Tuesday, June 21, 2011

BudakBaruBelajar :)


Exam baru je abes. Semalam. And yes, mampu jugak nak bukak mata pukul 5.30 am. Paper pukul 8 am. Suhu 5 degrees. Bila cakap2 kuar asap. Bukan setakat cakap, hembus nafas pun da kuar asap. So jadi jakun jap duk buatbuat cam nafas guna mulut sebab excited tengok asap kuar. Sedih betul ngan prangai sendiri ni.
(T__T)


Moving on, exam da abes, so kita proceed dengan camne nak isi masa cuti ni. Saya da pasang niat dari awal. Abes exam, nak try bake Oreo Cheesecake. Sebab selalu tengok, teringin je. Da la sini tak jumpa2 Secret Recipe pon. So takpela. Try la bake sendiri. Ini my first time baking, tak pernah langsung la nak sentuh2 oven before this. Kat rumah parents ade oven ke tak pon saya tak sure. Urgh. Sungguh ignorant.


Okay, skang ni nak share ngan kawan2 cara nak buat cheesecake ni.


Blaja dari mana?


Kenapa dalam banyak2 versi Oreo cheesecake, pilih resipi ni?
Sebab ini resipi Oreo Cheesecake dari CheeseCakeFactory.


Kenapa Oreo, bukan New York or lain2?
Ikut suka la. Kecoh pulak.


So apa yang kita perlukan, nak buat cheesecake ni??





1/3 cawan unsalted butter (melted)
3 buku cream cheese Philadelphia
3 peket Oreo
(dalam gambar ada 4, sebab Coles buat promotion, so bli 4, guna 3 je)
1 cawan sour cream
3/4 cawan gula
4 biji telur
(putih + kuning, suma pukul skali)
1 sudu kecil esen vanilla


**Dalam gambar ada BBQ sauce, kicap, kacang dalam botol la mende la. ABAIKAN. Jangan masukkan sekali pulak okay.**






First skali, korang kikis buang krim kat tengah2 biskut Oreo tu. Sebab tak diperlukan. So tak payahla nak pening2 patut beli Oreo Vanilla ke Chocolate. Last2 buang krim, takde beza da pon.






Pastikan sour cream dan cream cheese tu kita biar pada suhu bilik je. Sebab kalau dia sejuk nanti keras. Susah nak gaul, campur dengan bahan lain. Silap2 terpelanting time nak mix.
(T__T)






Amik 2 peket Oreo yang da dikikis krimnya, masukkan dalam beg plastik yang kering. Patutnya guna plastik yang boleh seal tu. Tapi disebabkan saya takde, main amik je plastik tomato. Then, hancurkan sampai lumat. Ikut resipi dia guna yang benda giling2 yang mak guna nak buat kulit karipap tu. Pasal takde, botol jus prune housemate pun boleh. Ketuk2 sampai orang bawah complain. Selagi dia tak complain, ketuk kuat lagi.






Disebabkan hasil yang tak memuaskan, terpaksa beralih kepada botol sos cili. Boleh la. Lumat la jugak. Tetiba Farhah tanya,


"Izzi, kenapa tak guna blender je? Kan lagi senang."


Setelah bertungkus lumus mengetuk2, menggiling2 biskut tersebut, barulah keluar idea itu. Lenguh woooooo. Kesimpulannya, guna blender je. Lagi lumat, lagi senang. Make sure blender kering ye.






Amik 2 peket Oreo yang da diblend lumat tu, campur dengan melted butter tadi. Make sure guna unsalted butter ye. Gaul2, then letak atas cake pan. Saya guna pan yang diameternya lebih kurang 9 inci. Better guna pan yang ada clip kat tepi tu, yang bleh bukak tutup tu, so that bahagian tepi tak melekat2. Then ratakan adunan biskut dan butter tu sampai la jadi cam bawah ni.






Ikut suka la nak tebal mana pun crust tu ye. Kalau nak tebal, kena la hancurkan lagi banyak biskut dan tambah lagi sikit butter. Then masukkan dalam freezer skali dengan ikan, ayam suma. Sebab kita nak bagi dia sejuk dan beku. Tak la bercampur dengan adunan nanti.






Amik 3 buku cream cheese tu, kerat bagi jadi kecik2. Tambah gula. Gaulkan guna mixer. Awal2 memang susah gak sebab cream cheese melekit2 dan masih agak keras.






Da agak2 adunan tu da fluffy sikit, masukkan 4 biji telur yang da dipukul tadi. Mix lagi. Time tengah mix, jangan angkat tau mixer tu. Kalau tak, abes berterbangan la adunan korang. Mix mix sampai jadi cam bawah ni.






Pastu switch off mixer. Takyah mix da. Ketuk2 benda yang putar2 tu so that mana2 yang melekit kat benda tu masuk balik, tak la membazir.
Cream cheese mahal kot!
(T___T)






Pastu amik setengah peket Oreo, hancurkan. Jangan sampai lumat. Setakat serpih2 pun da cukup. Masukkan dalam adunan. Tambah 1 cawan sour cream. Saya malas nak ukur, nanti lekit. 1 bekas sour cream tu, saya masukkan 3/4. Then tambah sesudu kecil esen vanilla. Gaul2 bagi sebati. Then amik secalit, try rasa dulu. Kot2 masam ke, manis sangat ke, tambah2 la bahan ikut taste masing2 kay.






Da agak2 sebati dan serasi bersama tu, masukkan adunan atas Oreo crust yang da pun sejuk dan beku tadi. Lepas tu rata2 kan la sampai jadi cam bawah ni.





Masa untuk topping!






Ini optional. Saya amik the remaining setengah peket Oreo, hancurkan dan tabur serpihannya atas adunan tu. Ada sesetengah orang lagi suka tunggu kek abes bakar dulu, then hias dengan whipped cream dan baru tabur Oreo. Ikut sukati je la ye.






Haaaa, kan da penuh atas tu. Da agak2 puas hati tu, boleh la bakar da.






Bakar guna suhu 350 F selama 55-60 minit. Itu kalau oven biasa. Kalo oven gila cam saya punya ni, kena guna 130 C untuk 50-60 minit. Semalam dia makin gila. So kena kuarkan awal sebab perasan tepi2 kek da makin golden. Cuak gua.
(=_=)






Ini lepas dikuarkan dari oven. Biarkan pada suhu bilik sampai la dia sejuk. Lebih kurang sejam. Tak boleh masukkan terus dalam peti sejuk, nanti dia merekah2. Lepas da sejuk tu, bukak bahagian tepi bekas kek tu. Biarkan lagi dalam 10 minit. Lepas tu baru la masukkan dalam peti sejuk, biarkan sekurang2nya 4 jam. Sebab nak bagi dia keras elok, tak lekit2 time nak potong nanti. Peti sejuk bahagian bawah tau, bukan yang letak ayam tu.
(T__T)


Lepas 4 jam, cuba cucuk2 tengah kek dengan lidi. Da agak2 kek da keras dengan elok, boleh la potong. Tips, amik pisau dan letakkan bawah air panas, baru potong kek. Baru potongan bersih dan sharp.






Dan itulah dia, cheesecake saya! :D


Okay, takde la nampak cam Secret Recipe punya kan. But it tastes really good! Kasi la chance sikit, budak baru first time bake kot. Heeee.


Alhamdulillah menjadi kali ni. Sajasaja share resipi ni ngan kawankawan. Just in case ada yang nak cuba. Sebab so far, saya duk survey2 resipi Oreo Cheesecake, ini yang paling mudah. Selamat mencuba! :D


Kredit kepada kawankawan saya yang hot, Diyana and Farhah. :)



6 comments:

alya roslam said...

izzie2,hee.nampak sedap.btw,cbe try buat non-baked blueberry cheesecake.lagi senang.takyah bake.xgne telur ;))

Meck said...

hi ini blog kakak aku. cuba try..

http://phat-baker.blogspot.com/p/recipe-index.html

btw nampak sedap cheesecake tu hehe

vblogklasik said...

Haa.. buat jual la kek 2. hehe.

ku-cit said...

mcm sdap je...nak sikit

p/s: kat sana beras sekilo berapa ehh??

caliph shuriken said...

nmpak sdap tambah2 ada msuk oreo.. nti kurier sy sikit ok ^^

latest en3: ada apa dengan botol mineral

IzziaraYusoff said...

alya- saja try y ni, da lama ngidam oreo cheesecake. heeee. :D

meck- thanks, best la blog dia. rsipi2 dia pon praktikal. ive tried her bread n butter pudding! :D

fikri- wuish, tak bbaloi kot nk jual. mahal. T__T

kucit- bras izzi slalu bli bras jasmine, 2 kg kalo tak silap, 4.50aud cmtu. :)

caliph- tgk la bbila buat lagi. tp by the time sampai sana, ntah apa la rupa pn taktau. :D