Sebagaimana yang da saya janjikan sblom ni, nak crita pasal peritnya la nak cari rumah kat sini. Walau camne pun, harus diingatkan, crita ni berdasarkan pengalaman sendiri je, saja nak share. Lain orang lain nasib okay. :)
Critanya bermula camni. Setibanya saya di Brisbane Airport, saya naik shuttle yang diatur oleh uni. Dan seblom saya jejak ke sini, saya da pun kawtim siap2 dengan senior2 kat sini. Snior2 ni, saya tak kenal pun sbenarnya. Kawan skolah rendah saya yang kenalkan. Kiranya masa saya sampai Brisbane, itula pertama kali jumpa in person. Selama ni, Facebook je. Nak mintak tumpang rumah diorang dulu. Al kisahnya, kan Brisbane baru lepas dilanda banjir. Jadinya saya pun tak brani la nak cari rumah siap2 dari Malaysia. Sebab takut kena tipu, barang2 kang da affected dek banjir tapi sewa mahal suma. Jadi saya dan kawan saya, Farhah amik keputusan kitorang cari kemudian, bila da sampai Brisbane baru usha2 rumah. Kononnya bajet senang gila la, dan barula dapat tengok sendiri dulu, barula tak kena tipu.
Teruk kan? Berani ke nak main sewa je rumah, deal dari Malaysia lepas tengok ni?
(-_-)
Jadi bila sampai, shuttle tu anta ke rumah senior kami di Taringa. Umah 2 tingkat, 5 bilik. Tumpang sehari, kemudian esoknya diorang pindah rumah. Kami ikut skali. Kesian sangat kat diorang sebab tak pasal2 kena angkut pulak barang2 kitorang. Dan paham2 la orang baru sampai ni, beg berduyun, besar plak tu.
Rumah baru tu lagi selesa. Jeles plak tengok. Jadi melihatkan rumah tu, kami ni yakin la yang senang je dapat cari rumah yang elok. Murah. Selesa. Besar. By the way, kami merujuk kepada saya dan Farhah okay.
Sekali amik kau. Bermacam agensi kami pergi, amik katalog rumah sewa, pegi inspect macam2 rumah. Ada yang 2 tingkat, yang setinggan, yang apartment, yang bilik kecik. Suma kami pegi inspect. Tapi satu tu pun tak berkenan. Bukan memilih. Tapi bayangkan la, suruh bayar mahal tapi perabot da koyak rabak, halaman rumah mengalahkan sarang ular. Memang taknak la. Dahla jauh dari uni. Keutamaan yang kami nak ialah dekat dengan uni la. So that senang sikit nak ulangalik. Plus, time2 exam, kalau tinggal jauh, nak kena tunggu bas segala. Sewa da mahal. Tambah lagi dengan kos naik bas. Kalau tertinggal bas, tak ke naya tu. Ahhhhhhh. Tensi! Memang miskin ah, fulus kuar laju je.
Susah nak cari rumah untuk 2 orang. Mahal2. Jadinya ada sorang senior ni, dia tengah cari partner nak tinggal serumah. Kami pun join sekaki. Bermula la cari rumah untuk 3 orang. Senang sikit, kos pun bahagi 3 jadi murahla sikit kan.
Satu hari, sorang senior yang plan nak duduk serumah dengan kami bagitau dia da susun appointment untuk tengok 2 unit. Dekat dengan uni. Sewa pun murah. Pegi la kami ke unit2 itu. Satu tu kosong. Takde perabot. Pikir2 balik, mahal la nak kena bli katil, fridge suma. Unit kedua fully furnished. Selesa jugak. Berkenan. Kami pergi terus kat ejen, isi borang application. Katanya amik masa 2 hari untuk dapat result application tu. 2 hari berlalu, takde khabar. Bila call, jawapan sama, bila ada apa2 diorang akan call. Sminggu berlalu, masih takde berita. Kami putus asa. Takmau mengharap da. Mesti tak dapat. Pencarian bermula lagi.
Cari punya cari akhirnya dapat satu appointment untuk inspect satu unit bilik kongsi ni. Ada 2 katil , bilik besar, jadi saya dengan Farhah dah mula berkenan la dengar agen tu ye2 je duk puji2 unit tu. Tambah2 unit tu dekat sangat dengan uni. Bertambah2 la level mengharap tu.
Waktu tu da 2 minggu tumpang rumah senior. Malu takyah cakap la. Memang malu amat. Entah da berapa ketul ayam diorang yang kitorang da bedal. Tapi seriously, saya terhutang budi sangat dengan senior2 ni. Sentiasa tolong, teman ke sana sini, langsung tak kisah. Almaklumla orang baru sampai suma benda blur je. Da la diorang tak kenal pun kami ni. Naik segan nak tumpang lamalama tapi apa pilihan yang ada. Kena jugakla kami tebalkan muka. Jadi bila dengar pasal unit tu, rasa happy sangat2. Sebab at last, dapat keluar dari rumah senior, takyah menumpang, tak susahkan diorang da. Malu sangat da. Ejen tu pun ada mention yang kalau kami berkenan boleh amik terus sebab diorang guna concept siapa cepat dia dapat.
Petang yang dinantikan akhirnya tiba. Kitorang pegi la inspect rumah tu. Muka mengharap gila. Siap bawak dokumen suma, sebab nak proceed je kalau suma okay. Semangat fotostat segala surat beranak, pasport. Tapi yang sedihnya, bila sampai, rumah tu langsung tak segah yang didakwa. Dah la kecik amat, nak jugak sumbat 2 katil. Memang tak boleh gerak sebab kecik sangat. Tak ada ruang nak letak meja study pun. Farhah da malas nak pikir pasal rumah, dia suggest ambil saja bilik kecik tu sebab dia da segan sangat nak menumpang lagi. Tapi saya taknak. Degil. Saya lagi sanggup tebalkan muka tumpang rumah senior daripada nak tinggal setahun kat bilik kecik tu. Bilik saya di rumah (kat Malaysia) yang saya tinggal sorang tu, adalah double besarnya banding bilik ni. And yet, da la kena share 2 orang. Just imagine. Dengan toilet sebelah dapur. Macam lawak saya rasa. Keluar tandas, trus nampak Farhah tengah goreng ayam kang. **IMAGINASI**
Mengalir jugak la airmata saya sebab waktu tu saya rasa besarnya ujian Tuhan. Susahnya nak jumpa rumah yang sesuai dan worth it. Dan saya rasa sedih sangat sebab saya da mengharap sangat rumah tu okay, sekali lain pulak. Rasa diperbodohkan ejen. Dan ejen janji kalau suma urusan okay, esoknya da boleh masuk. Jadi saya da happy la. Sekali lain pulak ceritanya. Nasib baik takde bayar deposit pape. Dahla time tu kelas suma da mula. Dengan nak cari rumah lagi. Homework lagi. Serabut sangat. Tiapkali lepas solat pun tak pernah lupa mintak dipermudahkan urusan cari rumah. Mintak dilapangkan dada, sabar.
Petang yang sama jugak, lepas habis inspection tu, yakin je ejen tu nak mintak dokumen, bajet kitorang berkenan habis la agaknya. Sukati kau je. Kami cakap nak pikir dulu. Padan la namanya 'Granny's Flat'. Kecik camtu, memang sesuai la untuk grannies. Takyah gerak banyak.
Lepas inspection tu, Farhah balik ke uni, dia ada kelas. Saya memang free Khamis. Saya call senior saya, Miza, mintak temankan ke Toowong. Toowong ni kira pekan la gak. Sini banyak ejen, saya nak kumpul katalog rumah sewa yang terbaru. Ke sana sini cari rumah yang ada potensi. Lepas habis kumpul katalog, kami tunggu bas, nak balik. Di bus stand tu saya terpandang satu iklan rumah sewa. Tapi ini bukan ejen, kiranya deal terus dengan owner. Lagi senang. Saya ambil nombor. Sebab unit tu dekat dengan uni. Sewa pun boleh tahan. Saya text, mintak set appointment nak inspect. 2 hari kemudian kami pun pergi la usha rumah tu.
Rumah cantik. Apartment tingkat kedua. Kawasan ni terlibat dengan banjir aritu tapi since rumah ni di tingkat 2, tak affected la. Selesa, nampak cosy. TV plasma baru. Suma lengkap. Siap ada swimming pool. Pinggan mangkuk, periuk, couch suma ada. Dan sebelum ni, penghuni rumah ni Muslim, jadi boleh la guna pinggan2 tu. Tuan rumah orang New Zealand. Da migrate ke Australia. Baik. Tibatiba, tengah kami sembang2, owner tu pandang saya dan tanya,
'Do you smoke?'
(-_-)
Ada ke patut aku kau cakap muka smoker? Da la dia tanya saya sorang je. Sabar je la. Kawan saya gelak je. Jadi kami pun tinggalkan contact details suma. Katanya paling lewat dia akan hubungi esoknya. Kami pun pulang sambil duk doa2, mintak2 dapat.
Tengah hari tu, kami nak ke majlis barbeku untuk Malaysian students. Lebih kurang jam 11.30 am. Kami naik bas nak ke stesen keretapi. Sekali dapat mesej dari owner tu, cakap diorang nak sewakan rumah tu pada kami. Happynya hati Tuhan saja yang tahu. Katanya pukul 2 dia mintak kami tandatangan kontrak. Saya dan Farhah terus turun bas, nek lagi satu bas sampai ke rumah senior tu. Senyum sampai ke telinga. Petang tu senior temankan kami sign kontrak suma, dan owner benarkan kami pindah the next day. Akhirnya dapat jugak rumah yang dicari2.
Syukur Alhamdulillah.
Banyak jugak la ujian lain. Lambat Internet masuk, elektrik kena potong 2 hari berturut. Dryer, dishwasher rosak la. By the way, electrician dia hot gila ooooo! Heeee, sempat lagi. Tapi skang, sumanya suda slamat, da smooth. Barang2 pun da lengkap. Saya syukur sangat dapat setelkan sumanya sebelom exam mula. Takla serabut sangat. Dan kami da pun selamat buat housewarming sminggu lepas pindah masuk.
Ni la snior2 yang banyak tolong kami sepanjang kat sini. :)
Ni pulak makanan2 yang kami hidangkan. Biasa2 je la. Paham2 la, orang baru pindah. Bajet confirm ketat punyaaaa. Dan sumanya homemade okayyyy. :D
Antara yang hadir aritu. Trimas! :D
Selama saya duk susah hati tu, keluarga selalu nasihatkan. Takpe. Mesti ada rezeki nanti, rezeki adik belum sampai agaknya. Sabar la. Dan Alhamdulillah, berbaloi la tunggu lama dan penat susah payah nak cari rumah tu. Dan saya suka hidup saya sekarang. Cuma, bila balik, letih suma, nak tak nak kenala masuk dapur masak pape. Lapar. Nak hidup. Kadang2 tak sedap mana pun, tapi lapar punya pasal, tak sampai 3 minit da habis. Dan kredit kepada Farhah yang amalkan cara hidup sihat tu, saya skarang da kerap makan sayur. Mesti lega mak dengar ni. Heeee. Studies pun Alhamdulillah. Harapnya, Tuhan permudahkanla segala urusan saya kat sini. Nanti saya update lagi okay. Till then, take care! :D