Sunday, May 1, 2011

SerbaSalah


Cuti Easter da nak habis. Cuticuti Gold Coast da berakhir. Result suma da kluar.
Alhamdulillah. :)


Semalam saya chat dengan mentor saya dalam bab2 blogging ni. Kami ada sindrom sama. Hilang passion nak berblog. Tapi entah kenapa. Hari ni saya tergerak nak update blog. Which is a good thing!! Kot.


Okayokay. Banyak benda nak cerita. Tapi yang harini punya, saya nak sentuh pasal isu yang rasanya kerap jugak disoal oleh kawankawan kat sini.



1. PAKAI TUDUNG


Saya ingat lagi waktu minggu kedua saya kat sini, saya sembang dengan seorang minah dari China. Dia tanya, kenapa saya pakai headscarf? Kesian dia, berbelit2 lidah nak sebut 'tudung'. Heee. Saya cakap, sebab wajib bagi Muslim untuk pakai tudung ni. Tutup dada, leher, rambut. Dan sudah kuagak soalan yang seterusnya. Pastu kenapa ada Muslim yang tak pakai tudung? Macam Zeti (bukan nama sebenar) tak pakai tudung kiranya bukan Muslim ke?


Pulak da. Nak kecek gapo nih.
(=_=)




Jenuh jugak nak menjawab, sebabnya kalau yang duk pertikai ni Muslim, memang suh refer sendiri surah An Nur je. Ni da kalau kawan Cina yang tanya, takkan nak suruh dia baca tafsir pulak. Jenuh duk refer dictionary kang.


Dekat nak 15 minit saya duk terang pasal pakai tudung jaga kehormatan suma. Dia duk jugak tanya kenapa ada yang tak pakai tudung? Kalau tak pakai tudung kira murtad tak? Kalau camtu kiranya pakai tudung ni tak wajib la?


Adus. Camne nak menjawab? Saya pandang tengok kawan Melayu kat sebelah. Berkerut muka dia. Nak jawab camne lagi nih bagi dia paham. Kang bagi yang sesat, tak pasal2 tambah lagi dosa aku. Yang da ada ni pun cukup2 la. Last2 saya cakap ayat yang lebih kurang camni.


' Konsep pakai tudung ni mudah sebenarnya. Islam suruh pakai tudung sebab nak jaga kehormatan pompuan. Tinggikan darjat pompuan. So that takde la nampak tak senonoh show off suma parts untuk tatapan suma orang. Certain orang je yang berpeluang nampak apa di sebalik tudung tu. Kira special la.


Dan pasal isu orang tak pakai tudung ni, diorang ni Muslim. Dan pakai tudung tu wajib. Takde exception pun. Suma pompuan Muslim wajib bertudung.


Untuk memudahkan awak nak paham, kenapa ada Muslim yang tak pakai tudung ni. Kita ambik contoh ni. Sama cam bayar bil elektrik. Kita tahu memang wajib kita bayar bil, baru ada elektrik. Tapi ada jugak sesetengah orang yang takmau bayar bil. Pilihan ada di tangan. Suma orang tau wajib bayar bil. Tapi kalau kita yang pilih untuk takmau bayar, kita kenala tanggung consequence nya. Which is nanti kita takde la elektrik da. Sebab salah kita takmau bayar kan.


Samala cam pakai tudung. Memang wajib pakai tudung. Tapi ada yang pilih untuk kekal tak bertudung walaupun diorang aware yang itu satu kewajipan, bukan optional. Dan diorang pun tahu pasal consequence nya. Cuma diorang masih pilih untuk tak bertudung. Jadi apa yang boleh kita buat. Boleh nasihat, tapi nak atau tak ikut, itu masih dalam tangan masing2. Kiranya, kita bertanggungjawab atas pilihan sendiri.'


Dia angguk2 saja. Entah paham tak, wallahualam. Tapi serius saya rasa down. Sebab rasa tak lengkap jawapan yang saya bagi. Saya memang tak arif sangat bab2 keluar hadis, explain hal2 berkaitan agama ni. Kalau ada tersalah mana2 dalam jawapan yang saya bagi tu, hope kawankawan tegur dan betulkan ye. So that pasni kalau ada isu pasal benda ni muncul balik, takde la saya bagi jawapan yang salah lagi. :)



2. PAKAIAN


Izzi, do you wear short skirt or even sleeveless blouse? Dengan muka berminatnya, duk la tanya wajib ke pakai lengan panjang. Ni orang lain pulak yang tanya. Bukan minah tudung tadi tu. Saya cite balik pasal kenapa kena tutup aurat suma. Dan yes, wajib pakai lengan panjang. Da la time tu saya pulak tengah pakai baju lengan 3/4. Down betul.
Nak terang pasal aurat, aku pulak pakai yang singkat.
(T_T)




Takpela. Kawan saya yang ni ternyata cepat tangkap, explain sikit, da paham da. Then dia tanya, kalaupun wajib pakai lengan panjang, saya rela dan ikhlas ke pakai lengan panjang? Tak pernah ke ada terlintas niat nak pakai sleeveless, skirt pendek? Kalau hari panas, camne bleh tahan, peluh2, pakai jugak long sleeve, pakai tudung, sluar panjang?


Adoyaiiii! Banyak plak soklan. Saya jawab, kalau tiapkali nampak skirt cantik, pernah jugak terlintas 'Kalaula aku boleh pakai skirt, da lama aku beli skirt ni'. Tapi setakat itu je la. Dulu terus terang, saya sendiri rimas. Da la panas, peluh2, kena jugak pakai tudung, baju berlengan panjang, seluar panjang. Orang len pakai sluar pendek, singlet je kuar umah time panas.


Tapi lama2, bila da biasa praktikkan pakai that kind of outfit untuk keluar rumah, mak ayah da latih dari awal supaya kenal erti segan nak tunjuk lemak, jadi terbiasa. Dan tanpa sedar, ikhlas dan rela itu datang sendiri. Dan sekarang, kalau nak keluar pakai sluar pendek suma memang boleh je. Tetambah sekarang tinggal sendiri, takde mak ayah nak tegur. Tapi kita sendiri tak terasa nak buat. Terasa salah. Dan biar panas mana pun, kita selesa je. Biarla orang pandang peliknya, panas2, lagi nak pakai menutup sgala. Lantak kau je la. Asal aku tak kacau kau, kenapa nak kecoh kan. Kat Malaysia pun panas kot, elok je bleh pakai tudung. Takyah tetiba datang sini, panas sket trus buang tudung, pakai skirt la.
Mau Farhah lempang gak housematenya yang tersayang ni kang.
(=_=)



3. MAKANAN HALAL


Ini lagi satu. Nak terang camne ni.

'I cannot eat the chicken here because they didn't slaughter it properly'?


Mau kena gelak kang, bukannya kedai tu serve ayam hidup. Apa pulak yang tak proper? Arghhhhh.




Dan kekadang saya rasa kelakar bila masuk satu restoran Thai baru2 ni dan tanya,

'Do you serve halal chicken here?'

Dan dia dengan blur nya jawab, 'Haaaaa? Halaii?? Chicken halaii?'


Halal da jadi ala Hawaii da. (=_=) Kalau da halal pun taktau mende, maka memang confirm la ayam kau tak halal. Bosannyaaa. Balikbalik makan kebab, makanan India, Nandos. Muakkk. Kalau da itu je yang halal, maka terhasilla pipi ala apam yang saya kini miliki. Bibik kakak saya cakap saya da gemuk. Down tak? Takpela. Tunggu la bebila ada mood, saya diet la. Skang memang tak la. Dengan sejuknya. Number of meals pon da double ah. Heeee.


Saya ada sorang kawan Cina, dari Korea. Dia ni suka la bawak bekal hari2. Tiap kali jumpa saya mesti nak offer makanan yang dia bawak. Dan tiapkali tu jugak la saya terpaksa tolak. Kekadang serba salah jugak, takut dia terasa hati. Padahal niat dia baik. Yang kita ni cuak, takut dia guna utensils yang sama untuk masak ehem ehem ke.


Ada sekali tu dia semangat buatkan sushi, nak share dengan saya, sebab katanya tiapkali saya mesti tolak sebab cakap takleh makan ini la, itula. So dia buatkan sushi ikan mende ntah, bagi saya. Tapi saya ni memang anti benda2 mentah ni. Tak selera langsung. Seaweed lagi la saya tak suka. Terasa hanyir tekak. Tu baru tengok, blom masuk mulut lagi. Saya cakap la saya tak makan. Sedih je muka dia. Dia bawak kuar donut, suruh saya amik satu. Saya tanya, buat sendiri ke donut ni? Tak, beli di Donut King jawabnya.

*Eh eh, Donut King halal!*

Saya pun amik satu. Baru la tersengih2 budak tu. Dia happy saya terima jugak offer dia, saya pulak happy dapat donut cinnamon free! Heeeeee. :D



Itula antara benda2 yang saya selalu encounter kat sini. Serba salah nak menjawab. Camne nak pahamkan orang2 luar pasal cara idup kita. Camne nak gambarkan supaya dia nampak yang agama kita ni mudah sebenarnya. Tak serumit yang diorang sangka. Dan saya rasa gembira sebab orang2 sini tak skeptikal dengan Muslim. Tahu hormat hak dan kepercayaan orang lain.


Oh ye, lepas da baca ni, saya nak mintak tolong sikit kat kawankawan. Kalau ada yang dapat tolong berikan penjelasan yang lebih bernas dan mudah difahami, tolong la hulur2 sikit kat saya ye. Sebab kalau nak dinilai ilmu dari sudut ni, memang saya ni kurang sikit. Harap mana yang ada lebih pengetahuan, kongsi2 la bersama ye. Trima kasih. :)


Rasanya, sampai sini dulu la kot celoteh saya. Da penat menaip ni ha. Kalau skype senang je, call je trus. Bleh buat vlog, tapi rasa pelik la cakap sorang2 depan laptop. Takmau ah. Nanti bebila mood datang, saya update lagi. Till then, take care. Wasalam.



5 comments:

Anonymous said...

bab org yg xpkai tudung tu bagi analogi peraturan sekolah..bdk2 tahu salah tp still langgar,, sama dgn peraturan Allah, org tahu tp xnak ikut.. :)

IzziaraYusoff said...

oh, aah ye. tu lagi sng nak paham rasanya. tak terpikir pulak time tu. heeeee. trima kasih. :)

sHaFiQ said...

ala. sng je izzie. religion is all abt faith. if one believes, then he/she shall practice. obeying the divine laws is a way of expressing gratitude towards the creator. tp ade je yg affiliate just for the sake of participating. mcm clubs n societies la. ad yg play an active role as a member. but rmai je sleeping members. :)

urbrick alie said...
This comment has been removed by the author.
urbrick alie said...

---Tudung hanyalah kain , tapi (hakikat) atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

(Hakikat tudung) adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..itulah (hakikat tudung)