Monday, December 20, 2010

ReplyMePlease :)


‘Ding dong!’

Itulah bunyi setiap kali telefon bimbit saya terima SMS.


Dan setiap kali terdengar bunyi tu, tak kisahlah guruh sedang berdentum, pokok rebah sujud ke bumi, dan dunia sedang bergoncang sekalipun, saya akan terus dapatkan telefon bimbit saya sambil hati berdebar2 meneka siapa yang hantar SMS itu.
(Maaf, keseluruhan perenggan ditambah unsur keterlaluan sikit. Hehe. :D)

Setiapkali saya dapat mesej, hanya akan ada empat ekspresi saja di muka saya.



Muka teruja sebab gembira
Muka terkejut diikuti dengan rasa sedih
Muka seposen takde perasaan
Muka nyampah, right away.



Kenapa teruja?
Sebab si dia hantar mesej! Dia teringat dekat kita! WEEEE! :D Atau mungkin sebab kawan yang da lama tak contact mesej kita. Atau teman rapat tanya khabar. :D

Kenapa terkejut dan sedih?
Sebab berita kematian atau sesiapa jatuh sakit, kemalangan. :(

Kenapa takde perasaan?
Sebab takde mood atau orang tu tanya soalan yang bosan. (-_-)

Dan kenapa nyampah?
Sebab tengah senggugut, bad mood, malas nak layan, tak suka orang tu, ada orang text lawak blue, atau terasa,


“Kenapa mesti nak text aku hari2! Kita tak rapat, dan kau dah ada gf! Gatal text aku! Nanti gf kau datang serang aku plak, tuduh aku yang gedik! BACK OFF la!”


Dan hari ni saya nak bicara tentang point pertama dan point terakhir. Dapat mesej dari
si dia dan juga dapat mesej dari si buaya.





Bila yang tersayang hantar mesej kat kita, WAAAA! Muka berseri2 tidak terperi. Tak payah minum InnerShine pun mata da bersinar2. Hati pun terus jadi flowery-flowery. Padahal dia cuma hantar,


“Hai awak, tengah buat apa?”


Tapi tak kisahlah, nak happy jugak! Dan bila awak reply, terasa nak taip panjang2, bagitau suma aktiviti awak da buat harini. Tak lupa untuk selitkan yang hari ni awak rindukan dia. Dia sihat tak? Kalau sebut saja tak sihat, wuish. Bertimbun awak senaraikan pilihan penyelesaian. Jumpa doktor, ingatkan makan ubat, tanya perkembangan hari2, suruh tidur dan rehat cukup2. Hari2 kejutkan dia smayang Subuh. Kejutkan dia sahur waktu bulan puasa. Walaupun waktu tu tengah datang bulan, tak boleh smayang atau puasa pun, tapi sanggup bangun awal. Nak kejut bf punya pasal. Ah, macam2 lah.

Pendek kata, suma yang awak lakukan, minda awak selalu ingat pasal dia.

Dulu teman lelaki awak mungkin pernah cakap dia teringat awak waktu makan burger. Mungkin sebab muka bulat cam burger atau sebab dia suka awak dan burger jadi samakan kedua2nya, itu kita tak pasti. Waktu tengah cintan cintun, kita rasa,


“ Awwww. Suwitnyaaaaaaaaa you ni!


Lepas da breakup rasa cam,


“Huh?! Aku cam burger??! APAKAH?! KENAPA?! MENGAPA?! Kuaja kau kan!”


Muahaha. :D Lain benar kan? Dan kalau lepas breakup dia cakap dia tak sihat, awak pun malas nak layan sangat. Cuma jawab suruh makan ubat, jaga diri saja. The next time dia contact awak yakni hampir dua minggu berlalu, baru nak tanya da sihat ke belum. Hehe. Dan waktu tu juga, tak kuasa nak bangun pagi buta nak kejut Subuh atau sahur dah. Tambah2 kalau waktu datang bulan. Kau tak smayang ke, tak puasa ke, itu dosa memasing. Itu suma tidakkan mungkin tercampuraduk bersama dosa2ku. Heeee! :D

Memang kesimpulannya, kalau hati dah tak kenan nak berkawan, memang jadi malas nak layan. Kalau dia jenis selalu ganggu kita, lagi mudah untuk kita rasa annoyed.


Kalau dinilai semula, point asal saya nak cakap pasal mesej dari yang tersayang, kenapa boleh melalut sampai ke teman lelaki anggap kita burger ni Izzi?


Sebab, itu salah satu penyumbang point terakhir. Point yang mana muka tukar jadi nyampah setiap kali ‘ding dong’ berbunyi. Kadang2 terasa ibarat diberi harapan palsu juga. Harapkan yang lain, lain pula yang dapat. Kadang2 buat penat je teruja semacam nak check mesej, sekali budak tu juga yang text. Tambah2 kalau isi kandungan berbaur kebiruan.
(-_-)

Memang masam semacam la muka. Kebiasaannya, mula la muncungkan mulut sambil dalam hati tertanya2,


“Kenape die nie yang text kite nie?! Kite tak cuke la die tacau2 kite! Kan kite da cakap kite tak nak tawan die!”





Dan bila muka nyampah itu muncul sertamerta selepas tengok nama penghantar dan isi kandungan SMS tersebut, mulalah empat pilihan pertama timbul di minda. Yang terakhir tu, jarang2 orang guna.



1) Padamkan mesej, buat2 tak perasan, buat2 lupa, tak payah reply.

2) Buat2 hp rosak, mesej tak sampai, tak payah reply.

3) Alasan takde kredit nak reply.

4) Reply, tapi terus cipta alasan untuk hentikan perbualan di situ sahaja.

5) Reply, aku tak suka kau kacau aku, jangan contact aku da.



Kalau awak amik jalan kelima, awak memang berani dan nampak sangat da tak tahan. Confirm dia rasa awak bajet hot, dia pulak jadi menyampah, jadi takkan kacau da. Tapi biasanya, pilihan ketiga tu yang jadi kegemaran ramai orang. Cuma kita kena pandai bezakan tau.

Kadang2 tu niat nak reply tapi MEMANG BETUL2 takde kredit. Atau saja je tak nak reply. Nak kekononnya manja2, tunjuk perasaan merajuk dengan yang tersayang la. Tengok dia call tak untuk pujuk. Heeee!

Ada jugak kes yang kita hampir nak marah atau terasa hati sebab si dia tak balas mesej kita. Rupa2nya dia MEMANG BETUL2 tak dapat mesej tu. Tetambah kalau siapa yang mengamalkan hubungan jarak jauh. Memang panas gak kekadang, mesej lambat sampai la, tak sampai2 la. Waktu tu memang Celcom ke, Maxis ke, memang suma kena curse punya. Kalau awak pelajar KY, dan berhasrat nak Skype si dia, batalkan saja. Kalau tak, awak terdedah pada risiko untuk hadapi masalah penyakit darah tinggi. Line SLOOOOOW amat! Laju lagi siput khinzir. Habis muka jadi berkotak2, kejap2 line terputus.

Tapi kadang2 kita MEMANG SENGAJA tak mau reply! Dan sebab apa tak mau reply, tu yang kita kena kupas. Kalau da berlambak kali awak text orang ni, tapi dia langsung tak reply, buat tak tau saja, cuba awak tegur di FB. Kalau masih buat tak tau, then faham2lah bro. Dia rimas, jangan kacau dia. Dan bagi masa, mungkin satu hari nanti dia perasan, terasa kehilangan dan cari awak. Kalau tak, then terpaksa move on la! :)




Dulu saya pernah suka kat sorang mamat ni. Hari2 saya cari peluang nak SMS dia. Dan sampai satu masa, dia macam layan tak layan. Lama2 saya mula setkan mata pada orang lain. Saya tak kacau terus mamat tu. Alih2 dia pulak yang kejap2 call, tanya khabar la, tanya apa latest movie kat wayang la, camne nak buat puding la. Padahal boleh je Google sendiri. Da hilang, baru kalut nak terkejar.
Bosan. (-_-)


Kalau dipikir2 balik, dari gaya mesej saja, banyak benda boleh kita tafsir. Dia tengah gembira ke, tengah sibuk ke, rasa kita mengganggu ke. Macam2. Kalau dia tak reply langsung tu, maybe awak patut rujuk balik pada point2 di atas. Memang satu perangai orang Melayu ni, suka sangat berkias2. Tak ramai yang jenis terusterang saja. Suka bagi hints. Terutamanya kalau pompuan. Dan harapnya bila dapat tangkap hints tu, kita buatlah tindakan susulan yang bersesuaian. Kalau terasa mengganggu, dia rimas, hentikanlah. Mudahkan hidup dia sikit. Banyak lagi pilihan lain,
COME ON! :D


Tapi kalau dia layan je, gembira je, suka je balas mesej kita, then senyum la puas2.
Mungkin itu petanda cinta awak berbalas.

WEEEEEE!! :D


12 comments:

akulerrr said...

izzi! saper ko suke tuh? serius dia tak lyn ko? naper aku tatau saper nih?

Anonymous said...

betulbetulbetul!~~

syaa said...

I always use 2nd excuse utk avoid call from someone I don't like very much.

tggu die call byk2 kali then text 'sori fon ak rosak speaker, so xleh angkat nnt ko ckp ak xdgr.'

haha.

and it worked. well, a few times lah. tp rasenye lps tu patut fhm2 sendiri lah kot. kalau dh smpai dkt setahun asyik fon rosak je, reti2 la bahasa yg kite ni x sudi..

IzziaraYusoff said...

akulerrr- kau pun aku tak sure sapa. mana la nak tau kau tau tak sapa y aku suka tu. :D

anony- thx. :)

syaa- ahaha.izzi slalu guna 1 or 3. 4 kadang2. 5 pun pnah.hehe. :D

:) said...

izzi, i nk tny skt. everythg yg u citer2 nie, ikut experience ke reka2 ke apa ek? anyways, blog u mmg best, easy to relate to. nm pn izzi kn.keep on blogging. i kire fan u jgk nie. hehehehe~~

syaa said...

haha. yg no 3 tu kire paling cliche la mssti sumorg pnah guna..
kesimpulannye mmg dh slalu lah menipu org dgn cara2 tersebut... haha nk buat cemane kan...
kang nk berterus terang mcm no 5 takut kecik ati plak kan..

Anonymous said...

hahaha, patut r ko x layan aku kan, lepas nih aku x kacau ko da :)

IzziaraYusoff said...

:)- cmpur2. reka,experience, obsrvation, suma msuk skali. thx ek. :)

syaa- kdg2 bila prlu, izzi tak ksah utk guna no 5. tp slagi boleh elak, of course kita elak. :)

anony- disbbkn identiti y tak diktahui, ssh nk komen lbih lanjut. ape2 pn, mntak maaf kalo aku ada sakitkn hati kau. :)

Anonymous said...

ko x pernah buat salah laaaa, aku memain je, lme da xknekan ko, heheh :P

IzziaraYusoff said...

anony- yeah? dua hari aku tak tido lena, mkn tak knyang pikirkn dosa aku kt kau. percaya tak? muahaha. :D

Anonymous said...

hahaha, lawak duh ko, ok yg bab tido tu aku percaye sbb ko mmg insomnia, yang bab makan tu errrrrrr.... susah la, haha

IzziaraYusoff said...

tepat skali. ko mmg knal aku ngn baik. ahahaha. :D