Tuesday, December 28, 2010

AwakCOOL?


Sepertimana yang sudah dimaklumkan, saya telah pulang ke Kedah selama empat hari. Semalam baru tiba di Kuala Lumpur. Jalan memang sesak amat, sebab hujung minggu agaknya. Kesian abang saya kena drive jauh2.


Sepanjang empat hari tu, berlambak jenis makanan yang sedap dan terkenal kat Kedah kami cuba. Ala2 Jalan2 Cari Makan (JJCM). Plus, abang saya ni memang kaki jalan. Best betul. Tiap masa, ada saja tempat yang dituju. Gambar2 JJCM kami tu, akan saya upload dalam post yang mendatang ye.


Malam ni, saya nak kongsi satu fenomena yang mana saya lihat sama saja, ada saja, walau ke negeri mana pun saya lawat. Pakai tudung pun da tak bawa makna da. Kadang2 sama saja. Fenomena apa?


BOHSIA



Cool abes la kot kalau bergambar camtu. (-_-)



Dulu, waktu saya di Tingkatan 2, kakak saya kena jadi tutor untuk satu program di Terengganu. Jadinya, saya pun ikut sama. Sebab mak ayah tak ada. Pergi Haji di Mekah.
Dan waktu tu, saya masih belum pakai tudung. Freehair.


Setibanya kami di Terengganu, ada satu papan tanda besar, tulis


PAKAILAH TUDUNG


Tersentap campur terasa hati gila2 sebab kakak saya mula bahankan saya freehair. Katanya nanti kena bayar saman sebab tak pakai tudung. Urgh. Setelah diamati, baru saya perasan, suma papan tanda pun ada tulisan jawi dan modelnya bertudung. Kali pertama saya lihat Maya Karin bertudung nak promote Nescafe. Cantik. Manis. :)


Dan saat tu, kami tiba di hotel. Hotel tu, depan sungai. Kami ke sungai ambil angin, tangkap gambar. Yang peliknya, suma orang di situ pandang semacam ke arah saya,
membuatkan saya terfikir,


"Apakah aku sebegitu menarik sehingga ditenung sebegitu rupa?"


Tidak sama sekali. Sebab pandangan tu lebih ke arah kejijikan, bukan kerana kagum. Urgh. Down. Dan suma di situ bertudung. Walaupun ada yang hanya pakai t-shirt lengan pendek, tapi asalkan bertudung, kira lulus.
Yang tak bertudung ni, terus dicap bohsia, budak sosial. Sedih gila.


Waktu tu saya heran sangat. Memang suma orang Terengganu pakai tudung ke? Apa masalah korang nak pandang slack ni? Mana pergi suma pompuan yang tak pakai tudung?


TENSINYA! STOP STARING AT ME!


Dan keesokannya, saya dapat jawapan kepada soalan2 saya. Saya pergi ke pusat beli-belah. Kat situ baru saya nampak golongan2 tak bertudung ni. Duk berdating2, pegang2 tangan, peluk2, cium2 bf. Pakai sendat2, jarang2, mekap tebal2, bonceng motor bf sambil pakai jeans yang menampakkan belahan punggung masing2. Cakap ketawa suma kuat2.


Patutla diorang pandang slack kat orang tak bertudung. Patut la asal tak pakai tudung kena cap bohsia. Baru saya faham. Sebab ni rupanya stereotaip pompuan tak bertudung di sini.
(-_-)



Waktu balik, kami singgah di sebuah masjid di Pahang. Saya tak pasti lokasinya. Saya pun masuk bersama kakak. Ada satu kaunter, bagi tudung kat mereka yang tak bertudung supaya tertutup auratnya, tanda hormatkan masjid. Tapi makcik yang bertugas tu tidur. Jadi saya masuk saja, tanpa tudung. Sekali ada pulak Pak Guard ni perasan. Dijeritnya dari penjuru masjid tu,


“Woi! Apahal masuk tak reti pakai tudung ni ha?! Datang masjid jadi bohsia pulak! Siti Nurhaliza datang sini pun pakai tudung tau! Kalau takde tudung ambikla kat kaunter tu!”


BAPAK MALU! Urgh! Seraya tu makcik tu terjaga dari lamunan mimpinya dan hulur tudung, sambil ngomel2 kenapa saya tak pakai tudung. Lorh, kau tido waktu bertugas takpe plak. Dah kerja hulur tudung tu, ikut peka la sama bila orang luar masuk tak pakai tudung.
Marah2 orang pulak.


Saya tak kisah sebenarnya, pakcik tu tegur tak bertudung. Salah saya sebab tak peka bab ni. Tapinya biarla pendekatan yang sesuai. Terjerit terlolong camtu, memang gua pun naik panas. Apatah lagi nak pertimbangkan nasihat dia suruh bertudung ketika itu.
Sabar je la.



Disember lepas saya ke Kelantan. Kami lalu di hadapan KB Mall. Yang menariknya, orang2 yang ke KB Mall ni sikit punya bergaya, kalah orang KL nak ke Pavilion. Rambut warna pink. Seluar dan baju kena yang ketat2, selagi boleh tayang, apa salahnya. Memang waktu ke sana, saya perasan, dua jenis itu cukup ketara. Pertama, yang sopan. Kedua, yang kebohsiaan. Satu lagi jenis bertudung, tapi pakaian dan gaya percakapan ala2 bohsia.
Itu tak tau nak golongkan kat mana satu.



Dan baru2 ni di Kedah. Lagi kelakar. Ada satu pusat beli belah namanya Pacific. Kalau dinilai saiz dan kedai2nya, ala2 Jusco, Ampang Point camtu la. Tapi kat kawasan tu, itulah Pavilion agaknya. Tempat dating suma. Kira itu antara spot yang tahap ‘up’ la. Hehe. Nak dating, standard la, kat KL pun berlambak je. Cuma spot yang dipilih, bukan kedai2 dalam Pacific tu, tapi belakang bangunan dan tempat letak motor. Kat situ macam2 pemandangan yang boleh kita hayati. Yang bertudung, tak bertudung. Sama saja. Yang bonceng bf, seboleh2 nak peluk serapat, seerat mungkin. Pompuan bajet takut terjatuh, laki dapat bonus tambahan pula.
(-_-)




Yang paling tak tahan dan tak boleh blah. Di Kedah ada satu masjid, Masjid Zahir. Kat atas ni gambar dia. Memang cantik, besar masjid tu. Kagum saya lihat. Tapi bila toleh ke kanan. Adoyaiiiiiii!


Depan masjid tu ada satu Balai Besar. Tempat ni dikhaskan untuk keluarga diraja. Depan balai besar tu ada satu dataran luas. Walaupun gelap, tempat tu penuh dengan remaja melepak bila malam tiba. Dan malam terakhir di Kedah, abang ajak singgah dataran tu, tangkap2 gambar. Mak saya pun ikut sama. Bila da tiba. Saya terkedu kejap. Bukan sebab kagum. Sebab rasa macam dalam set lokasi Adnan Sempit. Ramai pompuan tersadai di atas bahagian depan kereta. Ala2 gaya model gadis litar versi kurang panas.


Paling takleh terima, ada satu kereta Waja. Pasang lagu clubbing apa entah, kuat gila. Tiba2 pintu terbuka, sorang pompuan keluar. Menari gaya seksi. Saya tak dapat tahan diri dari ketawa. Bayangkan nak bajet seksi, pakai legging, miniskirt, spaghetti top warna merah, jaket jeans. Duk la tergedik2 menari2 depan pintu kereta, untuk tatapan bfnya. Saya nak saja rakam, tapi mak tak benarkan. Takut diapa2kan oleh mereka. Itulah implikasinya bila kat Kedah tak ada Zouk. Muzik sendiri pun boleh clubbing juga. Barulah cool.


Kawasan fountain pula dipenuhi pasangan bercangkerama. Takpun, jadikan spot hisap rokok. Yang buat saya segan, kebanyakannya bertudung. Buat projek pun diorang, hisap rokok pun diorang. Astaghfirullah. Buat projek tak beragak. Lagi gelap, lagi ramai pulak kat situ.
(-_-)


Bila abang nak tangkap gambar kami sekeluarga, kalut yang lain2 ni nak elak dari masuk sekali. Takut abang upload FB mak diorang nampak pulak la kot. Dah tau malu, jangan la buat. Bila kami duduk dia sekitar situ, masing2 mula beransur. Segan agaknya. Nak cari spot lain pulak. Bagus punya spot, kat depan ada masjid gah. Depannya pulak jadi tempat maksiat. Bajet buat projek depan masjid, baru orang tak syak? Baru kurang sikit dosanya? Urgh!




Saya pun tak pasti apa kena dengan generasi kita sekarang. Dan ada sekali tu, kawan saya kritik saya tak cool, sebab tak tahu nama satu kelab malam depan KLCC tu walaupun da lama menapak di KL. Apa penting sangatkah nak digelar COOL tu? Saya nak tanya kawankawan.


TAK COOL KAH SESEORANG POMPUAN ITU KALAU…


1. Kita tak merokok?
2. Kita bertudung?
3. Kita suka jalan2 dengan keluarga, instead of kawankawan?
4. Kita tak clubbing?
5. Kita tak gian shisha?
6. Kita tak keluar malam?
7. Kita tak peluk cium kawan beza jantina setiapkali berjumpa?
8. Kita tak pakai yang ketat dan jarang?


Kalau jawapan awak, YES, SANGAT2 TAK COOL. Then, maaf.


SAYA MEMANG TAK COOL.


Dan saya tak pernah kisah pun nak dilihat sebagai seorang yang COOL kalau itulah definisi cool pada mata awak. Come on la! Kalau macam tulah baru kira cool di mata awak, tolong soal diri.


CUKUP COOL KAH KAU DI MATA ORANG LAIN? DAN SEJAUH MANAKAH COOLNESS ITU MAMPU BAWA ANDA?


Renungkan sendiri. Wallahualam. :)



12 comments:

Anonymous said...

walaupun aq tersentak kau kutuk kedah, but i must admit. kwsn balai besar tu mmg port maksiat waktu malam. teghuk gila babi! yang pakai tudung ke tak pun sumpah sama ja.

Anonymous said...

Salam. Pakai tudung tu bukan cool... itu kewajipan. Kita suka tak suka, tak boleh pertikaikan, kerana untuk setiap mata bukan mahram yang melihat, kita berdosa untuk setiap helai rambut. Penulisan awak baik, perspektif awak baik, saya doakan satu hari nanti awak terbuka hati memakai tudung, dan terus bersikap baik. :)

syaa said...

anonymous 2, penulis tu mmg dh bertudung la skrg.. but baguslah bg nasihat tu in case die masih belum kn..

n rasenye point die is org2 muda skrg ni anggap perempuan bertudung tu tak cool.. bukan bertudung sbb rase cool.. kalau nk cool kne freehair dan pakai ketat2 cmtu...
dan tak langsung sy nmpk die mmpertikaikn org bertudung di dlm post ni..

mungkin awk patut baca dgn lbh thorough dan fahamkn ayat2 penulis...
maaf, sy cuma nk membetulkn slh fhm je... slh fhm ni bahaya,boleh buat brgaduh sesama org.. :)

IzziaraYusoff said...

anony1- maaf, aku takde niat nak kutuk negeri2, skadar brkongsi pmerhatian aku scra rawak. :)

anony2- urm, sy sbnarnya sudah brtudung. dan maaf, sy bukan prtikaikn psl pmakaian tudung. skadar brkongsi pngalaman lama saya. suma pun sdia maklum, pakai tudung itu wajib, siapa berani pertikaikn. dan terima kasih atas feedback dan doa awak. Amin, InsyAllah. :)

syaa- Akak mmg faham apa izzi nk smpaikn. Thx for ur support. :)

esah said...

anony 2,kwn aku ni mmg btudung lerr. fahamkan elok2 ayat dia. tu waktu dia still freehair, sekarang dah tak. sorry, ter-emo skejap. aku sokong kau, point2 ko mmg betul izzi!

saya miqdad said...

cool

IzziaraYusoff said...

esah- lek2. dia slh fhm sket je. takde hal. thx esah. :)

miqdad- coooool. :)

Mikah Lurima said...

good info tentang budaya negeri2 yg berlainan...

I mmg x de idea langsung psal bnde2 ni sbb x pnah g Kelantan n T'ganu... haha... mmg sedeyh...

tp psal pkai tudung tu dah terang lg bsuluh hukumnya wajib. Tp dgn peredaran zaman skarang ni yg btudung n tak btudung dah tak boleh dibezakan... huhu

lg 1, spatutnya ade pndekatan yg sesuai utk suruh org btudung... marah2, maki2 n pndang serong tu bkn caranya...

nice entry btw! Love it. =)

IzziaraYusoff said...

mikah- btul apa awk ckp, ptt ada pendekatan y lbih ssuai. baru la org snang terima kan? apa2 pun, thx mikah. :)

mikah malas nk sign in said...

hehe... u r welkem!

Afeez said...

Hahaha, aku merayau bloh hopping sampai blog hang. Aku rasa kalau orang terinsulted tu sebab depa tak faham apa hang nak cakap dalam context kot.

Btw aku lawak kot post ni although im very sure hang tak intend nak bagi lawak. lawak in the sense apa hang cakap tu betui la jugak. hang highlight benda-benda irony. Heheh

IzziaraYusoff said...

afeez- maybe gak. tp ayat baik punya maki aku. buat tensi je. ahaha. papepun, thx singgah blog aku. :D