik' itu suda pun berpunya?


Make sense kan?


Saya percaya ramai rakan sebaya saya sudah pun punya buah hati masing2. Dan mana yang belum berpunya, masih melilaukan pandangan ke sana sini. Menambah kenalan, cuba kenal hatibudi dan sebagainya.


Personally, dulu saya selalu pertikaikan pandangan mak. Saya selalu guna hujah yang saya nyatakan kat atas tadi. Tapi satu hari, mak jelaskan satu skop yang tak pernah saya fikirkan. Tak pernah saya ambil perhatian. Tak pernah amik kisah pun.


Mak cakap, dalam mencari insan terbaik buat diri kita, pernah tak kita fikirkan sama ada suda layakkah kita bergelar insan terbaik buat orang lain?


Okay, mak tak cakap ayat seformal tu, but come on, you get my point kan? Heee.


Terdiam saya sekejap. Nak jawab, tapi taktau nak cakap apa. Nak mengaku da layak tapi terasa menipu diri sendiri dan mak. Bermula dari situ jugak, saya mula cermin diri. Slama ni saya selalu nampak kelebihan saja, saya jarang nak pandang kekurangan diri. Sebab nak elak rasa down. Sebab tanak affect self esteem.




Proses tu ambil masa. Perlukan keberanian. Nak mengaku kelemahan sendiri, bukan benda senang. Terutamanya orang yang egonya tinggi. Macam saya.


Dan mungkin jugak sebab tu saya tak berapa berani nak serius apa. Tunggu la dulu. Chill dulu. Saya nak baiki diri. Saya jenis yang percaya, masa tu akan datang jugak, selambat mana pun, insyAllah. Dan saya jugak jenis yang sangat percaya instinct sendiri. Kalau da ada nanti, adalah. Takkan nak main sebat je sesiapa semata2 sebab kawankawan lain da ada pasangan sendiri. Takkan nak main sebat sesiapa semata2 sebab nak ada orang temankan ke sana ke mari, teman nak chat sms call 24 jam sehari.


Pointless.


Tunggu je la dulu. Tak salah kan? And to those yang tak habis nak korek2 suma, takyah la susahkan diri sangat. Daripada bising2, kecoh2 buat assumption sendiri yang adakalanya berunsur fitnah dan menghiris perasaan orang lain, lebih baik kita doakan yang terbaik kan?
Take care, wasalam. :)



Wednesday, October 12, 2011

ApaItuFashionista?


Fashionista.


Sebelum ni, andaikata nampak je perkataan ni, saya terus terfikir model, pereka fesyen. Senang kata, orang2 yang ada penilaian yang tinggi dan peka terhadap perubahan dalam dunia fesyen. Pioneer la kiranya. Bila satu gaya diperagakan, terus dijadikan ilham untuk peminat fesyen yang lain, lantas pilih untuk menggayakan style yang sama. Tak ramai yang mampu jadi fashionista. Dan kebiasaannya, gaya yang diilhamkan tu sedap mata memandang, unik, kreatif.


Tapi sekarang ni, saya rasa perkataan itu suda kurang nilainya.


Kenapa?


Berpeluang pulang sebentar ke Malaysia Jun yang lalu, sedikit sebanyak buka mata saya terhadap beberapa fenomena. Khususnya fesyen bagi wanita bertudung.


Ye, saya setuju yang wanita bertudung tak bawak maksud kita kena pakai warna yang bosan, langsung tak boleh nak kenakan busana yang bersifat moden dan kontemporari dan sebagainya. Saya pun taklah arif mana bab fesyen muslimah ni.


Saya sempat ke Jalan TAR ketika tu, sebab nak beli tudung dan selendang raya untuk dibawa pulang. Susah sangat nak jumpa tudung bawal. Kebanyakannya selendang. Seingat saya dulu cuma ada jenis sifon, kapas dan pashmina. Tapi sekarang, segala bagai ada. Siap ada makcik tu semangat la duk pujuk saya,


"Muka cam adik ni, memang sesuai pakai tudung ombak ni. Dia kalau angin tiup kan dik, memang dia terbang2 gitu. Cantik kan? Fashionista ramai beli tudung camni."






Ada 3 benda saya rasa tak kena kat situ.

First, muka saya nampak pelik bila pakai selendang tu sebab dia tak terletak elok, melekat kat dahi ditambah dengan rambu2 yang membuatkan kepala saya kelihatan besar seperti tembikai.

Kedua, bila ditiup angin, kesan terbang2 yang makcik tu point out sebenarnya membuatkan selendang tu kelihatan seperti rumpai laut yang sedang melambai. Rimas la, terbang2 rambu ramba camtu buat saya terasa seperti memakai obor-obor di kepala.

Dan ketiga, fashionista beli tudung kat situ?


Saya pun tanya makcik tu apa maksud dia bila dia cakap fashionista beli tudung situ?


Dia jawab, "Alaaaaa, kan sekarang ramai suka pakai tudung warna warni campur2 ala pelangi tu, fashionista la tu. Ramai beli tudung sini. Ada Hana Tajima la, Siti Nurhaliza, macam2 la."


Terdetik dalam hati saya, "Bila masa pulak Hana Tajima bli selendang kat Jalan TAR pulak? Dan tak pernah nampak Hana pakai selendang rumpai laut ni pon. Makcik ni sukati je. Entah kenal ke tak mana satu Hana tu."

(=__=')


Dan saya perhatikan jugak, ramainya anak gadis yang tudungnya pelik2. Merata2. Sebut je mana pun, KLCC, Sogo? Suma ada. Apa maksudnya pelik2? Anak tudung kekadang sampai 3 warna, siap dengan headband. Ditambah pula dengan tudung pelbagai warna dan corak. Inner bersilang ala anyaman ketupat dan tikar. Entahlah, terasa serabut mata memandang.


Personally, walaupun saya suka warna2 ceria ni, tapi rasanya saya belum cukup keyakinan untuk membawa gaya sebegitu. Heeeee. Tapi itu taste masing2. Kalau da dia rasa cantik, trendy dan bergaya nak wat camne kan?






Tapi yang tak dapat terima, saya rasa pelik sangat bila suma orang cuba menjadi fashionista, mengenakan busana yang tak kena, dan style tudung yang adakalanya buat saya terfikir,


"Amende yang cuba korang buktikan ni? Apa korang pakai ni?"


Kononnya nak ikut arus pemakaian tudung terkini sampai ada masanya kelihatan seolah tak lengkap. Dedah leher. Kekadang siap nampak rambut kat belakang. Nampak telinga. Macam tak kena la. Pakai tudung baju elok suma, pakai seluar jarang nampak seluar dalam la pulak. Pakai suma elok, tetiba sleeveless la. Makin lama, makin tak paham jadinya.












Awak pun rasa pelik ke saya sorang je yang mengalami rasa emo buat beberapa saat selepas melihat gambar2 di atas? Barangkali, lain orang lain pandangan.


Baru baru ni kawan saya cakap raya kali ni kat Pahang meriah. Sebab ramai gila Hana Tajima. Kelakar pulak saya rasa. Heeeee. Katanya pilih je nak Hana putih ke gelap, tinggi ke pendek, suma ada. Katanya juga, kalau Hana turun Pahang waktu tu, mesti nangis2 tengok orang rosakkan gaya pemakaian tudungnya.


Rasanya suma yang pernah gayakan style tu pun tahu, selendang gaya messy ni memang kena pakai neck inner. Kalau tak, sekali tiup angin, selendang ke mana, Hana Tajima pun entah ke mana. Tak kisah bergaya, tapi biarlah kena dengan tujuan asalnya. Kalau boleh, kita nak la jaga imej tu, taknak la sampai digelar bertudung macam badut, memperlekeh tudung ke apa. Kita samasama jaga la mana yang boleh. Sebab sesetengah fesyen bertudung kan, pada saya, da nampak mengarut sangat kekadang.








Fashionista atau tak, saya tak nampak pun apa2 significance. Apa yang kita kejar sebenarnya, mungkin itulah elemen yang lebih penting untuk difikirkan. Jangan disalahkan Maria Elena, Fatin Liyana, Nathrah segala sebab buat tutorial pakai hijab ala messy ke apa. Diorang pakai elok je, tutup je. Mungkin patut cermin dulu, salah siapa? Diorang paksa kita ikut atau kita yang pilih untuk ikut? Diorang pakai elok tak, ada tak berpesan pastikan tutup bahagian yang perlu, kalau ada, kenapa kita yang pilih untuk variasikan sukati sampai ketepikan faktor yang seharusnya dijaga?


Kalau suma keje nak tuding jari je, salah dia ni, salah dia tu, tak pernah diri yang salah, saya syorkan awak pergi la beli selendang ombak ala rumpai laut tu. Sebab selendang tu tebal dan berat, tak boleh buat Hana Tajima, boleh pakai normal je. So memang confirm menutup la. Kan senang. Fashionista jugak apa. At least di mata makcik tu. Itu pun kira jadi la kan. Heeee.


Maaf andaikata cara saya ketengahkan isu ni cam agak kasar dan tak kena. Sekadar berkongsi pendapat tentang isu berfesyen dalam kalangan wanita bertudung. Maaf juga buat yang terasa hati. Anggaplah teguran buat renungan kita bersama. Saya pun bertudung. Sudah tentu saya ambil tahu tentang perkembangan sebegini. Memakai hijab bermaksud kita da pun menunaikan salah satu kehendak agama, cuma dikhuatiri sekadar kerana ingin ikut perkembangan semasa dan riak mengejar gelaran fashionista itu, kita lupa niat utama kita. Diharapkan apa2 yang perlu dijaga tu, kita jagalah bersama kay. Wasalam. :)



Sunday, August 7, 2011

ApaKitaCari?


"Kau dah bagitau kat siapa lagi pasal benda ni?" tanya Yati.


"Pasal ni? Gila kau nak aku bagitau orang lain..kau la orang first yang aku bagitau!" kata Diana.


"Hihihi...seronok jugak rasanya.." sengih panjang Yati.


"Apa pasal kau happy pulak?" soal Diana.


"Sebab aku aje tau pasal benda ni.." terang Yati."Kau buat aku rasa best!"


Diana senyum aje.Lapang rasa dadanya. Sekurang-kurangnya ada jugak kawan yang dapat dia luahkan perasaan dia yang selama ini tersimpan.


"Hati aku jadi tak betul la bila dia ada..." bisik Diana."Rasa serba salah..fikiran tak fokus...time kelas tah ke mana otak aku sampai aku pun tak pasti.."


"Kau ni..jatuh cinta pun kena la kawal sket kau punya feeling tu..nanti nampak sangat hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong..." Yati cuba menasihatkan Diana yang agak gila bayang.


"Nampak sangat ke?Obvious sangat eh yang aku dah jatuh cinta?" tanya Diana,seolah-olah bertanya kepada diri sendiri.


"Hahaha..kau ni...cuba kau tengok cermin...sengih sampai ke telinga,kang ada orang cop kau betina gatal,camne?"Yati cuba berdiskusi serius.


Diana pandang wajah Yati,"aku admit...aku dah suka dengan dia...tapi kalau kau jadi aku,macam mana kau nak approach dia?Segan la.Aku memang tak pandai benda-benda cinta-cinta ni."


Yati termenung sejenak.Otaknya ligat berfikir."Kalau aku jadi Diana..apa yang aku akan buat nak try tackle dia?"


Puas kepala otaknya meningat kembali semua taktik-taktik yang selalu ditonjolkan dalam filem-filem Amerika,tapi tak ada satu pun yang dirasakannya sesuai.Diana melakar2 kosong di atas kertas di depannya.Tapi satu idea pun tak mampu diolah sempurna.


"Dia kan anak orang kaya...jadi kau kena la ubah sket penampilan kau...barula sepadan dengan dia...kau kena buat makeover imej kau.." kata Yati.


"Makeover macam mana?"tanya Diana.


"Tu haa..tudung...kolot la orang pakai tudung labuh.Kekampungan!"ketawa Yati.


"Apasal kau cakap macam tu pulak?"Diana sedikit jengkel.


"Kan dia player ragbi Universiti!Kau takkan tak tau diorang punya taste macam mana?Takde lah dia nak tengok awek2 macam kita ni,yang bertudung..lagilah macam kau,yang bertudung tapi nampak macam awek kampung baru masuk bandar.." terang Yati...pedih hati Diana mendengarnya.


Diana bangun menuju ke almari bajunya.Di buka pintu almari dan tangannya membelek pakaiannya.Semuanya pudar warnanya.Biru cair,cokelat cair,hijau cair...tak ada satupun pakaiannya yang mampu menarik mata jejaka.Seluar?Sehelai pun tak ada.Penuh dengan baju kurung.Hanya ada dua seluar di dalam almarinya...seluar trackbottom yang kerap dipakainya ketika aktiviti ko-korikulum.Seluar baju tidur bergambar kucing?Nak mati kena gelak kalau ke kelas memakai seluar sebegitu? Diana mula sedar..dia memang gadis kampung yang tak vogue. Agak susah jika dia nak meletakkan dirinya dalam golongan gadis yang mungkin mampu menarik perhatian jejaka yang diminatinya,pemain ragbi Universiti yang boleh dikatakan star player...kacak,tegap dan nampak berduit.


"Ubah aku Yati...aku tak suka orang pandang aku macam awek kolot..." kata Diana.


Yati senyum."Kita ada kelas lagi sejam...dia kan register sekali kelas tu...jom ikut aku ke bilik, aku bagi kau pinjam baju aku..." ajak Yati.


"Jom..."
Mereka berdua bingkas bangun.





Pintu dewan kuliah terbuka.Dewan kuliah yang dipenuhi seramai lebih 100 orang pelajar itu jadi senyap.Diana melangkah masuk.Rambutnya ikal beralun apabila Diana berjalan.Bajunya yang selama ini jenis baju kurung tiba-tiba bertukar jadi baby-T yang singkat. Sluar skinny jeans Levis kepunyaan Yati dipakai...membuatkan dia rasa kurang selesa kerana sudah terlalu lama dia tak mengenakan seluar jeans.


Banyak mata tertumpu.Lelaki,perempuan semuanya fokus kepada Diana.Tapi Diana tak hirau semua pandangan mereka.Matanya pantas mencari di mana Daniel duduk.Syed Daniel Syed Hussein.Jejaka idaman Diana.Jejaka idaman ramai gadis kampus.


Yati berjalan mengekori rapat Diana."Na,Na..dia ada kat atas sana tu.." bisik Yati.


"Aku tau,aku nampak...dia duduk dengan member2 dia.." jawab Diana perlahan.


Diana pantas memanjat tangga lalu memilih untuk duduk di bahagian tengah barisan.Pensyarah masuk memberikan kuliah tapi dalam 3 jam kuliah berjalan,Diana tak senang duduk.Matanya asyik mencuri2 pandang Daniel.


"Oi oi..obvious sangat tu Na!Rilek!Jangan nampak desperate sangat!" bisik Yati.


Diana cepat2 menumpukan perhatian pada pensyarahnya.3 jam itu dirasakan sangat lama.


Diana tersengguk menahan ngantuk.Subjek hari itu amat membosankan.Tamat 3 jam,kelas bersurai.Diana dan Yati bangun ingin menuju ke food court.Sampai saja mereka di sana,Daniel dan kawannya sudah pun beratur membeli makanan.Yati sengih melihat telatah Diana yang tidak keruan.


"Jom balikla..aku segan la..lagipun aku tak selesa la tak pakai tudung ni.."


"Rilek,rilek...beratur aje....buat selamba,macam takde apa-apa.." pesan Yati.

...................

Di satu sudut yang agak jauh dari tempat Diana beratur,Rizal mengeluh panjang.Puas hatinya cuba menyembunyikan rasa kecewa dalam dirinya daripada kawan-kawannya yang sedang duduk semeja dengannya.


Bagaimana gadis yang sangat disukainya itu jadi begitu?Bagaimana mudahnya aurat itu ditayangkan?Semalam Diana masih lagi ke kelas dengan baju kurung hijau muda dan tudung warna cream..sehari sebelum itu,Diana pakai baju kurung cokelat dengan tudung warna hitam.Hari ni tiba-tiba jadi gadis urban yang tidak segan menonjolkan mahkotanya.


"Apa yang terjadi ni?"
fikir Rizal benar-benar kecewa,tapi dia masih lagi cuba buat2 selamba.Hatinya berkecamuk.


"Semua dah ada ni.Baca doa makan Zal..hari ni turn kau,"
pinta Hafiz. Rizal pun menadah tangan sambil diikuti rakan-rakannya yang lain.


"Allahumma baariklana fimarozakhtana wakhinna azabannar..." baca Rizal."Amiinnn!" sahut rakan-rakannya lalu mula menyuap makan tengahari. "Da habis makan nanti kita jemaah sekali."



__________________________________________________



Saya tak pasti sumorang dapat ke tak mesej cite ni. Kenapa saya suka and nak share cite ni? Sebab saya rasa benda sebegini realistik. Ramai pompuan tak kisah mengubah diri semata2 mengejar seorang individu bergelar lelaki. Kalau nak ubah ke arah positif tak kisah. Dialu2kan lagi. Tapi kalau da sampai nak ngorat laki punya pasal, habis tudung melayang entah ke mana, mungkin patut pikir dalam2 kot. :)


Sebelum ni saya slalu dengar orang label. Nak cari bini cari budak skola agama, confirm baik, suci, terjaga akhlak sgala bagai. Jangan cari budak2 skola kat KL, rosak, sosial. Tapi kalo pikir balik, how sure are you yang budak skola agama sumanya baik dan adakah suma budak skola KL rosak, sosial? Bagi saya, tak payah la judge based on education, kalau dia sendiri pilih nak rosakkan diri, tak kisah la MRSM ke, skola agama ke, tak pegi skola skalipun, rosak jugak. Yang duk mulut2 jahat tu, ntah skola ke tak pon taktau. Sukati je.


Back to the story, saya rasa point cite ni agak clear. Kalau da tertutup elok auratnya, kenapa harus dibuka untuk seorang laki yang belum tentu akan jadi suaminya? Kalau suda termaktub aurat wajib dijaga kenapa nak dipertikai kolot atau tidak? Kalau bertudung itu dianggap kolot oleh pasangan awak, bagi saya ada baiknya cari orang lain je la. Macam cite tadi, semata2 sebab nak kejar laki 'hot' tu, siap bukak tudung, berpakaian seksi. Akhirnya, melepas pulak laki yang baik dan mampu memimpin tapi sayangnya, langsung tak dihiraukan sebab asyik mencari perhatian laki lain. Berbaloi ke tak 'pengorbanan a.k.a. makeover' tu, wallahualam. Jawapan tu subjektif, mungkin sama, mungkin tidak, sumanya bergantung pada apa yang kita cari dan mahukan.


Wasalam. :)