Saturday, January 29, 2011

AwakPELIK?


Pompuan. Orang selalu rasa pompuan ni sukar nak difahami. Saya pompuan. Dan terusterang, kadang2 saya sendiri pun tak paham perangai diri sendiri.


Kenapa saya buat satusatu perkara? Kenapa saya suka budak tu, bukannya budak ni? Kenapa nak beli yang tu, bukan yang ni? Dan kadang2 walaupun saya tahu perkara tu akan menyusahkan saya, saya nak jugak buat. Perangai saya ni banyak saja yang pelikpelik. Siapa yang rapat, pun rasanya tahu pasal ni.


Tapi saya pun tak pasti, saya je ke yang macam tu, atau kebanyakan pompuan pun sama.



1. Baju


Kalau nak dihitung, memang banyak betul baju saya. Tapi balikbalik, saya akan ulang pakai baju sama jugak. Dan terusterang, dalam almari, banyak saja baju yang tak pernah saya pakai pun. Kenapa macam tu?


Sebab saya ada sindrom pentingkan diri dan tak relevan. Contohnya saya nampak satu dress warna merah. Saya suka, rasa macam cantik. Dahlah warna kegemaran. Tapi saya tahu yang kalaupun saya beli, nak pakai pergi mana? Bajet rumah cam ada beach je. Tapi saya tak sanggup nak tengok orang len beli dan pakai, jadi saya beli, teringin. Lepas beli tak pakai. Kadang2 je la pakai2 tengok cermin, pastu simpan. Beli sekadar nak puaskan hati. Biar tak ada orang lain dapat beli baju tu.


Lagi satu, kalau saya suka satu baju tu, saya nak pakai baju tu je. Tak mau baju lain. Nak buang pun tak bagi. Tak kisahlah da lusuh ke, koyak sekalipun.


Saya masih ingat dulu saya ada satu baju merah, ada gambar Bugs Bunny depan tu. Saya pakai baju tu dari Darjah 4 sampai Form 2. Ada koyak sikit pun tak kisah. Mak tak bagi pakai, dia nak beli baru. Mak naik malu, takut jiran kecoh2 apsal tak beli baju baru. Kesian anak pakai baju koyak. Tapi saya nangis2 tak bagi buang. Sampai mak saya terpaksa curicuri buang waktu saya tidur. Saya pun tak paham kenapa bajubaju lusuh ni punya nilai sentimental yang tinggi pada saya. Padahal banyak je lagi baju yang jauh lebih cantik, takde saya pandang pun. Beli baju baru yang seakan2 pun, saya nak pakai baju Bugs Bunny tu jugak.


Kadang2 saya pun sedih memikirkan perangai sendiri.
(T_T)



2. Beg


Ini lagi satu. Saya memang pantang kalau mak suruh buang apa2 beg. Walaupun beg tu sebenarnya saya tak suka pun. Dan lebih teruk lagi, sekali dengan beg2 mak pun saya tak bagi buang. Padahal bukan ada kaitan dengan saya pun. Alamatnya, penuhla almari bilik belakang dek disumbat beg2 ni.



3. Makanan


Antara semua, ni la yang paling kerap berlaku. Katalah malam ni saya terasa nak makan Cheezy Wedges. Jadinya esok pergilah KFC, kononnya nak penuhkan keinginan la. Sekali bila sampai KFC, saya order benda lain. Tak beli pun Cheezy Wedges. Hilang terus rasa ngidam nak makan wedges tu. Ataupun, saya beli Cheezy Wedges, makan dua. Pastu tak mau da.



*urgh, cam sedap la pulakkkk!*



4. Keli


Ikan keli ni saya mula makan lepas masuk kolej. Itupun kawan baik saya yang ajar. Kalau tak, memang di rumah mahupun mana2 sekalipun, memang saya tak suka makan ikan. Tapi, ikan keli ni hanya saya makan kalau penuhi satu syarat. Buang kepalanya. Kalau ada kepala, saya akan cucuk leher dia guna garfu pastu kerat kepala ikan tu sambil pejam mata. Tu la skill yang dipelajari semasa menonton ‘Saw’.


Di kolej pernah sekali, saya seperti biasa, mintak makcik tu tolong buangkan kepala keli. Dia tak dengar. Dengan selamba dan yakin, dia letak ikan tu baik punya position yang mana kepala ikan tu straight hadap perut saya. Dahlah besar. Terkejut amat sampai saya terhempas tray dan pejam, tak bukak2 mata. Semua sebab saya takut ular. Kepala keli kan lebih kurang sama cam ular. Kalau kawan makan keli beserta kepala pun, saya minta diorang alihkan kepala ikan tu jauh2 dari pandangan saya.



5. Movie


Saya memang suka layan cerita seram ni. Walaupun kadang2 cuak tapi nak jugak tengok. Gatal. Cerita sedih kekadang la, kalau bosan layan je apa2 pun. Cuma saya ada masalah emosi sikit. Apa yang saya nampak tak sama macam orang lain. Jadi kalau kita tonton samasama, ada kemungkinan yang tinggi untuk lepas tu awak rasa seram dengan saya, bukannya hantu terbabit. Sebab saya ada masalah emosi yang selalu tak kena tempat.


Masa orang tengah berkerut dahi, sembunyi belakang bekas popcorn, cuak dengan hantu, saya duk gelak2 dengan Idzni. Masa orang tengah sedu sedan nangis ada babak sedih, pun saya duk gelak2. Masih lagi dengan Idzni. Tapi, kalau sesetengah tu pulak, kalau saya rasa sedih sangat, saya nangis sampai tak reti nak berhenti pulak. Dan ada jugak cerita yang happy je pun, tapi saya pulak rasa sedih, nangis2. Ish. Tak paham kan? Itula, saya sendiri pun tak paham, apatah lagi korang.
(T_T)






6. Bantal


Atas katil saya ada lima bantal dan satu bantal peluk. Saya memang dari kecik suka banyak2 bantal. Dan sebelum tidur, saya akan susun bantal saya jadi ala2 kubu. Bajet hantu tak boleh datang kacau saya sebab ada bantal yang halang dan lindungi saya.
(-_-)



7. Kemas


Kalau saya sedih, saya cuci tandas. Kalau saya sakit perut, saya kemas bilik. Kalau saya gembira, saya kemas kasut. Kalau saya resah, saya cuci baju dan sembur perfume dalam almari bagi baju jadi wangi. Kalau saya stress, saya kemas katil. Pelik kan?



Pelik, tapi benar. Rasanya suma orang ada perangai pelik masingmasing. Cuma persoalannya, banyak atau sikit. Dalam kes saya ni, MEMANG BANYAK. Heeee. Dan lama kelamaan, keluarga dan kawankawan pun jadi terbiasa dengan benda2 ni. Setakat ni, cuma satu saja yang berjaya saya ubah. Dah jarang beli baju yang tak mahu pakai. Dan saya memang tak bagi mak ayah belikan baju kalau bukan saya yang pilih. Kang beli2 tak pakai pun, bazir je.Yang lain2 tu, tengok la camne. Kot2 nanti terbukak hati saya nak ubah. Heeee.


Apa2 pun, saya tengah teruja nak sambung belajar bulan hadapan. Azam saya, lepas ni, takde da saya buat perangai2 mengarut. Cuak pun ye, sebab itulah baru pertama kali saya betul2 kenal erti berdikari. Masak sendiri. Bajet bulanan rancang sendiri. Selama ni makanan disediakan. Tak cukup duit boleh mintak family. Harapharap semuanya berjalan lancar, insyAllah.


Cepatcepat la matang sikit Izzi, da masuk 21 kot tahun ni.
(T_T)



4 comments:

Syasya K said...

hahah kenapa mesti kau upload gambar cheesy wedges?
arghhh!
aku pun kalo mengidam la2 tu gak kena p..
kalau p esok memang makan mende lain lah~

Halimaton said...

izzie x cite sal bolstie!!

IzziaraYusoff said...

syasya-cm sdap kan gmbr tu. heee. aku slalu ngidam gedik2 ni waktu tgh2 malam. takkan nk kuar cmtu je. cuak ah. heee. :D

ton- bolstie tak pelik laaa. :D

KELI OH KELI said...

wow..ada entry sebut ttg ikan keli di sini...jomlah tgk blog ikan keli pulak..macam2 cerita keli ada di sini.. ")