Tuesday, November 30, 2010

BanyakSongeh!

Saya tengah tunggu masa nak sambung belajar. Jadi saya kerja dulu, kat sebuah pusat tuisyen. Dah masuk dua bulan. Sibuk sangat kadangkadang. Sampai saya tak ada masa nak jumpa, lepaklepak dengan kawankawan. Mintak maaf kawankawan.

Dulu saya jadi customer, ada juga perkara dalam senarai bawah yang saya sendiri buat, cakap. Kerja saya buat saya lebih faham maksud hormat pada orang. Dulu kita sesedap hati komplen memanjang, bila sekarang diri sendiri kena hadapi suma komplen, baru saya faham apa perasaan orang2 yang saya pernah mengadu dulu. Ada masa ok, ok lah. Bila masa down, down yang amat. Ingat mudah? Awak nak tahu apa jenis situasi yang saya dan rakan sekerja kena hadapi setiap hari?

Sepanjang bekerja, ada banyak perkara yang buat saya rasa sakit hati dan menyampah sangat. Tapi 20 PERKARA YANG SAYA PALING TAK SUKA IALAH BILA……

1. Orang cakap putarbelit, tetiba bila something goes wrong, mula tuding jari, salahkan orang lain, buatbuat kita yang salah dengar, cakap ini kita punya pasal, selesaikan sendiri.

2. Nak berkira dan pertikaikan harga. Bak kata makcik barubaru ni,

“ Kalau ikut betul2, centre awak tak sepatutnya charge RM190, patutnya saya cuma kena bayar RM157.50.”

3. Bangun pagi dalam keadaan terkejut, sebab tibatiba pengurus telefon pagipagi buta atau ibubapa pelajar tempat saya kerja yang telefon sekitar 6.45 AM semata2 nak bagitau, harini tak payah jemput anak dia, dia hantar sendiri, SMS saja boleh?

4. Orang ambil kesempatan atas layanan kita yang baik, kita ikhlas bantu dia, dia kenakan kita pulak.

5. Orang bagi arahan mengarut atau buat permintaan yang tak jelas, bila kita tanya balik dapatkan kepastian, kita pulak kena marah.

6. Orang buat permintaan yang pentingkan diri macam contohnya, kita bagitau parents van akan sampai awal, tolong siap by 8.30 AM, sebab kelas mula 9.30 AM, tapi apa dia jawab?

“Saya nak van tu ambil anak saya pukul 9 AM.”

*
Amboi2, kau ingat van tu kena jemput anak kau sorang? Da la free service! Demand pulak.*

7. Saya sakit gigi waktu bekerja. Sebab bila kita lupa bawak painkiller, boleh rasa akar gigi tu sakit dan tarik sampai kepala, rasa macam migrain. Bila sekali ada orang buat hal, cepat betul darah naik, panas je rasa.

8. Terlalu ramai orang bagi arahan, terlalu ramai pengurus, tak tahu nak ikut mana, ikut yang ini, itu marah. Ikut yang itu, yang ini marah pulak. Berebut2 nak tunjuk kuasa. Jangan buat perangai macam *BELIAU* boleh?

9. Bagi kerja pada minit terakhir. Kita da susun elokelok sumanya, sekali dia batalkan, buat perubahan baru, dan jangkakan kita mampu inform suma orang dalam masa sesingkat 40 minit, bajet suma orang free, boleh ikut perancangan baru dia tanpa ada apa2 masalah.

10. Saya telefon parents nak bagitau sesuatu yang urgent, dia tak angkat atau kadang2 reject call saya, tak balas panggilan, esoknya kecoh2 kenapa tak bagitau awal2.



11. Tak ada waktu kerja yang tetap, kadang2 melepasi waktu bekerja yang normal, waktu cuti,suruh kerja juga.

12. Salahkan kita bila sambutan tak memberansangkan. Ini bukan jualan langsung. Lain la kalau saya jual gelang AC Mizal, boleh la ejen marah2 tak laku, tambah2 sejak ramai da tau cita sebenar pasal dia beli murah saja di China, jual mahal pula kat Malaysia.

13. Semua pekerjaan diletakkan atas bahu awak seorang, bila menjadi, tak dapat penghargaan, bila tak menjadi, dikritik pula.

14. Orang marah2, kecoh2 kenapa kena bukak kasut bila masuk pusat tu, dia da termasuk sambil pakai kasut, tak pasal2 kena patah balik bukak kasut padahal kat pintu da ada notis ‘PLEASE TAKE OFF YOUR SHOES. THANK YOU.’
*Kau yang tak peka, maki aku pulak?*

15. Jumpa parents yang nak kritik segala benda, ada saja tak kena, antara yang paling tak boleh terima ialah,

“Kenapa pintu centre ni transparent? Bahaya untuk budak2, kadang2 diorang tak sedar ada pintu, langgar terus masa nak masuk. Patut letak notis ADA PINTU DI SINI.”

Terusterang, saya ingatkan dia bergurau, setelah beberapa saat berlalu baru saya sedar, dia serius. Saya terpaksa tahan diri dari ketawa. Kan ada handle kat situ, meh sini sapa yang tak nampak pintu tu, saya tolong letak Eye-Mo kat mata awak.

16. Jumpa parents yang pushy, da cakap tak cukup tempat, lagi nak paksa2 suruh terima jugak pendaftaran anak dia. Awal2 dulu tak nak daftar, da terlepas sehari, kuota da cukup, kecohkecoh pula. Pastu pandai2 claim diri da book. Mana ada. Saya yang handle calls, saya tau la sapa ada book, sapa tak.

“Eh saya dah cop tempat ni sejak lima hari lepas. Bak borang, saya nak register!”
“Mintak maaf puan. Tempat da penuh. Dan saya pasti tak ada panggilan booking dari sapa2. Kalau anak puan masuk, takut tak cukup tempat untuk dia. Lagipun tarikh akhir mendaftar semalam. Siapa cepat, dia dapat.”
“ Eh! Pandai2 kau kan. Bagi sini borang tu! Awak tak tahu ke customers always right?! Bagi sini nombor manager awak.”

Saya bagi nombor, tapi entah nombor sapa, men hentam keromo. Haaa, call la ‘manager’ saya tu ek makcik. Ahaha. :D

17. Fitrah manusia kadangkadang ada terlupa apa2. Tapi di mata parents, skali buat silap, kena hentam bertalu2. Kerja kita WAJIB sempurna, tak ada cela.

18. Ada orang yang tak fikir pasal cuti kita.

“ Boleh tak anak saya, saya nak kelas hari Sabtu dan Ahad saja. Sebelah malam ye. Waktu tu saya cuti, free nak hantar dia.”
“Mintak maaf puan, kita tak bukak Ahad. Hari Sabtu 9 AM- 1 PM je.”
“ Lah! Bukak la Sabtu Ahad sampai malam, apa masalahnya. Budak nak belajar yang centre, cikgu, tak nak buat class pulak.”

* Kau gila? Aku nak cuti jugak, nak keluar jugak! Kalau bos kau tak bagi cuti, mesti kau kecohkecoh kan? Pikir budak nak belajar konon. Staff dengan cikgu ni apa? Robot, tak payah cuti? Tahi betul.*

19. Ada budak sekolah buat gaya taiko, baru Darjah 2,3 je pun. Mencarut kalah orang besar. Bila masuk kelas suruh buat test, hancus.

20. Jumpa parents yang liat bayar yuran tapi komplen banyakbanyak. Time komplen, tinggi2 suara. Bila sebut pasal hutang yang kian meningkat, tahu pulak nak cakap guna nada lembut.

“ Ye2, nanti saya bayar ye Izzi. Saya memang teringat nak bayar, tapi itulah kan, busy.”

PUH-LEASE LA WEH! -.-

Nasib baik tinggal sebulan je saya nak hadapi suma ni. Kalau setahun, mau botak kepala dek penangan tahap tensi yang terlalu tinggi. Setiapkali saya rasa marah, muka merah, pegang pipi rasa panas, saya akan tenangkan diri dengan memikirkan muka anak sedara saya yang baru masuk 7 bulan, Daniel Ezz Hariz yang dengar khabarnya baru naik gigi sebatang. Terus senyum. :) Bila senyum, hati pun jadi sejuk sikit. Itulah caranya saya bertahan sampai hari ni.



Tapi sekarang, saya rasa gembira balik nak kerja, sebab saya dah anggap rakan sekerja saya umpama abang, dan salah seorang pengurus saya sebagai ayah. Rasa mesra, senang nak kerja dengan diorang ni. Banyak benda diorang kompromi dengan saya. Banyak mengalah, tolong ringankan kerja saya, senang nak mintak tolong.

Terima kasih! :)

Jadi kawankawan, setelah mendengar ini suma, saya nak pesan kat kawankawan, kalau korang ada adik,selagi dia boleh study sendiri, tak payahla tuisyen2 ni, tak perlu sangat pun. Tapi kalau dia PERLU tuisyen, saya cuma nak sampaikan satu mesej yang penting kepada anda.


Marilah kita mendaftar ramairamai di pusat tuisyen saya sempena
Pakej Cuti Sekolah ni!


Muahahahaha! Teehee! :D


Sunday, November 28, 2010

Sosial

Kawankawan, apa definisi ‘SOSIAL’ sebenarnya?

Orang2 yang gemar bergaul kan? Kawan ramai kan? Selalu babitkan diri dalam acara keramaian kan? Itu definisi sosial bagi saya. Awak punya mungkin berbeza.

Kalau mak cik yang join marhaban, kelas aerobik, pocopoco kira sosial ke? Pak cik yang join golf dan suka lepak warung mamak, tengok bola pun kira sosial? Atau kalau melibatkan dua individu berlainan jantina baru dikira sosial?

Maaf, saya banyak tanya. Bukan apa, terkeliru sikit. Sebab saya perasan, ramai orang suka pandang slack bila dengar perkataan ‘sosial’.

Bagi kebanyakan masyarakat kita, sebut saja sosial, maksudnya pakai tak senonoh, pegi clubbing, gaul laki pompuan, parti tak ingat siang malam, mabuk2, seks rambang. -.-

Perkataan sosial ni saya belajar waktu di Taiping dulu. Kat SAB, sepanjang 3 tahun saya kat situ, memang istilah sosial ni tak pernah wujud.

Form 1 ke, Form 6 ke, memang jarang la dengar orang panggil ‘Abang’ atau ‘Kakak’. Form 1 boleh bergaul dengan Form 5 macam tu saja, siap panggil nickname, tepuk2 belakang masing2. Suma orang mesra.

Waktu saya Form 1, saya dah biasa panggil ketua pengawas kami yang Form 6 guna nama saja. Nama dia Muthu Kumar.

“Muthu!! Esok ada meeting ke?!”
“Muthu!! Blanja makan!!”

Nada saya panggil dan bercakap dengan dia samalah macam kita nak order makanan kat NZ (specific gila). Mana2 warung mamak je la, sama je. ;)

“Mamak!! Bagi mee goreng mamak 1, ngan 1 teh ais, kasi kaw2 sket ek!!”

Suka hati je. Tapi, walaupun saya panggil dia camtu, dan walaupun saya panggil senior saya pakai nama saja, saya hormat mereka. Apa2 mereka cakap, saya senang nak terima. Sebab kita da anggap kawan, suma keja jalan lancar, senang nak komunikasi, dan mereka berfikiran terbuka, nak bagi idea, kritik atau puji, suma okay saja.

Jadinya, waktu saya awal2 dikenalkan dengan istilah sosial, saya ingatkan sekadar bergaul mesra sesama kawan2. Saya ingat mesti nanti boleh rapat dengan senior suma, keadaan yang sama cam di SAB bila masuk MRSM Taiping. Jumpa ramai orang. Buat kenalan baru dan sebagainya. Sekali, bila da masuk, minggu pertama, baru saya dapat tau, jangan buat ini, itu, nanti kena cap ‘budak sosial’. Dan percayalah, dicap sebagai ‘budak sosial’ bukanlah sesuatu yang membanggakan.

Di Taiping dulu, sosial maksudnya gatal, gedik, rapat dengan laki. Pasal itu juga mungkin hubungan senior dan junior yang lain jantina tak begitu rapat, rapat dengan senior kelas masing2 saja biasanya. Itupun ikut jantina juga.

Dahlah kalau jumpa senior wajib bagi salam beserta nama. Suma orang pakai name tag. Saya pernah kena tegur sebab bagi salam tak sertakan nama dia. Dan wajib panggil ‘Kakak’ dan ‘Abang’. Jadi kena la cakap camni,

“ Assalamualaikum Kak Ashley.”

Tapi bila sentuh bab ‘Abang’ ni bahaya sikit, kena jaga sikit. Suma serba tak kena, kalau panggil nama cakap tak hormat, panggil Abang cakap gedik, silap2 boleh kena serang dengan teman wanita abang tu woo. Serang ni maksudnya kakak tu datang bilik kita dengan kawan dia, sound depan2 kaw2 punya. :)



Hidup di Taiping memang betul2 kena jaga, penuh dengan kena tegur je. Paling teruk saya pernah kena ialah bila ada satu hari saya pass kan satu surat ni kat senior laki. Waktu tu saya Biro Komunikasi, saya yang kena collect surat pelajar kat pejabat, pass kat students. Ala2 posmen jugak la. Saya tak kenal abang tu, jadi pass dekat sorang senior laki kelas saya di tengah2 pathway, orang lalu lalang. Itu pun sebab saya kenal abang tu, mintak tolong dia. Malam hari itu, ada senior datang sound2 tanya kenapa saya pegang tangan abang tu. Saya da heran da. Bila tanya baru tau ada senior ngadu nampak time saya hulur envelope tu, saya saja pegang2 tangan abang tu. Bukan tanya elok2, terus attack saja. Dah la abang tu jenis alim plak tu, bersongkok sepanjang masa. Tak masuk akal langsung. Suka hati fitnah orang.

Kalau pegi makan di café dengan laki, kena sound. Kalau cakap2, jalan sekali dengan budak laki, kena sound. Cakap kuat sikit atau jalan perlahan depan laki kena sound jugak. Jalan laju sangat pun kena sound, kekononnya nak tarik perhatian laki. Sampai camtu sekali.
Tidur atas jalan kang. Ahaha. :D

Mungkin juga sebab itu, ramai yang cakap pompuan ni sombong, pompuan tu sombong. Bajet apa tak nak tegur orang. Sebenarnya bukan bajet, tapi malas nak kena sound dengan senior. Kadang2 siap buat briefing. Dan yang kelakarnya, kecoh2 buat briefing, sound budak dating, pegang2 tangan, curi2 jumpa malam2 sume, bukan ada bukti sahih pun. Kalau sesiapa nak, suma pun boleh tohmah macam2. Pantang dengar khabar angin sket, mula la dapat kata kunci yang kita cari, SOUND.

Yang lebih peliknya ialah kadang2 orang yang cakap jangan sosial2 dengan laki, elak berkawan dengan laki suma ni, mereka ni lagi la melebih2. Dalam duk tegur2 orang, dalam diam2, sempat beberapa kali clash dan cari pengganti. Siap ingatkan orang tak tau, sedangkan dia tak sedar, lagi banyak dia sound orang, lagi ramai orang siasat pasal keburukan dia. Mana yang rilek2 tu, biasanya selamat je. :D

Bila baru masuk kelas kena kenalkan diri. Bila cakap dari KL, sekolah harian, suma pandang semacam sambil kumatkamit, bisikbisik,

“Budak KL owh, sure sosial, berlagak cakap omputih.”

Laaa, da kelas Bahasa Inggeris, memang la cakap omputih, itu pun kira berlagak? Ahaha.

Kadang2 jangan salah faham dengan orang2 yang nampak selesa bergaul dengan suma orang. Bukan semua orang sebegini gatal, kalau awak curi2 dengar perbualan mereka, kadang2 tengah cerita pasal benda yang general, takde unsur gedik2 pun.

Jangan salah tafsir maksud sosial. Tak semestinya orang yang suka bersosial ni negatif je memanjang. Ada sesetengah hal, lebih best cerita dengan perempuan. Ada sesetengah isu, laki lebih memahami. Sebab tu kena ramai kawan. Bila kita suka bergaul mesra, makin ramai kawan kita, makin banyak benda baru kita belajar, makin luas cara kita pandang kehidupan.

Saya perlu kawan, awak perlu kawan, kita perlu kawan. Tak salah tambah kenalan, janji bertempat dan tak melebihi batas. Kita makin dewasa, kalau kekal di takuk lama, nak kawan dengan orang yang sama saja, camne nak berkembang nanti. Berkembang merujuk pada pemikiran okay, bukan badan ye. :)

Sosial tak negatif pun, terpulang kepada mata yang memandang dan menilai. Tapi kalau da tahap mabuk2, keluar hotel baju compangcamping semacam atau kiss depan klcc, urm, rasanya waktu tu barulah sesuai untuk cakap,

“Itu ‘budak sosial’ owh!”

Teehee! :D

Saturday, November 27, 2010

Beliau

*Maaf. Atas nasihat dan permintaan keluarga, saya edit post. Ramai suggest delete, tapi setakat edit da cukup. Saya guna *beliau* tapi kalau hayati betul2, anda faham saya cakap pasal siapa kan. :) *

Dalam post sebelum ini (DuaPuluh) pasal azam saya bila da cecah 20 tahun, saya ada masukkan sekali nak mula minatkan diri dengan akhbar serius. Akhbar2 ni penuh dengan isu politik.

Saya tak berapa minat sangat politik. Saya tak anti BN dan bukan juga anti PKR. Saya cuba untuk elakkan menulis soal politik dalam blog tapi kali ni serius tak tahan. Kawankawan, please bear with me k. :)

Saya cuba yang termampu untuk lunaskan azam nak minat NST suma, selak banyak2 kali, cuma satu hal saja yang buat saya rasa bosan, menyampah, hilang minat.

Setiap hari ada gambar BELIAU. WAJIB ada.

Dan bila saya cakap setiap hari, maksudnya, SETIAP HARI dalam SETIAP AKHBAR UTAMA DI MALAYSIA ada gambar BELIAU.

Beliau bagi selendang dekat isteri Presiden Myanmar la, beliau dapat anugerah, sesi mesra rakyat bersama beliau, beliau lawat mangsa kemalangan, beliau lancar ini, beliau lancar itu. Dan kadang2, tak penting langsung, banyak lagi berita lain yang jauh lebih mustahak tapi slot untuk diorang ni kecik saja. Sebab apa agaknya kawankawan?
Ye, tepat sekali.

SEBAB NAK LETAK GAMBAR BELIAU.

Lagi besar, lagi bagus. Kalau nak bodek sangat, kenapa tak diwajibkan saja setiap akhbar utama di Malaysia wajib guna gambar beliau sebagai penyeri halaman utama setiap hari. Terus terang, saya tak rasa hairan kalau satu hari nanti, beliau jadi cover model untuk Pancaindera. -.-

Dan terus terang, budaya membodek ni makin lama makin susah nak dikawal agaknya. Muka PM kita jauh lebih jarang dilihat di media berbanding isteri beliau. Kalau dari sudut kepentingan, siapa lagi berkuasa sebenarnya? Suma berlumba2 nak jadi jambu beliau. Amik slot sampai dua mukasurat besar di akhbar, letak gambar beliau besar2, tanda berterima kasih kat beliau. Sampaikan ada yang terpaksa jugak sukasuka reka anugerah baru yang dicipta khas untuk dikurniakan pada beliau, tak ada calon lain tau2 da menang kat beliau, nak amik hati beliau. Haritu beliau dapat Anugerah Wirawati 1Malaysia. Apakah?! -.-

Sebab apa beliau yang dapat? Karisma dan perjuangan? Sumbangan? Pengorbanan? Atau mungkin sebab beliau ialah isteri PM? *huh*

Kalau awak tanya saya siapa dalam Malaysia ni yang gila publisiti, ikut susunan, saya akan jawab:

  1. dR Rozmey
  2. *Beliau*
  3. Ku Li
  4. Ayu Raudhah
  5. Rozita Che Wan

No 1- Tak sudah2 dengan iklan gah 2 Alam dia tu.
No 2- Impian masa muda nak jadi model tak dapat agaknya, da jadi isteri PM baru dapat peluang, guna semaksimum mungkin.
No 3- Tak habis2 promote kempen dia, condemn dan jatuhkan orang lain waktu pilihanraya yang lalu, mana2 akhbar pun blambak2 gambar dia, saiz besar plak tu, gambar sapa2 pun mesti ada muka dia terselit jugak.
No 4- Tak putus2 duk cerita dia nak kawin dengan Zaquan Adha padahal keluarga dan Zaquan tu diam je, kalo tak jadi ish3 bapak malu, siap kontroversi tikam lidah dengan Rita Rudaini suma, Ayu tu join family Zaquan pun blom, at least Rita da sah menantu keluarga tu. Patutnya takyahla over2 sangat.
No 5- Duk bising2 VIP ni kaco dia, VIP ni nak dia, berjuta2 kali bising2 umum nak bersara tapi cam tak ada gaya pun. Ada je muka dia. Nak bersara sangat buat je la diam2, saja nak umum kat media banyak2 kali pehal.

GILA PUBLISITI! -.-

Kalau senarai itu diteruskan, kemungkinan besar awak dapat lihat selebriti lain join skali seperti Didie Alias, Memey, Azwan Ali dan ramai lagi.

Bila bukak Metro dan Kosmo rasa tenang sket. Walaupun ada dR Rozmey plak take over tempat beliau, tapi takpe la. Sebab muka dR Rozmey tak plastik, walaupun kurang kacak, tapi wajahnya asli. Dan walaupun rambut dia unik, tapi itu lagi ok di mata saya, dia tak payah sibuk2 nak blow rambut kasi kembang2, besar2, tinggi2. Dia tak senyum paksa macam sorang tu, rimas betul tengok.

Tapi kalau satu hari nanti tetiba dR Rozmey berkolaborasi dengan beliau nak promote pe2, Jusmate ke *muahahaha*, abes la tak tahu nak baca akhbar apa dah, sebab suma penuh dengan gambar kedua2 individu itu. Slot untuk berita lain kena dikurangkan, sebab kebanyakannya dicanang dengan gambar mereka berdua, berebut kolum, kejar publisiti. Time tu, bila suma orang da muak dan mual, insyAllah publisher Harakah akan untung besar. :D

Kalau diorang terbitkan filem bersama, tak tahu gambar siapa yang akan lebih besar dalam poster filem tersebut. Para pelakon tak payah berangan la nak dapat exposure, gambar besar2, kalau ada diselitkan satu gambar mereka saiz kecik dalam poster tu pun da kira cukup bagus.

Jadinya, saya ambil keputusan untuk malas nak minat2 akhbar serius bab politik ni. Azam nombor 10 dengan ini dibatalkan, keluar dari senarai, berkuatkuasa sertamerta.

Dan sebagai tanda penghargaan kepada beliau sebab jadi subjek saya dalam post ni, saya terlebih dahulu nak minta maaf sebab saya cuma mampu namakan post ini sempena nama samaran beliau. Tajuk tukar, gambar saya remove, jaga sponsor punya pasal. Yang penting, isu utama saya kekalkan. Harap beliau tak marah sebab saya tak mampu berikan hadiah mewah ataupun sebab tak cukup duit nak sewa kolum di akhbar untuk paparkan gambar beliau.

Sorry ek awak. Belambak benda lain yang lebih bagus saya boleh buat guna duit tu, dari sewa kolum mahal2 letak gambar beliau, baik letak gambar Lisa Surihani. Lagi cun.

Teehee! :D


Thursday, November 25, 2010

CakapSerupaBikinTak?

Nasihat. Nasihat patutnya bawa kita ke arah yang lebih baik kan?

Teguran. Teguran tu bermaksud nak baiki diri supaya jadi individu yang lebih berkualiti kan?

Saya selalu jugak baca, dengar, tengok macam2 jenis nasihat, teguran. Cuma maaf saya nak katakan, mudah untuk kita keluarkan nasihat dan teguran. Tapi kalau ditimbang2, patutkah kita kritik satu2 hal tu? Maksud saya, kes cakap tak serupa bikin.

“Jangan couple Minah, dosa weh.”
Tapi di belakang Minah, kita yang lebih2 duk pegang2 tangan, peluk2, cium2 pasangan kita.

“Kau ni cuba pakai tudung, tutup rambut, sopan cam aku. Sejuk mata bakal mak mertua.” Tapi pakaian kita jarang, cuma pakai tube je, itu je la yang legap pun, yang lain suma translucent.

Kadang2 bila orang tegur saya, bagi nasihat kat saya, saya cuba berfikiran terbuka, nak terima apa point dia, untuk baiki diri. Tapi terus terang saya nak cakap, hanya kritikan dan nasihat tertentu saja yang saya boleh terima. Bukan sebab degil. Tapi kalau kita suruh budak2 jangan makan coklat, sebab tak elok untuk gigi, sedangkan kita duk melahap Cadbury depan dia, rasanya dia akan ikut dan hormat kita?

Kalau kita nasihatkan adik, kurangkan tengok TV, lagha tu. Sekali kita pulak duk ikut Mari Menari, menangis esak2 bila pelajar AF diundi keluar dari akademi. Apa la yang agaknya adik awak fikir?

Dan kalau hari ni, kawan kita tegur, kita ni asyik kawan dengan laki saja, kita pun banyakkan bergaul dengan budak perempuan, cuba nak lupuskan imej lama, esok lusa dia pulak keja bergayut dengan lelaki yang berbeza setiap malam, sedangkan dia dah ada teman lelaki da. Selepas mengetahui suma ini, andai kata dia tegur lagi pasal pergaulan awak, awak mampu terima sepenuh hati?

Maaf, itu bukan saya. Saya bukan jenis naïve, fikir suma orang baik, fikir positif saja. Kenalah realistik sket kan.

Kadang2, saya selalu fikir balik. Setiap judgement, kritikan, nasihat orang utarakan boleh pakai ke, Berat sebelah ke tak? Diorang sendiri buat tak apa yang diorang cakap tu dan bila diorang tegur kita, pernah tak diorang pertimbangkan keadaan kita? Cara penyampaian kena atau tak, mendesak atau berhemah? Atau main cakap saja, nak nampak bagus, main kritik je.

Satu kebiasaan kita, selalu nampak yang buruk dari yang baik. Selalu buat baik, sekali buat jahat, terpadam terus segala rekod kebaikan dia pernah buat dulu. Tegur tu tujuan nak ingatkan atau menjatuhkan?



Saya bagi contoh ek.

dR Rozmey tu. Belambak2 blog buat review pasal 2 Alam, kutuk2 dia, buat parody pasal dia, perli2 dia. Dekat FB pun macam2 komen dan status pasal dR Rozmey ni. Bagi saya strategi dia berjaya. Promosi yang dia buat, ternyata berkesan. Mungkin filem itu memang tak dapat sambutan seperti yang disasarkan, tapi saya tak rasa itu matlamat utama dia.

Dia nak popularkan diri. Dan tahniah, memang da tercapai sasaran dia tu. Mana2 saja orang cakap pasal dia. Kutuklah, perlilah, nama dia da tersebar merata. Itu bagus untuk tujuan komersial pada masa akan datang. Nama dia da jadi satu brand, household name. Memanglah dia angkuh, cakap nak lebat saja, gaya rambut tu, takpelah, saya tak mau komen lanjut. Terserah pada tafsiran masing2. :) Tapi dia berani amik risiko, stay focused on apa yang dia nak. Bagus tuh walaupun urm, rasanya itula yang bagus pasal dia, stakat yang saya nampak la. :D

Tapi pointnya, dia kena perli, kutuk suma, tapi pada masa yang sama, dia dapat glamor, nama, duit masuk, saham naik. Tapi yang duk sibuk mengutuk tu dapat apa? Cakap orang tu buruk, dia jadi makin cantik,hensem? Setakat nak dapatkan kepuasan diri, kita sakitkan hati orang. Berbaloikah? Macam mana pulak dengan yang bising2 dia ni berlagak, angkuh sedangkan kita di luar sana pun entah2 sama naik, dua kali lima saja. Pantang beli kereta baru, dapat markah tinggi,tukar hp pun silap2 suda bermegah2 depan orang lain.

Sekadar peingatan bersama, buat diri saya dan kawan2. Saya pun peringkat bawah, tengah belajar lagi. Tapi apa yang saya pegang, panggil orang lain macam2, sakitkan hati orang, cuba kalau orang buat benda sama pada awak, awak suka? Kalau kita nak nasihatkan orang, kita tengok dulu kita camne, ada buat tak benda tu. Kalau ada, apa kata kita stop dulu, then bila da berjaya ubah diri, barulah kita tegur kawan kita pasal perkara tu.

Bila dia nampak sendiri perubahan tu, dia pun akan hormat dan ikut apa yang awak nasihatkan. Setakat nak kecoh2 pasal budak ni suka perasan lawa, sedangkan telefon bimbit dan kamera kita penuh dengan gambar bajet comel kita yang diambil dari segenap sisi, tayang suma kat FB dan medium lain, baik diam je la. :)

Baru2 ni, kawan tempat keja saya tanya, kenapa pompuan suka buat mulut sejemput ek? As in suka buat gaya mulut macam nak kiss orang tu. Kelakar plak saya rasa soalan tu. Entahlah, mungkin nampak cute, hot la kot buat macam tu. Saya pun tak pasti. Hari yang sama, lepas saya balik, saya usha balik gambar2 FB saya, ada tak yang macam tu, nasib baik tak ada. Saya tak check pulak gambar dia ada ke tak. Tak kot, ye Zhaf? Ahaha. :D

Setiap patah perkataan yang kita keluarkan, bagi seseorang yang tak kenal awak, dari situ orang akan nilai, kat mana tahap pemikiran awak. Kalau kata2 carutan saja yang tak habis2 keluar, kata2 hinaan saja yang asyik diucapkan, jangan la mengharap orang akan pandang tinggi, puja awak. Tak gah mana pun suma tu. Nilai diri, baru nilai orang. Kritik diri dulu, baru kritik orang. Kalo awak bising nak lihat orang senyum,asyik monyok saja, apa kata awak senyum dahulu, mungkin lepas tu senyuman dia akan menyusul. :)

Dan yang penting, sebelum lontarkan teguran atau nasihat,soal diri dulu, kita ni cakap serupa bikin tak? ;)

Monday, November 22, 2010

Sweet :)

Enjoy2 tengok video ni ek.



Saya rasa contentnya sangat2 sweet. So cherish your loved ones! :)

Saturday, November 20, 2010

Break-Up

Bayangkan.

Awak tak pernah pakai baju warna kuning. Ramai orang cakap warna kulit awak tak sesuai pakai warna kuning. Jadi awak takut nak cuba, awak tak yakin. Satu hari, awak nampak satu baju kuning yang menarik design nya. Awak beli, tringin nak cuba, mana tahu nampak cantik. Lepas pakai, ramai kritik kombinasi baju itu, tak sesuai dengan awak, tak ikut ukuran awak. Awak buat tak tahu.

After a while, awak tengok cermin. Dan perasan, baju tu memang kecik sangat, sendat dengan awak. Tak sesuai warnanya dengan warna kulit. Pakai dengan jaket pun tak cantik, pakai dengan inner pun nampak hodoh. Bila dah pakai kat badan sendiri tak rasa semenarik macam waktu patung kat kedai pakai aritu. Awak tak selesa. Jadi awak tak mahu pakai lagi. Pulangkan kat kedai, tukar dengan baju lain. Orang lain yang beli, ok pulak dengan dia. Nampak cantik bila dia pakai. Jadi dia simpan, dan selalu pakai baju tu. Dia tak rasa muak. Yes, baju tu tak sesuai dengan kita, tapi rilekla, tak ada sebab kenapa nak rasa cemburu, baju tu elok kat dia, tak elok kat kita. Banyak lagi baju lain yang nampak cantik bila digayakan oleh kita. :)

Ini analogi yang gambarkan apa yang saya rasa tentang cinta, berpasang-pasangan (couple) dan breakups. Boleh dapat tak apa yang saya cuba selitkan?

Just in case, ada yang slow skit, tak nampak apa yang saya nak bagitau thru analogi tu, meh sini, saya jelaskan.

Kita tak pernah bercinta. Suma yang ada pengalaman nasihatkan, janganlah, silap haribulan makan hati nanti. Kita lihat sendiri kawan2 yang tak dapat nak belajar, terleka dengan karangan2 jiwang nukilan bf masing2, ada juga yang frust menonggeng putus cinta. Kita jadi takut. Takut kalau2 kita pun jadi macam tu. Satu hari, kita jumpa lelaki yang menarik, yang kita rasa faham kita, boleh buat kita rasa selesa. Jadi kita declare, terima dia sebagai sebahagian dari hidup kita. Kadang2 kuar la perangai teruk dia, kawan2 kita tegur kita, nak sedarkan kita, jangan jadi mangsa. Tapi kita malas dengar. Lama2 kita perasan, dia tak jaga hati perasaan kita. Betul apa kawan2 cakap. Kita cuba tipu diri, pejam mata, cuba baiki situasi, rasa sumanya akan ok nanti. Tapi tak dapat ubah apa2, dia masih dengan perangai yang sama. Kita putus asa. Mintak berpisah.

Satu hari, dia jumpa wanita lain. Yang dirasakan lebih memahami. Diorang declare, dan hubungan diorang, walaupun da lama, kekal bahagia. Perlukah kita dengki2, cemburu2? Sedangkan ramai lagi orang lain yang kita akan temui nanti, dan dalam ramai2 tu, pasti ada yang jauh lebih baik dan memahami kita, terima kita seadanya. Tapi kena usaha jugakla, janganla tunggu kat depan umah je, mengharap ada rombongan datang meminang. -.-

Saya rasa kalo suma yang clash pikir camni, mungkin kurang sikit kes bunuh diri, kes sanggup korbankan badan dan diri untuk kononnya ‘ikat’ pasangan dan jugak kes ala2 video kontroversi cium mulut depan klcc sebab nak pujuk bf, takut dia mintak clash, menyampah betul video tu. -.-

Waktu saya nak clash dulu, saya ambil masa yang panjang untuk fikir sorang2. Patut atau tidak. Saya takut. Takut apa? Takut tak jumpa yang lebih baik dari dia. Susah nak lepas orang yang awak da terima masuk ke dalam hidup awak. Proses tu amik masa. Orang lain boleh cakap takpe2, kau mesti dapat yang lagi elok weh. Jangan risau la, ramai nak kau.
*Banyak la! Kalo takde camne?! T.T*



Lagi satu, orang yang da clash slalu cakap,

“Tak pe la, selagi awak bahagia, walaupun bukan dengan saya, saya tumpang bahagia”

Urgh. Saya tak pasti sama ada awak salah seorang yang fikir camtu, tapi bukan saya, honestly. Camne nak bahagia? Kalo hari2 awak duk usha2 FB dia, status dia, kekononnya dengan alasan, nak tengok perkembangan dia. Padahal deep down inside your heart, awak harap dia pun tengah bersedih, sebab dah tak lagi bersama awak, harap dia teringatkan awak, sama seperti apa yang awak rasakan. Malangnya, status bekas pasangan awak kini tak habis2 gambarkan kebahagiaan, rindu dan sayangnya dia pada temannya yang baru. Itukah definisi kebahagiaan bagi awak? Bila dia dan teman barunya berbalas2 lovey dovey wallposts dengan gembira, awak rasa gembira sekali? Kenapa saya rasa susah sangat nak percaya? Baik gila kot kalo awak betul2 bahagia bila lihat dia bahagia dengan orang lain.

Bila kita baru lepas breakup, sebolehnya jangan zahirkan sangat rasa kecewa tu, sebab pasti ada yang akan bahankan awak, kasihankan awak. Dan buat bekas pasangan kita simpati dengan kita. Itu sangat sedih kawan-kawan. Kuatkan diri, tunjukkan yang kita boleh terima perpisahan itu, masih mampu tersenyum dan pada masa yang sama, buat si dia kagum dan terasa menyesal terlepas peluang untuk dapat pasangan seperti awak.

Breakups memang sakit. Tapi saya rasa, lagi sakit kalo awak suka sorang budak ni, dia bagi positive hints, yang buat awak rasa, *YES! Ade chance! Woohooo!* tapi tetiba tak suka awak pun. Urgh!

Bila susah, ada benda nak ngadu, cari awak. Bila jumpa yang menarik, tiba2 awak lenyap di mata dia. Ni cam kes bagi harapan palsu. Bertambah sakit kalau mintak pendapat awak, camne nak approach budak tu, mintak awak jadi orang tengah. Lama2 baru awak dapat tahu, dia dekati awak untuk dapatkan kawan awak. Aduh! Itu sama la macam amik cili padi, tonyoh kat mata sendiri. *persamaan melampau gila* -.-
Kalo anda mengalami situasi ni, kalo dengar lagu ‘Cuba’ nyanyian Faizal Tahir, memang menusuk betullah. Hehe.
P/S : Saya orang Kedah, tonyoh tu sama cam jolok k. :D

Berpisah dengan yang tersayang memang pahit. Tapi nak tak nak kita kena jugak move on. Cuba main permainan ni bila sedih, amik lagu Bahasa Inggeris yang pasal moving on, berpisah blablabla, translate ke BM pasar. Contoh :

BEYONCE - IRREPLACABLE (Tak Bleh Ganti)

‘Kau bajet aku tak leh jumpa orang lain yang lagi bagus dari kau? Tolong sket, kau mesti tak kenal aku lagi. Kalo aku nak, esok pun aku da boleh dapat orang cam kau, so tak yah rasa diri hot sangat ah,bajet takde orang bleh ganti kau.'

RIHANNA - TAKE A BOW (Tunduk Ah)

‘Kau nampak cam bodoh skarang, berdiri luar umah aku, nak mintak2 maaf konon, nangis2, hodoh gila weh. Puh-lease la.’

Muahahahaha. :DDDDD Okay, tak kelakar. Sorry2.

Buka mata pada pilihan lain. Mungkin kita tak sedar ada saja orang yang harap kita pandang dia, terima dia. Beri peluang pada diri dan individu itu. Kalo si dia boleh move on, kenapa tidak kita? Dan jangan sesekali pegi serang2 gf or bf baru dia tu. Atau sebar2 fitnah, dengki2. Malu weh, tak elegan langsung, dan itu SANGAT2 TAK COOL! Berbaloi ke terkenang2 dia sampai tak lena tidur sampai mata jadi cam panda, tak lalu makan sampai kurus melengkung, mandi tak basah tu cam melampau. Kalo da memang tak mandi, camne nak basah. -.-

Jadinya kawan2, janganlah sedih2. Janganla ditangisi sangat kalo awak berpisah dan kini single. Takde pasangan pun kita boleh hidup kan? Kalo tak boleh, gi la lepak2 dengan kawan, distract diri anda dari pikir2 benda ni. Kalo suma kawan2 awak da pun berpunya, awak je yang single, slalu la ingat, saya ada je nak temankan awak. Tapi Ahad je la ek, sebab hari lain saya keje. Itupun dua minggu ni, saya keje Ahad jugak. Hehe. :D

Pernah dengar lagu Rahasia Perempuan? Lagu tu ada cakap, ada satu bahagian pada perempuan yang sangat sensitif bila disentuh oleh lelaki, dan bahagian itu adalah hatinya. Sangat betul. :) Jadi sebelum anda mula bagi harapan palsu, peralatkan hati seseorang perempuan, fikir banyak2 kali. Sebab bila sekali awak sakitkan hatinya, perkotak katikkan perasaannya, selamanya dia akan kenang perbuatan awak itu. Hidup kita ini saling berkait dengan karma. Sebelum kita kenakan seseorang, baik beringat dulu, takut2 nanti terkena batang hidung sendiri pula. Apa yang penting, utamakan diri, dan senyum2 selalu okay! Teehee! :)

Thursday, November 18, 2010

DuaPuluh :)

20 Azam Baru Saya Sempena Usia 20 Tahun

AZAM UTAMA : Saya nak jadi seorang individu, anak, adik, Chue, kawan dan pelajar yang baik dan cemerlang serta pada masa yang sama, buat mak jarang berleter sebab risaukan anak bongsu dia ni. :D Untuk itu, saya perlu :

1. Belajar memasak
Dengan chef tersohor, Chef Norlia aka M.A.K yang tak habis2 bising suruh saya belajar masak sejak Form 4 lagi. Katanya, tak pandai masak camne nak kawin! :D

2. Cuba berbaik dengan orang2 yang saya tak berapa gemar dulu.
Saya dulu jenis kalau tak suka sorang tu, apa2 dia buat pun ada saja yang tak kena di mata saya. Salah saya tak amik peluang untuk dekati mereka. :(

3. Menambah seramai kawan baru yang mungkin.
Saya mahu cuba untuk lebih ramah dengan orang. Selagi tak melampaui batas. :)

4. Luangkan masa untuk lebih dalami ilmu agama.
Kawan2, mana yang ada ilmu lebih, turunkanlah dekat kawan awak yang sorang ni. Kalau bimbingan untuk jadikan saya insan yang lebih baik, insyAllah saya terima dengan hati yang terbuka. :)

5. Kurangkan membeli pakaian berwarna hitam.
Ini penting untuk buat mak tak lagi syak saya join gang Gothic atau Black Metal. Entah apa yang buat dia syak macam tu pun saya tak pasti. Ni salah satu implikasi bila mak anda minat Edisi Siasat dan 999. :) Almari saya memang penuh dengan baju warna hitam. Bak kata Rain, hitam itu menawan, hitam itu warna kegemaranku. :)

6. Cuba makan sayur dan ikan banyak2.
Bila muka naik jerawat mula la mak bising, sayur tak makan, ikan tak mau, ayam je memanjang, mana muka tak naik jerawat! * Ikan pun membantu elakkan jerawat ke? Makan ayam trigger jerawat ke? Ke mak yang saja2 reka fakta baru? Saya pun tak pasti. :D *

7. Tak lagi liat untuk makan ubat dan vitamin tambahan serta minum susu.
Saya jenis pemalas benar makan ubat, kalau sakit gila2, baru saya mula cari ubat. Susu dan vitamin tak payah cakap la. Sampai ke tahap kena paksa minum dan mak kena monitor jumlah tablet vitamin setiap hari berkurang tak. Kalau tak, mula la sesi ‘Bising Bising Bersama Mak’. :D

8. Kurang sakat anak2 sedara saya.
Anak2 sedara saya da 5 orang, pantang kena sakat, mula la malu2, jerit2, merajuk, ngadu2, kadang2 nangis. Tapi saya memang suka usik diorang. Best la bila diorang merajuk. Pancing saja pakai sweets, da ok da. Kadang2 biskut Tiger pun layan gak. Tak paham betul. Tapi kalo nangis, panik jugak saya. :D

9. Kurang mengunjungi laman Facebook.
Ini susah jugak. FB ni addictive. Tapi saya nak jugak cuba untuk meng’kurangaktif’kan diri dalam arena Facebook. Saya nak cuba update blog sekali dalam setiap 2,3 hari. :D

10. Banyakkan membaca akhbar yang lebih serius.
Sebelum ni, saya baca je sume akhbar, tapi saya prefer Metro dan Kosmo. Sebab cerita2 dia kontroversi. Hehe. Akhbar cam NST bosan. Tapi ayah saya suka, setiap hari langgan NST. Jadi pasni saya nak cuba hayati dan amik tau apa yang bestnya akhbar2 bisnes, politik yang serius ni. :D



11. Cuba kawal emosi dan ekspresi muka.
Yang kenal rapat dengan saya mesti tau, saya pakar bila bab buat muka seposen,tak ada ekspresi, buat tak tau je tapi kalau marah, tak selesa, saya susah nak lindung ekspresi muka dan perbuatan saya. Jadi lepas ni, saya nak be in control sikit. :)

12. Lebih banyak bersenam.
Kena bangun lebih awal, ikut mak pergi jogging. Tak hari2 at least sikit pun jadi la. Kat kolej dulu senang, cari Farhah, Idzni, Maddy, Kammy, Abby, Syiqin, Skyn, Hanizs, main badminton, basikal, dan lain2. :D

13. Lebih banyak mendengar dan memerhati daripada membebel.
Bila awak jenis expressive, awak ada tendency untuk lepas saja apa awak fikir, dan jarang pay attention atau alert dengan apa yang orang lain fikir dan rasa. Itu yang saya nak ubah. :)

14. Cuba untuk tidak lagi tangkap gambar atau video yang memalukan diri macam video mata panda dulu.
Tiada penjelasan lanjut, harap maklum. :)

15. Tidak lagi memakai t-shirt lengan pendek.
At least ¾ la. Start slow2, lama2 insyAllah penuh. :)

16. Tidak lagi gila kasut, beg dan baju.
Kurang berbelanja sikit. Dulu ada one time, pantang nampak kasut lawa, beg lawa, baju lawa, tangan saya jadi gatal. :D

17. Tidak lagi meng-usha orang2 yang hot dengan ketara.
Control2 sket. :D Bila saya sebut orang2 maksudnya tak kisahlah lelaki atau perempuan. Jangan risau, ingin saya tekankan sekali lagi, saya straight. :D

18. Berfikiran lebih terbuka.
Tidak terlalu judgmental, tidak mudah mengkritik tak tentu pasal, fikir baik buruk dahulu baru nyatakan pendapat. :)

19. Lebih mudah meminta maaf dan memaafkan.
Sentiasa fikir setiap orang akan buat silap, itu normal, percayakan peluang kedua, tidak kisah jadi orang yang pertama meminta maaf walaupun mungkin bukan salah kita. :)

20. Tidak terlalu memikirkan perkara yang remeh.
Sedar apa yang penting dan kenalpasti priority pada satu2 masa. Biarkan masa lalu jadi pengalaman berharga untuk elakkan diri lakukan kesilapan yang sama di masa hadapan. Hargai apa yang sudah dimiliki. :)

Jadi, kawan2, tolong saya dalam usaha capai azam saya ya. Mana yang salah tu, tegurlah. Saya terima dengan hati dan minda yang terbuka, InsyAllah.

Alhamdulillah, saya suda masuk 20, diharapkan dengan ini, Izziara Yusoff jadi lebih dewasa, matang, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan, dipermudahkan segala urusan, dilindungi dari anasir negatif, berjaya dalam segala yang dikerjakan dan akhir sekali, jadi cantik dan lebih tinggi! :DDDDD

Saya nak guna buat pertama kali walaupun saya masih tak tahu word ni represent sedih ke gembira, HUHU! :D

Friday, November 12, 2010

Dahsyat

Buat pertama kali, satu entry yang pendek.

Saya emo betul dengan satu fenomena yang sedang melanda Malaysia hari ni.

Kes simbah asid.

Baru tadi saya masuk Metro online, tengok satu video, mangsa simbahan asid lancar tabung derma, dia nak buat pembedahan. Susah nak bernafas, hakisan asid tu da makan salur pernafasannya. Muka memang deformed abes. Leher tak dapat digerakkan sangat, ketat katanya, geleng sikit, tegang kulit lehernya, bertambah sakit. Mata kedua2 nya buta. Tangan, badan, muka, leher, telinga sumanya terhakis. Kesian. Gara2 siapa?

IBU KANDUNG DAN ADIK LELAKI.

Boleh saya tanya satu soalan kepada para pembaca? Mana lagi teruk? Seksa haiwan atau bunuh haiwan? Tentu sekali seksa lagi teruk. Buat apa nak seksa? Seronok lihat haiwan tu terkial2, bertarung habis2an untuk pertahankan nyawa? Kalau benci sangat, tak tahan sangat, besar sangat dosa haiwan tu pada anda, bunuh, jangan seksa.

Kalau itulah konsepnya, simbah asid pada orang atau bunuh orang, mana lagi teruk? Ya betul, dua2 pun teruk, dua2 pun dilarang Tuhan. Mungkin ada orang yang fikir, kalau simbah asid, sekurang2nya boleh minta maaf lagi, kalau da bunuh apa nak buat lagi, tak ada harapan da nak diampunkan. Dari sudut hukuman pun, mungkin mahkamah kurangkan kalau sekadar simbah asid, kita tak ambil nyawa dia. Kalau itulah apa yang anda fikirkan, tolong bawa2 mengucap.

Bayangkan. Kalau anda simbah asid, dia cacat seumur hidup, kerja apa tak boleh buat, sakit 24 jam 7 hari seminggu. Kalau bujang lagi, susah nak cari yang dapat terima seadanya. Kes ni pulak jadi buta, hilang pendengaran. MasyAllah. Maaf, tapi ibu jenis apa sampai hati nak simbah asid pada anak semata2 ada pertikaian soal geran motorsikal milik arwah bapa mangsa. Anak menderita 11 bulan akibat simbahan asid itu, langsung tak bertanya khabar, jauh sekali meminta maaf.

Itu baru kes mak, adik lelaki simbah asid kat anak sebab pertikaian harta. Belum lagi kes bapa tiri yang larikan anak perempuan Tingkatan 3, ke ladang kelapa sawit, rogol dia, simbah asid kat satu badan anaknya dengan niat membunuh, takut dirinya ditangkap lantas minum asid untuk bunuh diri. Anak kekal hidup tapi cacat, lumpuh anggota, terpaksa teruskan hidup dalam serba kekurangan dan pada masa yang sama masih berhadapan dengan trauma dirogol oleh ayah tiri sendiri. Astaghfirullah.

Baru2 ni timbul pula kes sorang lelaki simbah asid dekat sorang perempuan semata2 sebab cintanya ditolak. Bila dijatuhkan hukuman, masih mampu ketawa, senyum, macam tak ada sesalan langsung. Ada masalah mental agaknya. Gila apa dunia zaman sekarang? Salah sikit, ah, simbah asid la. Benci sikit, ah, simbah asid la. Kau berani tolak cinta aku ya? Amik asid ni! Ish3.

Kes2 ni buat saya lebih berhati2 dalam mengendalikan urusan dengan individu lain. Anggaplah ini suma peringatan buat kita bersama. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan selamatkan kita dari segala malapetaka dan anasir negatif.

Satu perkara yang buat saya rasa sedih dan insaf ialah bila memikirkan kita selalu tak puas hati dengan diri kita. Muka tak cukup putih, tak cukup tinggi, hidung tak cukup mancung, badan berisi dan macam2 lagi. Sampai kita terlupa nak syukur sebab sempurna anggota. Orang2 yang ditimpa bencana macam disimbah asid dan sebagainya, tak harapkan banyak pun, cuma nak anggota badan yang dapat berfungsi dengan baik. Itu sudah cukup. Ada hidung supaya dapat bernafas dengan sempurna. Dia tak kisah mancung ke tak. Tapi kita? Fitrah manusia biasa, sentiasa ingin lebih, tak kenal erti cukup.

Dan Alhamdulillah, segala kes ni buat saya lebih hargai suma kelebihan yang Tuhan masih bermurah hati untuk pinjamkan kepada saya, salah satu yang paling utama, seorang ibu yang penyayang. :)


Thursday, November 11, 2010

Hormat

Dari kecik mak bapak saya didik, kalau dengan orang yang lebih tua, kita kena hormat. Orang yang lebih brpengetahuan, kita kena hormat. Orang yang lebih tinggi pangkatnya, kita kena hormat. Orang yang lebih hebat, kita kena hormat.

Bagi saya satu saja, awak hormat saya, automatik saya akan hormat awak.

Tak kisahla dia tua, muda, pandai, kureng dari kita, kita WAJIB hormat orang. Bila kita hormat orang, orang akan hormat kita balik. Jadi jangan bajet orang kena respect kita dulu baru kita hormat orang, tak salah kalau mulakan langkah pertama.

Tapi lain pula kalau kita hormat orang tapi dia pijak kita. Itu tak boleh blah. Usia yang lebih tua, pangkat yang lebih tinggi, hebat sangat sekalipun. Bagi saya itu bukanlah tiket untuk kita tak hormat orang.

Saya sangat expressive, kalau orang buat saya annoyed, saya susah nak tahan diri dari menzahirkan rasa ‘annoyed’ itu di wajah, suara dan perbuatan saya.

Baru2 ni, ada sorang mak cik datang ke pusat tuisyen, tempat saya bekerja. Tua, dalam lingkungan usia 55 tahun, sebaya dengan mak saya, cumanya mak jauh lebih slim, cun dan vogue! Teehee! :D

Urm, berbalik kepada mak cik tadi, dia datang sebab katanya mahu mohon untuk jawatan tutor di pusat tuisyen ini. Jadinya, saya hulurkan sehelai borang permohonan kepada beliau untuk diisi, supaya permohonan tersebut dapatlah ditapis oleh pengurus saya untuk sesi interview. Beliau sorang guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 di sebuah sekolah yang berdekatan dan akan bersara tahun depan. 10 minit pertama perbualan kami diisi dengan sesi puji diri yang tentu skali diketuai oleh mak cik tadi, macam2 disebutnya. Dulu pernah jadi pemeriksa, ada pengalaman hampir 30 tahun, pelajar suma berjaya.

Fokus saya cuma satu, borang permohonan. Tak isi2 lagi, sibuk puji diri.

Atas dasar hormat, saya senyum, dengar makcik ni cakap2 pasal pencapaian dia, sikit pun tak mencelah. Tapi pada masa yang sama da makin bosan, dan secara tak sengaja adala yawn dua tiga kali, sebab awal pagi sabtu waktu tu. Hehe. Makcik ni sibuk tanya gaji saya dan mintak saya namakan satu rate gaji yang dia bakal dapat berbekalkan pengalaman dia tu. Saya cakap isu gaji, saya tak tahu apa2, itu bidang manager dan saya tak ada sebab nak bagitau gaji saya. *Dalam hidup, elakkan tanya isu sensitif cam gaji, saiz pakaian dalaman dan berat badan, ahaha. Dan kadang2 isu ketinggian juga mungkin sensitif. :D*

Makcik ni sangat annoying, tak habis2 desak suruh saya bagitau berapa setiap guru dapat, siap nak tengok rekod gaji cikgu lagi. Saya cakap ” Itu against company policy, mintak maaf, tak boleh.”



Dia suruh saya call manager saya yang kebetulan tak berada di office hari itu, untuk pastikan rate gaji dia. Kalau tinggi baru nak apply. Saya cakap isi saja borang itu, gaji setel kemudian, boleh bincang. Keras2 dia tak mahu. Saya da panas. Mula berasap sikit2. Bayangkan 30 minit dia sanggup luangkan di situ desak saya suruh bagitau gaji suma orang. Siap mintak no manager, saya tak bagi, kalau tak, tak pasal2 saya yang kena nanti. Mula2, saya boleh sabar lagi, sehinggalah dia timbulkan satu isu ini, saya tak tahan lagi. Berikut merupakan perbualan kami. Sebelum tu saya nak jelaskan, Izzi ialah saya, MCA ialah ‘Mak Cik Annoying’ , jangan tertukar k. :)

Izzi : Puan, saya tak boleh tunjuk rekod gaji. Memang tak boleh. Puan cuma kena isi borang tu, nanti saya forward pada manager. Then nanti dia call, arrange interview.

MCA : Tapi saya nak tau dulu berapa gaji dia bagi, banyak pengalaman tau saya ni. Kalau rendah, memang saya pun tak pandang, tak heran. Gaji awak ni brapa?

Izzi : Makcik, apasal yang makcik nak tau sangat pasal gaji orang ni. *Amik ko, dari puan jadi makcik trus* Apa kata makcik isi borang, nanti kami contact lah. Plus, apa kepentingan makcik nak taw pasal gaji saya? *suara sedang2 tingginya*

MCA : Takdela kan. Mak cik nak tanya saja. Ye la, keja admin cam awak ni dapat berapa kan, mungkin dari situ makcik boleh agak rate diorang boleh bagi makcik. Oh ye, makcik nak apply untuk anak perempuan makcik skali. Hebat dia, ada Masters, kat UIA.

Izzi : Owh, dia umur brapa, keje apa skang? *nada tak berminat langsung*

MCA : Dia 29 tahun, tahun depan kawin. Cikgu English Darjah 6 kat skola rendah dekat ni. Skang ni darjah 6 da habis UPSR, duduk umah je la. Sebab tu makcik nak tau gaji awak.

Izzi : Mintak maaf tapi saya tak nampak anak makcik ada masters, keje cikgu skolah, ada apa2 kaitan dengan gaji saya. *suara suda makin meninggi*

MCA : Eh, dia lain tau. Dia pandai, ada masters. Ye la, keje admin cam awak ni blaja takat mana je, ye tak? Silap2 SPM je la kan, itu yang keje sini je tu. Sayang betul orang2 skang, ada rupa tapi bab belajar ni, try macam mana pun tak dapat2. *sambil ketawa*

Sampai saja detik tu, saya kumat kamit kata2 yang tak sedap didengar. Terus terang, saya jarang curse dan saya tak ingat kali terakhir saya curse yang teruk2. Paling teruk, saya guna taik. Tapi kali ni, macam2 pulak yang terdetik dalam hati, baru saya sedar hebat jugak vocab saya.

Saya urut2 kaki saya, tunduk bawah, cuba tahan marah. Dasar MCA betul, dah la pakai tudung dan seluar yang tak matching warnanya dengan baju! Sabar Izzi, sabar. Bila saya betul2 marah, tapi tak dapat nak zahirkan dengan kata2, saya ada tendency untuk mengalirkan air mata sebab terlalu geram. Tapi saya tahan. Cuba senyum walaupun nampak sangat tidak ikhlas. Saya berdiri. Pandang tepat ke mata makcik tu. Dan jawab.

“ Makcik, saya baru nak masuk 20 tahun, muda lagi. Tahun depan saya sambung belajar. Sebab tu saya keja kat sini dulu. Plus makcik, saya baru abes A Level, bukan takat SPM je. Saya ni tak la bodoh mana pun, insyAllah cerah masa depan. Jadi makcik tak payahla risau sangat pasal pelajaran saya, nak tuduh saya bodoh suma ni, boleh? Makcik nak isi borang tu ke tak? Kalau nak, isi sekarang. Kalau tak, mintak maaf, saya banyak kerja lain nak buat.”
(Nada suara agak tinggi berbaur sinis, saya sempat jeling sekali kat makcik tu, dan percaya atau tidak saya cakap suma tu dalam 1 nafas sahaja. :D)

Makcik tu diam, isi borang, kemudian serah semula pada saya, saya ucap terima kasih dan iring dia keluar. Dia offended agaknya. Tapi sorry lah. Dia tua, berpengalaman, lagi pandai, tak bermaksud dia ada lesen untuk hina atau pandang rendah pada sesiapa. Saya benci orang macam itu.

Pengakhirannya, saya masih marah waktu iring makcik tu, tetiba saya nampak sticker besar yang sangat tak sesuai dengan tuan empunya kereta, dilekatkan kat belakang kereta Waja makcik tu. Perkataan “PLAYGIRL”, warna merah, siap ada gambar perempuan seksi. Terlintas word ‘cougar’ dalam kepala saya. Ahahaha. Saya tak dapat tahan diri dari ketawa. Marah saya pun serta merta hilang. :D

Tiga benda saya belajar dari peristiwa itu yang insyAllah saya pegang sampai bila2.
1) Hormat diri, dan hormat orang dulu, baru orang akan hormat kita.
2) Kalau kita tak riak, meninggi diri, orang akan lebih mengagumi pencapaian dan keperibadian kita.
3) Marah macam mana sekalipun, kawal diri.

P/S : Perenggan di atas ingatkan saya pada zaman belajar komsas bahagian pengajaran skola menengah dulu. Saya suka BM! :D dan kredit kepada Bashril, trima kasih banyak2 sebab tolong saya retrieve semula post ini k! :DDD

Monday, November 8, 2010

Sensitif

Baligh. Isu ni cukup sensitif bagi saya waktu saya berusia sekitar 11-12 tahun. Pantang orang sebut pasal datang bulan, perubahan bentuk badan, sanitary pad dan sebagainya, muka saya jadi merah padam dengan serta merta. Bila meningkat dewasa, barulah saya rasa isu ini normal. Suma orang mengalaminya, baik perempuan mahupun lelaki.

Baru2 ni, ketika tengah minum petang, anak sedara saya yang berusia 9 tahun cakap pada saya, ada kawannya yang sudah datang bulan. Muka kami sekeluarga menjadi pelik seketika, dan saya cakap dalam nada yang agak dramatik, “Awalnya!”

Then mak saya mencelah dan cakap, “Tu kes gatal terlebih la tu, hormon, ahahaha. Skarang ni kan, memang budak2 awal kena period la adik. Cucu kawan mak darjah 4 da kena da.”

Then saya tersedar, waaaaa, anak sedara yang selama ni saya dukung2, main2, kejar2, pusing2, da menghampiri usia baligh. Langsung itu, saya ketawa. Dan berseloroh, “Hadiah birthday tahun depan, Chu bagi Kotex Style je la, jimat duit sket, keperluan tuh!” :D

Oh terlupa, saya anak bongsu dalam family, jadi keluarga panggil adik, dan anak sedara panggil ‘Chu’. Dulu diorang pelat nak panggil Mak Su jadi melekat trus panggilan Chu tu. :)

Anak sdara saya datang dan cubit tangan saya, merah padam muka, dia malu. Saya terimbas kembali zaman2 itu, masa saya mula2 cukup umur, saya malu amat nak bagitau mak. Berbekalkan ilmu yang amatlah ciput, saya pilih untuk uruskan sendiri. Mak saya dapat tahu pun sebab dia syak ada sesuatu yang fishy, saya lain macam je, then barula saya ngaku.

Saya da cakap pada mak, jangan bagitau abang, ayah. Saya malu. Tengah ari tu saya turun makan lunch, ayah cakap,

“Waaaaa, anak ayah da jadi wanita!”

Saya rasa tak perlu la nak teka2 siapa bagitau ayah, sebab sorang saja yang tau pasal hal ni.

Saya kerling tajam ke arah mak. Tak ada kesan, mak kekal dengan wajah ‘Ntah, mak tak tahu apa2, bukan mak yang bagitau’nya. -.-

Bila badan berubah banyak benda lain yang perlu diambil perhatian. Kena pakai itu, cuba ini, cari itu, beli ini. Masalah senggugut lagi. Itu adalah masa yang memberi tekanan bagi saya sebab susah saya nak adapt dengan perubahan badan, kena jaga2 bab pergaulan, penampilan, dah tak boleh suka2 hati sangat macam dulu. Ditambah dengan kawan2 saya yang rata2nya lelaki. Saya tak mahu mereka tahu, saya segan.



Bila ke sekolah, baju kurung putih, saya takut benar, takut2 bocor. Satu kebiasaan orang perempuan. Kejap2 tanya kawan, ada apa2 tak dekat belakang. Sekarang pun saya masih begitu. :D

Satu hari, saya kena stay back, ada aktiviti ko kurikulum. Saya tertinggal pakaian sukan. Saya minta mak hantar lepas waktu persekolahan.

Malang tak berbau, mak datang masa persekolahan, jumpa saya di kelas. Saya ingat jelas kejadian itu. Mak bawakan satu beg berisi pakaian. Saya minta kebenaran cikgu untuk jumpa mak di luar kelas.

Tiba-tiba, berbekalkan suara yang agak lantang ala2 Adibah Noor, mak mula terangkan cara2 yang betul untuk memakai sanitary pad di luar kelas sebab takut saya tak reti. Secara tak langsung, mak telah berjaya educate bukan saja saya, malah satu kelas saya tentang cara2 pengurusan tuala wanita. Bagi saya, asal pakai dan benda tu functioning, kira ok da la. Dan untuk seorang perempuan tak reti pakai adalah sangat tak masuk akal sebenarnya. Tentu sekali saya hargai usaha mak menerangkan suma itu kepada saya, cumanya,

PERLUKAH CONVERSATION INI BERLAKU KETIKA INI, DI HADAPAN SEMUA KAWAN2 SEKELAS SAYA!! MALUNYA!!!

Saya ucap trima kasih pada mak, dan bergegas ke tempat duduk saya tanpa melihat ke arah sekumpulan budak lelaki kelas saya yang sedang mentertawakan saya. Merahnya muka saya dapatlah disamakan dengan warna jersey Manchester United. Kadang2 bila saya jumpa mereka sekarang, mereka masih menyakat saya tentang kejadian itu. *urgh!*

Itulah juga waktu yang mana jerawat saya mula bercambah ibarat ladang mushroom. Keyakinan diri makin merudum. Saya jadi lebih pendiam. Saya lebih selesa membongkokkan diri, sebab saya malu dengan perubahan fizikal saya, saya ingatkan bila tunduk, bongkok, orang tak perasan.

Tapi adik2 sekalian, jangan la ikut jejak langkah akak, sebab dukacitanya akak maklumkan, trick itu langsung tak berkesan, buat orang lebih perasan ada la. -.-

Bermacam jenis pencuci muka saya guna, refer dermatologist, pharmacist, langsung tak ada kesan. Muka saya merah memanjang, jerawat datang tanpa mengira musim, nasib baik bukan jerawat batu. Saya benci pandang cermin waktu tu,dan ada masanya saya pernah terfikir, habisla, nanti tak ada sapa mau kawan saya, muka cam bulan, berkawah2 macam ni. Syukur Alhamdulillah zaman2 itu sudah berlalu, jerawat ada lagi, cuma kuantiti ok sket. Hehe.

Baru2 ni anak sedara saya cerita, dia kena buat persembahan tarian di sekolah. Sekolah dia all-girls. Dia mengadu pakaian yang dipakai nanti agak seksi sebab sleeveless. Saya cakap tak mengapalah, bukan ada laki pun, dia jawab,

“ Chu!! Memang la tak ada student laki tapi ada cikgu laki! Malula!”

Sekali lagi saya tersedar, anak sedara saya makin dewasa. Terharu sekejap. Hehe. Buat sejenak, saya kagum dengan kematangan pemikiran anak sedara saya pada usia 9 tahun sedangkan saya dulu waktu skola rendah suka hati saja, buat persembahan pakai saja apa2 pun cikgu suruh, tak ada nak pikir malu2, cikgu laki, bla3, padahal sekolah saya dulu campuran lelaki-perempuan, patutnya saya lagi la malu. Entah knapa terbalik pula.

Tahun ini, saya bakal mnginjak masuk ke usia 20 tahun, dan kini, bila imbas kembali suma kenangan ini, saya ketawa besar. :D

M E M O R I.

Ada yang manis, ada yang pahit. Tapi satu perkara yang saya sedar ialah, sepahit mana pun sesuatu kenangan itu, bila ianya suda berlalu, dan kita berjaya harunginya, setiapkali kita terkenangkan detik itu, kita mampu tersenyum. Dan mungkin ketawa memikirkan betapa tidak matangnya kita ketika itu.

Malu,geram, benci,gembira, menangis, sedih. Itukan asam garam kehidupan. Ketika itu, barulah kita sedar seberat mana pun satu2 perkara itu, ianya masih lagi di bawah kawalan, dan perkara itu tidaklah serumit yang disangkakan sebenarnya. Saya cuma nak orang sedar yang kalau kita rasa kita da cukup diuji, da cukup malu, sebenarnya ada lagi orang yang diberi ujian lebih susah dari kita. Jadi jangan cepat mengeluh.

Saya juga banyak lalui detik2 yang sukar dalam hidup saya. Alhamdulillah saya ada sekumpulan kawan2 dan keluarga yang menyokong saya. Jadi, sehingga kini, setiapkali saya ditimpa kesusahan, saya akan ingatkan diri untuk jadi lebih kuat, dengan harapan satu hari nanti, bila saya imbas kembali, saya mampu ketawa. Ketawakan situasi itu, dan juga ketawakan diri sendiri. :)

Teeheee! :D

Friday, November 5, 2010

Drama

Kebanyakan dari kita suka drama. Bukan drama filem. Drama dalam hidup yang nyata. Kalau ada kawan yang bergaduh, siap ada yang record. Kalau ada yang bertumbuk, siap bagi sokongan dan sorak2.

Semalam, saya lihat drama berlaku depan mata saya. Tempat keja saya sebelah klinik. Pintu kami jenis kaca transparent jadi view memang clear. :D Tapi bahaya gak sebenarnya sebab orang luar pun boleh nampak kita dengan sangat jelas. Saya cuak jugak, keja handle2 duit, orang bleh observe. Bagusnya ialah transparent door tu melatih saya untuk tak buat apa2 yang memalukan diri seperti menari sorang2, nyanyi kuat2 atau asyik betulkan tudung.

Ada la satu pasangan tadi, umur sekitar 17 tahun, gf nya pakai baju Pendidikan Jasmani, bertudung, jenis licin tudung skolah biasa,tapi ntah knapa pendek gila, geleng kepala sikit, nampak leher. Park motor depan tempat keja saya. Nak dijadikan cerita, sebelum lelaki tu ke klinik, diorang bertikam lidah sekejap depan office saya tu, kuatnya suara sampai tembus kaca. Saya dengar jelas pertuturan mereka. Bergaduh, perempuan jeles, katanya laki tu dah tak sayang dia lagi,asyik marah saja. Urgh, drama. -.-

Laki tu mula2 pujuk, lama2 bosan agaknya, dia buat bodoh dan terus masuk klinik. Itu yang perempuan tu tunggu kat tangga, menangis. Sungguh sadis. T.T

Lepas laki tu amik ubat, dia hulur helmet suruh perempuan tu pakai, dia duk nangis2 tak mau. Duk gaduh2 mende ntah, last2 dengar perempuan tu jerit,

“ Sudahlah! Nak sangat! Kau pergi la kat dia!!”

*Pang* Laki tu tak semena2 tampar perempuan tu. Terkesima saya sekejap. Tetiba laki tu pandang saya seolah2 menyedari saya nampak adegan itu. Walaupun trnyata kurang meyakinkan, saya buat2 tengah sibuk taip2 benda kat komputer. Cuak gak, da la tinggal sorang tadi, kang tak pasal2 kena pelempang skali.

Lelaki tu cakap “Kau nak balik, pakai helmet ni! Kalau tak, aku tinggal je!”

Perempuan pakai helmet, dan berlalu pergi bersama motor mereka yang agak uzur itu. Mungkin perempuan tu telan balik kata2nya. Siap peluk erat2 lagi. Takut jatuhhhh *rolling eyes*.

Saya hairan. Apa hak seorang lelaki nak tampar perempuan yang belum ada ikatan sah dengan dirinya pun? Dan macam mana perempuan tu boleh relakan dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Siap peluk lepas tu, macam la tak ada apa yang berlaku. Laki tu belum tentu lagi jadi suami kau. Waktu tengah bercinta yang sepatutnya sentiasa indah pun da pandai tampar2, kalau da kawin, kau expect dia jadi camna? Layan kau bagai raja? -.-

Tolonglah jangan cakap dia lempang sebab tanda sayang. Sebab kalau itu jawapan kau, mungkin kau bakal terima satu lagi ‘tanda sayang’ dari aku.



Melihat budak itu, mengingatkan saya pada masa lalu. Waktu zaman2 skolah. Waktu tu, kalau suka mana2 lelaki, nak yang cool saja, yang hot, muka, badan dan populariti di skolah jadi taruhan utama. Baru kekononnya suma jeles,makan hati kita dapat laki tu. Waktu tu tak pernah saya terfikir, laki tu boleh jadi suami tak, bagus ke tak untuk saya. Fikir tak jauh mana pun. Mungkin itulah fasa yang sedang dilalui oleh budak perempuan tu. Tapi sampai redha je bila kena pelempang, aduhhh! Susah tu dik!

Hormat diri anda dulu, baru orang akan hormat anda. Kadang2 saya geram lihat perempuan yang merendahkan martabat sendiri. Sedar atau tak, bila maruah kita jatuh, the same goes to our family. Dan secara tak langsung, da pun mejatuhkan air muka setiap insan yang bergelar perempuan. Ibarat lemah sangat je.

Dua bulan lepas, sorang kawan saya baru putus cinta. Laki tu yang mintak clash. Tahap kecewa dia ni melampau2 bagi saya dan dia tak kisah nak jaja kisah dia di facebook. Perlukah? Setiap hari status dia maki2 laki tu, jantan tak guna dan sebagainya. Tukar profile picture, letak gambar dia nangis. Dan percaya atau tidak sehingga ke hari ini, suda dekat dua bulan, walaupun profile picture da ubah jadi normal, dia masih slalu juga buat status seperti tak dapat lupakan laki tu, luka dalam tak terhingga la, kenapa kau perlakukan aku begini. Ya Allah. Drama benar. -.-

Awal2 saya tumpang sedih, saya tau dia sayang sangat laki tu. Selepas seminggu, saya rasa kelakar, sudah2 la sedih tu, tak yah nak papar suma kat facebook. Sekarang? One word.

'Nyampah'.

Jangan la desperate sangat please, please. Saya yang tukang baca pun da rasa segan. Baru2 ni,saya terserempak laki tu, ex bf kawan saya itu. Dia dengan teman wanita barunya. Laki tu nampak sangat happy dengan pasangannya. Kawan saya? Masih bersedih, mungkin juga sedang memikirkan status sedih baru untuk dikongsi di facebook. Move on lah, anda pun berhak untuk bahagia seperti dia. Tak berbaloi la sdey yang amat smata2 sebab seorang lelaki ataupun perempuan. Ingat diri,kawan2, family. Tak payah layan sangat emosi2 ni.

‘To forgive is to forget, to forget is to let go, to let go is to move on”

Banyak lagi dunia menarik yang belum kita explore, banyak lagi orang di luar sana yang belum kita jumpa. Nikmati hidup selagi boleh. Kalau tak berbaloi, menyusahkan diri, singkirkan segera, jangan tambah beban. Buka mata, banyak peluang lain di depan kita. InsyAllah Tuhan sudah rancangkan segala yang terbaik buat kita. :)

Thursday, November 4, 2010

Benci

Setiap hari mesti ada artikel pasal orang ni mati accident, orang ni mati sebab umah terbakar, mati lemas, mati kena bunuh. Mungkin tak ada kesan pada kita, sebab bukan kita atau keluarga kita yang terkorban. Kita akan cakap, ala, da sampai ajal la tu. Innalillah hi wainna ilaihirajiun.

Saya okey saja bila baca berita2 sedih macam tu. Tengok gambar mayat yang terputus dua badannya akibat digilis berpuluh kenderaan pun, agak ngeri tapi saya masih ok. Tapi ada satu statement yang saya paling BENCI tiapkali baca artikel yang melibatkan kematian mana2 individu. Sesimpati mana pun saya, mesti akan terbit rasa benci setiapkali terlintas bait2 statement itu.

“ Sebelum beliau meninggal, beliau ada menunjukkan tanda seperti makan dengan gelojoh. Kami hairan melihat beliau sebegitu, beliau habis makan paling lewat sebab tambah nasi dan lauk pauk. Berselera sungguh. Mungkin itu petanda beliau tahu itu santapan terakhir beliau, sebab tu makan banyak dan lahap.”

APAKAH??! -.-

“ Sebelum beliau keluar tadi, dia ada mnyatakan ‘Bye mak’ kepada ibu, mungkin itu petanda beliau tahu beliau akan tinggalkan ibu buat selamanya setelah terbabit dalam kemalangan itu. Saya tak sangka itu dia benar2 tinggalkan kami sekeluarga.’

Sesedih mana pun seseorang itu, saya tak nampak sebab kukuh knapa nak buat2 macam tahu itu petanda arwah nak pegi menghadap Illahi, kita siapa nak tafsirkan camtu? Astaghfirullah.

Kalaulah selama ni Z tak makan pisang, tetiba hari ni Z makan pisang, mungkinkah bermaksud Z makan pisang sebab dia tahu dia nak meninggal jadi teringin makan pisang buat kali pertama dan terakhir? Mengarut!

Contoh pertama tadi, saya baru saja baca petang tadi. Mula2 baca, saya simpati, sekali terbaca ayat tu, saya teru berhenti baca, tukar artikel lain. Sebab rasa annoyed.

Tadi tengah hari, saya lapar. Saya makan agak gelojoh. Bila kita gelojoh, orang tahu kita lapar, mungkin juga sebab gemarkan lauk pauk hari tu. Saya tak pernah terfikir untuk kaitkan makan lahap dengan petanda nak meninggal. Lepas ni, cuak orang nak makan gelojoh. Itula orang kita. Suka tafsir suka hati. Kadang2 tak masuk akal.

Kalau jumpa saya di mana2 majlis pengebumian, untuk elakkan diri anda dimaki kuat2, elakkan bertanya soalan berbaur sebegini pada saya.

“Izzi, kau rasa dia tahu tak dia nak meninggal da? Sebab tu semalam dia pakai baju pink ropol2. Sebelum ni selalunya warna purple polka dot tu saja.”

COME ON LA WEH!!

Saya tak salahkan wartawan yang bertanya tentang ada tak arwah tunjukkan sebarang petanda. Itu memang kerja wartawan. Cari bahan sensasi. Buat artikel tampak lebih menarik. Saya salahkan orang yang beri jawapan. Main cakap, ikut kepala sendiri saja.

Lainlah kalau statement yang diberi ialah “Ada, dia ada wasiatkan camni, camtu untuk kebaikan suma” ataupun, “Ada, sejak akhir2 ni dia kerap bangun semayang sunat taubat”.

Fine. Itu saya boleh terima. Ada sesetengah orang memang dapat kenalpasti ajal mereka da dekat. Tapi jarang la orang nak hebahkan, simpan sendiri saja, buat persediaan. Itu saja. Kalau ada sebarang tafsiran selepas berlakunya kematian, itu sekadar pandangan peribadi, tak berkait langsung.

Takat nak bagitau budak kecik tahu dia nak meninggal sebab tu dia bagi petanda makan lahap, lebih baik diam saja.

Lepas ni saya tak nak cakap ‘Pergi dulu ye mak’ atau ‘Bye’ tiapkali keluar ke mana2. Mencuakkan. Saya tak mahu bagi ‘petanda’ palsu. Agaknya lepas ni kalo nak keluar, saya kena cakap,

“Mak, adik nak keluar sekejap je dengan kawan, InsyAllah mak, kita berjumpa lagi pada petang hari ini sesudah adik tiba di rumah dengan selamatnya dalam keadaan masih lagi bernafas dan sihat sejahtera ketika itu ye mak”

Panjang benar. -.-

Tolonglah jangan tafsir2 sesuka hati seperti itu. Bila ada kenalan mahupun saudara yang meninggal dunia, sedekahkan Al Fatihah, Yaasin, doakan kesejahteraan roh arwah. Tak payah la kait sana, kait sini. Silap kata, mungkin mengaibkan keluarga atau mungkin diri si mati itu sendiri. Diam, hormat, hulurkan salam takziah. Paling penting, jaga percakapan, bab2 kematian ni, banyak isu sensitif. Kita yang masih hidup ni, teruskan perjalanan, hargai setiap detik dan kelebihan yang Tuhan masih pinjamkan kepada kita. :)

Wednesday, November 3, 2010

Insomnia

Saya baru sahaja mula berblog. Sebelum ni, ramai kawan ajak. Diorang suma ada blog, pandai menulis, hebat2. Saya rasa tak yakin sikit nak tulis blog. Sebab saya tak tau apa jenis blog yang saya nak wat, material apa nak pilih. Saya tak mau yang light sangat, ataupun yang heavy sangat. Sebab tu saya pilih untuk analisa perkara yang berlaku sekeliling saya, mudah nak relate to.

Saya bakal lanjutkan pelajaran Februari tahun depan, sementara itu saya bekerja dulu, di sebuah pusat tuisyen. Working hours sama saja, 8 jam, isnin hingga jumaat, 2-10pm. Setiapkali balik dari kerja, saya boleh rasa badan letih. Tapi entah kenapa, susah nak lelapkan mata. Susah sangat nak tido awal. Kadang2 pukul 3 pagi baru saya mula menguap.



Yang tak bestnya bila awak insomnia ialah, awak rasa letih. Bila bangun tido keesokan harinya, pening kepala, dan mood pun kurang stabil, tambah2 kalau tengah period, tolong la jangan cari pasal. :)

Rumah saya dari dulu perempuan pegang majoriti. Kakak2, saya, mak, da 5 orang. Jadinya ayah saya memang da biasa menghadapi krisis2 hormon bulanan ni. :DD

Berbalik kepada symptom insomnia tadi, dari kecil, saya memang susah nak tido awal. Tapi dulu saya penakut benar, takut hantu kuar dari almari, takut hantu kuar dari tandas. Tapi mengada2 nak tengok gak horror movies. kalau takut sangat, saya kejut kakak suruh bangun, temankan. Tapi takde masa dia nak layan, bangun jap, then tido balik. Silap2 kena marah dahulu. :DD

Waktu zaman2 sekolah, kolej dulu pun saya tido lewat. Bukan saja2 tak nak tido, tapi susah nak lelapkan mata. Sejak mula bekerja, kesan insomnia ni makin ketara. Diameter dark circle makin membesar, makin kurang senyum, berat badan menurun, mata merah. Macam2. Boss saya panggil saya ‘Skeleton’. =.=

Sebab itulah, saya cuba cari satu benda untuk buat saya mengantuk, senang nak lelapkan mata. BLOGGING! :D Saya mula menulis blog ni sejak tiga hari lalu. Dan kesannya, sejak tiga hari lepas, saya suda mula tido awal, pukul 1!! :D
*xde la awal sangat tapi boleh la kan* :)

Setiapkali ada post baru, itu menandakan, saya tak dapat tido malam semalam, sebab tu menulis post baru bagi mngantuk. Termasuklah post ini. :D

Sebab utama saya nak wat blog sendiri sebab saya minat blog hopping. Ada blog yang tak habis2 nak promote gambar sendiri, tangkap pose ala2 model. Ada jugak yang penuh dengan blinking advertisement, saya geram susah nak focus baca main entry blog tu. Kadang2 ada blog yang wat saya rasa jangan bajet ko bagus sangat boleh? Tak kurang juga yang saya follow sebab sedap mata memandang tuan empunya blog. :D tambah2 kalau gaya tulisan pun menarik.

Saya suka analisa segala perkara yang saya lihat dan dengar. Dan saya teringin untuk berkongsi cara saya memandang sesuatu perkara. Sebab itulah, saya buat keputusan untuk wujudkan ‘ Izzie’s Diary’. Selain membantu saya mengatasi insomnia, blog ni ibarat medium untuk saya mengekspresikan diri saya kepada umum.

Terima kasih atas sokongan kawan2. Harap anda dapat sumbangkan komen2 yang membina ye, nak hentam2 pun silakan. Saya beginner, banyak lagi kurangnya. Saya alu2kan pandangan anda. :DD

Tuesday, November 2, 2010

Label

Pakai tudung, tak pakai tudung. Tak abes2 orang mengkritik.

Bila ada artis yang mahu berjinak2 pakai tudung mula la kepoh2 sana sini dia ni nak pakai tudung tapi masih nampak jambul, baik tak payah. Ish. Rilek2 la kak, beginner. Jangan la asyik kritik saja. Bagi sokongan, lontar pujian,dorongan, itu lebih baik. Lama2 bila dia betul2 bersedia, dia tutup abes la. Kalau dari awal kita kutuk2 cara dia, tak mustahil dia rasa malu dan mungkin terus bukak tudung.

Dulu, orang label, kalau pakai tudung, wuish, baik, jaga smayang, sopan santun, akhlak terjaga, sejuk perut mak mngandung. Asal seksi sikit, tak pakai tudung saja mula la, dia ni kaki clubbing ni, suka melawan, bajet lawa, bajet model. Macam2.

Zaman skang, saya tak rasa hanya dengan memakai tudung dapat mencerminkan apa2 sifat dalaman seseorang wanita. Ramai kawan saya pakai agak seksi, tak pakai tudung. Tapi diorang jaga smayang, jaga hati kawan, ambil berat pasal orang sekeliling. Yes, memang la ada kekurangan, ada masa diorang bengang, terkeluarlah beberapa ayat yang tak sedap didengar. Tapi bagi saya, itu standard la, da sampai boiling point agaknya.



Di kolej dulu, kawan2 saya ramai yang sempoi, geng kami, sikit saja yang pakai tudung. Dan satu benda yang saya suka sebab kawan2 yang pakai tudung tak pernah nak label2 atau diskriminasi mana yang tak pakai tudung. Mereka sporting. Events yang menggalakkn pakai tudung, mereka tak kisah bertudung. Mereka selesa nak cakap apa2, kami tak judgmental. Dan orang2 ini yang telah menceriakan saya setiap hari di kolej dahulu. Ramai orang suka cap, gedik, saja nak attention, sebab kami ke mana2 selalu bergerak dalam kumpulan. Biarkan. Saya tak layan orang2 yang tak ada effort nak dekati kami, tapi suda pandai2 draw conclusion.

Ada juga mereka yang pakai sopan,berdakwah sana sini tapi pandang slack bila terserempak dengan orang yang tak bertudung, bertegur sapa jauh sekali. Jangan la begitu, bila anda hormat dan kawan dengn suma orang, lebih ramai akan hormat anda. Tak gemar cara mereka tak apa, nak tegur, gunakan medium nasihat dengan cara yang berhemah supaya tak ada yang terasa hati nanti. Senyum, itu paling menenangkan, sekadar senyum pun kita sebenarnya suda pun ‘bertegur sapa’ dengan seseorang. Kita tak rugi apa kalau senyum dan ramah dengan orang lain.

Pakai tudung atau tidak, suda kurang membawa significance. Itu sedih. Silap2 sekarang orang bertudung lagi teruk dari mereka yang tak bertudung. Kat mana letaknya diri kita, itu pilihan sendiri. Jangan terlalu mengkritik, lupa pula kita pun banyak kekurangan. Beri masa untuk mereka menilai dan membuat keputusan terbaik mengikut perkiraan mereka. Bagi saya niat nak wat sesuatu biar ikhlas, baru kekal lama, dan insyAllah diberkati Yang Maha Esa. Elakkan label2 orang, kita suma tak sempurna. :)

Monday, November 1, 2010

Hipokrit

Kalau sekali sebut perkataan hipokrit, orang label fake, talam dua muka,depan orang baik belakang naik hantu. Terus terang, saya rasa kita sume hipokrit, yang membezakan Cuma sangat atau sedikit saja. Sejak bekerja, saya rasa saya semakin hipokrit, depan boss senyum, ikut saja, balik rumah banyak saja perkara saya adukan pada mak. Boss camni, boss camtu. Cikgu ini banyak songeh, cikgu itu bajet bagus. Mak diam saja,dengar saja. Hilang sikit rasa stress saya tiap kali mengadu satu2 hal pada mak. Sebut saja hipokrit, ramai la yang boleh kaitkan dengan pelbagai kejadian melibatkan kawan mereka.Jarang benar kita kaitkan hipokrasi dengan diri sendiri, sume salah orang, sume orang yang jahat, kita baik, kita jujur pada diri sendiri. *Taik lembu*.

Paling saya benci dengar ialah kalau bab ciri2 yang kita cari dalam mencari pasangan.seseorang itu cakap dia tak kisah pasal rupa, yang penting hatinya saja, mark my words, hatinya SAHAJA. *puh-lease la*

Kita bukan sempurna mana, kita manusia, punya nafsu, keinginan untuk memiliki pelbagai benda yang mungkin mustahil. Saya suka orang yang terus terang, cakap nak yang putih tinggi slim cantik pandai kelakar bla3.Itu jujur.Saya pun mahu seseorang yang sekadar sedap mata memandang, biarlah buruk di mata orang, yang penting mata saya yang bakal melihatnya selalu nanti.

Seorang sahabat saya, tinggalkan teman wanitanya semata2 kawan2 beliau yang lain kerap melabel teman wanitanya selekeh dan berkulit gelap.Apa hina sangat ke kalau kulit gelap.Hina sangat ke kalau muka berjerawat *terasa*. Teruk sangat ke kalau teman wanita pendek, badan berisi.

Itu tak apa lagi, tapi yang tak tahannya, saya cakap kalau kau clash sebab dia tak cantik, selekeh, gelap, kau nak cari yang macam mana sebenarnya? lelaki ni jawab, aku sebenarnya izzi, tak kisah sangat rupa, yang penting personaliti dan hati. *okey, dalam kes ini, saya label lelaki itu sebagai taik lembu, bukan perbuatannya* Hipokrit gila, nak jawapan yang bagi dia nampak macho, tapi sebenarnya sume orang di meja tu tahu, apa yang dikatakannya, contradict sekali dengan perbuatannya. Urgh!

Satu lagi situasi, ada kawan mengadu, Izzi, aku da clash dengan teman lelaki aku, dia curang, cari teman wanita lain, then mintak clash. Tak guna wei laki tuh. Dan perempuan tu tak lawa pun, berjerawat * sekali lagi terasa* tak menarik langsung wei. Cuba kau masuk facebook ex aku, tengok profile picture baru dia.ada perempuan tu.

Saya pun tengok, dan saya akui, kawan saya lebih cantik. Tiba2 saya terfikir sesuatu. Kalau lelaki itu mintak clash untuk pilih seorang perempuan yang lebih cantik, yes, kita boleh label da gatal, nak yang lawa saja. Tapi kalau dia mintak clash sebab nakkan perempuan yang kurang lawa dari kita? Tak ke pelik tu?

Salah kita atau salah lelaki tersebut? Saya rasa, kita kena nilai diri kita semula. Mesti ada kekurangan yang menyebabkan perempuan itu kelihatan lebih menarik di mata seseorang lelaki.



Apa yang sering saya lakukan ialah membayangkan diri sendiri sebagai seorang lelaki, adakah saya akan pilih seseorang perempuan yang berperwatakan seperti ‘saya’ untuk menjadi teman istimewa saya. Jawapan sejujurnya dari saya, ‘Mungkin’. Kenapa mungkin? Kenapa bukan dengan penuh keyakinan dapat saya katakan “Ya, saya akan pilih 'saya' ” Sebab banyak kekurangan. Saya sedar. Tapi orang cakap bila suda suka, semua yang tidak pun boleh bertukar menjadi ya. Itu bahaya.

Kita hairan, macam mana boleh kadang2, lelaki menarik tetapi teman wanitanya kureng, dan ada juga perempuan yang menawan tetapi teman lelakinya pula yang kureng.

Tak kurang juga, perempuan yang lawa, cute tetapi teman lelakinya seorang perempuan. -.-

Dan dalam keadaan kurangnya lelaki tampan di era ini, susah mahu dapat lelaki metro, kacak yang belum berteman lelaki. Double -.-.

Membawa saya kepada satu soalan, apa yang kita cari dalam menetapkan pasangan kita? Apakah kita jelas dengan kitaran seksualiti kita?

Dulu kawan saya pernah tujukan satu soalan kepada saya menyebabkan saya terdiam dan terfikir, betul ke apa dia cakap ni * padahal dia main bantai tanya saja* “weyh, ko ni tak ada boyfriend ko lesbo ape izzi.” Tetiba saya naik cuak.

TAK BOLEH! Saya nak ada anak jugak, orang lain mahu tertarik kepada kaum sendiri silakan, pilihan anda, tapi saya? Tak berminat. Noktah. Dan jangan risau, saya normal dan straight. :D

Kadang2, banyak sebab kenapa seseorang itu pilih untuk menyendiri, as in tidak berteman lelaki mahupun wanita.Mungkin sebab sudah serik, mungkin lebih suka bebas berkawan tanpa perlu menjelaskan kepada sesiapa, tak perlu berkepit saja dengan orang yang sama, tak perlu berdepan isu cemburu dan mungkin terasa luas dunia ni, bebas.

Sampai masanya, sampai jodohnya, bila suda bersedia, bila suda jumpa calon yang terbaik buat kita,kita akan berteman. Hubungan mesra perlu wujud tanpa paksaan. Saya percaya sesuatu hubungan itu adalah tanda persetujuan mutual antara dua individu yang saling menyayangi. :)

Dan saya bersyukur, saya jumpa dia. :)

Cermin

Hari ni, saya lihat anak sedara saya. Umpama melihat diri sendiri suatu ketika dulu, kalau dalam kelas mahu jadi ketua saja, kalau tak suka sorang ni,angkut geng suh jangan kawan dia. Kalau ke mana2, asyik mahu beli bnda2 mngarut, wajib beli, walau sekadar twisties atau jenama gula2 terunggul ketika itu, SUGUS. -.-

Yes, itu sangat lame, saya sedar.

Pensel tekan mahu yang Barbie sahaja, beg kalau boleh nak yang beroda. Owh, saya lupa nak cakap, saya tak pernah gunakan beg roda, saya benci beg roda, sebab apa? Sebab berat dan yang paling penting sekali sebab kawan2 dulu suka ejek nama saya izzi-bag. -.-

Hidup saya ketika kecil, best. Saya membesar 8 tahun di kedah. Rilek saja, berbasikal ke sana sini, ayah pasangkan loceng di basikal. Mak saya dulu ambil upah jahit baju orang.Saja.tambah wang poket. Jadinya saya la yang jadi tukang anta baju tu bila da siap, loceng tu saya bunyikan sampai la tuan rumah keluar, ambil baju dia. Annoying sejak kecil lagi. -.-

Petang2 selesai sekolah, rutin saya mudah, pakai tshirt, pakai seluar pendek yang mak jahitkan, then keluar bermain2, tarik upih ade *pernah sekali lutut saya terseret kat jalan raya gara2 kawan tarik upih laju sangat* tapi saya jarang menangis, tahan lasak,lutut memanjang luka,parut, tak kisah kawan laki ke pmpuan, bantai saja, main sama2, kejar2, pegi taman, bli 1 botol air saiz kecik share 5-6 orang.

Saya suka rumah kami, laman luas, selalu saya dan kawan2 main tuju selipar kat situ, ada sekali, kawan saya campak slipar, tuju ke arah saya, saya lompat, nak elak, malangnya *PANG* terlanggar 1 pasu pokok bunga kertas, pecah, mak tengah siram pokok.apa reaksi mak?

‘Adik, pasu mak pecah ke???’

*anak sakit buat tak nampak je,sabar je la*





Waktu tu, saya sekolah petang, pagi pergi mengaji kt umah Mak Piah yang suka suruh anak2 muridnya cari uban dan dapat upah 10 sen untuk setiap urat uban yang masing2 jumpa. Kawasan tempat tinggal saya, sume orang rapat. Kalau sorang budak khatam muqaddam, wajib buat pulut kuning, kari, bagi kat orang, tanda syukur, anak da masuk Quran.

Satu hari, saya cakap kat ayah, saya da nak habis muqaddam, tinggal 3 mukasurat lagi, ayah belikan pulut, ayam dan sebagainya, siap2 nak wat pulut kuning, nenek saya tido umah, semata2 nk tolong mak, masak sgala kari, pulut.

TIBA TIBA, Mak Piah cakap saya belum lancar, kena ulang muqaddam start dari surah apa ntah, da lupa. Terketar saya balik umah, tak tahu macam mana nak bagitau mak ayah. Plus nenek,tertinggal pula. Last2 ayam tu mak masak, kami makan ramai2, pulut boleh simpan, belum dimasak. Jadinya selang dua minggu kemudian, kenalah ayah beli ayam lagi sebab kali ni saya betul2 baru abes Muqaddam.

Bangga je bawak Quran gi umah Mak Piah, beg pun bertukar sebab beg lama kecik, tak mampu tampung Quran. Perasaan bangga ni sama la macam hari pertama kita tukar uniform, tak lagi pakai uniform lama, hari pertama pakai baju pengawas, hari pertama pakai uniform sekolah menengah. :D

Bab puasa, semayang, adoiiii,LAGI la liat. Tiap kali mak cakap ikut cara mak semayang ni, saya tengok je muka mak, bila sujud, berapa kali saya bangun dan sujud semula sebab lambat benar mak baca bacaan dalam sujud. Abes2 mak pulak tak dapat abeskan rakaat sebab tergelak tengok ekspresi muka saya yang blur, mak ni baca apa lama gila.

Lama2 saya pun jadi terer da bab smayang. Tapinya memang terer, tapi jarang benar amalkan. Sampai mak marah baru nak bangun amik wuduk.

Saya peminat doraemon, pukul 7 petang tiap ari, die selang2 dengan power rangers, pun saya minat jugak. Ada sekali saya kena marah teruk dengan ayah. Salah saya. Disebabkan nak tunjuk protes sebab mak suh stop tengok tv pegi smayang maghrib, saya amik sejadah dan telekung dan semayang depan tv, sambil kiblat menghadap tv. Spot terbaik ah untuk dapat view yang paling jelas, sekali ayah bengang, terus tarik telinga, suh semayang dalam bilik. Sejak tu saya tak berani da nak protes2 bab semayang.

Setiap hari itu saja rutin saya, bangun tido, mengaji, makan,pegi sekolah, balik, makan, main2, beronggeng ke sana sini nek basikal sampai senja,curi ciku kt umah sorang nenek tu,kena marah dengan mak ayah atau kakak *seingat saya abang tak penah marah* tengok tv, menyusahkan hidup ahli keluarga saya, tido.

Berbalik pada topik asal, sebab tu saya rasa pelik melihat jadual anak sedara saya. Padat. Sekolah biasa, sekolah agama, balik umah nenek, mak amik, then buat homework, habis2 tengok tv dalam 20 minit then tido. Bangun tido dalam kul 6. Tido malam pkul 10. Lain benar dari zaman kanak2 saya. Tak letih ke?

Beza cuma sekitar 10 tahun tapi perubahan terlalu ketara. Belum masuk handphone budak kecik lagi canggih dari kita punya. Hp saya, umur 17 baru dapat yang ada kamera. Dorang punya Darjah 2 silap2 da ada 3G, gila la zaman skang, saya tak boleh bayang kalo2 nanti anak saya mintak iphone untuk birthday yang ke-5. -.-





Dan yang paling penting, waktu tu, saya bebas ke sana ke mari, tanpa perlu risau pasal ada orang nak culik, kes rogol sume jauh sekali, lain benar dari zaman sekarang. Anak main di laman pun masih dianggap bahaya. Waktu tu jarang dengar kes rogol melibatkan kanak2, waktu tu suma berfikiran ala, kes2 camtu cuma terjadi di KL saja, kedah takde la.skarang? Dalam van pun boleh, mana2 pun sama saja. Kecik, remaja, dewasa, orang tua sekalipun, asalkan perempuan, masih berdepan dengan bahaya yang sama.Astaghfirullah.

Dan waktu itu kita kawan dengan sume orang, takde terasa nak couple2, word couple pun tak pernah dengar. Kawan kakak saya pernah cerita, ada kawan kepada anak dia, darjah 4 kalau tak silap, tapinya da ada handphone, ada boyfriend. Guna I-you,baby.

Hebat,hebat. Yang saya rasa kelakar sebab salah satu sms nya berbunyi

‘ Sayang, u kat mana ni?Lama I tunggu u,tapi u tak datang2.’

Mana dia nak datang adik oi, silap2 the only transport yang dia ada dan mampu bawak cuma la basikal je, tu pun kalo ada la. Dan mungkin juga sebab mak tak bagi. Sekolah rendah je pun. Kalo nak gi dating pun, silap2 takat kantin je la kot, blanje nasi lemak. Hehe.

Saya setuju, kita kena ikut aliran semasa, faham situasi budak2 zaman sekarang tapi konsep asalnya, saya percaya cara didikan keluarga yang paling penting. Kalau dari awal da salah, jangan sibuk menuding jari bila anak da terjebak dalam perkara yang tak patut.

Saya kerja di pusat tuisyen, bagi peluang saya dekati pelajar zaman sekarang, rata2 merokok, bila ditanya sejak bila, darjah 5, sebab apa, alaaa, kalo tak ikut, susah la mau dapat kawan. Bagi saya, asal awak tak lumba haram, merempit tak tentu hala, hisap dadah, bagi rosak anak dara orang, suda la. -.-

Kalo anak perempuan pulak, asyik risau je selagi tak kahwin, risau selamat tak, risau ada orang kacau tak, dan terkini, risau anak mengandung tak. Ish3. Bagi saya, kalau nak fikir begitu sampai bila2 kita tak keluar rumah, kawan dengan sume orang, tapi yang mana nak rapat, itu kita kena pilih. Mana2 pergi sekalipun pegang nama mak ayah baik2. Mana yang bahaya jauhkan, mana yang selamat, pilih jalan itu. Setakat itu saja usaha yang boleh kita wat, doakan segalanya lancar, insyAllah. :)