Thursday, February 3, 2011

W.A.N.T.E.D (Part 2)


-------- Kesinambungan W.A.N.T.E.D --------


Beberapa hari selepas ketiadaan Upik tu, kakak saya telah matikan permitnya. Maksudnya dia sekarang umpama pendatang tanpa izin. Laporan polis pun dah dibuat. Jadi secara rasminya, kakak saya bukan lagi majikan kepada bibik tak sedar diri bernama Upik tersebut.




Dan sepanjang itu juga, bermacam2 jenis perkhabaran sampai ke telinga keluarga kakak. Macam2 versi dan drama. Sumbernya, bibik2 yang jugak duduk di apartment yang sama. Kiranya diorang ni la yang selalu Upik ni cari bilabila nak fitnah kakak saya, nak mintak belikan rokok, pegi pasar malam sama2. Pendek katanya, BFF foreverzzzz.
(-_-)



KETERANGAN2 SAKSI


--------------------------------------------------------


Polis

Upik da ditangkap, sekitar Johor. Ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah pelacuran.



Bibik 1

Upik telefon bagitau dia ada di Johor. Kerja untuk majikan baru. Ada anak 2 orang. Baik gila majikan baru, tak macam kakak saya.



Bibik 2

Upik telefon. Katanya ada di Johor. Kerja restoran. Seronok sebab tauke restoran hari2 bagi upah dan bagi rokok sekotak.



Bibik 3
Upik lari ikut bf Bangla, masih di area KL.



------------------------------------------------------


Ruparupanya, orang yang polis tangkap tu, orang lain. Muka lebih kurang saja. Tak menarik betul. Bagi harapan palsu.
(-_-)


Dan antara semua bibik2 tu, kakak paling percayakan info dari Bibik 3 tu. Sebab dia kira BFF NO 1 la bagi Upik tu. Suma benda pun dia tak pernah rahsiakan dari Bibik 3 tu.


Dan beberapa hari kemudiannya, bibik tu bagitau, Upik ni da pun kahwin dengan seorang Bangla, pekerja kontrak. Sah ke tak perkahwinan tu, wallahualam. Dan kini diorang menetap sekitar Taman Melawati. Kat area tu memang banyak pun kuarters Bangla ni. Kerja kat tapak pembinaan, tapi sementara tak siap lagi, diorang selamba bajet tu kondo mewah sendiri. Jadi sekarang ni, setiapkali saya atau keluarga nampak mana2 Bangla secara random, kami akan cakap,


“Ntah2 tu suami bibik tu.”


Dan lepas tu, ada pulak berita baru mengatakan Upik ni nangis2 nyesal lari dari rumah kakak. Kalau kawankawan nak tahu, dia ni lari bawak baju 3 pasang je. Kakak saya pun da sedekahkan baju2 dia yang lain, termasuk la legging2 dia tu. Kenapa tak angkut sekali time lari tu taktau la. Mungkin rasa bf dia tu kaya gila. Lepas kahwin mesti dia belikan banyak baju baru, hantaran la kononnya. Dan kata Bibik 3 ni lagi, dia nangis2 sebab ditipu Bangla tu. Waktu dibawa pulang ke penempatan suami, rupanya Bangla tu ada simpan bibik Jawa yang lain. Dia sedih sebab dia bukan
‘ the one and only’.
(-_-)






Mulanya kakak tak berapa yakin dengan cerita2 ni. Tapi lepas banyak bibik yang dapat panggilan telefon dari Upik, cerita benda sama, nangis2, kakak pun percaya.
(Banyak pulak kredit dia call2 orang)


Buat pengetahuan kawankawan, dia ni da fitnah kakak saya macam2. Tak bagi dia makan. Garang gila, pantang buat salah. Suka kawal bibik. Suka sembunyi makanan kat pejabat sebab takmau bibik makan(antaranya oren dan tomato, ADA KE PATUT?!). Padahal, makanan penuh dalam peti sejuk. Gila apa kakak nak angkut tomato pergi pejabat. Buat semak je. Sampaikan ramai orang pandang serong kat kakak saya, tak berani kenalkan mana2 bibik baru sebab takut dianiaya kakak.


Dulu waktu Upik baru sampai, prangai mengalahkan angel. Lauk yang tak habis, suma bibik simpan. Panaskan dan makan sampai habis, membazir katanya. Sampai kadang2 kakak saya suruh buang, tak sampai hati tengok dia asyik makan benda sama. Sekarang, kakak masakkan apa2 untuk dia, suma dia buang. Bajet kakak nak racunkan dia agaknya. Padahal tak pikir, bukan kakak dapat benefit apa pun kalau dia mati. Urgh.


Dan yang lagi mengejutkan, kawankawan bibik ni datang la jumpa kakak saya, tanya ada hilang gelang emas tak. Siap boleh bagi description camne bentuk gelang tu. Kakak hairan camne diorang tahu pasal gelang tu. Dan rupanya, bibik tu pernah cakap kat diorang ni. Kalau dia nak lari nanti, dia takmau amik apa2. Dia just nak curi gelang emas tu. Da aim awal2. Dan dia tahu kakak sembunyi kat mana. Kakak pun naik atas, tengok ada lagi tak gelang tu. Nasib baik, kakak baru pindah. Jadi tempat persembunyian pun bertukar. Tak dapat la dia curi, gelang tu selamat. Tapi cuak pulak bila fikir, sanggup dia pasang niat camtu terhadap majikannya.


Selasa lepas, Upik ni telefon kakak. Mula la nangis2 kekononnya menyesal. Hidupnya sekarang susah. Duit tak ada. Bagitau dia rindukan anak2 buah saya. Tak dapat tido sebab terlalu fikirkan anak buah saya da makan belum. Taik apa ntah, bajet kakak tak reti nak bagi anak makan, biar lapar. Dia mintak nak keje balik dengan kakak.






Jadi kakak cakap kenapa nak keje lagi, kan kakak takde bagi dia makan. Cakap kat jiran, kakak sembunyi makanan. Tak jaga kebajikan dia. Kakak jahat. Kenapa nak keje dengan dia. Pegila kerja dengan orang lain.


Bibik ni pun duk la pujuk, mana ada, kakak ambil berat pasal dia. Baik sangat kat dia. Jaga dia serba sempurna. Ampu2 kakak pulak. Ahhh, bibik ni sama saja macam pelakon sinetron airmata. Bezanya bibik ni versi tak ada rupa dan pakej.
(-_-)


Takde duit baru reti cari kakak. Pegi la berbahagia dengan suami Bangla tu. Itupun tak habis2 nafikan dia lari ikut Bangla. Sedap2 hati dia nak balik semula sebab anggap kakak da maafkan dia, terima dia kerja semula. Kakak pun bagitau la yang permitnya da dimatikan, da buat laporan polis. Jadi memang diorang da takde hubungan majikan-pekerja langsung.


Yang tak tahannya, Upik ni boleh cakap ayat ni,


“ Tak sangka, sampai hati ibu matikan permit saya.”


Upik ni juga pernah cakap yang kakak saya manusia tak kenang budi sebab nak hentikan dia lepas dia da tolong jaga anak2 kakak. Kuaja gila. Kau sampai hati buat kakak aku macam tu, berani lagi nak keluar ayat tu. Kakak da bayar gaji kot. Bukan suruh jaga free. Terasa cam nak je sumpit bontot dia. Nabelle, ajarkan aku please. Urgh.


Sesi pujuk rayu simpati tersebut berlangsung agak lama. Malangnya, perbualan tersebut akhirnya putus, mungkin disebabkan kekurangan kredit di sebelah Upik. Takde sebab kenapa kita pulak yang kena call dia balik.


Hairan betul saya. Camne orang yang da buat suma tu sanggup tebalkan muka, jongangkan gigi nak cakap camtu kat majikan? Mesti da terdesak gila. Dia pernah cakap kat kakak saya, nanti kalau kakak nak hantar dia balik Indon, sampai saja di Port Klang, dia nak jerit MERDEKA!
*Merdeka apa ntah minah tua tu. Aku tolak gak masuk laut kang*


Bila sampai tahap ni, saya cuma mampu doakan supaya keluarga kakak dipermudahkan urusan cari bibik baru dan harap diorang bersabar dengan suma ni. Tambah2 kakak dah la tengah sambung belajar, harapnya jangan la stress2 sangat. Dan kepada bibik Upik, ni jalan yang kau pilih, tanggung2 la sendiri. Pakaila 3 baju kau tu, ulang2 sampai reput. Padan muka.



6 comments:

Halimaton said...

masalah ah..... amik ton jelah kerja kat rumah kakak....

Syasya K said...

bahahah takleh belah bangla dapat tackle 2 awek indon..
jawa lagi...

Haq Mohaidin said...

haha.skali dia pon ade blog, utk kutuk akak kau

IzziaraYusoff said...

ton- nnt ton ngorat abg ipar plak. lagi susah. knal sgt ton ni. (-_-)

syasya- wuish, terer mgayat la kot. heee. :D

haq-kalo ade msti dia da jd follower aku. ntah2 dia y dok kutuk2 aku kt post fasha tu. ahaha. :DD

londoner said...

gle apa ada jgk org mcm ni. sumpit! sumpit! :DDD

IzziaraYusoff said...

londoner- ye, itulah niat dan plan asal i. heee. :D