Berterusterang atau berdiam diri.
Follow the flow. Saya benci ayat tu. -.-
Pernah tak kawankawan alami situasi ni?
SITUASI 1Awak perasan yang berat badan kawan anda makin naik, makin ketara pada tubuh badan dia. Muka da makin tembam. Awak serba salah, patut cakap ke tak. Sebab isu badan dan fizikal ni memang sensitif habis. Kalau tak kena cara menegur, dari kawan boleh jadi lawan wooo.
Ataupun…
SITUASI 2Awak nampak kawan awak sejak dah ada teman wanita ni, asyik berjiwang2an saja. Jarang nak selak2 buku da. Kalau bergaduh mulalah monyok saja, tak ada mood, tak nak pegi kelas. Jadi awak serba salah, patut ke tak tegur kawan awak. Kalau ditegur, nanti tuduh awak cemburu. Kalau tak tegur, takut dia makin hanyut. Dilema la kononnya.
Persoalannya ialah camne nak susun ayat tu supaya dia sedar, yang awak tegur dia sebagai kawan, ikhlas, takde niat nak malukan atau nak sakitkan hati dia.
SITUASI SEBENARSama juga bila awak bayangkan diri sebagai seorang pompuan yang ada sorang kawan lelaki, dua2 belum berpunya, selalu la cerita perihal masing2. Tak salah kan nak kawan, nak rapat pun. Tapi
one thing that you MUST bear in mind, awak kena sentiasa sedar dan mampu untuk kenalpasti sama ada dia cuma menjadi seorang kawan yang baik yang ambil berat tentang awak. Atau dia sebenarnya betul2 sukakan awak dalam diam.
Jangan tertukar dan akhirnya salah faham.
Dan katakanlah, dia betul2 sukakan awak. Kalau awak pun sukakan dia, takpe. Camne kalau awak anggap dia kawan. Tapi dia harapkan lebih2? Camne nak jelaskan supaya tak terasa hati, tak rasa pelik di masa depan dan kekal kawan?

Saya kadang2 tak pasti, mana lagi penting, hati siapa yang nak dijaga, sendiri punya atau hati dia? Tapi kebanyakan masanya, saya pilih untuk
jaga hati sendiri. Kalau terus-terusan jaga hati orang, siapa nak jaga hati kita sendiri? Betul tak?
Saya paling benci bila orang salah faham niat baik kita. Kadang2 bila kawan sedih, kita hulurkan bahu untuk dia bersandar. Tapi itu tak bermaksud kita nak jadi teman dia. Itu bukan petanda kita suka dia. Mungkin kita sekadar seorang kawan yang tak mahu lihat sahabatnya bersedih dan meratap sendirian.
Tapi bila dah salah faham, mula ingat itu petanda, ingat kita bagi harapan, mula buat perangai, harapkan lebih2. Bila kita jelaskan perkara sebenar, waaaaaa, macam2 dia label kita.
BAGI HARAPAN PALSU! HEARTBREAKER! PLAYGIRL!
Salah kitakah bila kita cuba jadi kawan yang baik? Salah kitakah dia salah faham?
Itu kes kalau rapat.
FINE. Mungkin kadang2 kita tak dapat elak dari salah faham. Sebab cara layanan terhadap kita baikbaik belaka. Tapi cuba kalau kita tak rapat pun. Kadang2 kita cuma cakap satu ayat ringkas, pun da mampu buat dia terasa kita minat dia, apa kes?
“Rambut kau smart ah.”
“ Best ah sembang dengan kau.”
Kalau ikut logik akal, itu pun da cukupkah untuk jadi batu aras untuk buktikan awak minat dia?
TAK kan?
Dan kalau betul kita suka dia, adakah itu boleh dianggap satu lesen untuk dia mula cakap2 atau gurau2 benda berunsur lucah pada kita?
TAK!
Macam mana kalau kita dah la tak suka orang tu tapi dia sukahati duk cakap2, gurau2 benda tak senonoh kat kita sebab ingatkan kita suka dia, kita selesa dengan dia, kita cukup terbuka?
Urgh. KAU GILA?!!

Saya pernah berada di kedua2 posisi. Bukan part buat lawak blue tu tau. Maksud saya,saya pernah membuat orang lain salah faham dan jugak menjadi orang yang salah faham. Terusterang, saya tak suka kedua2nya. Dan saya faham sakitnya bila kita salah faham, ingat orang tu sukakan kita tapi tidak sebenarnya. Jadi bila kita sendiri dituduh sebagai orang yang bagi harapan palsu, sedih la.
Nak kongsi dengan kawanakawan. Bila saya salah faham, saya duduk diamdiam, sorangsorang dalam bilik. Pikir balik, apa sebenarnya yang dia buat sampai saya rasa dia suka saya? Segala perbuatan tu, dia buat khas untuk saya saja ke, dekat suma orang pun macam tu layanan dia? Pernah tak dia bagi hint pasal apa pandangan dia tentang saya? Kalau susah sangat, curious sangat, tanya terus je. Cara yang sama saya praktikkan kalau orang tuduh saya bagi harapan palsu kat dia.
And guess what? Cara tu bantu sedarkan saya tentang macam2 perkara. :)
Dan lagi satu, kalau si dia dah jelaskan perkara sebenar yang dia hanya ikhlas berkawan, tak payahlah nak berdendam, bengang lamalama. Sebab itu hanya akan membuat awak kehilangan seorang kawan. Tips tambahan tak nak hilang kawan, kalau awak suka seorang ni, tapi dia dari awal tekankan tak suka kat awak, jangan terlalu mendekatkan diri dengan dia. Seboleh2 nak jemput dia dari kelas, nak belikan makanan tengah hari untuk dia, nak telefon dia tanya tengah buat apa, SMS dia hari2. Merimaskan. Tak selesa. Lama2
CONFIRM dia cuba elakkan awak semampunya.
Kadang2, orang tak berniat nak buat kita salah faham. They are just trying to be nice. Kita yang tak tengok dari sudut tu. Kalau ikut kebiasaan, bila da perasan yang sangkaan kita meleset, kita rasa malu. Cuba sedaya upaya buat keadaan tak jadi pelik. Tapi lain benar zaman sekarang. Terus dijaja kisah ni. Kadang2, siap tambah2 cerita, biar pedas, biar orang sokong dan kesiankan kita, biar orang salahkan dia.
Pikirpikir balik, dia tak rugi apa, kita dapat dosa.
BRAVO!Jadi kenapa patut buat? Betul tak? Sedih sekejap takpe, janganla sampai meleret2. Time ni jugak, sebagai kawan, faham la nak support dia, tapi takyah la tambah2 dengan cadangan dan idea yang bersifat batu api, macam
“Dia mainmainkan kau oh. Kau patut belasah dia, simbah asid!” -.-
Kalau kes mana yang emo lebih, bila da terlalu sedih, kadang2 hilang pertimbangan. Esok2 nampak nama dia masuk NST, Metro, Kosmo, Berita Harian suma, ditahan sebab simbah asid kat orang. Nauzubillah. Cuma tak pastilah ada gambar tak. Kalau ada, mesti kecik je, kalau besar sangat nanti BikMama marah. Hehe. :D
Salah faham adalah satu perkara yang normal. Apa yang penting ialah reaksi dan cara kita hadapi salah faham tersebut. Reaksi kita juga mencerminkan tahap kematangan kita dalam menangani situasi tu. Dan pilihlah, sama ada mahu kekal berkawan atau tidak. Kalau masih mahu berkawan, kenalah give and take sikit. Ketepikan ego sikit. Tak rugi apa pun. Tapi kalau degil sangat, ego sangat, tak mahu kawan da sebab terasa luka tu dalam amat (-.-), then bolehla kalau nak ucap,
“ Pergi blah la weh! Ingat aku kisah sangat kau tak nak kawan aku huh!!”
P/S : Untuk kesan yang lebih dramatik, boleh cuba simbah air
(BUKAN ASID!) kat muka dia atau bagi jelingan maut lantas berpaling muka lepas ucapkan ayat di atas. :D
