Wednesday, July 6, 2011

SiapaSempurna?



Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(Q.S At-Tiin : 4)



Dalam dunia ni, macam2 jenis manusia Tuhan cipta. Ada yang pendek, tinggi lampai, kurus, gemuk, cantik, berjerawat, kulit gelap dan cerah. Pendek kata, macam2.


Tak suma orang dikurniakan pakej. Kalau yang pandai, lawa, serba serbi lengkap, Alhamdulillah, itu satu bonus. Tapi kebiasaannya, jarang2 ada orang yang so-called 'sempurna' ni.



emo baby



Orang kata pompuan ni emo terlebih. Cepat merajuk. Cepat terasa. Tapi saya rasa, kalau sentuh bab fitrah Tuhan ni, sesiapa pon akan terasa, tak semestinya pompuan je.


Gurau2 dengan kawan, itu biasalah. Tapi, tiap gurauan harus ada batas hadnya. Kalau sekali dua, kita masih boleh gelak2, rasa kelakar. Tapi kalau da selalu, ni yang bikin panas ni.




JERAWAT




Darjah 6, Form 1.


Kalo untuk budak pompuan, itu antara waktu2 yang kita kaitkan dengan akil baligh. Time tu la mula dapat period, mula kenal apa itu tuala wanita. Mula kenal batas laki pompuan, mula kenal perubahan fizikal.


Dan bagi saya, itulah waktunya saya mula kenal sahabat baik saya, Jerawat.


Mungkin sebab kulit yang agak cerah, naik satu jerawat pun ketara merahnya. Itu baru satu. Bayangkan la time awal2 kena period dulu, jerawat kluar bribu2 lemon, muka saya da macam tomato jadinya.


Tiapkali sedara mara buat makanmakan, suma pakat tegur,



"Apsal jerawat adik makin teruk ni? Habislah muka. Ni nanti tinggal parut ni."


"Sayangnya, kulit cerah da, tapi banyak jerawat pulak."


(T_______T)



Fine. Muka orang2 yang tegur ni besenye licin, takde jerawat. So bila nampak muka ala kawah bulan cam saya, mula la nak belek2, kritik2. Dan biasanya saya akan diam, senyum saja.






Senyum bukan bermaksud saya happy, apetah lagi nak rasa bangga orang cakap camtu (memang tak ah). Cuma saya sembunyi apa yang saya rasa sebenarnya. Sakit hati. Pedih. Terasa nak je cakap,




"Apa masalah ko? Aku tau la muka ko takde jerawat. Takyahla nak kritik sangat. At least diam je la, lagi duk ejek2 muka aku pehal? Kalau one day nanti, muka ko tetiba berjerawat, baru ko paham apa aku rasa."




Over kan? But seriously, saya sangat sensitif bab muka waktu baru masuk skola menengah dulu. Perasan atau tak, mungkin kekadang kita ambil itu sebagai satu gurauan, tapi tolong sedar.



It's NOT funny AT ALL!



Saya tak tau berapa banyak mak saya spend duit dia. Nak bagi jerawat saya kurang. Clearasil, Clean n Clear, sgala brand saya pakai. Trasa nak je tempek serbuk kari Alagappas, kot2 bleh hilang jerawat. Duit makin banyak kuar, kulit sikit pun takde improvement.


Bila ada kenduri atau apa2 majlis keramaian, cuba pakai foundation tebal, tapi takleh jugak nak sembunyi. To make it even worse, tiapkali pakai foundation, esoknya trus bercambah lagi banyak jerawat. Tapi saya pakai jugak sebab segan, muka merah sangat, bertompok2.


Saya taktau awak paham ke tak perasaan tu. Sedih bila tengok budak pompuan lain muka licin halus je. Tak pakai foundation pun muka nampak cantik, glowy.


Diri sendiri?


Tiapkali nak kuar, saya elak pandang cermin. Sebab sakit hati. Itu baru hati. Kekadang jerawat batu pulak yang kuar. Sakit muka plus sakit hati. Lama2 mau sakit jiwa jadinya.


Alhamdulillah, skang makin okay sikit kulit saya. Takla licin pun, cuma tak sekawah dulu la.


Mungkin sebab hal ni, saya meluat bila dengar orang ejek2 fizikal orang lain.


Apa kita dapat bila ejek2 orang? Dia nak buat camne kalo da memang dilahirkan camtu?




KULIT GELAP




Time balik dari OBS, kulit saya teruk jugak kena sunburn. Ada sekali tu, saya gi Guardian. Nak beli lotion pemutih Nivea. Kakak yang keje situ duk la promote satu2 krim pemutih. Sambil ketawa, dia tanya saya,


"Adik ni sunburn ke memang hitam legam lagu ni?"


Panas je gua dengar. Orang Kedah punya pasal, gua senyum je.


Fine, mesti ada yang akan suggest, pakai la Fair n Lovely, nanti jadi la putih. It makes no sense at all. Pakai la kat muka. Pastu muka jadi putih, tangan badan segala camne? Nak suruh wat operation tukar kulit baru nak puas hati?


Kekadang saya tak paham dengan sesetengah orang. Kulit takde la cerah mana, sukati je la nak panggil dia ni Budak Hitam la, ejek2 orang lain kulit gelap cam negro la. Kalau trasa da putih sangat, gi banding sikit kulit awak tu dengan susu, mana lagi putih? Kecoh je lebih.


(=__=)




GEMUK




"Izzi tu tak padan dengan gemuk, ada hati nak suka kat Abg Halim yang kita minat tu."



Apakah bila sorang tu gemuk, mereka ni tak layak untuk mahukan yang terbaik buat diri masing2? Apa salahnya kalau mereka juga ada cita2, minat yang sama macam orang lain yang kononnya slim tu?


Dan adalah normal bila nampak orang badan besar sikit, mula label budak tu kaki makan benda2 berlemak. Itu yang badan camtu. Tapi camne kalo saiz dorang normal je. Just that rangka besar. Atau mungkin dorang tengah under certain medication, sebab tu badan naik. Camne tu kak?






Dan saya rasa adalah sangat tak adil bila orang sukati duk cap2 dia tu gemuk cam badak, cam gajah segala. Gemuk camne pun, dia yang usung badan tu. Tak kacau orang lain pun. So kalau dia pun tak kisah, boleh terima fizikalnya yang sebegitu, apsal orang lain nak bising2?



Salah kita ke kalo bermulut sumbing? Berdosakah kalau hidung penyek? Atau mungkin telinga capang, mata juling?


Skang da jadi trend pulak blambak cite yang sentuh bab ni. Halimah Jongang. Fatimah Juling. Dolah Hapak. Amende je la, cam takde benda lain da nak dijadikan subjek.


Kalau kita tak suka seseorang sebab pembawakan dirinya, itu lain. Itu kita kena cermin balik, sebab kita yang bentuk personaliti kita. At least masih boleh ubah. Tapi kalau kita tak suka seseorang itu sebab faktor fizikalnya, camne dia nak ubah? Its unfair.


Itu suma Tuhan yang bagi kot. Sumorang ada kurangnya. Siapa yang terasa diri dia sempurna sangat, bawak2 la ngucap sikit. Sumanya pinjaman je. Bukan hak mutlak kita pun.


Harap2 lepas ni, sebelum kita berani nak kuarkan pernyataan yang berbentuk hinaan pasal benda2 sebegini, beringat2 la sikit. Harini mungkin kita cantik, hidung mancung, kulit mulus. Kita duk bangga2, agungkan kecantikan kita. Takkan nak tunggu kena kemalangan, abes muka bercalar, berparut, hidung cacat suma, baru nak faham? Nauzubillah.


Mak pesan, jangan cakap kat orang lain benda2 yang kita rasa sedih bila orang lain cakap kat kita. Selagi mana boleh jaga hati orang tu, kita cuba2 la. Tak salah kalau kita cuba jadi sensitif sikit kan? Lets embrace ourselves. Kekadang kita tak puas hati, teringin nak jadi orang lain. Tapi fikir2 la, berapa ramai orang kat luar sana yang teringin nak berada di tempat kita. :)


Take care, wasalam. ;)




7 comments:

Anonymous said...

walao!~ aku first komen!~ hahaha betul ke ko prnah gemuk? betul ke pernah ada jerawat? betul ke prnah gelap? tipu!~ lols. - teka aku sape xD

nik idzni dalila said...

i feeeeeeeeel yoooooou..ahahaha..tp betul laaah..mcm selagi xpnh rase bkn senang nak faham..mcm psl jerawat..dulu i xde tp bila fly umur da 20 thn baru nak naik cam byk gilaaaa..terase mcm oh dulu ade naik satu pun duk bising,org yg ade lg byk mesti tension..anyhow i harap i xpnh laaa pulak duk suka2 ckp or tnye2 org psl bnda sensitif ni..faham dah cmne kalau kena..haha :) nice post!

Alynn Notnot said...

alhamdulillah, i've never make jokes about other ppl regarding their appearances. because i know i have my own flaws too.

pernah rasa, bila sedara2 komen kate gemok, jerawat, lagi2 masa dulu2 pernah kena jangkit kutu kan, diorg mcm dah label2 dah aku ni kilang kutu.

mcm la aku mintak kan semua tu jadi? but then, sbb hormat punya psl i kept my mouth shut.

tp serious, when do they will EVER learn?

biawak goreng said...

sorry...okay janji x buat lagi pasni... insaf! huhu ^0^

IzziaraYusoff said...

anony- badan aku pnah naik mndadak. jerawat tu mmg da terang lg brsuluh. kulit gelap tu kjap je sbb sunburn. :)

idzni- btol tu. sakit ati kan. tetambah kalo balik2 duk ulang point y sama. bosan je dgr.

alynn- exactly. bukan kita mntak. tau2 da camtu nak wat camne lagi kan. T__T takpela, doa2 je la bg dorg sedar. :)

firzi- erk, nape sorry kt sy plak. ahaha. bgus2 jgn wat da. :p

ezzu said...

semua manusia x sempurna...xde pun org yg sempurna dlm dunia nie...

shahjiehan said...

betul tu manusia x sempurna tp berusaha ke arah kesempurnaaan~~