"Weh, ko tengok Salmah tu, kerja melawa je. Tak paham aku. Segala jenis tudung, slendang warna warni nak balut atas kepala. Tinggal tudung saji je belom. Ape dia ingat cantik sangat ke?"
"Timah tu slalu duk angkat2 tangan, jawab2 soalan dalam tutorial. Bajet dia terer sangat ah tu. Nyampah I tengok. Eleh, stakat soklan tu, ade je jawapan dalam buku, bukannya sebab dia pandai pon. I pon reti, cuma I malas nak jawab je."
Pernah dengar ayat2 yang baurnya lebih kurang macam kat atas ni? Tak pernah? Nak nipu pon agakagak la. Tapi rasanya yang korang penah dengar tu takde la over sangat. Yang kat atas tu sekadar exaggerated version saja. Heee.
Dari dulu sampai skang. Heran kan? Knapa orang suka buat andaian sukati. Camne orang bleh rasa diri dia paling pandai, paling lawa, paling hebat. Dan knapa suka tanya soalan2 yang tak perlu. Soalan yang rasanya tak payah jawab pun. Tapi nak gak tanya. Ade je la yang tak kena. Ade je la yang orang wat salah.
Baru2 ni, sorang kawan saya terbukak hati nak bertudung waktu cuti Easter yang lepas. Which is a really good thing. So saya sebagai kawan pun ikut happy and offer la tudung2 saya. Ye la, orang baru nak bertudung, mana ade koleksi tudung sendiri awal2 ni. Saya dulu pun keje bedal kakak punya, pastu tak pulangkan. Heeeee.
Okayokay, back to the topic. So kawan saya ni duk la terpikir, nak balik uni nanti, mesti ada kawan2 mat salleh yang duk pertikai dia tiba2 bertudung. Orang memang akan bertanya tapi saya tak rasa ada masalah sebab orang sini memang hormat hak orang lain.
Bila tengok orang sekeliling berfikiran terbuka, kita pun takde nak kecoh pape bila tengok ada yang pakai pelik dari orang lain. Ikut suka kau la nak pakai menda pon, takde sapa kisah. Ikut suka kau la nak cakap ape pun, takde sapa kisah. Nak buat apa pon suka hati saja. Tapi takyah la sampai yang langgar rules ke menda. Jadi setakat berubah pakai tudung, insyAllah takde hal. Kalau ada yang tanya pun, standard la, diorang taktau budaya, agama kita.
But amazingly, orang2 luar ni takde pun nak kecoh pe. Orang kita pulak yang duk kecoh.
1. "Weh, Mahani tu memang betul2 da pakai tudung 24-7 ke? Ke dia pakai sukasuka, takmau pakai buang je? Ntahntah on off on off. Camtu bek takyah."
2. "Terkejut aku tengok Mahani da pakai tudung kat FB suma. Dapat hidayah dari mana? Sejak bila dia pakai ni? Bf dia suruh ke?"
dan yang saya rasa lagi teruk,
3. "Nape Mahani nak pakai tudung?"
1. Dia tak pakai 24-7. Aku pun tak pakai 24-7. Ko pakai tudung 24-7 ke? Bila nak kuar, bila dalam keadaan tertentu, pakai la. Nak mandi, tido suma ko expect dia nak pakai gak ke? Alhamdulillah kawan aku tu tak on off. Dia pakai je. So takyah la ko nak sibuk sangat nak buat andaian berunsur fitnah tu. Btw, sepanjang hidup kau, pernah dengar word 'buruksangka'? Kalau tak pernah, gi Google. Coz that word precisely describes you.
2. Dia dapat hidayah dari Tuhan. Lagi mau tanya.
3. Yang ni yang saya tak paham snarnya. Sebab yang bertanya ni, da memang bertudung. NAPE Mahani pakai tudung? Aku pun tak pasti. Maybe sebab tu apa yang Tuhan suruh kot. Cuba ko pikir balik, nape ko pakai tudung?
Stop asking stupid, offensive questions like that. Its freaking annoying.
Kekadang kan, saya rasa kelakar sangat bila pikir perangai manusia. Suka sangat nak menang dalam suma benda. Tak kisah la pasal apa pon. Wajib lebih dari orang lain.
Ingat tak zaman sekolah rendah dan tadika dulu? Bila mak beli anak patung baru, seboleh2 nak bawak pegi sekolah, nak tayang kat khalayak umum. Bila dapat 100 markah dalam peperiksaan, semangat nak balik tunjuk kertas kat mak ayah. Bangga2 bila dapat masuk kelas pertama. Bila mak puji kita nampak smart bila berpakaian pengawas, terasa nak lambai2 tangan cam Miss World. Ke saya je yang rasa camtu snarnya? *Down*
Bila ingat balik, sumorang akan cakap, itu time2 tak matang tu. Zaman2 berhingus. Tapi kan, bila pikir balik, saya rasa ada sesetengah daripada kita yang masih lagi berperangai camtu. Cuma kita antara sedar tak sedar je. Dari budak kecik, remaja, ibuibu bapakbapak, nenek atuk suma la. Tapi harus diingatkan, banyak elemen exaggeration yang dimasukkan dalam contoh yang bakal diberikan. :)
VERSI REMAJA
A : Weh, aku rasa peha aku ni da makin besar la. Pipi aku cam apam la. Gemuknyaaaaa.
B : Mana ada ko gemuk. Aku ni lagi gemuk. Kaki aku dua kali ganda kaki kau okay.
A : Taklaaaa. Aku lagi gemuk. Like, seriously. Ko tengok jari aku, sama besar dengan peha ko.
B : Takkkkkk. Aku laaaaaaaaaagi gemok, bla3.
Senang cite, baik la B tu ngaku je A lagi gemuk dari dia. Takde la duk buang masa berebut2 siapa lagi gemuk. Baru tersentap sikit. Sebab walaupun dia duk ngaku dia gemuk sgala, deep inside dia nak dengar orang cakap dia kurus tu. Heee. *Tau sebab slalu buat* :D
VERSI IBU AYAH
C : Anak U da nak masuk 9 bulan kan? Dia da boleh buat apa ek?
D : Dia baru bleh meniarap, pusing2 badan. Da angkat2 punggung da nampak. Tak lama lagi, merangkak la kot.
C : Seriously?? Anak I 8 bulan da jalan da. Lompat2. Da pandai makan solid food suma. Jarang nangis. Bagus betul la my boy tu.
E : Yeah? Slow la anak you guys ni. Anak I umur stahun da boleh terbang and drive kete da.
F : Anak I baru2 ni, dapat 100% Matematik. Suma subject dapat A. Nombor 1. Terkejut I. Sebab I slalu bawak dia jalan2 gi Paris, London suma. So, dia slalu miss kelas. I tak de la set high expectation kan. Just harap kat personal tutor yang I upah dengan kadar RM100/jam tu je.
G : Anak I biasa je. Anak U dapat 100% Maths, anak I dapat 100% English AND Matematik. Da la pengawas. AJK Kebersihan kelas. Dengan segala tanggungjawab berat yang dia pikul, I taktau camne dia bleh manage untuk dapat sumanya 85% dan ke atas.
Masing2 nak tunjuk anak dia la paling hebat. Kalau boleh nak je ngaku piano kat rumah tu anak dia buat sendiri.
(=_=)
VERSI ATUK NENEK
J : Eh eh, Kiah, lamanya tak jumpaaaa! Cucu da berapa skarang ni?
K : Jah!! Whats up?! Aku cucu masuk lapan daaaa. Kau?
J : Aku 10 haaaa! Cucu aku banyak study obersi. Ade kat Mesir, Australia, London.
K : Owh osem la cucu kau. Aku pun sama. Suma cucu aku amik Medic, tak pun Engineering. Kat UK, ade yang kat Korea, India, bla3.
*obersi = oversea, osem= awesome
Mesti pnah je terdengar atau berhadapan dengan situasi2 di atas kan? Kekadang rasa rimas pulak dengan orang yang rajin bebenor duk mengipas diri ni. Masuk bakul angkat sendiri. Pastu hempas telur busuk masuk dalam bakul orang lain. Tak kuasa nak layan.
Lagi satu ayat yang saya bosan dengar ialah,
"Eh eh, da besar da anak kau ni. Da jadi anak dara da. Dulu kecik je, duk main sepak2 bola, kahwinkahwin dengan Firdaus. Bogel2 lari satu rumah. Skang ni da sampai umur boleh kawin ni. Cepat betul da besar kan anak2 kita ni."
Tak reti nak jawab pe. Nak react camne. Muka makin merah. Lastlast sengih2 cam kerang busuk. Mesti la jadi anak dara da, takkan da lama duk stay jadi baby je. Benda2 bogel lari serumah, main kahwin2 ni, takyah la sebut daaaaa!!
(T____T)
Okay, tu selingan je. Back to the point. Tak bosan ke duk peraga kelebihan diri? Kelakar pun ye jugak. Kadang2 apa salahnya kalau kita puji orang lain pulak? Apa salahnya kalau kita terima yang orang itu lebih baik dari kita? Tak rugi kan? Dan kalau kita rasa rendah diri, then cuba baiki la diri kita mana yang boleh. Bukan dengan condemn kelebihan orang. When you judge someone else, it doesn't define who they are, it defines who you are.
Bukan bajet diri bagus. Tapi sekadar peringatan. Kat diri dan kawankawan yang lain. Saya selalu ingat apa yang mak pernah pesan pada saya. Hidup biar berpada. Kalau Tuhan bagi lebih sikit, kena beringat. Kalau kita pandai, ada ramai lagi orang lagi pandai dari kita. Kalau kita cantik, ramai yang lagi cantik dari kita. Pokoknya, there's no such thing as 'Aku lagi bagus dari sumorang'. Dan kalaupun trasa diri tu da hebat sangat, ingat2 la. Itu suma hak mutlak Tuhan. Bila2 Dia boleh bagi kita, bila2 jugak Dia boleh rampas balik dari kita. Sementara kita ada peluang ni, manfaatkan sebaiknya! Wasalam. :)