Friday, December 31, 2010

HappyNewYear!


SELAMAT TAHUN BARU KAWANKAWAN! :D



Semoga segala pengalaman sepanjang 2010 dijadikan pedoman dan rujukan kita.


DAN,


Semoga 2011 membuka lembaran baru yang lebih bermakna dalam hidup kita.


JUGA,


SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS.


InsyAllah. :)





Tuesday, December 28, 2010

JalanJalanCariMakan!


Sepertimana yang telah dijanjikan, berikut adalah senarai sebahagian tempat2 makan best yang sempat kami sekeluarga kunjung sepanjang 4 hari di Kedah. Ada kat Perak. Sebab saya singgah Taiping amik Sijil SPM. Ada yang sampai ke Perlis. Sebab singgah makan on the way ke Padang Besar. Kali ni, buat pertama kali, saya takmo tulis panjang2. Tengok gambar pun da cukup okay!



P/S : Jangan baca kalau tengah lapar! Heeeee! :D



1. Warung Mak Teh Mee Udang, Kuala Sepetang, Perak


Mi udang ni memang TERBAIK! Sebab udang dahlah besar, banyak pulak tu, segar lagi. Kuah dia manis, dek kesegaran udang tu. Tak macam kat KL, penuh dengan taugeh je. Udang pun ada jenisnya. Kami pilih udang laut. Udang sungai pun ada. Kalau tak selera makan udang, ada je menu lain. :)



Mee Udang (Udang laut) = RM 10.00 sepinggan
Mee Udang (Udang sungai) = RM 12.00 sepinggan




2. Zakaria Laksa Teluk Kechai


Laksa ni sekali pandang macam agak tak menarik, bila dah rasa baru terdiam. BEST! Sambal warna kuning ke'oren'an tu pun best. Parutan kelapa kalau tak silap. Dan yang specialnya, sebab kuah laksa ni diperbuat dari belut. Da habis makan, baru abang bagitau. Tapi seriously, tak hanyir langsung. :D





Sepinggan laksa belut = RM 3.00




3. Haji Ramli Nasi Kandar


Nasi kat sini, sumpah best. Ditambah dengan lauknya. Paling istimewa, peria goreng. Memang rangup dan tak sepahit macam biasa. Lauk lain, ayam goreng panas, sotong goreng, daging masak kicap. Yummy yum! :D





Suma ni, campur 3 gelas air laici = RM 28.00




4. Kak Su Laksa Beras Asli, Perlis


Laksa ni mee-nya dibuat sendiri. Lain sikit rasanya dari yang dicelur sendiri. Portion banyak. Kuah pekat. Memang kena dengan taste orang utara la! Dahlah airnya pun murah. Pulut panggang kat sini pun famous. :)





*Selendang baru beli the day before, trus pakai. Striking gila warna. Heee! :D

Sepinggan laksa = RM 3.00
Pulut panggang = RM 0.40 setiap satu
Air limau nipis = RM 0.45




5. Cendol dan Mee Rebus Istimewa Batu 13, Jitra


Tempat ni kira sangat wajib untuk family kami pergi tiap kali ke Kedah. Kecik je kedai ni. Walaupun pelanggan ramai, tapi diorang takde pun besarkan kedai. Katanya itulah rahsia nak kekalkan keuntungan bisnes. Entah ye ke tak pun tak pasti. Yang pasti cendol dan mi rebus dia memang ada kick! :D





Mi rebus = RM 2.00 sepinggan




6. Brahim Bihun Sup Ori, Simpang 4, Alor Star


Abang yang suggest tempat ni. Saya tak berapa minat sup. Tapi sedap. Itu yang abes licin mangkuk saya. Manis dan tak rasa muak walau makan banyak. Anak sedara saya, Sofiah pun sampai tambah mangkuk kedua. Ada dua kawah sup. Satu rebus daging bla3. Satu lagi sup renehan kepala lembu. Bila tengok, rasa geli. Bila makan, BEST! :D





Sepinggan bihun sup = RM 3.00



Banyak lagi kedai lain kami pergi. Nasi Lemak Royale, Nasi Kandar Yasmeen Pokok Ceri. Macam2. Cuma gambar tak sempat amik, dah lesap masuk perut. Heeee! Pagi2 biasa saja, sarapan nasi lemak atau roti telur. Tapi yang uniknya, nasi lemak kat sana, bungkusannya kecil sikit. Harga pun RM0.70 je sebungkus. Itu yang kekadang sampai berbungkus2 kami makan. Cuma yang sedihnya, kami tak berkesempatan jumpa kuih kegemaran saya dan mak sejak kecil lagi.

Pulut sambal.

Sapa yang reti buat, ajarkan please. Hee! :D

Sekian saja episod JJCM bersama Izzi dan family. Kredit kepada abang saya dan isteri sebab bekalkan gambar, bawak kami jalan2 dan sanggup bawak mak dan adik dia sorang ni berjalan2 balik kampung. Heee!

Btw, ni keluarga abang saya. Dia sibuk ambil gambar orang sampai gambar sendiri pun susah nak jumpa.

Thanks Abang Jan, Kak Bad dan Sofiah! :D







AwakCOOL?


Sepertimana yang sudah dimaklumkan, saya telah pulang ke Kedah selama empat hari. Semalam baru tiba di Kuala Lumpur. Jalan memang sesak amat, sebab hujung minggu agaknya. Kesian abang saya kena drive jauh2.


Sepanjang empat hari tu, berlambak jenis makanan yang sedap dan terkenal kat Kedah kami cuba. Ala2 Jalan2 Cari Makan (JJCM). Plus, abang saya ni memang kaki jalan. Best betul. Tiap masa, ada saja tempat yang dituju. Gambar2 JJCM kami tu, akan saya upload dalam post yang mendatang ye.


Malam ni, saya nak kongsi satu fenomena yang mana saya lihat sama saja, ada saja, walau ke negeri mana pun saya lawat. Pakai tudung pun da tak bawa makna da. Kadang2 sama saja. Fenomena apa?


BOHSIA



Cool abes la kot kalau bergambar camtu. (-_-)



Dulu, waktu saya di Tingkatan 2, kakak saya kena jadi tutor untuk satu program di Terengganu. Jadinya, saya pun ikut sama. Sebab mak ayah tak ada. Pergi Haji di Mekah.
Dan waktu tu, saya masih belum pakai tudung. Freehair.


Setibanya kami di Terengganu, ada satu papan tanda besar, tulis


PAKAILAH TUDUNG


Tersentap campur terasa hati gila2 sebab kakak saya mula bahankan saya freehair. Katanya nanti kena bayar saman sebab tak pakai tudung. Urgh. Setelah diamati, baru saya perasan, suma papan tanda pun ada tulisan jawi dan modelnya bertudung. Kali pertama saya lihat Maya Karin bertudung nak promote Nescafe. Cantik. Manis. :)


Dan saat tu, kami tiba di hotel. Hotel tu, depan sungai. Kami ke sungai ambil angin, tangkap gambar. Yang peliknya, suma orang di situ pandang semacam ke arah saya,
membuatkan saya terfikir,


"Apakah aku sebegitu menarik sehingga ditenung sebegitu rupa?"


Tidak sama sekali. Sebab pandangan tu lebih ke arah kejijikan, bukan kerana kagum. Urgh. Down. Dan suma di situ bertudung. Walaupun ada yang hanya pakai t-shirt lengan pendek, tapi asalkan bertudung, kira lulus.
Yang tak bertudung ni, terus dicap bohsia, budak sosial. Sedih gila.


Waktu tu saya heran sangat. Memang suma orang Terengganu pakai tudung ke? Apa masalah korang nak pandang slack ni? Mana pergi suma pompuan yang tak pakai tudung?


TENSINYA! STOP STARING AT ME!


Dan keesokannya, saya dapat jawapan kepada soalan2 saya. Saya pergi ke pusat beli-belah. Kat situ baru saya nampak golongan2 tak bertudung ni. Duk berdating2, pegang2 tangan, peluk2, cium2 bf. Pakai sendat2, jarang2, mekap tebal2, bonceng motor bf sambil pakai jeans yang menampakkan belahan punggung masing2. Cakap ketawa suma kuat2.


Patutla diorang pandang slack kat orang tak bertudung. Patut la asal tak pakai tudung kena cap bohsia. Baru saya faham. Sebab ni rupanya stereotaip pompuan tak bertudung di sini.
(-_-)



Waktu balik, kami singgah di sebuah masjid di Pahang. Saya tak pasti lokasinya. Saya pun masuk bersama kakak. Ada satu kaunter, bagi tudung kat mereka yang tak bertudung supaya tertutup auratnya, tanda hormatkan masjid. Tapi makcik yang bertugas tu tidur. Jadi saya masuk saja, tanpa tudung. Sekali ada pulak Pak Guard ni perasan. Dijeritnya dari penjuru masjid tu,


“Woi! Apahal masuk tak reti pakai tudung ni ha?! Datang masjid jadi bohsia pulak! Siti Nurhaliza datang sini pun pakai tudung tau! Kalau takde tudung ambikla kat kaunter tu!”


BAPAK MALU! Urgh! Seraya tu makcik tu terjaga dari lamunan mimpinya dan hulur tudung, sambil ngomel2 kenapa saya tak pakai tudung. Lorh, kau tido waktu bertugas takpe plak. Dah kerja hulur tudung tu, ikut peka la sama bila orang luar masuk tak pakai tudung.
Marah2 orang pulak.


Saya tak kisah sebenarnya, pakcik tu tegur tak bertudung. Salah saya sebab tak peka bab ni. Tapinya biarla pendekatan yang sesuai. Terjerit terlolong camtu, memang gua pun naik panas. Apatah lagi nak pertimbangkan nasihat dia suruh bertudung ketika itu.
Sabar je la.



Disember lepas saya ke Kelantan. Kami lalu di hadapan KB Mall. Yang menariknya, orang2 yang ke KB Mall ni sikit punya bergaya, kalah orang KL nak ke Pavilion. Rambut warna pink. Seluar dan baju kena yang ketat2, selagi boleh tayang, apa salahnya. Memang waktu ke sana, saya perasan, dua jenis itu cukup ketara. Pertama, yang sopan. Kedua, yang kebohsiaan. Satu lagi jenis bertudung, tapi pakaian dan gaya percakapan ala2 bohsia.
Itu tak tau nak golongkan kat mana satu.



Dan baru2 ni di Kedah. Lagi kelakar. Ada satu pusat beli belah namanya Pacific. Kalau dinilai saiz dan kedai2nya, ala2 Jusco, Ampang Point camtu la. Tapi kat kawasan tu, itulah Pavilion agaknya. Tempat dating suma. Kira itu antara spot yang tahap ‘up’ la. Hehe. Nak dating, standard la, kat KL pun berlambak je. Cuma spot yang dipilih, bukan kedai2 dalam Pacific tu, tapi belakang bangunan dan tempat letak motor. Kat situ macam2 pemandangan yang boleh kita hayati. Yang bertudung, tak bertudung. Sama saja. Yang bonceng bf, seboleh2 nak peluk serapat, seerat mungkin. Pompuan bajet takut terjatuh, laki dapat bonus tambahan pula.
(-_-)




Yang paling tak tahan dan tak boleh blah. Di Kedah ada satu masjid, Masjid Zahir. Kat atas ni gambar dia. Memang cantik, besar masjid tu. Kagum saya lihat. Tapi bila toleh ke kanan. Adoyaiiiiiii!


Depan masjid tu ada satu Balai Besar. Tempat ni dikhaskan untuk keluarga diraja. Depan balai besar tu ada satu dataran luas. Walaupun gelap, tempat tu penuh dengan remaja melepak bila malam tiba. Dan malam terakhir di Kedah, abang ajak singgah dataran tu, tangkap2 gambar. Mak saya pun ikut sama. Bila da tiba. Saya terkedu kejap. Bukan sebab kagum. Sebab rasa macam dalam set lokasi Adnan Sempit. Ramai pompuan tersadai di atas bahagian depan kereta. Ala2 gaya model gadis litar versi kurang panas.


Paling takleh terima, ada satu kereta Waja. Pasang lagu clubbing apa entah, kuat gila. Tiba2 pintu terbuka, sorang pompuan keluar. Menari gaya seksi. Saya tak dapat tahan diri dari ketawa. Bayangkan nak bajet seksi, pakai legging, miniskirt, spaghetti top warna merah, jaket jeans. Duk la tergedik2 menari2 depan pintu kereta, untuk tatapan bfnya. Saya nak saja rakam, tapi mak tak benarkan. Takut diapa2kan oleh mereka. Itulah implikasinya bila kat Kedah tak ada Zouk. Muzik sendiri pun boleh clubbing juga. Barulah cool.


Kawasan fountain pula dipenuhi pasangan bercangkerama. Takpun, jadikan spot hisap rokok. Yang buat saya segan, kebanyakannya bertudung. Buat projek pun diorang, hisap rokok pun diorang. Astaghfirullah. Buat projek tak beragak. Lagi gelap, lagi ramai pulak kat situ.
(-_-)


Bila abang nak tangkap gambar kami sekeluarga, kalut yang lain2 ni nak elak dari masuk sekali. Takut abang upload FB mak diorang nampak pulak la kot. Dah tau malu, jangan la buat. Bila kami duduk dia sekitar situ, masing2 mula beransur. Segan agaknya. Nak cari spot lain pulak. Bagus punya spot, kat depan ada masjid gah. Depannya pulak jadi tempat maksiat. Bajet buat projek depan masjid, baru orang tak syak? Baru kurang sikit dosanya? Urgh!




Saya pun tak pasti apa kena dengan generasi kita sekarang. Dan ada sekali tu, kawan saya kritik saya tak cool, sebab tak tahu nama satu kelab malam depan KLCC tu walaupun da lama menapak di KL. Apa penting sangatkah nak digelar COOL tu? Saya nak tanya kawankawan.


TAK COOL KAH SESEORANG POMPUAN ITU KALAU…


1. Kita tak merokok?
2. Kita bertudung?
3. Kita suka jalan2 dengan keluarga, instead of kawankawan?
4. Kita tak clubbing?
5. Kita tak gian shisha?
6. Kita tak keluar malam?
7. Kita tak peluk cium kawan beza jantina setiapkali berjumpa?
8. Kita tak pakai yang ketat dan jarang?


Kalau jawapan awak, YES, SANGAT2 TAK COOL. Then, maaf.


SAYA MEMANG TAK COOL.


Dan saya tak pernah kisah pun nak dilihat sebagai seorang yang COOL kalau itulah definisi cool pada mata awak. Come on la! Kalau macam tulah baru kira cool di mata awak, tolong soal diri.


CUKUP COOL KAH KAU DI MATA ORANG LAIN? DAN SEJAUH MANAKAH COOLNESS ITU MAMPU BAWA ANDA?


Renungkan sendiri. Wallahualam. :)



Wednesday, December 22, 2010

NotisRingkas :)


Kawankawan. Harap maaf. Tiada post baru buat empat hari akan datang.

KENAPA?

Sebab, adalah sorang budak pompuan tu akhirnya sedar diri da lama tak balik kampung, akhirnya berpeluang pulang ke negeri jelapang padi yang sudah tiga tahun tidak dijejakinya.


Saya anak Kedah. Lahir kat Kedah. Mak orang Kedah. Ayah orang Pulau Pinang. Kesimpulannya,


UTARA ASLI! :D



Nama je orang Kedah tapi jarang sangat balik sana sebab sedara dekat suma ada di Kuala Lumpur dan Selangor.


Esok, saya akan bertolak pulang ke Kedah bersama keluarga. Perancangannya ialah saya nak borong tudung, nak bawak waktu sambung belajar nanti. Patutnya borong kat Kelantan kan? Tapi hujung tahun lepas saya da ke sana. Pun ada beli tudung jugak. Harap2 kat Kedah ada la stok tudung cantikcantik dan murahmurah yang saya berkenan. Amin. Hehe.


Best tau Kedah. Apa yang best? Urm, nanti saya cerita lanjut dalam post baru. Nama pun notis. Takkan nak cerita panjang2 kan. (-_-)


Kalau da esok baru bertolak, kenapa hari ni tak boleh buat post baru yang menarik? Kenapa end up buat notis yang ‘lame’ ni?


Urm, disebabkan terlalu teruja, ibarat nak beli kereta baru, saya tak dapat fikir subjek yang best. Yang terbayang hanya cendol dan rojak yang sedap gila kat Batu 13 Jitra, pergi Bukit Wang mandi sungai, sawah padi merata2.

* Rasa terawang2 sekejap*


Kalau kawankawan jenis selalu je balik kampung, mesti korang tengah rasa,


“ Balik kampung je kot. Apsal minah ni kecoh, semangat, excited semacam?” (-_-)


Eh, orang da lama tak balik, tiga tahun tuh! Biarla nak excited pun! BOOOO! :p


Saya ni budak kampung sebenarnya. Waktu umur 8 tahun baru pindah Kuala Lumpur. Itu yang seronok semacam tiapkali nak balik sana. Lain betul suasana kat sana dan KL. Tiapkali balik, mesti teringat betapa mudah dan riangnya zaman kanak2 di kampung dulu.


Plus, esok saya akan drop kejap kat MRSM Taiping, amik Sijil SPM. Dengan Sijil 1119 jugak. Da lama gila baru nak amik. Ada lagi ke tak pun saya tak pasti. Hehe.


Harap2 di Kedah nanti, saya dapat pelbagai idea baru untuk dijadikan subjek dalam post yang mendatang. Buat sementara itu, tolong doakan kami sekeluarga selamat pergi dan pulang ye, insyAllah. :)


Jaga diri kawankawan! InsyAllah jumpa lagi minggu depan! :D


Monday, December 20, 2010

ReplyMePlease :)


‘Ding dong!’

Itulah bunyi setiap kali telefon bimbit saya terima SMS.


Dan setiap kali terdengar bunyi tu, tak kisahlah guruh sedang berdentum, pokok rebah sujud ke bumi, dan dunia sedang bergoncang sekalipun, saya akan terus dapatkan telefon bimbit saya sambil hati berdebar2 meneka siapa yang hantar SMS itu.
(Maaf, keseluruhan perenggan ditambah unsur keterlaluan sikit. Hehe. :D)

Setiapkali saya dapat mesej, hanya akan ada empat ekspresi saja di muka saya.



Muka teruja sebab gembira
Muka terkejut diikuti dengan rasa sedih
Muka seposen takde perasaan
Muka nyampah, right away.



Kenapa teruja?
Sebab si dia hantar mesej! Dia teringat dekat kita! WEEEE! :D Atau mungkin sebab kawan yang da lama tak contact mesej kita. Atau teman rapat tanya khabar. :D

Kenapa terkejut dan sedih?
Sebab berita kematian atau sesiapa jatuh sakit, kemalangan. :(

Kenapa takde perasaan?
Sebab takde mood atau orang tu tanya soalan yang bosan. (-_-)

Dan kenapa nyampah?
Sebab tengah senggugut, bad mood, malas nak layan, tak suka orang tu, ada orang text lawak blue, atau terasa,


“Kenapa mesti nak text aku hari2! Kita tak rapat, dan kau dah ada gf! Gatal text aku! Nanti gf kau datang serang aku plak, tuduh aku yang gedik! BACK OFF la!”


Dan hari ni saya nak bicara tentang point pertama dan point terakhir. Dapat mesej dari
si dia dan juga dapat mesej dari si buaya.





Bila yang tersayang hantar mesej kat kita, WAAAA! Muka berseri2 tidak terperi. Tak payah minum InnerShine pun mata da bersinar2. Hati pun terus jadi flowery-flowery. Padahal dia cuma hantar,


“Hai awak, tengah buat apa?”


Tapi tak kisahlah, nak happy jugak! Dan bila awak reply, terasa nak taip panjang2, bagitau suma aktiviti awak da buat harini. Tak lupa untuk selitkan yang hari ni awak rindukan dia. Dia sihat tak? Kalau sebut saja tak sihat, wuish. Bertimbun awak senaraikan pilihan penyelesaian. Jumpa doktor, ingatkan makan ubat, tanya perkembangan hari2, suruh tidur dan rehat cukup2. Hari2 kejutkan dia smayang Subuh. Kejutkan dia sahur waktu bulan puasa. Walaupun waktu tu tengah datang bulan, tak boleh smayang atau puasa pun, tapi sanggup bangun awal. Nak kejut bf punya pasal. Ah, macam2 lah.

Pendek kata, suma yang awak lakukan, minda awak selalu ingat pasal dia.

Dulu teman lelaki awak mungkin pernah cakap dia teringat awak waktu makan burger. Mungkin sebab muka bulat cam burger atau sebab dia suka awak dan burger jadi samakan kedua2nya, itu kita tak pasti. Waktu tengah cintan cintun, kita rasa,


“ Awwww. Suwitnyaaaaaaaaa you ni!


Lepas da breakup rasa cam,


“Huh?! Aku cam burger??! APAKAH?! KENAPA?! MENGAPA?! Kuaja kau kan!”


Muahaha. :D Lain benar kan? Dan kalau lepas breakup dia cakap dia tak sihat, awak pun malas nak layan sangat. Cuma jawab suruh makan ubat, jaga diri saja. The next time dia contact awak yakni hampir dua minggu berlalu, baru nak tanya da sihat ke belum. Hehe. Dan waktu tu juga, tak kuasa nak bangun pagi buta nak kejut Subuh atau sahur dah. Tambah2 kalau waktu datang bulan. Kau tak smayang ke, tak puasa ke, itu dosa memasing. Itu suma tidakkan mungkin tercampuraduk bersama dosa2ku. Heeee! :D

Memang kesimpulannya, kalau hati dah tak kenan nak berkawan, memang jadi malas nak layan. Kalau dia jenis selalu ganggu kita, lagi mudah untuk kita rasa annoyed.


Kalau dinilai semula, point asal saya nak cakap pasal mesej dari yang tersayang, kenapa boleh melalut sampai ke teman lelaki anggap kita burger ni Izzi?


Sebab, itu salah satu penyumbang point terakhir. Point yang mana muka tukar jadi nyampah setiap kali ‘ding dong’ berbunyi. Kadang2 terasa ibarat diberi harapan palsu juga. Harapkan yang lain, lain pula yang dapat. Kadang2 buat penat je teruja semacam nak check mesej, sekali budak tu juga yang text. Tambah2 kalau isi kandungan berbaur kebiruan.
(-_-)

Memang masam semacam la muka. Kebiasaannya, mula la muncungkan mulut sambil dalam hati tertanya2,


“Kenape die nie yang text kite nie?! Kite tak cuke la die tacau2 kite! Kan kite da cakap kite tak nak tawan die!”





Dan bila muka nyampah itu muncul sertamerta selepas tengok nama penghantar dan isi kandungan SMS tersebut, mulalah empat pilihan pertama timbul di minda. Yang terakhir tu, jarang2 orang guna.



1) Padamkan mesej, buat2 tak perasan, buat2 lupa, tak payah reply.

2) Buat2 hp rosak, mesej tak sampai, tak payah reply.

3) Alasan takde kredit nak reply.

4) Reply, tapi terus cipta alasan untuk hentikan perbualan di situ sahaja.

5) Reply, aku tak suka kau kacau aku, jangan contact aku da.



Kalau awak amik jalan kelima, awak memang berani dan nampak sangat da tak tahan. Confirm dia rasa awak bajet hot, dia pulak jadi menyampah, jadi takkan kacau da. Tapi biasanya, pilihan ketiga tu yang jadi kegemaran ramai orang. Cuma kita kena pandai bezakan tau.

Kadang2 tu niat nak reply tapi MEMANG BETUL2 takde kredit. Atau saja je tak nak reply. Nak kekononnya manja2, tunjuk perasaan merajuk dengan yang tersayang la. Tengok dia call tak untuk pujuk. Heeee!

Ada jugak kes yang kita hampir nak marah atau terasa hati sebab si dia tak balas mesej kita. Rupa2nya dia MEMANG BETUL2 tak dapat mesej tu. Tetambah kalau siapa yang mengamalkan hubungan jarak jauh. Memang panas gak kekadang, mesej lambat sampai la, tak sampai2 la. Waktu tu memang Celcom ke, Maxis ke, memang suma kena curse punya. Kalau awak pelajar KY, dan berhasrat nak Skype si dia, batalkan saja. Kalau tak, awak terdedah pada risiko untuk hadapi masalah penyakit darah tinggi. Line SLOOOOOW amat! Laju lagi siput khinzir. Habis muka jadi berkotak2, kejap2 line terputus.

Tapi kadang2 kita MEMANG SENGAJA tak mau reply! Dan sebab apa tak mau reply, tu yang kita kena kupas. Kalau da berlambak kali awak text orang ni, tapi dia langsung tak reply, buat tak tau saja, cuba awak tegur di FB. Kalau masih buat tak tau, then faham2lah bro. Dia rimas, jangan kacau dia. Dan bagi masa, mungkin satu hari nanti dia perasan, terasa kehilangan dan cari awak. Kalau tak, then terpaksa move on la! :)




Dulu saya pernah suka kat sorang mamat ni. Hari2 saya cari peluang nak SMS dia. Dan sampai satu masa, dia macam layan tak layan. Lama2 saya mula setkan mata pada orang lain. Saya tak kacau terus mamat tu. Alih2 dia pulak yang kejap2 call, tanya khabar la, tanya apa latest movie kat wayang la, camne nak buat puding la. Padahal boleh je Google sendiri. Da hilang, baru kalut nak terkejar.
Bosan. (-_-)


Kalau dipikir2 balik, dari gaya mesej saja, banyak benda boleh kita tafsir. Dia tengah gembira ke, tengah sibuk ke, rasa kita mengganggu ke. Macam2. Kalau dia tak reply langsung tu, maybe awak patut rujuk balik pada point2 di atas. Memang satu perangai orang Melayu ni, suka sangat berkias2. Tak ramai yang jenis terusterang saja. Suka bagi hints. Terutamanya kalau pompuan. Dan harapnya bila dapat tangkap hints tu, kita buatlah tindakan susulan yang bersesuaian. Kalau terasa mengganggu, dia rimas, hentikanlah. Mudahkan hidup dia sikit. Banyak lagi pilihan lain,
COME ON! :D


Tapi kalau dia layan je, gembira je, suka je balas mesej kita, then senyum la puas2.
Mungkin itu petanda cinta awak berbalas.

WEEEEEE!! :D


Saturday, December 18, 2010

UbahBerubahDiubah


Orang berubah. Macam musim juga.

Harini macamni, tak bermaksud esok masih kekal macamni. Banyak benda boleh berubah dalam sekelip mata.

Dari kaya jadi miskin, dari sihat jatuh sakit, dari baik jadi jahat, dari suka jadi benci, dari cinta jadi pudar, dari seksi jadi seksa.

Ada juga yang amik masa sikit. Dari bodoh jadi pandai, dari jelik jadi jelita, dari muda jadi tua, dari gemuk jadi kurus.

Dan perubahan itu biasanya hanya dapat dikesan oleh orang luar, bukan diri sendiri. Kita mungkin rasa diri kita masih sama tapi tidak sebenarnya.

Perubahan biasanya ambil masa, perlahan2. Dan bila tiba masanya, awak tersedar,


“Eh, aku da tak macam dulu lagi.”


Saya teringat sesuatu yang pernah disampaikan oleh sahabat saya di MRSM Taiping. Megat namanya. Fine, promote kejap. Dia ni Presiden Badan Wakil Pelajar. Kami sekelas.
Single ke tak, itu tak pasti, tanyalah tuan empunya diri. Hehe. :D

Okay, pernah satu hari dia cakap pasal perkara2 wajib bagi seorang Muslim. Tentang aurat kalau tak silap. Bebelannya yang lain saya abaikan tapi satu bait dalam tazkirahnya, saya ingat sampai ke hari ni.


“ Kita dalam hidup, banyak benda wajib kena ikut. Dan kadang2 walaupun mudah saja nak buat, kita rasa susah sangat nak ikut. Kalau ikut pun tak ikhlas. Itu normal. Semua perbuatan wajib kita bermula dengan tak ikhlas. Contohnya smayang. Dulu mak suruh smayang Maghrib, kita buat muka. Tak mau, malas. Bila diasuh dan dimarahi mak, baru nak smayang. Itu pun masam muka. Lama2 kita terbiasa untuk smayang. Kalau tak smayang kita rasa tak lengkap rutin kita. Dari situlah keikhlasan mula timbul tanpa kita sedari.”


Dan saya rasa cukup betul apa yang dia katakan. Saya lambat juga mula pakai tudung sepenuhnya. Biasanya saya pakai di sekolah saja. Itupun sebab pengawas wajib bertudung. Asal bunyi loceng balik sekolah saja, papppp, hilang tudung saya. Sertamerta.

Dan akhirnya, Alhamdulillah masuk saja ke Taiping tahun 2006, saya terbuka hati untuk pakai tudung sepenuhnya. Niat saya di awalannya bukan sebab ikhlas pun. Saya pakai sebab saya segan kalau2 terjumpa kawankawan sekolah sewaktu keluar berjalan2 waktu cuti. Budak di MRSM lain sikit, asal freehair saja di luar, suda jadi isu. Jadi sebab takut campur segan, saya pilih untuk bertudung setiapkali keluar.

Tapi bila sudah seketika, saya tersedar. Saya segan sangat kalau tak pakai tudung kat luar. Dengar saja perkataan keluar, terus saya capai tudung. Bukan setakat tudung, dengan anak tudung lengkap. Dan saya terasa bila ada kawan lelaki yang secara sengaja atau tidak terlihat foto lama saya ketika belum bertudung. Mungkin itu tandanya suda ikhlas bertudung, saya pun tak pasti.


Bagaimana dengan hati dan perasaan?

Lagi la mudah berubah. Kurang perhatian sudah mula mencebik. Kurang komunikasi, sudah tawar sukanya. Kurang memahami dan mendalami pasangan lagi la parah. Atau asal jumpa yang menarik sikit, hati suda mula berkenan pada yang lain. Macam2.

Barubaru ni, kawan saya tunjukkan sebuah artikel tentang 'Perempuan Cantik Lebih Cenderung Untuk Curang'. Mungkin sebab terlalu yakin diri, sentiasa mahu yang lebih baik. Jadi tukar2 pasangan. Tapi bagaimana kalau kita asyik cari perubahan, sehinggakan satu hari nanti kita tersedar, kita sudahpun terlepas apa yang kita cari. Sibuk kejar yang lain, sehingga butakan diri pada pilihan terbaik yang ada di depan mata. Hargai mereka yang hargai kita seadanya.




Owh, since skang ni politik kat Malaysia ni kecoh2 pasal ketuanan Melayu. Saya nak cerita, satu kisah melibatkan orang Melayu, hari ini.

Tadi saya dan mak pergi ke satu tapak jualan gudang. Tapi apa2 pun tak berkenan, balik dengan tangan kosong. Sabar je la.
(-_-)

Yang menarik hati saya, bukan barang2 yang dijual. Tapi gelagat seorang makcik yang bertudung ni. Lingkungan usia 45 tahun. Pakai jubah seluar. Anaknya ada tiga. Perempuan sumanya. Melihatkan pada penampilan, rasanya anak yang paling tua itu sekitar usia 17 tahun mungkin. Tak bertudung. Si ibu giat mencari baju untuk anaknya. Yang menariknya, si anak berkenan baju tangan panjang warna hitam. Tapi si ibu cakap,


“Eeeee, kau nampak tak cantik la pakai baju lengan panjang. Besar baju tu. Haaaa! Yang ni cantik kan? Amik yang ni lah. *Sambil pegang baju merah jenis spaghetti*”


Nak gambaran yang lebih jelas camne baju tu, lebih kurang macam penyanyi video dalam post DoomKuTokSir ini. Kawan saya syorkan video tu pada saya lepas saya mintak dia ajar saya Bahasa Kelantan. Tak boleh blah betul. ‘Ku tok sir’ tu pun saya masih tak tahu apa maksudnya. Ku tak mahu kot. Entah. Kalau ada Idzni, boleh jugak tanya. (-_-)

Balik pada topik, saya terkejut dan terpegun dengan keterbukaan si ibu tu. Dengan imejnya, saya tak sangka dia tak benarkan anak pakai baju lengan panjang yang longgar. Siap syorkan baju seseksa itu pula sebagai pengganti. Yes, saya tak salah eja, memang saya maksudkan SEKSA di situ. Alhamdulillah, si anak tolak cadangan itu sebab katanya malu nak pakai camtu. Bagus. Thumbs up! Kau mesti akan berjaya dalam hidup, amin. Hehe. :D

Lagi satu, makcik yang sama juga. Setiap ayat yang dilafazkannya, WAJIB dimulakan
dan / atau diakhiri dengan perkataan ‘DOWH’.


“ Eh, dowh, cantik tak baju ni mama pakai?”

“Eh, kau taknak beli ke baju tu dowh? Elok la dengan kau dowh.”

“ Dowh, kau passkan mama jap handbag tu. Lawa gila dowh”


Saya tak pasti sama ada makcik ni bajet otai atau memang nama anaknya Siti Dowh. Dowh sana, dowh sini. Mak saya yang baik tu pun sampai *rolling eyes* dan ajak pergi tempat lain sebab tak tahan dengan makcik tu selamba duk panggil anak dia dengan singkatan kepada ‘bodoh’. Patutkah itu yang didoakan untuk anaknya?



Apa da jadi dengan komuniti kita, saya pun tak pasti. Bukan semua macam tu, tapi perubahan ni makin ketara. Kalau dulu, jarang benar jumpa individu berperangai sebegini. Apakah orang tua juga makin terpengaruh nak nampak muda, dan berlagak seperti remaja? Saya tak dapat terima kalau2 zaman anak saya nanti, mak-anak bercakap guna gua-lu. Adus, hancur!

Orang politik kini bising2 isu Ketuanan Melayu. Bising di Parlimen, turun padang taknak. Nak pilihanraya baru nampak muka. Apa kata, buat tinjauan, bagaimana Melayu sekarang? Baru bicara tentang Melayu. Daripada duk bising parti ni bodoh, parti tu tak betul. Makan duit rakyat. Baik turun padang. Tinjau sendiri. Cakap kosong saja. Timbulkan isu berbangkit padahal yang nak ditekankan bukan jalan penyelesaian, sekadar nak jatuh parti lawan. Kadang2 saya terfikir, yang duk kecoh2 pasal Ketuanan Melayu tu, Melayu sangat ke dia? Sesetengahnya duk tekankan isu Islam, sikit2 kaitkan Islam, apa2 nak masukkan Islam. Tapi hakikatnya, setakat mana kefahaman dia? Sedangkan isteri sendiri belum terbimbing, jangan bodoh sombong macam arif sangat tentang Islam, boleh tak? Urgh! Politik dipenuhi orang yang bajet bagus, cakap lebat.
Membosankan. (-_-)

Perubahan cuma ada dua saja. Berubah jadi lebih baik atau sebaliknya.

Dan setiap perubahan hanya akan disusuli dengan dua perasaan saja. Suka atau duka.

Setiap orang punya prinsip dan pandangan berbeza. Jadi bagi masa, dengar sudut lain juga. Jangan balik2 nak kita saja yang betul, nak ikut kepala kita saja. Hanya sebab kita mampu terima perubahan dengan baik, tak bermaksud semua orang boleh adaptasikan diri semudah kita. Perubahan perlukan toleransi dan pemahaman. Tapi dalam berubah tu, agak2 lah sikit ye. Kalau da jadi baik, jangan pandang suma yang lain jahat pula. Semoga perubahan yang kita alami mampu jadikan kita insan yang lebih berkualiti, insyAllah. :)


Tuesday, December 14, 2010

Apakah?! (Part 2)


Ini sambungan kepada 'Apakah?!(Part 1)'


CIK SHIDA.

Satu fenomena baru di Youtube. Khususnya Malaysia.

Barubaru ini, kawan saya ada tulis di wall FB saya. Dia cadangkan supaya buat satu post review tentang video Cikgu Shida. Khabarnya skill miming memang tiptop. Saya harus akui, itulah kali pertama saya lihat dan dengar nama ‘Cik Shida’.

Pertama kali, sebelum tengok videonya, saya ingatkan Cik Shida ialah Shida rakan saya yang belajar bersama di kolej dulu. Terkejut juga. Shida lain rupanya. Baru terasa masuk akal. Sebab saya rasa TAK MUNGKIN untuk Shida rakan saya itu untuk sesekali upload video miming-nya. And to begin with, saya tak rasa kalaupun Shida ada mime apa2 lagu, dia akan rakamkan pun. Apatah lagi nak hafal lirik lagu Cannot Be Tamed.
(-_-)

Ya, Cik Shida memang pandai miming lagu orang. Dan saya faham. Video itu dirakam atas tujuan kepuasan diri. Nampak seperti lebih sesuai dijadikan koleksi peribadi tapi bila diupload di Youtube, jadi isu. Mungkin untuk tatapan ramai, niat nak menghiburkan hati. Mungkin juga sebab mahu dikenali, atau mungkin nak kumpul peminat. Itu kita tak pasti.


Mungkinkah Cik Shida nak jadi seperti Nigahiga atau Anas Koq?


Tapi terusterang, maaf, saya BUKAN peminat atau penyokong Cik Shida ni. Dan saya tak rasa video tu menghiburkan sebagaimana yang kawan saya rasa. To be honest, sebenarnya, saya tak suka pun video2 tu. Rasa tak sesuai. Tapi bukanlah sampai ke tahap sepertimana saya tak suka Fasha Sandha. Cik Shida ni mild case saja. :D




Kenapa saya rasa tak sesuai video2 Cik Shida?


1. DIA PEREMPUAN

Kalau da namanya pun pompuan, buatlah cara pompuan. Tadi saya ada baca satu blog yang hentam Cik Shida ni. Kat bahagian komen, ada sorang blogger bantah, sokong Cik Shida.


“Cik Shida ni sempoi. Bila dia buat video tu, kita patut sokong. Sebab itu lagi bagus daripada pompuan2 yang pilih untuk buat video bogel. Itu baru haram.”


Ada ke patut?

Maksudnya pompuan boleh buat apa jua video asalkan bukan video bogel? Kalau begitu, tolong beritahu video macam mana yang boleh dikira halal ek? Maaf. Ridiculous answer. Bila saya tengok video Cik Shida ni, saya rasa segan. Sebab terkinja2, dengan ekspresi muka yang kurang boleh blah itu. Kombinasi segalanya tak kena. Terlintas di fikiran, memang tak ada sekelumit rasa malukah dengan perilakunya itu?


2. DIA BERTUDUNG

Pakai tudung bukan setakat nak tutup rambut semata. Tapi perangai pun biarlah bersesuaian. Pakai tudung dah elok2 da, pakaian pun da sopan da. Dipakainya pula misai, jambang palsu, geraktari yang janggal dan kostum beserta mekap yang pelik. Entah kenapa, mungkin sebab bila hati dah tak berkenan, maka banyaklah yang nampak serba tak kena. Perasaan yang sama saya rasakan bila tonton rancangan lawak tak menjadi. Berbaloikah memperbodohkan diri untuk hiburkan orang lain?

Ada blogger yang hentam kenapa dia bergaya ala2 lelaki, pakai misai suma ibarat nak langgar fitrah. Saya rasa komen tu melampau semacam. Saya sebenarnya tak terkesan sangat pasal misai tu. Yang buat saya terasa sikit, ada satu video yang mana dia nak berlakon jadi laki, tapi tak pakai anak tudung, hanya pakai songkok, boleh nampak bahagian belakang rambutnya yang diikat gaya ponytail tu, padahal imej yang dibawa bertudung.
Point kedua ni membawa kepada point ketiga.


3. DIA WANITA MELAYU + MUSLIM

Islam satu agama yang mudah. Penuh dengan keindahan. Agama yang mengangkat martabat wanita. Pompuan Melayu pula dikaitkan dengan tatasusilanya, terjaga sopannya di hadapan khalayak ramai. Tapi sayang, ada yang pilih untuk jatuhkan posisi dirinya sendiri. Inikah gambaran seorang wanita Melayu dan Muslim? Maaf, agak kasar, tapi ada sesetengah perilakunya dan mimik mukanya ibarat disampuk ‘sesuatu’. Melampau sangat kekadang.


4. DIA GURU

Nama pun guru, mestilah jadi role model kepada pelajar. Bila pelajar tengok video tu apa diorang rasa setiapkali cikgu tu masuk mengajar di kelas? Rasa lebih hormat? Apa pula reaksi ibubapa lihat guru anakanak mereka buat video begitu? Ibubapa harapkan guruguru ini untuk tolong sama didik anakanak jadi insan berguna, contohi keperibadian guru. Sebab tu guruguru ni ada batas yang lebih ketara dari sudut perilakunya. Sebab walaupun bukan selebriti tapi banyak mata yang memandang dan menilai. Dan tengoklah lagu2 yang Cik Shida bawakan. ‘Jahat’, ‘Cannot Be Tamed’. Macam2 lagi.
Sesetengahnya langsung tak menggambarkan mesej yang positif atau berunsur nasihat di situ.





Walaupun video itu menggambarkan ke-sporting-an Cik Shida, namun persoalannya, sesuaikah? Kebanyakan video beliau memalukan diri sendiri. Orang mungkin akan cakap, biarlah, bukan kita yang malu, dia yang nak malukan diri. Tapi masalahnya, bila timbul isu macam ni, kesannya bukan orang kritik dia saja. Habis guru lain pun dilabel sama. Pompuan Melayu dikritik. Imej wanita bertudung turut sama dipandang remeh.

Di blog yang sama juga, ada satu lagi komen katanya,


“Sebab apa tak sokong Cik Shida ni? Sebab dia pakai misai jambang suma? Itukan nak melawak saja. Kalau Mr Bean, suma gelak. Kalau Cik Shida, orang hentam.”


Jawapan saya, tolong sedar, sebab apa orang hentam? Apa bezanya dua personaliti itu? Cik Shida pompuan, Mr Bean laki. Mr Bean bertudung macam Cik Shida? Mr Bean Muslim dan berbangsa Melayukah? Ada Mr Bean berpakaian seperti wanita? Mr Bean gurukah?

Apapun, kredit buat Cik Shida sebab mampu untuk ‘terlalu’ menghayati, menjiwai dan taksub dengan setiap bait lirik. Saya pun tak pasti bagus ke tak, pujian atau hanya sarcastic di situ.

Yang pastinya, TAK ADIL untuk bloggers dan kawankawan untuk terus label suma golongan pendidik khususnya guru sebagai tak berkualiti dan suka buat perkara yang memalukan profesion tersebut. Kawan saya ramai juga di bawah tajaan KPM, bakal jadi golongan pendidik satu hari nanti. Dan terusterang, boleh dikatakan hampir sumanya hebat belaka. Memang sesuai dijadikan pendidik, sebab mereka memang mahir dalam bidang masing2. Tak adil bagi mereka dan guruguru lain yang jaga disiplin dan berusaha keras sebab pasang niat nak latih pelajar. Biar jadi orang yang berguna satu hari nanti.

Dan TAK ADIL juga untuk dikritik pompuan lain yang turut pakai tudung. Dikecam makin rosak. Hanya sebab video2 sebegini, patutkah nama yang lain terpalit sama?

Tapi apa2pun, saya puji keberanian dan kreativiti Cik Shida ni. Bukan suma orang berani nak kongsi bakat yang dimiliki semata2 nak hiburkan hati orang lain. Tak ramai yang sanggup dirinya dikecam hanya untuk gembirakan orang lain. Dan tak ramai wanita Melayu yang berani upload rakaman video klip lagu amatur lakonan sendiri di Youtube untuk tatapan ramai.

Ini ikhlas. :)

Buat yang lain, kalau rasa segan, tapi nak rakam jugak, simpan sajalah, buat koleksi peribadi. Dan khabarnya, Cik Shida ni da pun berhenti post videonya sebab terkilan ada cikgu lain yang menegur perbuatannya itu memalukan diri dan profesion mereka.

Harus kita sedar, setiap perilaku akan disusuli dengan kesannya. Positif atau negatif, itu kita tak pasti. Tapi sebolehnya, biarlah yang berfaedah sikit. Sekurang2nya, dapat juga beri pedoman kepada yang lain. Apa yang dipertontonkan kepada umum, akan dihakimi oleh orang lain. Ada kritikan, ada pujian. Sama macam blogging. Ada yang suka blog saya, ada yang hentam blog saya. Tapi tak kisahlah. Asalkan berlaku jujur dan pegang pada prinsip sendiri, segala kritikan dapat kita ambil dan jadikan pendorong untuk baiki diri.

Harap perkara sama juga diamalkan oleh Cik Shida. Memang awak ada keunikan itu, cuma mungkin salah salur pada aliran yang kurang sesuai. Andai kata satu hari nanti, bakat itu digunakan dalam arena yang betul, macam berlakon dalam drama komedi ke, muzikal ke, saya takkan teragakagak untuk sertakan sokongan saya. InsyAllah. :)




Apakah?! (Part 1)


IBU : Siapa cikgu Bahasa Inggeris adik ek? Aritu masa ambil report card ibu tak sempat jumpa dia.

ADIK : Owh. Ada. Cikgu yang pakai baju merah tu. Ingat tak?

IBU : Mana nak ingat, ramai orang aritu. Kalau tengok muka mungkin ibu boleh imbas la kot.

ADIK : Muka cikgu tu? Ada2. Kejap ek, ibu tengok ni.






ADIK : Skang ibu da ingat da cikgu adik yang mana satu? Ada banyak lagi video lain adik boleh tunjuk kalaukalau ibu masih tak ingat.

IBU : Erk. *Ternganga + speechless*


P/S : Terpaksa sambung Part 2 sebab Part 1 dihasilkan ketika sedang bekerja. Tak dapat ulas lebih lanjut. Harap maklum. :)


Sunday, December 12, 2010

AkuSiapa,DiaSiapa


Pancing perempuan. Banyak jenis umpan orang guna. Ada yang guna rupa, badan yang menarik, kebijaksanaan, personaliti, keluarga dan ada juga yang gunakan wang.

Saya tertarik nak bincang pasal isu umpan pompuan guna wang.

Tadi kawan saya cakap, suma orang nak cari teman yang kaya. Saya kurang setuju sebenarnya, unless ditambah perkataan ‘kalau boleh’ dalam ayat tu. Kalau diimbas kembali saya pernah sentuh bab ni dalam post saya yang lepas, bertajuk JanganJadiBODOH. Bahagian yang mana, saya minta kita fikir, dia suka kita sebab kita adalah kita atau sebab dia anggap kita mesin ATM nya. Saya tak rasa suma pompuan tertarik pada lelaki yang kaya.

Tambah2 pompuan yang jarang poketnya kering atau jarang ada masalah kewangan. Bawalah dia makan di hotel sekalipun, dengan harapan dia tertarik dengan kekayaan kita. Nak tunjuk kita mampu belanja dia makan benda mahal2. Cuba memberi hint. Kalau kau bersama aku, jadi teman aku, memang best lah. Sebab dapat makan benda2 yang best2 dan mahal2 selalu. Tak payah keluarkan wang pun.


Waow. Pemurahnya kita. Kayanya kita.


Then bangga2 depan orang kita pancing guna duit. Come on la, orang lain tak payah buat camtu pun, teman mereka sayang. Orang begini, biasanya, orang yang tak yakin dengan asetnya yang lain seperti rupa, kebijaksanaan dan personaliti. Sebab tu berharap sangat pada pengaruh wang. Tapi mungkin mereka terlupa, hati dan perasaan bukan seperti politik. Mampu dibeli dengan rasuah. Maaf, jom guna istilah akhbar sejak kebelakangan ni, politik wang. Nampak sopan sikit.
(-_-)

Setakat mana hubungan yang dibina atas dasar kejarkan kekayaan semata2 akan berkekalan? Jawapannya mudah. Sampai duit pasangannya itu habis. Sampai da tak dapat bagi hadiah mahal2. Sampai pisau cukur lain da kebas dia. Sampai jumpa orang yang LEBIH kaya.





Waktu kecil, saya suka berangan sorangsorang. Teringin bila besar nak pasangan saya macam ni, macam tu. Pernah terfikir nakkan teman lelaki yang sentiasa buat saya senyum, badannya sasa, personaliti hebat, serba serbi sempurna lah. Bila meningkat dewasa, saya sedar suma itu hanya imaginasi yang liar, tak ada batasan. Tapi bila berdepan dengan dunia nyata, kita kena realistik. Tapi yang jadi masalahnya, ramai juga yang pilih untuk kekal dalam dunia imaginasi tu. Ibarat tak mahu dikejutkan dari mimpi yang indah.

Pernah dengar tak orang cakap,


“Kalau diri kita tak sekacak, seteguh dan semulia Nabi Yusuf, jangan pula diharapkan cinta dari insan secantik dan sesetia Zulaikha.”


Kawan saya sikit saja yang masih single. Kebanyakannya sudah pun berpunya. Sesetengah memang saja tak mahu berteman, lebih selesa bebas menyendiri. Ada juga yang mahu berteman tapi belum jumpa yang berkenan. High taste la kononnya.

Saya dah biasa sangat jumpa orang yang expectationnya TERLALU tinggi. Pastu bising2 kenapa belum bertemu dengan si dia. Tak salah nak aim tinggi2, Cuma kalau langsung tak fleksibel, jangan hairan kalau satu hari nanti, bila ada reunion sekolah, suma bawa anak, awak masih sendiri. Bertemankan kulit yang semakin berkedut. Dan rambut yang kian memutih.

Kadang2 bila kawan saya cakap,


“Izzi, kenalkan lah kawan2 kau yang hot dekat aku. Aku nak yang putih, mata hazel, tinggi, slim, pandai, sopan, pandai bergaya, pakai tudung, kelakar, blablabla.”


Wuish, demand melampau sangat kadang2. Tapi biasanya, saya cuma jawab suruh dia cermin diri sambil tersenyum. Dia ketawa, ingat saya gurau. Sebenarnya, itu bukan gurauan. Tapi entah apa masalah saya, bila saya serius sekalipun, kawankawan saya selalu anggap saya tengah gurau. Selalu rasa saya kelakar. Down kan? (-_-)

Yelah, mana nak bergurau. Expectation kita tinggi melambung. Kalaupun jumpa orang yang ada ciri2 tu, agakagak, dia pandang kita tak? Itu yang kita kena pikir. Sedangkan kita yang biasabiasa ni pun demand lebih2, tambah2 yang ada pakej sebegitu, lagila tinggi expectationnya. Kalau kita nasib baik, dapatlah seorang. Tapi jarang sangat itu berlaku. Mungkin bila tiba situasi tu, nak jugak yang ada pakej tu, idea guna politik wang mula timbul. Atau bila cinta ditolak, habis dicacimakinya orang tu. Tak mahu pulak pikir layak dan sesuai tak diri kita nak demand tinggi camtu.




Ini mengingatkan saya pada satu perkara. Awak pernah tengok satu rancangan yang dikendalikan oleh Anita Sarawak di Astro Ria? Tajuknya ‘ANITA’.

Ada satu segmen dia adakan sesi makeover. Jadinya ada la satu minggu ni, sorang suami ni, hantar email pada Anita, minta dia makeover isterinya. Sebab katanya, sejak lepas anak 2 orang, dia jadi surirumah. Dan sudah tak begitu gemar menghias diri. Berat makin naik. Makin tak menarik. Jadi dia mintak Anita ubah penampilan isterinya. Saya ingat ayat yang dia guna,


“… supaya berselera sikit mata saya nak tengok dia setiapkali penat balik dari kerja.”


Isteri dia muda juga. Dan dia tunjuk gambar waktu muda, originally cantik orangnya. Putih. Jadi bila sudah diubah penampilan, memang tampak menarik dan muda. Bila ditunjuk pada suami perubahan itu, dia senyum lebar sambil angguk2. Tanda sudah berselera agaknya.
(-_-)

Dia puas hati, dan puji team makeover Anita. Tapi part yang kelakarnya sebab ada penonton yang angkat tangan, nak bagi pendapat. Bila dibenarkan, penonton tu komen,


“ Encik nak isteri encik nampak cantik. Kritik dia tak pandai hias diri. Tapi encik sendiri, seolah2 tak jaga penampilan sendiri saja. Macam mana tu?”


Komen itu mengundang hilaian ketawa di antara penonton sendiri. Saya pun gelak sekali. Suami dia perutnya boroi, jenis big-sized, muka tembam ada parut jerawat, kulit sawo matang. Masa penggambaran pun pakai agak selekeh juga. Sibuk kritik bini, tapi di mata penonton, diorang lagi tak selera tengok suami tu dari isterinya yang tak reti hias diri. Di mata bini dia, wallahualam la.

Si suami nampak terkejut dan malu dengan pandangan penonton tu. Anita pun nampak terkedu dan cuba tahan ketawa. Si suami senyum dan jawab dengan yakin,


“ Di rumah saya lain. Okay penampilan saya. Ni sebab balik kerja, tu yang nampak serabut tu.”


Iyolah tu. Padahal saya rasa, orang pergi kerja yang paling smart penampilannya. Kalau da balik rumah, kadang2 tak pakai baju pun, kain pelekat saja. Entah. Mungkin sebaik saja tiba di rumah, dia berubah jadi sekacak Takeshi Kaneishiro kot. Saya pun tak pasti. Maaf, sarcastic di situ. Cuma saya geram, dia tak kacak dan tough mana, komen2 lebih pasal bini dia makin gemuk, tak cantik, siap guna istilah ‘tak selera nak tengok dia’. Puh-lease la. Orang camtu wajar dihadiahkan cermin waktu harijadinya. Tak ke dia fikir malunya isteri dia bila suami cakap camtu di hadapan khalayak ramai?

Post ini tak berniat menghina sesiapa. Cuma sekadar peringatan kita bersama. Saya sendiri pun berlambak kekurangan. Dahlah kurang ketinggian. Mintak2 la jumpa yang tinggi, at least ada jugak peluang anak nak tinggi. Hehe.

Kadang2 kita tak sedar, permintaan setinggi langit, tapi kita terlupa bagi perhatian tentang di mana tahap kita sebenarnya. Semua makhluk Tuhan ada keistimewaan masing2. Mungkin tak cantik, tapi sopan terjaga akhlaknya. Mungkin tak kacak, tapi ringan tulang nak bantu orang. Kalau ada pakej lengkap, Alhamdulillah, itu bonus. :)

Nak sentuh hati pompuan, mudah. Guna personaliti. Kadang2 muka tak kacak pun boleh nampak menarik bila personaliti disenangi orang. Ambil masa untuk kenali orang lain. Jangan hanya nilai luaran, terus tolak mentah2 atau terima sertamerta.

Biarlah tak kacak mana di mata orang, janji di mata kita, dia sudah cukup pakejnya. Biarlah tak kaya wang, janji kaya budi bahasanya. Rupa, tubuh yang menarik, wang dan pengaruh, tak tahan lama. Pilihan sentiasa ada. Bermula dengan niat yang betul, dengan izin-Nya, pengakhiran yang baik akan menanti. Harap kawankawan sentiasa kekal tersenyum dan bahagia dengan pilihan yang dibuat. InsyAllah. :)


Saturday, December 11, 2010

UmurPenghalangKita?


Ini cerita beberapa hari lepas. Saya bangun pagi, baca berita. Pasal laki umur 23 tahun kahwin dengan pompuan umur 14 tahun. Saya saja masuk portal hiburan tanah air. Berlambak2 kes artis wanita bercinta dengan laki yang jauh lebih muda. Ada juga artis yang kahwin dengan laki yang jauh lebih tua. Diikuti kes sorang pelajar pompuan dalam usia 19-21 tahun lari ke India ikut pensyarah umur 56 tahun.


Penting ke bab umur ni?


Zaman ni, agaknya orang da kurang minat pasangan yang sebaya kot? Kalau teman lelaki saya sebaya dengan saya, adakah itu bermaksud saya tak ikut trend, ketinggalan? Haruskah saya mula cari pasangan di sekolah2 rendah yang berdekatan?

Kalau begitu, kena cari kat sekolah kebangsaan jenis kah? Baru mix sket rupa anak nanti. Hehe.

Gurau2 je tau. Kang ada yang report polis pulak.

Okay. Balik pada topik, semalam, saya, Zhaf (rakan sekerja) dan pengurus saya, Mr P (bajet misteri) sembang2 kosong pasal pilih pasangan ni. Kata Mr P, kita kalau mencari pasangan kena lagi tua beberapa tahun. Kalau laki tu lagi tua dalam lingkungan 5 tahun camtu, kira ideal la.

Saya mencelah dan cakap. Susah la Mr P. Sebabnya. Dulu saya MRSM, ada Form 4, Form 5 saja. Masuk kolej, pun sama jugak. Mana nak jumpa orang yang tua 5 tahun. Takkan sampai pensyarah sendiri pun boleh la. Cam desperate je nada ayat tu. Tapi to be honest, pensyarah Matematik saya, Mr Alderson macam agak menarik jugak. Ahaha. :D

Zhaf jawab,


“Tunggu je awak masuk uni nanti Izzi, mesti ada tendency nak minat kat senior. Senior ni hensemlah, sukalah senior ni *sambil disertakan dengan gerak tangan yang agak sesuai*.”


Kalau awak tanya saya, terus terang, saya tak berani nak cakap da saya favor yang lagi tua, sebaya atau lebih muda. Sebabnya dulu, saya pernah cakap kat kawan saya nak cari yang tua 2 tahun dari saya. Tuptup bekas teman lelaki saya sebaya. Saya pernah cakap kat kawan baik saya, saya takkan suka laki lagi muda. Tapi hakikatnya, saya tertarik jugak dengan seorang laki yang muda setahun dari saya. Jadinya, baik saya zip mulut awalawal. :)




Memetik katakata Mr P tadi, pompuan patut pilih laki yang mampu membimbing, dapat beri tunjuk ajar. Dia da lebih makan garam, jadinya, dapat pikirkan penyelesaian untuk banyak masalah. Dan lebih matang, bijak berfikir. Berdikari.

Kalau kematangan ialah kata kuncinya, maksudnya muda atau sebaya sekalipun, asalkan matang dan boleh membimbing tak apa lah kan? :)

Zhaf cakap,


“Mak pernah pesan, kalau nak cari teman wanita, biar yang lagi muda, pilih elok2. Sebab pompuan ni kalau tak pandai jaga, senang dan cepat nampak tua. Kalau pandai jaga, okla. Macam Erra Fazira. Makin lama makin cantik.”


Saya angguk2 kepala tanda setuju. Mr P juga. Tiga2 orang agaknya terbayang muka Erra Fazira sekejap sambil senyum. Sehinggalah Mr P cakap ayat ni.


“ Aah. Erra cantik. Muka dia macam Ziana Zain jugak kan.”


Dari senyuman bertukar menjadi (-_-). Sedap2 tengah bayangkan muka Erra, abes potong mood, suh ganti dengan Ziana Zain pulak. Nasib baik Ziana. Kalau BikMama, mungkin dari
(-_-) berubah jadi (T.T). Dia pun pandai jaga juga, makin hari makin tegang mukanya. Tapi Wirawati 1Malaysia bolehlah, bukanlah Miss Malaysia cam Erra. :)

Tapi bab2 umur semua ni, saya rasa memang betul apa orang selalu cakap.
Age is just a number.
Kalau tak, tak mungkin dua individu yang jauh langkau usianya boleh saling tertarik dan menyayangi diri masing2. Contohnya Mek Wook. Laki 30an, dia da 100an. Bertuah Mek Wook tu, dari pelbagai aspek. Tiada ulasan lanjut berhubung aspek apa yang dimaksudkan.

Dulu ada satu ketika ada satu fenomena dalam masyarakat yang mana, lelaki tua ada kekasih muda dan pada masa yang sama, lelaki muda banyak tertawan pada wanita berusia. Mungkin faktor kewangan yang stabil, kematangan, pemahaman dan pengalaman membuatkan golongan yang berusia, mahupun laki atau wanita, kelihatan menarik di mata generasi muda.

Kalau dulu, setiap kali kita nampak laki muda berkepit dengan pompuan tua, atau gadis remaja berkepit dengan lelaki tua, kita akan terus label,


ANAK IKAN! PISAU CUKUR! SUGARMUMMY! SUGERDADDY!


Tapi sekarang ni, kalau jumpa pasangan sebegini, susah nak tafsir. Sebab ramai jugak pasangan yang beza usianya jauh, tapi sesudah berumahtangga, kekal bahagia. Yang kecohkecoh, yang kahwin sebaya pula yang banyak berceraiberai.

Masyarakat kita memang sudah biasa dengan tanggapan laki WAJIB lebih tua dari pompuan. Ayah saya pun lebih tua dari mak 4 tahun. Dari situ juga kadang2 saya rasa faham apa kelebihan bila suami lebih tua beberapa tahun. Mungkin sebab kebiasaan itu, kita pandang pelik pada wanita yang pasangannya lebih muda.




Bagi saya, kalau muda 1,2 tahun tu boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 12, 15 tahun? Urm. Maaf, tapi bagi saya rasa pelik dan tak selesa. Sebab apa? Cuba bayangkan, bila awak umur 13 tahun dulu, waktu baru saja capai baligh, zaman naik jerawat, suami awak ketika tu baru setahun. Baru belajar jalan. Gigi mungkin baru ada tiga. Ish. Peliklaaaaaaaa!

Pilih pasangan ni bukan umur yang paling penting rasanya. Lagi utama ialah keserasian, hormat, memahami. Setakat umur, kalau nak jugak cari yang lagi tua, tapi tak faham kita, buat seksa badan saja.

Cumanya mana2 pompuan pun kena terima, memang da banyak bukti, laki memang lambat sikit proses penuaannya. Jadi kalau nak jugak cari pasangan yang ‘da bomb’ kenalah ketap bibir rapat2 sikit bila ada yang kritik awak nampak tua. Tambah2 kalau laki tu metroseksual. Memang tinggi maintenancenya. :D

Sebab tu la saya rasa, tak penting nak lihat usia. Sebab semua benda yang kita buat dalam hidup berkisar tentang RISIKO. Dalam hidup tak ada jaminan. Bercinta bagai nak rak, tapi tau2 putus, tak sempat kahwin pun. Kadang2 tak pernah tegur sapa di sekolah dulu, bila besar itulah soulmate kita. Bila kecik bajet nak yang hensem, pandai, tinggi macam adik beradik KRU (waktu tu KRU paling hot ok). Tapi bila dah besar, awak mula perasan, kalaupun jumpa laki yang ada ciri2 itu, tapi mungkin tak serasi bersama.

Kesimpulannya, terpulang pada diri kita. Nak yang muda atau lebih tua. Yang penting, mesti berani tanggung risiko. Jangan mula tuding jari kat orang lain bila ada yang tak kena. Saya sendiri pun jarang pikir pasal ciri2 yang saya nak. Saya tak memilih atau cerewet. Cuma kalau boleh, saya nak yang :-


Tinggi, kulit sederhana cerahnya, pakai specs, boleh bimbing saya, tahan perangai saya, senang tolak ansur, kelakar. Selain itu, dia juga kalau boleh kenalah baik,suka jalan2 cari makan,………...................
(Ada hati ngaku tak memilih, teman awak kot! Mesti la kena memilih! :D)

Ciri bonus yang mesti ada pada si dia ialah berat dia KENA 65kg. Specific gila. Muahaha. Dan paling penting, dia mestilah seorang LELAKI. Ini pun kena mention.
(-_-)


Kalau ada kenalan seperti di atas, bolehlah isi borang yang terdapat di farmasi2 berdekatan okay! ;) Kawankawan, takyahlah risau sangat pasal aku muda dia tua ni. Asal jumpa yang serasi bersama, da kira syukur sangat da. Bila awak mampu tersenyum tanpa paksaan, itu tanda awak bahagia. :D