Tuesday, February 1, 2011

BiarkanSaja


Waktu kecik, saya selalu fikir. Apa perasaannya bila sudah ada teman lelaki? Ada tak orang nak kat saya nanti? Dan saya antara mereka yang selalu ingatkan kekasih pertama akan kekal menjadi ‘the one and only’.


Malangnya, tidak sama sekali.
* sambil jari telunjuk dan kepala sama2 geleng ke kiri dan kanan*


Pernyataan di atas merujuk pada saya ye, bukan secara umum. Dan percayalah, disebabkan dari kecik awak da setkan otak awak camtu, bila awak berpisah dengan kekasih pertama, awak da jadi malas nak teka siapa yang akan jadi kekasih terakhir awak. Takut nanti tak mengena pulak telahan awak tu. Yang keduakah? Atau mungkin yang keenam?
Wallahualam.


Tolak soal itu ke tepi. Kita alih kepada persoalan utama yang timbul, yang buat kepala pusing2. Yang rasanya suma orang alami.


POST BREAKUP CRISIS


Bolehkah kita kekal berkawan seperti biasa setelah tak bergelar pasangan kekasih? Kalau jumpa rasa pelik tak? Nak sembang apa?


Jawapan kita mungkin berbeza tapi bagi saya, boleh. Itu suma terletak pada kemahuan masing2. Saya dan dia bermula sebagai kawan, dan kemudiannya jadi rapat. Jadi setelah berpisah, jujurnya saya rasa kehilangan. Saya hilang seorang kawan.


Kawan yang pernah temankan saya sewaktu saya sedih, gembira, sakit, sihat. Kawan yang sentiasa pastikan saya tersenyum. Mungkin kami tak begitu serasi sebagai pasangan, tapi sebagai kawan, dia antara yang terbaik. Alhamdulillah, dia seorang yang cukup terbuka, dan kami masih berkawan baik sehingga ke hari ini. Memang saya tak dapat kekasih saya semula, tapi much more than that, saya peroleh kawan baik saya kembali.






Apa bezanya kawan dan kekasih? Kekasih sememangnya boleh jadi kawan awak, tapi kawan tak semestinya boleh jadi kekasih. Semua orang ada kriteria yang mereka tetapkan dalam mencari pasangan. Mungkin ada yang gelar awak memilih, tapi abaikan saja. Pilih pasangan bukan macam pilih restoran. Makan kat satu restoran, tak sedap. Lepas ni, tak datang da restoran tu, cuba yang lain pulak. Sampai kena dengan selera kita. In this case, we are talking about serious relationships. Takat nak main2, silakan guna konsep restoran tu.


Bila kita remaja, sekitar 15-17 tahun, kawan tanya kita ada teman lelaki tak. Kita jawab ada, dia tough, ada tatu, pandai breakdance, college dropout. Tapi umur tu kita takde nak kisah sangat bab dropout tu, kita nampak dia pandai breakdance, tough. Waaaaa, cool gila seh. Kawan kita cakap bf nya seorang yang pandai, pakai spek, suka membaca, selalu dapat tempat pertama dalam kelas. Orang tak pandang dia pandai, terus label nerd, geek. Kita ketawakan ‘taste’nya. Tapi bila kita suda 28-30 tahun, bila ditanya suami kerja apa, kawan boleh tersenyum sambil jawab jurutera, akauntan atau mungkin doktor. Suami kita? Masih pandai breakdance, masih bertatu. Takde pekerjaan. Siapa lebih cool sekarang? Siapa ketawa pada siapa sekarang?



KES 1



Kenapa orang sedih tak dapat lupakan bekas kekasih, susah terima da berpisah?

-----------------------------


Kenapa nak lupakan mereka ni? Mungkin kenangan sewaktu masih bersama dulu tak seindah mana, tapi kita belajar dari situ. Tolak mentah2 orang lain yang cuba kenali kita semata2 tak dapat lupakan kekasih lama.






Bila hubungan putus, maksudnya ada yang tak kena. Kalau kita susah terima, pejam mata, nafikan yang ada sesuatu yang tak kena, akhirnya kita akan lebih sedih. Kenapa nak teruskan kalau da terang lagi bersuluh dia tak serasi dengan kita. Dan lagi satu, nak nangis agak2 sikit, tak perlulah nak nangis depan SEMUA orang. Itu semacam cari publisiti dan terdesak. Nanti orang simpati. Be strong, tahan sikit. Biar orang kagum, awak tak terkesan dengan perpisahan tu.


Memori. Ianya umpama parut kemalangan. Kita bawak kereta laju2, tiba di selekoh, kita terbabas. Waktu kita ditimpa kemalangan, kita luka. Rasa sakit. Tinggalkan parut. Tapi satu hari nanti, tiapkali kita lihat parut tu, kita rasa bersyukur. Sebab masih bernyawa. Dan tiapkali itu juga, kita tak berani nak bawak laju2 da.


Get to know other people. Jangan hadkan diri hanya pada seorang. Kalau dia tak kena dengan kita, tak bermaksud sudah tiada orang yang akan hargai kita lebih dari itu. Setiap orang ada jodoh masing2. Tapi rasanya, tanpa usaha, jangan diharap ‘Mr Right’ nak jatuh dari langit. Kenang memori lama, belajar dari situ. Cipta kenangan baru, yang bila dikenang satu hari nanti, akan buat kita tersenyum sendiri.



KES 2



Bila ada teman baru, kenapa asyik nak banding2kan sehingga pasangan tak yakin kita sayang dia sepenuhnya?

---------------------------------


Dia mula syak kita masih ada hati pada bekas kekasih. Adalah sangat menipu jika seseorang tu mengaku dia langsung tak teringat atau tak sayang langsung dekat bekas kekasih mereka. Orang2 ni pernah muncul dalam hidup awak. Panggil awak dengan nama manja. Hantar mesej, telefon selalu. Macam2 awak kongsi dengan dia. Bila sakit, gembira, sedih, dia sentiasa jadi orang pertama yang awak cari. Jadi kalaupun berpisah, ingat boleh senang2 lupa macam tu saja?


Padamkan semua gambar dia, keluarkan dia dari senarai kawan anda di FB, tukar nombor baru. Itu semua dapat buat awak lupakan dia? Jangan jadi hipokrit, nak lari dari kenyataan. Dia dan kekasih baru, dua individu yang berbeza. Kalau nak banding2, nak tukar dia jadi sama macam kekasih lama, baik tak payah cari yang baru. Dan untuk apa nak jadi kekasih kalau awak sendiri tak yakin dengan pasangan awak?


Fikir negatif, lemparkan tuduhan macam2. Lama2 confirm dia pun bosan, cari orang lain. Daripada membandingkan pasangan baru dan lama, apa kata kita yang ambil inisiatif untuk jadikan current relationship jauh lebih baik berbanding dengan yang dulu? Mungkin itu lebih mudah. Tak payah serabut otak, bukak buku lama. Nak selak2 tak kisah, tapi kalau nak hayati lama2, adoi, parah tu kak. Move on.



KES 3



Bila dia ada kekasih baru, bagaimana penerimaan kita?

-------------------------------


Nak cari pasangan baru tu dan tempeleng dia depan semua orang? Balas2 status kejam di FB? Buat post khas jatuh2kan ex di blog awak? Edit gambar teman barunya sampai jadi buruk, print dan tampal di seluruh kolej?


JANGAN, JANGANNNN!!!


Tindakan awak tu membuatkan orang lagi yakin awak masih tak dapat terima yang hubungan awak da berakhir. Yang lagi menyampah, laki tu akan rasa dirinya sangat hot sampai orang bergaduh, berebutkan dia. Urgh.


Mungkin bila diberitahu dia suda ada pasangan baru, awak akan tersentak sikit. Tapi jangan cepat melatah. Sebaiknya, buat tak tahu. Dan kalau nak yang lagi sempoi, berkawan dengan kekasih baru tu. Tak jeling2 dia, buat muka kerek dan sebagainya. Tak mahu kawan pun takpe, senyum pun cukup. Rilek la, yakin saja yang awak juga akan temui pasangan baru yang jauh lebih baik daripadanya. Cuma belum tiba masanya. Jadi kenapa nak cemburu2? Senyum kan lagi bagus.




----------------- KES DITUTUP ----------------



Ini semua sekadar pengalaman sendiri yang saya terasa nak kongsi dengan kawankawan. Harap sedikit sebanyak dapat bukak pemikiran kita, fikir sudut yang mungkin kita ambil mudah selama ni.


Tak semua hubungan berjalan selancar yang diinginkan. Tapi itu tak seharusnya dijadikan penghalang untuk kita majukan diri, cari arah baru. Setakat putus cinta, tak payahlah nak bunuh2 diri. Bunuh2 jiran. Campak asid kat ex awak. Buang masa saja. Baik fokuskan pada diri sendiri. Biar gembira selalu. InsyAllah. :)





4 comments:

Anonymous said...

izzie, jgn marah nk tny ko smthg. ko tgh de bf ke skng? or suke sspe?

londoner said...

Mmg tgkap sayu baca post ni T_T

IzziaraYusoff said...

anony- aku takde bf, tp aku suka someone at the moment. :)

londoner- sayu gak la. *smbil buat muka takde prasaan* :)

Syafiza Azrin said...

Bg semangat gak artikel ni...memandangkn sy diceraikn n after 2month my ex nikh dgn perempn lain ..mmg perit..tp sy xtau kno sy ssh nk mrh..wlpn sy kehilngn smua yg sy de termsk kerjy kjnun nk jd isteri solehah tp akhirnya dia ceraikn sy n nikh baru..sy ttp msih berkwn dgn ex wlpn asyik teringat dia dgn wifebr..so sndri skt ht...bl de kwn br mula nk bndgkn dia dgn ex..mmg sgt ssh..tp bl ur artikel..rs nk cuba ingtkn diri ni utk trs move on jgn lg buka buku lama..build new one..