Monday, December 6, 2010

JanganJadiBODOH

**POST INI DITUJUKAN KEPADA SESETENGAH POMPUAN DAN LAKI SAHAJA. TAK MERUJUK KEPADA SEMUA YE. HARAP MAKLUM. :) **

Barubaru ni, kawan saya tanya pendapat saya, hari jadi teman wanita dia da dekat, patut bagi apa sebagai hadiah?


1) Saya tanya, apa yang budak tu suka?
Entah, tak pasti.

2) Jenis girlish ke sempoi2 saja?
Urm, girlish kot. Tapi aku rasa dia bukan cam kau ah Izzi.
*Apa maksud bukan cam saya? Saya camne? Ahaha. :D*

3) Da lama couple ke?
Da lama, dekat nak dua tahun.

Awak da jadi pasangan dia hampir dua tahun tapi masih tak tahu apa kegemaran dia? Hebat kan?

4) Apa warna kegemaran dia?
Pink kot. Pompuan kan suma suka pink, kalau tak, bukan pompuan namanya.
*Ikut suka dia je label suma pompuan suka pink. Saya tak suka pink. Maksudnya saya bukan perempuan ke? -.-*


Terusterang, saya rasa ramai pompuan akan setuju, kalau orang tu kita suka dan sayang, apa2 dia bagi pun mesti kita suka. Asalkan bukan yang mengarut la.

Katakanlah, kita dah lama suka satu beg merah ni, harga RM200. Waktu hari jadi kita, kawan kita (lelaki) bagi beg tu. Teman lelaki kita bagi coklat, harga RM20. Walaupun beg tu mahal dan da lama kita aim nak beli beg tu, walaupun teman lelaki kita bagi coklat yang sepuluh kali ganda lebih murah, kita akan lebih hargai coklat tu berbanding beg tersebut. Kalau boleh, siap setkan kuota, sehari makan satu je coklat tu, nak lambat habis. Adik mintak sebiji pun kena marah da. Pembalut, kotak coklat suma nak simpan. Sebab apa?


SEBAB KITA SAYANGKAN DIA. :)


Yang penting bukan apa yang diberi, tapi keikhlasan nak beri hadiah tu, itu tanda awak ingat pada dia, raikan hari istimewa dia. Jadi tak perlulah sampai pening2 kepala tak tahu nak bagi apa pada teman wanita awak. Tak payah la dua bulan ikat perut nak beli jam Swatch atau sebotol perfume Incanto untuk dia. Ikut kemampuan saja.




Kenapa kita perlu risau pasangan kita suka tak hadiah kita tu? Kenapa kena yang mahal2? Kalau murah sikit, dia marah? Kalau dia marah, mungkin awak patut pikir balik sebab apa pompuan tu suka awak. Sebab awak ialah awak, atau sebab dia anggap awak mesin ATM dia? -.-

Tapi janganlah semata2 nak uji teman awak, hari jadi dia awak cuma bagi gulagula Hacks RM0.50, da la murah amat, pedas pulak tu. (-.-) Kalau itulah hadiah awak, kalau teman awak mintak clash hari yang sama jugak, janganlah label dia jenis materialistik. Dia cuma bersikap realistik. :D

Satu perkara yang saya perasan, melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri, selalunya pompuan saja yang selalu beria-ia nak rancang macam2 untuk harijadi teman lelaki, tapi lain pula ceritanya bila sampai harijadi pompuan tu. Kadangkadang salah tarikh, silap wish. Atau sampai ke tahap boleh terlupa hari jadi teman masing2. Sedar2, kuar kat FB reminder, harini birthday si dia. Barulah kalut nak wish, time tu silap2 da petang ataupun da nak masuk hari baru da. Alasan apa yang digunakan?


“MINTA MAAF. SAYA SAJA LAMBAT WISH, SAYA NAK JADI INSAN TERAKHIR WISH BIRTHDAY AWAK. SWEET KAN? AWAK TERHARU TAK? -.-


Cover baik punya! Betul apa yang orang selalu cakap, bila benda tu ada depan mata, kita tak tahu hargai, tak jaga elok2. Tapi bila da hilang, baru kelamkabut nak kejar semula, terkenangkenang. Waktu birthday kita, pompuan tu sikit punya tunggu betulbetul depan jam, nak wish birthday kita tepat kul 12.00 AM. Sikit pun kita tak terharu, cakap ‘THANKS’ pun tidak. Waktu birthday dia, kita sibuk tengok bola, atau tertidur, sedar2 da pukul 2.30 AM.


“AHHHH, DIA DAH TIDO AGAKNYA. ESOK JE LA.”


Bila da ada orang yang sayang kita, hargai dia sebagaimana dia hargai kita. Bila dia buat sesuatu untuk kita, jangan segan atau berat mulut nak bagi kata pujian. Bila da hilang dia, mulala terasa sunyi, harijadi pun harapkan kawan wish kat FB je, takde da siapa nak call wish pukul 12.00 AM tepat da. T.T

Kadang2 saya rasa pelik, kenapa ramai pompuan sanggup buat macam2 demi lelaki sedangkan dia tahu adakalanya tak berbaloi suma itu. Kalau nak keluar dengan teman lelaki, pakai bedak sampai tujuh lapis. Tak cukup lebat bulu mata, tambah dengan yang palsu punya. Maskara, eyeliner, smoky eyes. Waaaa, lengkap. Esokesok mula la bertimbun jerawat di muka, makeup tebal punya pasal. Tapi takpe, semalam dia puji kita nampak cantik, nanti nak makeup lagi teballah. Ish3.

Kalau dia kata jangan macam ni, terus tak berani buat da. Padahal mak da banyak kali tegur benda sama, tak pernah nak endahkan. Sanggup pakai pakaian ikut selera teman awak. Mentang2 dia suka merah, tiapkali nak keluar bersama, tak pernah awak pakai warna lain. Kalau jumpa lembu, kerbau tengah jalan, memang da lama dia tanduk awak. Merah sangat. Sekali dia puji lawa, terasa nak pakai baju tu sampai esok hari, nak tido pun tak nak tukar baju.




Itu saya rasa boleh tahan lagi. Tapi yang saya TAK BOLEH TERIMA ialah bila,

Teman lelaki pujuk nak ‘SOMETHING MORE’ dari teman wanitanya. Siap bagi syarat. Kalau tak mau ikut apa aku mintak ni, kita clash. Bagi pompuan yang tahu berfikir, mereka akan cakap,


“BAJET KAU SIAPA NAK ROSAKKAN ANAK DARA ORANG HAAA?! ADA HATI NAK UGUT AKU PASAL CLASH. FINE, KITA CLASH!"


Tapi bagi yang ada otak tapi tak mau gunakan untuk pikir, cam pompuan yang kiss teman lelaki dia depan KLCC tu, mesti akan rasa,


“OKAYLAH, DEMI NAK BUKTIKAN CINTA KIAH PADA ABANG, KIAH IKUT KEMAHUAN ABANG. TAPI ABANG JANJI DENGAN KIAH, AKAN KAHWIN DENGAN KIAH EK. KIAH SAYANG ABANG.”


Urgh. Tanggungjawab gaponya. Kiah, kau tunggu je la sampai perut kau da ‘berisi’ nanti, tengok apa reaksi abang kesayangan kau tu. Dan kalau pun dia nak bertanggungjawab, tak ke awak pikirkan keluarga, camne nak hadapi masyarakat? Muka mak bapak awak bukan setakat awak da conteng dengan arang, tambah skali dengan taik lembu yang tanduk awak sebab pakai baju merah tadi. Anak luar nikah yang tak berdosa tu nanti tak pasal2 jadi mangsa diskriminasi, jadi bahan ejekan kawankawan nanti, percayalah.

Kata orang, cinta perlukan pengorbanan. Give and take. Toleransi. Tapi jangan salah faham erti PENGORBANAN, itu tak bermaksud kena korbankan SEMUA. Ada paham? Pikir dalamdalam dulu, bodoh dan merugikan diri ke tak perbuatan awak tu. Yes, kita belajar dari kesilapan. Ruang bertaubat sentiasa ada. Tapi harus diingat, kesalahan yang terlalu besar, camne nak anjak semula.

Nak kena tunggu sampai mengandung baru menyesal? Tambah2 bila dah mengandung, buang bayi, hanya dengan menyesal mampu ubah segalanya? Sampai ke nafas terakhir awak bawa sesalan itu.

Minta maaf, tapi saya emo melihat kejahilan kaum Hawa terutamanya mereka yang bergelar perempuan Melayu dalam negara kita yang kononnya mengamalkan Islam sebagai panduan. Malaysia Negara Islam. Gelaran tu hanya sebab majoriti kita beragama Islam. Negara Islam, 1Malaysia, itu suma permainan politik. Dunia nyata, jauh lagi nak capai tahap tu. -.-

By the way, ini video 7 Things, nyanyian Miley Cyrus yang sudah di ‘parody’kan. Saja nak share dengan kawankawan. Rasa sesuai pulak dengan jenis pengorbanan yang saya describe tadi. Video ni gurauan saja, jangan ambil serius atau terasa hati ek. Teehee! :D







7 comments:

Anonymous said...

Kritikan ko mmg mengena weh. skang pompuan mmg ramai jadi bohsia. tak fhm aku naper owh. -_- btw, video tu bangang giler! hahahahaaa.

esah said...

sokong sokong!

londoner said...

Stuju..kdg2 bg bnda simple j, mcm buku kecik pn kita akn hargai smpai bila2.. :'))

akuemo said...

ape yg buku kecik pun kita hargai londoner oi... tu buku hutang....kahkahkah...izzi, gua minat blog lu!

IzziaraYusoff said...

anony1- thx, best kn video tu.ahaha. :D
esah- thx. :)
londoner- true. :D
akuemo- thx. :D n buku kecik tu, kngn pribadi kot.hehe. :D

mate-sepet said...

gula2 hacks 50sen? mahal giler.. aku beli 5 sen je hehehhe

IzziaraYusoff said...

mate-sepet - satu 5 sen. tp takkan nk bg satu je,itu y bli sampai 50 sen tu.hehe. :D