Fashionista.
Sebelum ni, andaikata nampak je perkataan ni, saya terus terfikir model, pereka fesyen. Senang kata, orang2 yang ada penilaian yang tinggi dan peka terhadap perubahan dalam dunia fesyen. Pioneer la kiranya. Bila satu gaya diperagakan, terus dijadikan ilham untuk peminat fesyen yang lain, lantas pilih untuk menggayakan style yang sama. Tak ramai yang mampu jadi fashionista. Dan kebiasaannya, gaya yang diilhamkan tu sedap mata memandang, unik, kreatif.
Tapi sekarang ni, saya rasa perkataan itu suda kurang nilainya.
Kenapa?
Berpeluang pulang sebentar ke Malaysia Jun yang lalu, sedikit sebanyak buka mata saya terhadap beberapa fenomena. Khususnya fesyen bagi wanita bertudung.
Ye, saya setuju yang wanita bertudung tak bawak maksud kita kena pakai warna yang bosan, langsung tak boleh nak kenakan busana yang bersifat moden dan kontemporari dan sebagainya. Saya pun taklah arif mana bab fesyen muslimah ni.
Saya sempat ke Jalan TAR ketika tu, sebab nak beli tudung dan selendang raya untuk dibawa pulang. Susah sangat nak jumpa tudung bawal. Kebanyakannya selendang. Seingat saya dulu cuma ada jenis sifon, kapas dan pashmina. Tapi sekarang, segala bagai ada. Siap ada makcik tu semangat la duk pujuk saya,
"Muka cam adik ni, memang sesuai pakai tudung ombak ni. Dia kalau angin tiup kan dik, memang dia terbang2 gitu. Cantik kan? Fashionista ramai beli tudung camni."
Ada 3 benda saya rasa tak kena kat situ.
First, muka saya nampak pelik bila pakai selendang tu sebab dia tak terletak elok, melekat kat dahi ditambah dengan rambu2 yang membuatkan kepala saya kelihatan besar seperti tembikai.
Kedua, bila ditiup angin, kesan terbang2 yang makcik tu point out sebenarnya membuatkan selendang tu kelihatan seperti rumpai laut yang sedang melambai. Rimas la, terbang2 rambu ramba camtu buat saya terasa seperti memakai obor-obor di kepala.
Dan ketiga, fashionista beli tudung kat situ?
Saya pun tanya makcik tu apa maksud dia bila dia cakap fashionista beli tudung situ?
Dia jawab, "Alaaaaa, kan sekarang ramai suka pakai tudung warna warni campur2 ala pelangi tu, fashionista la tu. Ramai beli tudung sini. Ada Hana Tajima la, Siti Nurhaliza, macam2 la."
Terdetik dalam hati saya, "Bila masa pulak Hana Tajima bli selendang kat Jalan TAR pulak? Dan tak pernah nampak Hana pakai selendang rumpai laut ni pon. Makcik ni sukati je. Entah kenal ke tak mana satu Hana tu."
(=__=')
Dan saya perhatikan jugak, ramainya anak gadis yang tudungnya pelik2. Merata2. Sebut je mana pun, KLCC, Sogo? Suma ada. Apa maksudnya pelik2? Anak tudung kekadang sampai 3 warna, siap dengan headband. Ditambah pula dengan tudung pelbagai warna dan corak. Inner bersilang ala anyaman ketupat dan tikar. Entahlah, terasa serabut mata memandang.
Personally, walaupun saya suka warna2 ceria ni, tapi rasanya saya belum cukup keyakinan untuk membawa gaya sebegitu. Heeeee. Tapi itu taste masing2. Kalau da dia rasa cantik, trendy dan bergaya nak wat camne kan?
Tapi yang tak dapat terima, saya rasa pelik sangat bila suma orang cuba menjadi fashionista, mengenakan busana yang tak kena, dan style tudung yang adakalanya buat saya terfikir,
"Amende yang cuba korang buktikan ni? Apa korang pakai ni?"
Kononnya nak ikut arus pemakaian tudung terkini sampai ada masanya kelihatan seolah tak lengkap. Dedah leher. Kekadang siap nampak rambut kat belakang. Nampak telinga. Macam tak kena la. Pakai tudung baju elok suma, pakai seluar jarang nampak seluar dalam la pulak. Pakai suma elok, tetiba sleeveless la. Makin lama, makin tak paham jadinya.
Awak pun rasa pelik ke saya sorang je yang mengalami rasa emo buat beberapa saat selepas melihat gambar2 di atas? Barangkali, lain orang lain pandangan.
Baru baru ni kawan saya cakap raya kali ni kat Pahang meriah. Sebab ramai gila Hana Tajima. Kelakar pulak saya rasa. Heeeee. Katanya pilih je nak Hana putih ke gelap, tinggi ke pendek, suma ada. Katanya juga, kalau Hana turun Pahang waktu tu, mesti nangis2 tengok orang rosakkan gaya pemakaian tudungnya.
Rasanya suma yang pernah gayakan style tu pun tahu, selendang gaya messy ni memang kena pakai neck inner. Kalau tak, sekali tiup angin, selendang ke mana, Hana Tajima pun entah ke mana. Tak kisah bergaya, tapi biarlah kena dengan tujuan asalnya. Kalau boleh, kita nak la jaga imej tu, taknak la sampai digelar bertudung macam badut, memperlekeh tudung ke apa. Kita samasama jaga la mana yang boleh. Sebab sesetengah fesyen bertudung kan, pada saya, da nampak mengarut sangat kekadang.
Fashionista atau tak, saya tak nampak pun apa2 significance. Apa yang kita kejar sebenarnya, mungkin itulah elemen yang lebih penting untuk difikirkan. Jangan disalahkan Maria Elena, Fatin Liyana, Nathrah segala sebab buat tutorial pakai hijab ala messy ke apa. Diorang pakai elok je, tutup je. Mungkin patut cermin dulu, salah siapa? Diorang paksa kita ikut atau kita yang pilih untuk ikut? Diorang pakai elok tak, ada tak berpesan pastikan tutup bahagian yang perlu, kalau ada, kenapa kita yang pilih untuk variasikan sukati sampai ketepikan faktor yang seharusnya dijaga?
Kalau suma keje nak tuding jari je, salah dia ni, salah dia tu, tak pernah diri yang salah, saya syorkan awak pergi la beli selendang ombak ala rumpai laut tu. Sebab selendang tu tebal dan berat, tak boleh buat Hana Tajima, boleh pakai normal je. So memang confirm menutup la. Kan senang. Fashionista jugak apa. At least di mata makcik tu. Itu pun kira jadi la kan. Heeee.
Maaf andaikata cara saya ketengahkan isu ni cam agak kasar dan tak kena. Sekadar berkongsi pendapat tentang isu berfesyen dalam kalangan wanita bertudung. Maaf juga buat yang terasa hati. Anggaplah teguran buat renungan kita bersama. Saya pun bertudung. Sudah tentu saya ambil tahu tentang perkembangan sebegini. Memakai hijab bermaksud kita da pun menunaikan salah satu kehendak agama, cuma dikhuatiri sekadar kerana ingin ikut perkembangan semasa dan riak mengejar gelaran fashionista itu, kita lupa niat utama kita. Diharapkan apa2 yang perlu dijaga tu, kita jagalah bersama kay. Wasalam. :)