Monday, February 7, 2011

SungguhMembosankan


Awak tahu apa jenis laki yang pompuan slalunya benci? Yang buat orang rasa bosan, nyampah sangat dan malas nak layan?



Lelaki yang suka promote diri sendiri.



Tak kisahlah apa2 aspek sekalipun, dia la yang paling bagus. Dialah yang paling perform dalam team basketball kolejnya. Dialah yang paling hensem antara kawan2nya. Dialah yang paling ramai peminat. Pantang pompuan pandang dia, walau hanya sekilas, da terasa dirinya diperhatikan.


Kalau pujian2 tu keluar dari mulut orang lain, itu lain kes. Ini jadi isu sebab kata2 pujian tersebut keluar dari tuan empunya diri. Walaupun yakin diri itu penting, tapi kalau da sampai tahap terlalu yakin diri, mampu buat orang lain yang mendengar ni naik nyampah.







Saya lagi tak suka laki yang suka cakap camni,



“I ni muka tak hensem, nak kata pandai, pun tidak. Tapi entah kenapa, ramai betul pompuan suka kacau2 I. Cakap I cute, I funny.”



Urgh. Itu namanya ‘nak promote diri tapi takmau kasi obvious sangat cuma aku nak jugak kau nampak yang aku ni hebat orangnya’.


Bagi saya, kebanyakan orang punya perangai yang tipikal. Ada orang yang suka puji diri tapi kita tahu niat dia cuma bergurau. Ada juga yang puji diri dan kita tahu dia maksudkannya. Ada yang suka merendah diri sebab memang dia ikhlas, tak rasa dirinya punya sesuatu kelebihan. Ada pula yang suka merendah diri dengan harapan kita membantah dan mula memuji satu2 kelebihan yang dia miliki. Orang sebegini biasanya suda sedia maklum tentang kekuatan dirinya, tapi saja ngada2, nak tengok orang lain acknowledge tak.
(-_-)


Barubaru ni, kawan saya ada ngadu sesuatu. Dia rimas dengan seseorang. Kawan saya ni memang ada rupa, pandai dan kelakar orangnya. Dan dia ni suka berkawan. Jadi semuanya bermula bila laki ni tegur dia di FB. Bermula dengan sembang2 biasa, kawan2 biasa. Tapi lama2 laki ni jadi attached pada dia. Pantang nampak dia online, pasti ditegur. Dan setiapkali berbual dia mesti akan masuk bakul dan angkat sendiri. Kononnya ramai betul peminat pompuan. Dia jenis penyayang, family man. Betul ke tak tu, wallahualam.


Bila dipikir2 balik, adakah normal untuk awak bagitau seseorang yang baru kenal dan tak rapat pun tentang diri awak yang stress, penyayang, ramai pompuan minat? Kalau jarang2 takpe, masalahnya ni SETIAP KALI.


Budak laki ni mula panggil dia dengan nama manja, dedicate2 lagu yang sweet2 pada dia. Sudah berani nak zahirkan perasaannya pada kawan saya. Malangnya, perasaan itu tak mutual. Kawan saya cuma anggap sebagai kawan. Dan dia terusterang pada laki itu. Jangan ganggu lagi, dia rimas. Laki tu jadi tak keruan. Bila online, dia pasti tegur. Bila offline, tulis kat wall, hantar mesej di FB. Bila disuruh jangan kacau, tak mahu ikut, sunyi katanya. Hairan. Kalau ramai sangat yang tergilakan dia, kenapa nak kacau pompuan yang malas nak layan dia? Apa yang sunyinya, memetik kata2nya, hari2 ramai pompuan kacau kot.


Mungkin nak challenge diri, nak test market? Atau sebenarnya, selama ni, dia cuma omong kosong tentang peminat2nya yang tak pernah wujud?


Pernah lihat pasangan yang mana gf tak menarik tapi bf hensemohmaiiiiiigod? Atau mungkin gf yang bapakhotcungilabodybaekpunyaseh tapi bf tak menarik langsung?


Kenapa boleh ada macam tu? Bukan ke semua yang hensem kena dengan yang lawa saja. Kita yang muka jerawat dan pendek ni, kena cari yang sama level.
(T_T)






ARRGGHHHH! PERSETANKAN SUMA ITU! MITOS SEMATA!
*ayat diolah untuk timbulkan suasana dramatik :) *



Mata orang tak sama. Kadang2 K nampak buruk di mata A, tapi mungkin tidak di mata B. Mungkin ada sudut lain yang dapat B lihat ada pada K sehingga berjaya menarik perhatiannya. Kalau tak, bosanlah dunia ni. Orang yang ada rupa saja diberi bonus. Yang takde rupa ni, duduk diam2 sorang2.


Percayalah, bukan semua pompuan pandang rupa. Asal bersih, kemas, presentable, pun da ok da. Dan terus terang, kawan2 saya yang selama ni saya rasa punya pakej, tak pandang sangat pun bab rupa tu bila nak pilih pasangan. Tapi agak2 la. Jangan la tetiba pasni takmau mandi, takmau shave misai janggut sebab anggap pompuan tak kisah suma tu.
Hygiene jaga la broooo. ;)


Saya rasa kalau ditanya apa kualiti yang sering dicari pada sorang laki, majoriti ada jawapan yang hampir sama. Orang yang senang diajak berbual, jaga smayang, punya sense of humor, hormat orang lain, ambil berat dan yang paling penting, boleh jadi kawan baik kita. Barulah nak ke mana2 bersama sekalipun, tak rasa janggal. Buat kita rasa selesa. Selesa dengan dia dan juga selesa menjadi diri kita.


Dan adalah penting untuk bagi layanan samarata. Kalau kita jenis suka flirt dengan laki lain, adakah adil untuk kita marah2 dan larang2 pasangan dari berkawan dengan pompuan lain? Kalau kita mahu dia terima kita seadanya, adilkah kita sentiasa kritik serta mengubah dirinya mengikut acuan yang kita mahu? Adilkah kita suruh dia pakai wangi2, sedangkan kita deodorant pun takmau pakai? Erk. Semestinya tak kan? Busuk kot. Heee. :)






Terasa bosan betul bila orang sesuka hati cap orang lain memilih sangat, sebab tu sampai sekarang tak ada gf/bf. Apa masalahnya kalau tak ada gf/bf? Kecoh2, amik bf kau, kang kau pulak yang single. Padan muka. Heeee. Benda suka2 orang ni mana boleh nak paksa. Kalau tak jumpa yang serasi nak buat camne. Kena chill je la jawabnya.


Plus, memang la kena memilih. Takkan sesuka hati jumpa sapa2 kat pasar malam, main sebat je, amik je jadi partner kita.
(-_-)


Rasanya, suma perkara ada batasnya. Kalau memilih sekalipun, jangan la melampau lebih. Kita biasa2 saja, tapi aim nak gf supermodel yang hot, bijak, pandai masak, lemah lembut, penyayang, tak kisah jadi surirumah lepas kahwin, blablabla. Stakat pompuan2 biasa ni takmau pandang, kononnya tak ada standard, tak sekufu. Puh-lease la. Padapada la sikit. Suma orang ada kekurangan. Kalau kita tak mahu terima kekurangan orang, tak payahla ngadangada nak expect orang lain untuk terima kelemahan kita.



“We waste time looking for the perfect lover,
instead of creating the perfect love.”



Kesimpulannya, tak payahla kita cuba menjadi orang lain semata2 nak ambil hati sesiapa. Bila mereka dapat tahu kebenaran, diorang akan pilih untuk menjauhkan diri. Sometimes, it’s the smallest thing you do that touches a girl’s heart. Jadi kenapa nak kalut2 puji diri. Kalau kita memang menarik, tak payah promote, sah2 orang boleh nampak sendiri. Dan sekufu itu tak bermaksud segalanya tentang dia perlu sama dengan kita. Dan tak perlu pun nak omong kosong, angkat bakul sendiri supaya baru terasa sekufu dengan dia. Bagi saya, rasa tertarik itu lebih penting. :)



“Sometimes it's a form of love just to talk to somebody that you have nothing in common with and still be fascinated by their presence.”




3 comments:

Anonymous said...

serius nyampah laki mcm tue.

Anonymous said...

well said!!
setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah. ok, xde kaitan :) :)

IzziaraYusoff said...

anony1- yes, me too. :)

anony2- thx. n actually ur statement is very true, indeed. :)