Ada setengah orang suka sangat berhutang, pastu buat2 tak ingat supaya tak payah jelaskan. Ada pulak yang takut sangat berhutang sebab cuak2 tak panjang umur untuk langsaikan. Tapi siapa dapat sangkal, bila dah berhutang, kenalah bayar.
Kalau tak, nak jawab apa bila 'disoal' nanti?
Tapi kalau ye pun nak langsaikan hutang, biarlah kena dengan caranya. Biarlah dari sumber yang halal. Entah kenapa dengan zaman sekarang. Makin tunggang terbalik segala hukum hakam. Nak langsaikan tu da bagus da, tapi cara memang tak boleh pakai.
Sebelum ni sabankali kita di Malaysia dikejutkan. Dengan berita orang dibelasah, dibunuh Along. Sebab tak mampu jelaskan bunga yang tinggi. Rumah kena simbah cat merah la, dapat surat layang la, dapat bangkai ayam la. Mungkin sebab da terdesak sangat. Tak dapat pinjaman bank. Walaupun da tahu risikonya, masih juga nak ambil jalan tu.
Pastu diikuti pulak dengan berita cucu sanggup samun nenek dan atuk, sebab nak dapatkan duit. Langsaikan hutang dadah. Ada pulak yang sampai sanggup nak tetak ibu sendiri sebab tak mahu serahkan duit. Bila sekali pekena dadah, mana nak ingat dunia da. Keluarga pun dah tak ada makna di matanya.
Kalau di sekitar kolej2 swasta yang kita sedia maklum perlukan belanja yang tinggi, banyak pulak kes anak2 ikan. Cari sugarmummy, sugardaddy. Pakai seksiseksi, wangiwangi, mekap biar tebaltebal. Baru ka-ching masuk. Bila ada yang taja, tenggelam suda soal hutang. Isu moraliti tolak tepi. Mak ayah kat kampung, bukan tahu pun apa anak buat kat bandar. Sangka mereka, datang belajar. Tapi hakikatnya berapa ramai pelajar yang dulunya pakai baju kurung datang bandar, sekarang kain baju kurung tu dipotong empat, biar jadi mini skirt. Baju kurung tu, memang jauh sekali nak pakai. Tunggu raya, balik kampung barulah korek2 almari, cari balik.
Kemudiannya ada pulak kes korbankan tunang sendiri. Klik sini. Disebabkan kalah judi, sanggup pertaruhkan maruah tunang sendiri. Yang peliknya, ikut cerita dalam berita, si lelaki ni pelawa la tunangnya bermalam di rumah neneknya. Dan si pompuan ni, kononnya tunang mithali, pun ikut la permintaan laki tu. Tidur di rumah nenek laki tu yang berusia 60-an. Di situla kemudiannya kawan judi laki tu masuk bilik dan rogol pompuan tersebut. Barula kira setel hutang judi. Nenek tu tak dapat buat apa2 sebab pintu berkunci dari dalam. Tapi pikir balik, dari mulamula lagi, yang pompuan tu pegi bermalam rumah laki tu pehal? Cari nahas.
Ada jugak kes yang mana mak ayah korbankan anak sebagai habuan untuk kepentingan diri masing2. Nak hidup mewah, lacurkan anak. Dapat habuan lumayan, masuk poket mak ayah. Tak ada difikirkan lagi masa depan anak2 tu. Hutang langsai, kereta makin hebat, rumah makin besar. Senang hidup.
Yang terbaru, yang saya rasa paling tak boleh blah, kahwinkan anak dengan mamat Pakistan jual karpet. Sebab mak tak dapat nak langsaikan hutang beli karpet. Mamat2 ni pun pandai, diorang target orang2 kampung yang tak berkemampuan. Pujuk ajak beli karpet, bayar ansuran serendah RM20 sebulan. Bila dah tak mampu jelaskan, sekali dengan bunganya, terus diminta kahwinkan dengan anak dara makcik tu sebagai ganti hutang. Mamat2 ni pulak kahwin dalam 6 bulan kemudian hilangkan diri. Berita lanjut klik sini.
Kadang2 saya hairan bermacam perkara orang sanggup lakukan semata2 nak hidup mewah. Tiap orang punya cara sendiri nak langsaikan hutang. Sampai ada yang sanggup korbankan orang lain semata2 demi kepentingan diri.
Kalau dulu kita harapkan ibubapa dan pasangan untuk beri perlindungan, kini tak lagi. Kalau dulu kita anggap hantar belajar agama, dari kecil diajar menutup aurat, biar sampai tua nanti tak sesat jalan, kini tak ada jaminan. Kalau kita selalu rasakan akan dapat pasangan yang sempurna, silap2 boleh saja dinikahkan dengan mamat karpet pulak.
Segalanya tak lagi mustahil. Godaan sentiasa ada, tepis atau tidak, itu keputusan masing2. Berapa ramai yang tumpas, dan akhirnya menjadi mangsa keadaan? Alhamdulillah kita masih selamat. Dan harapnya dijauhkan dari segala situasi sebegini. Itupun masih ada segelintir individu yang asyik merungut tentang kekurangan diri.
Remember, while you are wishing to be someone else,
someone somewhere is wishing to be you.
So please, be grateful. :)
2 comments:
bila org dah tak taw priorities in life. sdih2
londoner- tu la. tp rsnya smpi suh kawin mamat karpet cam da severe sgt,org tua plak tu y suruh. -_-
Post a Comment