Thursday, February 10, 2011

DilemmaMAKNYAH


Satu hari, awak jalanjalan. Lepak di Starbucks. Dengan kawankawan laki awak. Saja duduk di luar. Senang nak usha awek. Awak tengah teguk Mocha Frappucino. Tibatiba kawan awak siulsiul, bagi isyarat mata pada awak. Awek hot ada kat belakang. Awak toleh. Pergghhh. Spaghetti top warna merah. Hot pants warna hitam. Betis gebu, putih melepak. Aset terbaek ah. Lentik segala. Tengok dia dari rambut sampai hujung kaki. Tapi kenapa saiz bahu agak besar? Urm, swimmer mungkin. Ahh, persetankan suma tu. Janji putih, body mantap. Tapi sayang, tak nampak pulak muka dia. Mesti cantik ni. Kawan cabar awak pegi tegur dia. Awak bangun, dekati dia.


“Hai, saya Zack. Awak tengah tunggu siapasiapa ke?”
Ayat nak mulakan perbualan.

“Hai, saya Anis,” kata gadis tadi beserta senyuman manis.


Tapi hairan kenapa muka Zack pucat, macam nampak hantu? Lidah kelu, tak bersuara. Kawankawan Zack sumanya rasa pelik. Biasanya Zack la yang paling pandai bab mengayat pompuan ni. Apasal kelu pulak? Cantik sangat ke?


Zack bergegas tinggalkan gadis itu. Perbualan itu terhenti di situ. Bila sampai saja di meja kawankawannya, dia hela nafas lega.


“Bapok dowhhhh! Suara garau kalah aku!”


Reaksi suma orang berubah menjadi, ( =_=”) dan mula terasa loyaloya tekak memikirkan segala pujian yang dilontarkan sebentar tadi. Untuk cover malu masing2 yang ikut sama mengagumi tubuh Anis pada awalnya, mereka suma ketawa, kononnya bahankan Zack.


----------------------------------------


Ini salah satu reaksi biasa setiapkali seseorang itu berdepan dengan mak nyah di Malaysia. Kalau laki yang straight, pasti ada yang rasa geli amat. Pantang nampak mesti habis dibahannya.


Barubaru ni ada satu isu diperkatakan yakni tentang hak maknyah2 di Malaysia.






Isu yang didebatkan ialah wajar tak maknyah ni terima hak yang sama seperti kita semua. Kesaksamaan dari bentuk hak asasi mereka. Dan terus terang, saya sokong.


Tapi harus kita pahamkan betul2. Bila dengar perkataan sokong tu, tak bermaksud saya terima diorang nak tukar jantina suma. Ikut kefahaman saya, apa yang cuba disarankan di situ ialah bila kesaksamaan hak tak wujud, mereka ni terpaksa la terlibat dengan dagang seks. Jadi saranan di situ ialah, diorang ni tak didiskriminasi semata2 diorang maknyah. Kalau ada kelayakan, kenapa tak boleh bagi dia kerja, tak tengok dulu terus reject? Asal maknyah saja, asal dia datang nak beli makanan kat gerai kita, kenapa terus pandang2 slack dan jeling2, yang lagi teruk tak mau jual terus?


Dari sudut tu yang saya sokong, maknyah pun patut diberi hak yang sama. Kalau mereka berkelayakan dan berpelajaran tinggi, adalah satu kerugian untuk tak gunakan kepakaran yang diorang ada. Bila suma taknak offer diorang kerja, hampir semuanya mula masuk aktiviti dagang seks. Kalau tak, nak makan apa. Bila itu berlaku, akibatnya, maknyah ni masuk dalam top 4 golongan yang paling mudah dijangkiti HIV/AIDS.


Tapi kalau dipersoalkan tentang pilihan diorang nak berpakaian pompuan suma tu, itu gua pun panas beb. Tapi kenapa maknyah saja? Tak sentuh pasal pengkid? Homo jugak.


Pengkid tu memang la homo. Tapi so far, tak pernah pulak saya dengar kes diorang tukar organ pembiakan mereka. Cuma pernah dengar ada yang buat surgery, buang silikon payudara, nak bagi rata. Tapi jarang la, selalunya diorang pakai bengkung saja, balut certain parts yang perlu. Tapi bab tu je la yang diorang nampak okay sikit. Bab bajet diri laki tu cam masih tak boleh blah. (-_-)


Kenapa tukar organ?? Memang tak patut. Dan bagi saya, kalaupun ditukar segala organ seks mereka, ubah penampilan sampai tak dapat orang bezakan dia dengan pompuan sebenar, tapi wajar dan layakkah kalau nak panggil mereka POMPUAN? Mungkin ya bagi diorang.



*seksi abes la tu kot* (-_-)


Zaman2 sekarang ni, definisi pompuan da berubah. Kalau dulu, kita tengok, ukuran 36-24-36, owh, itu mesti perempuan! Kini tak lagi. Kemajuan dalam bidang teknologi, asal ada duit, takat nak tukar jadi body ala pompuan, kira no hal la. Tapi bagi saya, tak lengkap seseorang pompuan itu kalau tak dapat mengandung dan lahirkan zuriat buat suaminya dan datang bulan.


Tapi memang tak dapat dinafikan. Maknyah2 ni, kadang2 body jauh lagi hot dari pompuan tulen. Da la pandai mekap, fashion sense pun gah. Suka la pakai yang sendat2, pendek2, seksi2, yang seboleh2 menjolok2 mata. Sebab apa? Diorang pernah jadi laki, sah2 la terer dan cukup tahu apa yang laki suka. Kalau awak terserempak dengan pompuan yang ke kedai runcit nak beli roti. Mana ada dia mekap2, pakai lawa2. Pakai bedak pun da kira up gak la. Tapi kalau maknyah ni, nak beli sweets pun silap2 siap pakai bulu mata palsu. Baju suma pun macam nak attend function saja. Baru la laki pandang agaknya.


Cuba korang bayangkan. Korang kawin dengan sorang pompuan ni. Waktu nikah IC suma takde hal. Da lamalama awak perasan, dia tak pernah beli tuala wanita. Tak pernah uzur. Tapi awak masih diam. Lama2 masih tak mengandung. Bila jumpa doktor, dia tak mau ikut. Bila dipaksa, mula nangis2 ngaku yang dia dulunya laki. IC tu ciplak punya, kawan tolong handle. Segala aset kewanitaan pula dimiliki selepas menjalani pembedahan di Thailand. Apa awak rasa lepas dengar pengakuan itu? Rasanya cinta taklah sebuta itu. Mula fikirkan soal agama, segala larangan yang termaktub, fitrah yang suda dilawan. Nyesal sebab dulu hanya ikutkan nafsu yang terliurkan badan sempurna milik si nyah itu.


Saya rasa, saya masih okay lagi bila dengar nyah yang kearah pompuan tapi masih kekalkan organ2 mereka. Sebab saya rasa, insyAllah terbukak pintu hati, diorang masih boleh pulang ke pangkal jalan dan jadi insan normal. Tapi kalau da tukar suma?




Katalah da bertaubat, bab Tuhan terima tak tu, kita jangan komen, itu urusan dia dan Tuhan. Tapi kalau da ubah organ suma, tak ke susah, dengan fizikal sebegitu, nak pergi smayang Jumaat macam mana? Pakai telekung? Dan peluang untuk temui wanita yang mampu terima dia sebagai pasangan seadanya tu, susah nak dapat. Manakan tidak. Body dia lagi hot dari body gf. Tercabar tu. Dan kini, mereka punya organ yang sama. Apakah itu pulak dikira lesbo? Tak ke keliru dan celaru di situ. Pastu nak expect apa? Nanti boleh shopping undergarments samasama? Euuwwwww.


Tapi se-tidaksuka-nya saya dengan segala tindakan yang ubah ciptaan Tuhan itu, ada satu benda yang saya kasihan betul dengan mereka ni. Kalaula ajal datang menjemput, pasti timbul kecelaruan dalam menguruskan jenazah. Dan walaupun suda diubah semuanya, namun si mati itu seharusnya dikendalikan mengikut jantina asalnya. Timbul aib keluarga di situ, semua pihak jadi serba salah.


Dan seperkara lagi, hal ni saya rujuk kepada pengebumian sesiapa saja. Bukan merujuk semata2 pada maknyah. Kalau ada sesiapa yang meninggal, janganlah sesekali dipertikaikan perwatakannya di dunia. As in, janganlah suka hati men-Tuhan-kan diri kita. Tetapkan dosa pahala jenazah, tetapkan si mati ke syurga atau neraka. Apa hak kita? Sampai suka hati bisikbisik di belakang,


"Ish anak dia ni pondan, sah2 la tak cium bau syurga."

"Azie tu suka mencuri, orang celaka macam tu memang wajib campak neraka je."


*Yang kau tengah gossip, tak jaga adab tu, takde pulak kau nampak tu dosa ke pahala. Hairan kan? Apa dah penat sangat buat pahala, yakin sangat dia ke syurga, sampai berani cap dia ni ke neraka, yang tu pun ke neraka jugak?*


Isu berkaitan maknyah ni, memang banyak point yang negatif. Tapi bab hak tadi, ada betulnya. Mereka masih warganegara Malaysia. Kenapa tak dapat keistimewaan yang sama seperti kita? Tak dapat peluang pekerjaan dan pelajaran yang sama? Cuma bab tukar suma nak jugak jadi pompuan tu, memang rasanya sesiapa yang beragama Islam juga tak dapat sangkal, salah cara hidup tu. Malah ada saja agama lain yang juga tak menyokong idea homoseksual. Harap2nya mereka2 ni pulang ke pangkal jalan, diberi petunjuk agar tak sesat lebih jauh. Nak tuding2 jari pun tak guna. Kalau nafsu dan keinginan suda jauh melangkaui logik akal, tiada perkataan ‘mustahil’ bagi segalanya.


4 comments:

Anonymous said...

izzi, aq kagum dgan kau. kau mmg pndai mnulis. aq tak thu cmne tp aq rs kau pndai olah apa kau fkir. keep it up girl~

Halimaton said...

izzie... jgn ah tulis sal bende2 ni... ton terasa...

Anonymous said...

tengok gambar yang atas2 tuh... nak muntah ijau... pening loya semua ada.. takmo baca sampai abih..

kecuali gambar yang tunduk dan menadah tangan tu.

taktau apa yang depa semua nih pikiaqla.. mau tangkap, tibai dan dok dalam jail belajaq ugama.

Kenapa ugama(Islam) penting:
Manusia nih bukan hanya hidup didunia ja.. dialam akhirat nak hidup selama-lamanya. Bekai nak idup setiap orang nih dikumpul didunia based on apa yang kita buat & taat pada perintah.. itu pun masih tak cukup.. habih timbang pi balik- pi balik.. hanya atas belas ehsan/rahmat Tuhan saja untuk masuk syurga dan hidup selama-lamanya. Atas belas ehsan..Ini fact - diceritakan dalam suruh yasin 53-56.

kalo kita rasa tersentuh, jalan dia berubah..

thanks for sharing ya izziara...
maap buat kacau blog ja...

IzziaraYusoff said...

anony1- ko puji mlambung sgt,aku bru lg kot blog2 ni.hee. papepn thx. :)

ton- ton mmg pompuan, takyah trasa2. -.-

anony2- btul btul. ntahla. ssh nk bygkn dri dlm posisi diorg. thx for sharing ur opinion regarding this matter. sgt dihargai. :)