Yayyy! Akhirnya suda punya mood nak berblog balik. Rasa cam da lama tak sentuh blog ni. Dalam beberapa hari ni, saya sibuk kemas barang, banyak sangat benda nak fikir. Serabut. Rimas. Celaru sikit emosi. Nasib baik ada kawankawan yang sangat supportive.
Terima kasih Idzni, Wani, Maddy, Kammy, Farhah, Fadia. :)
Lagi 3 hari, saya akan berpisah dengan keluarga, bertapak di negara orang. Cuak pun ada, gembira pun ada. Orang lain sibuk berpesan, sebelum pergi ni, makan segala macam makanan yang kau teringin makan. So that nanti takde la kempunan kat sana. Tapi saya rasa, saya tak banyak makan sangat. Saya lebih tumpukan pada spending more time with my family, atau lebih tepat lagi, dengan mak saya.
Buat siapasiapa yang masih tak tahu, saya anak bongsu dalam family. Jarak umur dengan adik beradik lain agak jauh. Tapi nak kata manja, tak sangat. Nak kata anak emas, pun tak sangat. Cumanya, biasalah anak bongsu ni, kakak abang suma da kerja. Ayah takde anak lain nak ditanggung. Mak pun cuma kena jaga saya dan ayah je. Jadi kalau nak diikutkan, dari sudut pakaian, makanan, barang2, duit, saya la yang paling kira senang dapat banding dengan adik beradik yang lain.
Dan kalau diikutkan, saya takde pun pasang niat nak belajar di luar negara. Dulu time SPM pun saya cuma aim nak belajar di IPTA tempatan saja. Sebab mak ayah dah berusia. Saya selalu terfikir, kalau belajar jauh, nanti susah nak balik. Kalau apa2 jadi, sempat tak saya nak jumpa diorang. Kalau diorang sakit, ada tak yang nak bawakan ke hospital. Kalau apa2 jadi di rumah, ada sesiapa tak akan inform saya. Tapi ayah yang beria-ia nak anak dia belajar luarnegara. Mak ikut saja.
Dan mungkin jugak, bila jadi anak bongsu ni, mak saya jadi emosi sikit. Saya masih ingat, dulu waktu baru masuk ke MRSM Taiping. Mak ayah hantar. Ayah ajak mak balik. Saya dan ayah muka rilek je. Tapi mak duk nangis dekat pathway, ada la dekat setengah jam nak pujuk dan ucap selamat jalan. Dia risau, saya makan tak, baju berbasuh tak, belajar okay tak, ada orang buli tak. Padahal waktu tu saya da masuk Form 4, siapala nak buli. Besar gajah da pun. Dewan makan memang sediakan makanan 6 kali sehari, kalau lapar lagi taktau la. Dobi pun ada. Cikgu pun bagus. Tapi itula, hati ibu. Sentiasa risaukan anak dia.
Bila saya ada peperiksaan, dia la yang pasang nazar, smayang hajat, doa banyakbanyak. Saya yang amik exam, tapi dia kat rumah yang nervous lebih. Dan kalau saya telefon dia, saya tak boleh sebak2, nangis2. Kalau tak nanti dia join the club. Saya rasa lagi sedih bila dia ikut sedih. Jadi saya lebih banyak cerita, cakap2 dengan kawan2 pasal hal2 yang menyedihkan saya.
Saya ingat lagi masa dapat keputusan UPSR, PMR, SPM segala jenis exam besar la, mesti mak akan nangis. Dan berterima kasih dekat cikgu2, sujud syukur. Rasanya suma orang nak berjaya. Nak buat mak ayah bangga. Teringin nak dengar mak ayah bangga2 pasal kejayaan kita depan kawan2nya. Teringin nak tengok mak ayah menangis gembira sebab rasa berbaloi segala usahanya membesarkan kita. Saya pun macam tu jugak.
Waktu kecil, kalau saya menang pertandingan mewarna, semangat nak pegang hadiah kat tangan. Takmau simpan dalam beg. Biar mak ayah nampak nanti. Mesti diorang bangga anak dia menang nombor 1 dalam pertandingan tu.
Bila exam, Matematik dapat 100%. Berlari saya balik rumah. Pegang kertas tu. Nak tunjuk mak ayah, saya dapat 100%. Paling tinggi dalam kelas. Mesti mak ayah bangga. Bila dapat Top 3, pujuk2 mak ayah suruh datang Anugerah Cemerlang. Tiap tahun saya pastikan nama saya masuk dalam senarai penerima. Tiap tahun jugak, pada majlis yang sama, muka saya mesti ada dekat atas pentas tu. Tak menyanyi koir, berlakon. Tak berlakon, menari. Biar mak ayah bangga. Anak dia dapat anugerah. Buat persembahan lagi.
Macam entah pape kan? Tapi itula saya. Bukan saya nak mintak diorang bagi saya hadiah, reward saya atas suma kejayaan yang saya ada. Cuma saya rasa puas dapat tengok muka diorang tersenyum bangga. Rasa berbaloi duk revise2 sedangkan masa tu boleh saja guna untuk tengok TV. Rasa seronok bila mak ayah yakin dan acknowledge kebolehan kita. Jadi bila ada peluang ke luarnegara, ayah gembira saja. Mak pula bercampur baur emosinya.
Kakak2 dan abang saya sumanya suda berkeluarga, tinggal di rumah sendiri. Rumah saya ni cuma ada ayah, mak dan saya. Ayah aktif dengan golf. Mak pulak surirumah, memang kerjanya jaga rumah saja. Jadi bila saya pergi ni, tinggal la mereka berdua. Kalau diikutkan, dulu saya masuk kolej pun mereka berdua jugak, tapi kali ni lain sikit. Sebab kata mak, dulu at least dua minggu mesti saya balik sekali. Jadi tak la bosan. Dah la masuk bulan ni lebih kurang 7 bulan saya duduk di rumah. Itu yang buat dia lebih terasa kehilangan.
Saya sendiri pun sedih nak pergi tempat orang. Rasa malas sangat nak kemas barang, pilih baju nak bawak ke sana. Tapi yang buat saya lagi sedih sebab mak selalu tanya soalan2 dan kuarkan statement2 macam ni.
" Adik rasa adik da pergi nanti adik homesick tak?"
"Adik rasa adik da pergi sana nanti adik rindu, tringat kat mak tak?"
"Lepas ni kalau mak masak ayam masak merah ni, mesti mak teringat kat adik. Tiapkali masak lauk ni, mesti adik happy."
"Adik da pegi sana nanti siapa nak sembang2, teman mak jalan2?"
Dan barubaru ni, tengah mak saya lipatkan baju waktu nak masukkan dalam beg, dia cakap satu pernyataan yang buat saya mengalir airmata.
" Dulu waktu suma nak kawin, pindah keluar, mak tak rasa sedih sangat. Sebab tahu ada adik boleh temankan mak kat rumah. Sedar2 sekarang adik pun nak tinggal mak da. Bilik adik tu nanti kosong je, makin sunyi rumah. Adik pergi nanti jangan sampai tak balik pulak. Slalu ingat makbapak kat sini. Tudung tu jangan sampai sana tanggal pulak. Mak makin lama makin tua. Lepas abes belajar nak kawin da. Entah sempat tak nak tengok adik kawin. Kalau badan sihat, panjang umur, bolehla mak pegi lawat adik nanti. Adik bawak mak jalanjalan okay?"
Awak tahu satusatunya perkara yang buat saya rasa sedih bila jadi anak bongsu ni? Saya terkilan, sebab bila umur saya sekitar 30, gaji stabil, saya teringin bawak mak ayah jalanjalan luarnegara guna duit saya. Main salji samasama. Tapi waktu tu diorang da tua sangat. Mahu beku kalau jumpa salji kang.
Dan saya tak tau kenapa, tapi dari saya kecik, saya selalu simpan hasrat, nak simpan duit gaji saya nanti. Nak belikan kerusi urut untuk mak ayah. Sebab dulu ada sekali, waktu tu umur saya 10 tahun, kami pun baru jugak la pindah ke Kuala Lumpur. Kitorang jalanjalan di satu pusat beli belah. Ada promosi kerusi urut. Mak ayah cuba. Sedap kata mereka. Tapi sayang, mahal betul harganya. Muncul riak kecewa di muka mereka. Waktu tu, saya pikir, saya kena slalu dapat nombor 1, blajar rajinrajin. Biar nanti kerja bagus, gaji banyak, beli kerusi urut tu untuk diorang. Mesti diorang gembira dapat hadiah tu. Sampai sekarang saya masih pegang hasrat tu.
Saya sangat sensitif bila sampai bab mak ayah ni. Sebab saya rasa da banyak sangat jasa diorang kat saya. Tapi dengan situasi sekarang, benda terbaik yang mampu lakukan untuk diorang cumalah doakan kesihatan mereka, mintak Tuhan panjangkan usia mereka, tolong mana yang mampu, dengar kata dan dapatkan result yang membanggakan. Sebab tu jugakla saya benci bila ada sesi tutup mata, bayang mak kau meninggal la apa la. Mak aku hidup, sihat je, nak suruh bayangkan dia meninggal apehal.
Tinggal lagi 3 hari. Yang pastinya dalam masa yang berbaki ni, saya kena latih mak ayah guna Skype. Diorang pun da mula tanyatanya pasal nak buat FB. Ayah saya siap mintak scankan gambar dia waktu muda remaja nak letak jadi profile picture. Baru hensem katanya. Ish.
(-_-)
Baca balik apa saya tulis rasa makin sedih pulak. Nak tulis post ni pun da merah mata saya. Berair. Hari Sabtu ni alamatnya, banjir la KLIA tu. Apapun saya doakan yang terbaik. Semoga segala urusan saya dipermudahkan. Dan moga saya tak lupa pegangan ketika bertapak di sana. InsyAllah. Buat mak, adik janji takkan buat apa2 yang akan malukan family kita. Selalu contact mak. Jangan risau sangat pasal anak mak sorang ni.
Pandai2 la dia jaga diri nanti,
InsyAllah. :)
ADIK SAYANG SANGAT KAT MAK! :)