Wednesday, December 8, 2010

BuatBuntingBuang

Biasanya dalam post2 sebelum ni, saya mudah nak nyatakan pendirian saya. Tapi kali ni, topik ni, dari dulu sampai sekarang, saya masih tak dapat putuskan.

BUANG BAYI

Waktu semester ketiga di kolej, saya kena buat kerja kursus. Inilah tajuk yang saya pilih. Campur sekali mengandung luarnikah. Jadi banyak juga kes yang dapat saya kumpul untuk dinilai, dianalisa.

Tapi makin lama, makin banyak artikel saya baca, tanya2 pendapat orang, saya tersedar seperkara. Tiapkali kes ni timbul. Perasan tak? Fokus utama, mesti tuju kat ibu si bayi, bukan ayahnya. Kalau jumpa geng2 makcik Kiah aka Internet Bergerak, mesti cakap


“Kau tahu tak , Ton anak Pak Kamis tu, da mengandung. Ish, baru 16 tahun da mengandung. Teruk betul anak dia tu. Pompuan jenis apa entah, muda2 da jadi bohsia.”


Jarang la nak dengar,


“ Sian dekat Ton anak Pak Kamis tu kan. Dek termakan pujukan Deni De Kasanova sekarang mengandung da. Tak guna laki tu, patut rejam saja sampai mati.”


Kenapa agaknya macam tu ek? Kenapa balikbalik pompuan tu saja yang kena? Padahal projek bersama. Erk.

Bila kena tangkap, ibunya saja yang kena. Si ayah hilang entah ke mana. Silap2 kalaupun dapat tahan, akan mengaku dirinya tak terlibat dalam mengakibatkan kematian bayi tersebut. Lagi tak boleh blah, tak ngaku itu anak dia pun. Nasib baik ada ujian DNA, susah nak lepas.




Saya mintak kita lihat isu ni dari arah berbeza. Maksud saya, isu buang bayi. Topik mengandung luar nikah ni memang la salah pasangan tu. Tak sabar sangat.

Salah siapa kalau nak tanya pasal isu buang bayi?

Salah pasangan ibubapa bayi malang itu? Memang betul. Tapi salah mereka 100% ?

Pernah terfikir tak, masyarakat dan mentaliti kita juga sebenarnya mungkin salah satu penyebab kepada isu buang bayi? Atau dalam kata lain, kita mungkin termasuk dalam kategori pendorong kepada kenaikan bilangan bayi yang dibuang.

Kenapa saya cakap camtu pulak?

SITUASI 1
Ton mengandung lepas ‘babak asmara’ dengan kekasihnya, Mat Noor. Sebelum tu, memang macam belangkas. Bila dapat tahu pasal dia bakal jadi ayah, Mat Noor pergi belasah Ton, suruh gugurkan. Ton tak mahu, takut. Mat Noor tak nak tanggungjawab. Tinggalkan Ton, dia entah kemana menghilang. Ton pula dibuang keluarga sebab malu. Masyarakat pula sisihkan dan pandang hina Ton dan kandungannya. Jadi Ton tak mahu anaknya kekal diejek sampai bilabila. Dia putuskan, lepas bersalin, buang bayi, mulakan hidup baru.

SITUASI 2
Ton masih belajar. Bila tahu dirinya mengandung, kekasihnya Mat Noor suruh gugurkan. Keluarga juga suruh gugurkan. Takut2kan dia. Nanti dihentikan dari kolej, mak ayah marah2, masyarakat cerca dia, besarkan bayi nanti perlukan banyak wang. Baik gugurkan. Akibat takut kehilangan Mat Noor, dihentikan kolej, diputuskan hubungan dengan mak ayah, dicerca jiran sekampung, takut tak ada duit, Ton gugurkan. Keluarga subahat buang janin tu.

SITUASI 3
Ton mengandung, Mat Noor pilih untuk bertanggungjawab. Kahwin juga dalam keadaan serba kekurangan. Keluarga tak dapat terima, lalu putuskan persaudaraan. Orang sekeliling tak mahu bantu pasangan ni. Minta kerja, asyik ditolak, sebab orang suda ada tanggapan negatif. Disebabkan tak dapat tanggung sarahidup keluarga, dan malu nak hadapi cacian orang, takutkan masa depan anak, mereka pilih untuk buang bayi.

SITUASI 4
Mat Noor samseng kampong. Ton dara sunti, pelajar cemerlang. Satu malam, Mat Noor pecah masuk dan rompak rumah Ton. Dia ambil kesempatan untuk mencabul kehormatan Ton. Tapi dia pakai topeng. Ton tak tahu siapa yang rogol dia. Tiga bulan kemudian dia disahkan mengandung. Dia tak dapat terima. Tak dapat nak sayangkan kandungan itu. Tak berani gugurkan. Kolej buang Ton. Jiran pandang serong, dahlah kena rogol, mengandung, dropout pula tu. Lepas bersalin, Ton tak boleh pandang langsung bayi tu, rasa geram dan marah. Dia pun buang bayi tu.

Kenapa terjadinya situasi2 di atas? Salah ibu bapa semata2? Atau disertakan dengan pandangan serong masyarakat?

Katakanlah, mereka tak buang bayi. Besarkan bayi tu. Bila dia masuk sekolah yang sama dengan anak awak dan awak tahu yang dia anak luar nikah, tolong jangan menipu. Mesti awak akan suruh anak awak jangan rapat dengan budak tu. Kadang2 siap tambah, anak haram, anak sialan dan sebagainya. Bila dia nak beli makanan di kantin, orang potong line, berdiri depan dia dalam barisan. Bila protes, tak ada yang backup, suma bising2


“Kau diam lah! Dahlah anak haram! Nak kecoh pulak!”





Inilah point yang buat saya keliru. Susah saya nak nyatakan pendirian. Apa2 pun keputusan yang ibubapa bayi tu buat, pasti serba tak kena di mata masyarakat. Yes, memang diorang buat silap, terlanjur sampai mengandung. Kadang2 kes rogol lagi kesian. Tapinya benda dah jadi, dan mereka SEDANG hadapi kesannya.

Bila buang bayi, masyarakat kritik, kejam gila, tak kesian ke, tak ada rasa kemanusiaan langsung, kesian bayi tak berdosa tu dihukum akibat tindakan ibubapanya. Lain pula kalau lahirkan, besarkan bayi tu. Dikritiknya pula anak haram, anak sialan, sisihkan dia, diskriminasikan dia, kecam dia. Bila tiba saat tu, mana pergi sifat perikemanusiaan yang disebut tadi? Tak rasa diri kejam gila pula? Langsung tak kesiankan dia dan lantas sanggup hukum anak yang tak berdosa tu atas keterlanjuran ibubapa mereka?

Itulah kebanyakan dari kita. Cakap tak serupa bikin. Urgh!


APA YANG MASYARAKAT MAHUKAN SEBENARNYA?
APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH?
MANA UNSUR KEADILAN DI SITU?


Dulu, tiapkali saya baca kes buang bayi saya terus tuding jari kat ibu bapa dia. Suma salah diorang, tak mahu tanggungjawab, nak cover malu, jadi buang. Tak mahu orang tahu tentang keterlanjuran mereka. Saya jarang fikir, mungkin sebab takut dengan pandangan masyarakat, takutkan masa depan, mengandung akibat dirogol, fobia tak dapat sediakan kehidupan sempurna buat bayi, takut anak susah nak terima, macam2 lagi.

Sejak ada kesedaran tu, saya selalu terfikir, kalaulah lain sikit penerimaan kita, tak ada unsur diskriminasi, tentu lebih ramai ibubapa yang pilih untuk lahir dan besarkan anak tersebut walaupun dia anak luar nikah. Bila mereka percaya, tiada unsur berat sebelah yang akan menimpa anak tersebut, mungkin mereka akan bukakan diri pada pelbagai pilihan lain selain buang bayi. Tapi pada masa yang sama, kalau kita terlalu terbuka, makin ramai pula yang tak kisah untuk ‘melanjurkan’ perbuatan masing2. Itu yang buat saya berdiri atas pagar sebenarnya.

Saya tak kata kita patut sokong keterlanjuran. Saya juga tak kata yang kita patut menghukum seberat2nya. Cuma saya nak mintak kawankawan fikir dari sudut lain. Sudut yang mungkin tak pernah kita perasan sebelum ni. Serius kan tajuk ni berbanding post2 saya sebelum ni? Saya dah LAMA tunggu untuk kongsi idea ni dengan umum. Harap kawankawan nampak point saya. Sebab kadang2 saya ada masalah untuk ekspresikan apa yang saya fikir dan rasa.

Kita yang dilahirkan dalam keadaan yang baik, tak kiralah mak ayah tak bagi kita hidup secara mewah sekalipun, WAJIB bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Terutamanya keluarga, kawankawan, sempurna anggota dan kesihatan tubuh badan. Jangan dihitung kekurangan, itu buat kita lupa kelebihan kita. Tak kira sesusah mana masalah menimpa, ingatlah, ramai lagi yang jauh lebih susah berbanding kita. Tak susah pun, ucap saja Alhamdulillah. :)

7 comments:

Anonymous said...

izzi, hnstly wey. aku tabik ko.mmg ko fikir lama2, dlm2. rspek sama lu la amoi!

Unknown said...

izziieeee i suka baca blog you :D

Anonymous said...

erk, suke part macik ngumpat deni de kasanova. nape tenet bergerak tu tak slalo gune ayat tu ea? hurm, point y kamo sampai kan sgt bagus. moga masyarakat kita celik sket ngan isu ne. :)

IzziaraYusoff said...

anony1- thx. :D
farrah- thx farrah! :D
anony2- cm apa je nm tu kan.ahaha. ntahla, intrnt bgrak besenya suka bikin bnd2 kontroversi. :D

M.I.A said...

semua orang tak boleh tuding jari anatara satu sama lain. banyak faktor penyebab. paling sedih, anak2 yang tak berdosa jd mangsa. alhamdulillah kita dlahirkan dlm keadaan sebaik mungkin. :)

esah said...

OK, sumpah tak pnh fkir camtu pulak. good point girl!

IzziaraYusoff said...

lis amir- btol2.sokong! :)
esah- thx esah! ;)