Saturday, January 29, 2011

AwakPELIK?


Pompuan. Orang selalu rasa pompuan ni sukar nak difahami. Saya pompuan. Dan terusterang, kadang2 saya sendiri pun tak paham perangai diri sendiri.


Kenapa saya buat satusatu perkara? Kenapa saya suka budak tu, bukannya budak ni? Kenapa nak beli yang tu, bukan yang ni? Dan kadang2 walaupun saya tahu perkara tu akan menyusahkan saya, saya nak jugak buat. Perangai saya ni banyak saja yang pelikpelik. Siapa yang rapat, pun rasanya tahu pasal ni.


Tapi saya pun tak pasti, saya je ke yang macam tu, atau kebanyakan pompuan pun sama.



1. Baju


Kalau nak dihitung, memang banyak betul baju saya. Tapi balikbalik, saya akan ulang pakai baju sama jugak. Dan terusterang, dalam almari, banyak saja baju yang tak pernah saya pakai pun. Kenapa macam tu?


Sebab saya ada sindrom pentingkan diri dan tak relevan. Contohnya saya nampak satu dress warna merah. Saya suka, rasa macam cantik. Dahlah warna kegemaran. Tapi saya tahu yang kalaupun saya beli, nak pakai pergi mana? Bajet rumah cam ada beach je. Tapi saya tak sanggup nak tengok orang len beli dan pakai, jadi saya beli, teringin. Lepas beli tak pakai. Kadang2 je la pakai2 tengok cermin, pastu simpan. Beli sekadar nak puaskan hati. Biar tak ada orang lain dapat beli baju tu.


Lagi satu, kalau saya suka satu baju tu, saya nak pakai baju tu je. Tak mau baju lain. Nak buang pun tak bagi. Tak kisahlah da lusuh ke, koyak sekalipun.


Saya masih ingat dulu saya ada satu baju merah, ada gambar Bugs Bunny depan tu. Saya pakai baju tu dari Darjah 4 sampai Form 2. Ada koyak sikit pun tak kisah. Mak tak bagi pakai, dia nak beli baru. Mak naik malu, takut jiran kecoh2 apsal tak beli baju baru. Kesian anak pakai baju koyak. Tapi saya nangis2 tak bagi buang. Sampai mak saya terpaksa curicuri buang waktu saya tidur. Saya pun tak paham kenapa bajubaju lusuh ni punya nilai sentimental yang tinggi pada saya. Padahal banyak je lagi baju yang jauh lebih cantik, takde saya pandang pun. Beli baju baru yang seakan2 pun, saya nak pakai baju Bugs Bunny tu jugak.


Kadang2 saya pun sedih memikirkan perangai sendiri.
(T_T)



2. Beg


Ini lagi satu. Saya memang pantang kalau mak suruh buang apa2 beg. Walaupun beg tu sebenarnya saya tak suka pun. Dan lebih teruk lagi, sekali dengan beg2 mak pun saya tak bagi buang. Padahal bukan ada kaitan dengan saya pun. Alamatnya, penuhla almari bilik belakang dek disumbat beg2 ni.



3. Makanan


Antara semua, ni la yang paling kerap berlaku. Katalah malam ni saya terasa nak makan Cheezy Wedges. Jadinya esok pergilah KFC, kononnya nak penuhkan keinginan la. Sekali bila sampai KFC, saya order benda lain. Tak beli pun Cheezy Wedges. Hilang terus rasa ngidam nak makan wedges tu. Ataupun, saya beli Cheezy Wedges, makan dua. Pastu tak mau da.



*urgh, cam sedap la pulakkkk!*



4. Keli


Ikan keli ni saya mula makan lepas masuk kolej. Itupun kawan baik saya yang ajar. Kalau tak, memang di rumah mahupun mana2 sekalipun, memang saya tak suka makan ikan. Tapi, ikan keli ni hanya saya makan kalau penuhi satu syarat. Buang kepalanya. Kalau ada kepala, saya akan cucuk leher dia guna garfu pastu kerat kepala ikan tu sambil pejam mata. Tu la skill yang dipelajari semasa menonton ‘Saw’.


Di kolej pernah sekali, saya seperti biasa, mintak makcik tu tolong buangkan kepala keli. Dia tak dengar. Dengan selamba dan yakin, dia letak ikan tu baik punya position yang mana kepala ikan tu straight hadap perut saya. Dahlah besar. Terkejut amat sampai saya terhempas tray dan pejam, tak bukak2 mata. Semua sebab saya takut ular. Kepala keli kan lebih kurang sama cam ular. Kalau kawan makan keli beserta kepala pun, saya minta diorang alihkan kepala ikan tu jauh2 dari pandangan saya.



5. Movie


Saya memang suka layan cerita seram ni. Walaupun kadang2 cuak tapi nak jugak tengok. Gatal. Cerita sedih kekadang la, kalau bosan layan je apa2 pun. Cuma saya ada masalah emosi sikit. Apa yang saya nampak tak sama macam orang lain. Jadi kalau kita tonton samasama, ada kemungkinan yang tinggi untuk lepas tu awak rasa seram dengan saya, bukannya hantu terbabit. Sebab saya ada masalah emosi yang selalu tak kena tempat.


Masa orang tengah berkerut dahi, sembunyi belakang bekas popcorn, cuak dengan hantu, saya duk gelak2 dengan Idzni. Masa orang tengah sedu sedan nangis ada babak sedih, pun saya duk gelak2. Masih lagi dengan Idzni. Tapi, kalau sesetengah tu pulak, kalau saya rasa sedih sangat, saya nangis sampai tak reti nak berhenti pulak. Dan ada jugak cerita yang happy je pun, tapi saya pulak rasa sedih, nangis2. Ish. Tak paham kan? Itula, saya sendiri pun tak paham, apatah lagi korang.
(T_T)






6. Bantal


Atas katil saya ada lima bantal dan satu bantal peluk. Saya memang dari kecik suka banyak2 bantal. Dan sebelum tidur, saya akan susun bantal saya jadi ala2 kubu. Bajet hantu tak boleh datang kacau saya sebab ada bantal yang halang dan lindungi saya.
(-_-)



7. Kemas


Kalau saya sedih, saya cuci tandas. Kalau saya sakit perut, saya kemas bilik. Kalau saya gembira, saya kemas kasut. Kalau saya resah, saya cuci baju dan sembur perfume dalam almari bagi baju jadi wangi. Kalau saya stress, saya kemas katil. Pelik kan?



Pelik, tapi benar. Rasanya suma orang ada perangai pelik masingmasing. Cuma persoalannya, banyak atau sikit. Dalam kes saya ni, MEMANG BANYAK. Heeee. Dan lama kelamaan, keluarga dan kawankawan pun jadi terbiasa dengan benda2 ni. Setakat ni, cuma satu saja yang berjaya saya ubah. Dah jarang beli baju yang tak mahu pakai. Dan saya memang tak bagi mak ayah belikan baju kalau bukan saya yang pilih. Kang beli2 tak pakai pun, bazir je.Yang lain2 tu, tengok la camne. Kot2 nanti terbukak hati saya nak ubah. Heeee.


Apa2 pun, saya tengah teruja nak sambung belajar bulan hadapan. Azam saya, lepas ni, takde da saya buat perangai2 mengarut. Cuak pun ye, sebab itulah baru pertama kali saya betul2 kenal erti berdikari. Masak sendiri. Bajet bulanan rancang sendiri. Selama ni makanan disediakan. Tak cukup duit boleh mintak family. Harapharap semuanya berjalan lancar, insyAllah.


Cepatcepat la matang sikit Izzi, da masuk 21 kot tahun ni.
(T_T)



Wednesday, January 26, 2011

W.A.N.T.E.D



Kawankawan, di sini ada satu notis penting.



PERNAHKAH ANDA TERLIHAT INDIVIDU INI?






UPIK a.k.a. BIBIK



Usia lebih kurang 44 tahun
Janda anak 7
Asal dari Indonesia
Tinggi lebih kurang 150 cm
Kurus cam cili kering
Gigi agak jongang, kekuningan
Suka pakai tudung Indon yang beropol2 dan berwarna ceria
Suka lepak di pasar malam/KLCC
Suka pakai skinny jeans/legging
Pakai body lotion jenama Syurah
Suka merokok, naik kepala dan menggatal



--------------------------------------------


Ni gambar pembantu rumah kakak saya. Beliau ni da banyak kali ditangkap merokok kat rumah kakak. Itupun da bagi banyak peluang. Banyak kali percaya janji dia nak berhenti merokok. Tapi HAMPEH! Dan yang lagi geramnya, anak sedara saya dua orang di bawah jagaannya. Nak jaga budak kecik tapi nak merokok. Payahla camtu.


Kakak dan abang ipar layan baik gila, anggap cam keluarga. Barang keperluan disediakan. Birthday bibik pun siap bawak makan luar, raikan. Camni pulak dia layan kakak saya. Masak pun kakak yang buat, kerja dia cuma jagakan budak2 tu elokelok waktu kakak kerja. Kita harapkan dia, selamba badak pulak duk smoke sambil jaga diorang dalam rumah tu. Dahlah suka hati fitnah kakak saya bukan2.


Datang Malaysia, kononnya nak cari duit buat belanja anak2 di Indon, tanggung pelajaran mereka. Hidup kat Indon miskin sangat. Menumpang sanasini. Da lamalama, anak takde dipedulikan. Duit habis dijolikan beli rokok dan beli legging+skinny jeans di pasar malam. Tak padan dengan tua, lagi duk menggatal dengan laki sanasini. Habis terlupa niat asal.


Setelah buat kali entah keberapa ditegur dan ditangkap merokok oleh family kakak saya, dia nekad larikan diri pada hari Sabtu lepas (22/1/2011).
Alhamdulillah, dia tak bawak lari apa2.


Hari yang sama, ketika kejadian berlaku, saya pegi Mid Valley, tengok Khurafat dengan kawankawan. Tak tau la pulak kot2 dia lari sebab merajuk saya tak bawak dia bersama.
(-_-)


Bibik ni disyaki angau bercinta dan lari mengikut teman lelaki Bangla-nya. Memang cinta tu buta. Ntah apa dia nampak kat bibik tu pun tak pasti. Bak kata abang ipar saya, mata kita nampak lain, mata Bangla pulak lain.





Tapi tak tahu dia lari ke mana. Nama pun lari, takkan nak dedah lokasi.
(-_-)


Jadi, kalau kawankawan terserempak dengan beliau ni, tak kisahlah di sekitar Kuala Lumpur, Johor, India, US, Australia, Ireland, Egypt, mahupun UK,



TOLONG KASI GANYANG SIKIT SAMA DIA.



Kalau bibik follower blog saya, ni pesanan ringkas buat dirimu.
*mana la tau bibik pegi cyber cafe ke kan*
(-_-)


Nak lari tak bawak baju2, dokumen2 kau. Pendek akal betul. Btw, kakak da report polis. Kang kena tangkap bapak polisi, baru ngada2 nangis cari kakak aku. Mintak simpati, as usual.


Baik kau balik mintak maaf dengan family kakak aku yang teruk kau buruk2kan depan orang lain. Termasuk anak2 sedara aku yang terpaksa hirup udara bercampur asap rokok yang kau hembus. Mintak maaf sekali kat bibik2 lain yang kau kelentong untuk belikan rokok kau tu.


Kakak aku belikan barang2 untuk kau. Tolong anak2 kau semampu dia. Jaga makan minum, pakaian kau. Tak pernah sekali pun tangan dia hinggap kat kau. Dia cuma mintak kau berhenti merokok. Apa masalah kau nak fitnah2 dia? Patut kau bersyukur tak dapat majikan kaki dera macam Nirmala Bonat tu.


Bajet Bangla tu mampu sangatla bagi kebahagiaan yang kau cari? Bajet cinta sejati ah tu? Kena tipu kang, padan muka. Kau tak muda dah weh. Umur baya2 kau ni, patutnya jauh lebih cinta Yang Maha Esa berbanding dengan mamat Bangla yang kau puja tu.


Kesian la sikit kat anak2 kau yang tak tau pape kat Indon tu. Makin tua, makin menjadi2 kau ni. Duit patut kirim kat anak, kau melaram beli seluar sendat2. Puh-lease la Bibik. Apa kau rasa kau Dewi Persik?


Bibik nih, buat perangai ntah pape. Suluh mata guna laser kang, baru tau.


Sekian, wasalam.


(-_-)


Kawankawan, tolong ek. Kalau ternampak, sila maklumkan.
Kerjasama kalian saya dahulukan dengan ribuan terima kasih dan sejuta senyuman.





Monday, January 24, 2011

BeruangLagiBaik


Cuba korang tengok2, renung2, usha2 gambar ni elok2.




Pastu bandingkan dengan gambar kat bawah ni.





Lebih kurang SAMA kan??


Abaikan perbezaan warna dan ketajaman gigi. Jujurnya, tak ke beruang tu nampak lebih comel? Dan mungkin, lebih innocent?


Ni la gambar Mohd Saidi Che Tengah, 45 tahun. Seorang guru sekolah rendah. Ada isteri dan 8 orang anak. Disabitkan bersalah atas tuduhan merogol pelajar berusia 12 tahun.


Dua kali dia rogol budak tu, jadi dua tuduhan. Hukuman yang dijatuhkan 12 tahun penjara untuk tuduhan pertama. 12 tahun penjara dan 2 sebatan untuk tuduhan kedua. Tapi dia ni bertuah, mahkamah suruh jalankan penjara serentak. So tak payah 24 tahun di penjara. Cut short jadi 12 tahun sahaja.


Gila betul. Hantar sekolah pun da bahaya sekarang ni. Nak perosak anak orang, tak payah jadi cikgu la.


Maaf, memang tak patut saya samakan dia dengan beruang dan binatang. My bad. Tapi ucapan maaf itu saya tujukan buat beruang yang berasa terhina disamakan dengan mamat ini. Kesian mereka. Sebab ternyata, mamat ni JAUH LAGI TERUK dari itu.


Dan saya duk terpikir.


Having 8 children, agak2 kalau anak2 dia yang dirogol guru masing2, dia marah tak?
Lagi nak buat dajal kat anak orang pehal. Tak guna.
(-_-)





AwakWANITA?


LRT, KTM, teksi, ERL, bas,beca.


Apa persamaan antara suma ni? Betul! Sumanya kenderaan awam. Bila sudah namanya kenderaan awam, jadinya sedia maklumlah kaum wanita. Jaga beg tangan elok2. Ramai penyeluk saku, peragut yang sentiasa mengawasi anda. Dan lagi satu, pervert yang suka meraba2 orang tapi tak dapat dibuktikan sebab sesak sangat, ramai orang. Kadang2, tak dapat elak dari berlanggar sesama lain jantina.


Oleh itu, KTM dah keluarkan satu peraturan yang saya salute dan sokong.


LADIES' COACH atau dalam BM, KOC WANITA.


Dengan adanya koc wanita ni, diharap dapatlah dikurangkan jumlah mangsa penyeluk saku dan mangsa raba. Senanglah sikit. Nak bersentuh kulit dan kulit pun tak adalah rasa tak selesa. Dan bila ada keistimewaan begini, kebanyakan wanita yang menggunakan KTM setiap hari pun bersorak gembira sebab dah tak payah nak risau2 sangat pasal orang ambil kesempatan, aniaya pompuan dalam keadaan sesak2.




Tapi hairan. Dah terang lagi bersuluh, Koc WANITA. Kenapa mesti ada kaum lelaki yang tak makan saman dan sanggup tebalkan muka untuk masuk koc tu jugak. Tak pedulikan segala pandangan slack pompuan2 yang masuk koc tu. Dan nak jugak tunggu kena marah dengan pegawai bertugas baru nak beransur keluar. Contohnya brader ni, rambut spike da smart da. Tapi sayang, tak paham bahasa.





Tapi kan, nak kata tak paham bahasa macam tak patut je. Sebab papan tanda dia memang da letak dalam suma bahasa yang kita biasa gunakan di Malaysia. Takkan tak paham2 lagi? Kalau tak guna bahasa2 ni, korang sebenarnya guna bahasa apa?





Nasib baikla pompuan2 kat Malaysia ni tau jaga santun bahasa. Itu yang orang berani buat tak reti tu. Tunggulah sampai pompuan2 dalam koc tu capai boiling point mereka. Sehingga tak kisah untuk membelasah mereka2 seperti kes di India ini? Keluar berita, buat malu saja.





Agaknya, tak perasan itu Ladies Coach kot. Mungkin jugak KTM kena ubahsuai jadi camni baru lelaki2 ni dapat kenalpasti mana satu koc wanita dan mana yang bukan. Biar terasa geli sikit nak naik. Tak macho la naik koc Hello Kitty brooo!





Dan kawan saya cakap, tolong jangan salah anggap. Mentang2 suma pompuan yang naik. Tak sumanya selamat, masih ada peluang untuk diserang oleh.....



*Siapa la yang buat ni. Kreatif betul, heee!*


Bold

Oleh itu, agak2 la okay. Nak naik tren tu tengok betul2. Kalau da suma dalam tu pompuan, keluar la. Be a gentleman. Kalau diri tak kisah nak jadi pompuan atau memang terasa awak tu sama saja macam pompuan ,

Then naiklah. *rolling eyes*


EEEEEEEUWWWW. Nyampah I!