Wednesday, April 6, 2011

JagaMakan!


Lama gila tak update. Maaf.


Pertama skali, nak bagitau kawankawan, internet saya baru masuk! Woohoooo! :DD Tapi agak slow. *Bersyukur, bersyukur* :DD


Buat masa sekarang agak sibuk, tetambah sekarang ni tengah musim exam kat sini. Its autumn. Tapi cuaca kat sini kita tak boleh jangka. Kejap panas, kejap sejuk, kejap hujan pulak. Pakai tebal2, bajet sejuk, skali panas terik. Bila tak pakai sweater pulak yang menggigil sejuk.
(-_-)


Tiapkali saya call rumah, mak akan tanya, still pakai tudung ke tak? Makan sayur ke tak? Sembahyang tak?

Pakai mak. Makan mak. Sembahyang mak. :)


Barangbarang sini agak murah la, under one condition, JANGAN CONVERT RM. Kalau tak memang nangis la, beli susu da RM12. Dan so far, saya belum ada kempunan nak makan pape masakan rumah ke masakan Malaysia ke. Cuma teringin sangat nak makan nugget halal yang sedap. One thing I have to admit, kat sini yang susahnya, kita kena check segala ramuan dalam tiap benda kita makan. Nak makan biskut kena check ada lemak dari haiwan tak. Nak makan choc kena check ada gelatine,alcohol tak. Rasa sedih pun ada, kat Malaysia dulu amik je nak makan apa pun. Lagi sedih bila pikir, dulu amik je, mak bayar. Sekarang keluar fulus sendiri. Heeeee. :D


Rasa da muak makan kebab. Asal keluar je, itu je la yang selamat dan halal. Satu kebab ala2 size Kyros Kebab tu, dalam lebih kurang AUD8. Tapi kenyang dan daging dia memang tak kedekut la. Owh, owh, saya nak share satu gambar ni. Nilai sendiri. :)






Tak nampak?? Tak jelas??






Da la letak HALAL kat sebelah 'PORK'. Tulis sendiri guna marker plak tu.
(-_-)


Orang2 luar ni anggap, asal ayam halal da. Kiranya kalau pun ada jual pork, takpe. Amik la yang ayam, barula halal. Kalau pork, memang haram. Macam tu pulak.


Tapi ada masanya, saya malas nak pikir dalam2. Contohnya, dia ada mention kat ramuan ada lemak tumbuhan. Takde dari haiwan. So terima je la. Takde la nak pikir2, betol ke. Ntah2 kau menipu je, haram ni, blablabla. Bedal suda. Kalau nak pikir camtu memanjang memang tak makan apa la jawabnya.


Kalau diikutkan rumah saya ni dekat dengan Nando's, kedai runcit suma. Tapi kawasan ni haritu terlibat dengan banjir, jadi kedai2 tu masih diubahsuai. Dalam next entry, saya cerita peritnya nak cari rumah yang sesuai. Walaupun tengah excited dapat Internet, tapi otak asyik pikir Sabtu ada paper. So takleh la bergumbira sangat. Dan bila musim2 exam ni, mula la melayang pikir rumah. Rindu anak buah suma. Hope dorang sihat. Papepon, saya suka duduk Aussie ni. Orang2 peramah, baik2. Barang2 yang selalu guna kat rumah pun senang dapat kat sini. Kecuali pelocok. Cari dekat dua minggu baru dapat. Dan ramai Asian, so takde la terasa orang asing sangat. Cuma yang saya perasan, orang2 kat sini ramai yang teringin nak tahu, pasal pakai tudung, tutup aurat segala. Mungkin sebab lain sangat dari budaya diorang. Dan diorang sangat kagum bila tahu kita boleh cakap dalam 2 bahasa. Sebab diorang reti English je. Padahal entah sedar ke tak, English kita pun takde la perfect mana. Nama pun bahasa kedua. Heeeee. :D


Rasanya sampai sini dulu dapat saya update arini. Bilabila tak sibuk nanti, saya update lagi. Banyak lagi benda nak share. Pandangan orang2 kat sini, beza tempat ni dengan Malaysia. Macam macam. Tapi sekarang kena study dulu. Till then, tc, wasalam. :)




2 comments:

Zhafran Fauzi said...

Kalau lah sy stdy sama2 dgn awk kt sne mesti best kn??hehe...sy slalu jgk tgk awk kt sne...tgk kt fb je..huhu

IzziaraYusoff said...

Heee. mehla lawat2 aussie smntara saya still kt sini 3 tahun. :) bleh je nk bawak jejalan tmpat best. ;)