Sunday, December 5, 2010

SiapaPLAYGIRL?

Berterusterang atau berdiam diri. Follow the flow. Saya benci ayat tu. -.-

Pernah tak kawankawan alami situasi ni?

SITUASI 1
Awak perasan yang berat badan kawan anda makin naik, makin ketara pada tubuh badan dia. Muka da makin tembam. Awak serba salah, patut cakap ke tak. Sebab isu badan dan fizikal ni memang sensitif habis. Kalau tak kena cara menegur, dari kawan boleh jadi lawan wooo.

Ataupun…

SITUASI 2
Awak nampak kawan awak sejak dah ada teman wanita ni, asyik berjiwang2an saja. Jarang nak selak2 buku da. Kalau bergaduh mulalah monyok saja, tak ada mood, tak nak pegi kelas. Jadi awak serba salah, patut ke tak tegur kawan awak. Kalau ditegur, nanti tuduh awak cemburu. Kalau tak tegur, takut dia makin hanyut. Dilema la kononnya.

Persoalannya ialah camne nak susun ayat tu supaya dia sedar, yang awak tegur dia sebagai kawan, ikhlas, takde niat nak malukan atau nak sakitkan hati dia.

SITUASI SEBENAR
Sama juga bila awak bayangkan diri sebagai seorang pompuan yang ada sorang kawan lelaki, dua2 belum berpunya, selalu la cerita perihal masing2. Tak salah kan nak kawan, nak rapat pun. Tapi one thing that you MUST bear in mind, awak kena sentiasa sedar dan mampu untuk kenalpasti sama ada dia cuma menjadi seorang kawan yang baik yang ambil berat tentang awak. Atau dia sebenarnya betul2 sukakan awak dalam diam.

Jangan tertukar dan akhirnya salah faham.

Dan katakanlah, dia betul2 sukakan awak. Kalau awak pun sukakan dia, takpe. Camne kalau awak anggap dia kawan. Tapi dia harapkan lebih2? Camne nak jelaskan supaya tak terasa hati, tak rasa pelik di masa depan dan kekal kawan?



Saya kadang2 tak pasti, mana lagi penting, hati siapa yang nak dijaga, sendiri punya atau hati dia? Tapi kebanyakan masanya, saya pilih untuk jaga hati sendiri. Kalau terus-terusan jaga hati orang, siapa nak jaga hati kita sendiri? Betul tak?

Saya paling benci bila orang salah faham niat baik kita. Kadang2 bila kawan sedih, kita hulurkan bahu untuk dia bersandar. Tapi itu tak bermaksud kita nak jadi teman dia. Itu bukan petanda kita suka dia. Mungkin kita sekadar seorang kawan yang tak mahu lihat sahabatnya bersedih dan meratap sendirian.

Tapi bila dah salah faham, mula ingat itu petanda, ingat kita bagi harapan, mula buat perangai, harapkan lebih2. Bila kita jelaskan perkara sebenar, waaaaaa, macam2 dia label kita.

BAGI HARAPAN PALSU! HEARTBREAKER! PLAYGIRL!

Salah kitakah bila kita cuba jadi kawan yang baik? Salah kitakah dia salah faham?

Itu kes kalau rapat. FINE. Mungkin kadang2 kita tak dapat elak dari salah faham. Sebab cara layanan terhadap kita baikbaik belaka. Tapi cuba kalau kita tak rapat pun. Kadang2 kita cuma cakap satu ayat ringkas, pun da mampu buat dia terasa kita minat dia, apa kes?

“Rambut kau smart ah.”

“ Best ah sembang dengan kau.”

Kalau ikut logik akal, itu pun da cukupkah untuk jadi batu aras untuk buktikan awak minat dia? TAK kan?

Dan kalau betul kita suka dia, adakah itu boleh dianggap satu lesen untuk dia mula cakap2 atau gurau2 benda berunsur lucah pada kita?

TAK!

Macam mana kalau kita dah la tak suka orang tu tapi dia sukahati duk cakap2, gurau2 benda tak senonoh kat kita sebab ingatkan kita suka dia, kita selesa dengan dia, kita cukup terbuka?

Urgh. KAU GILA?!!




Saya pernah berada di kedua2 posisi. Bukan part buat lawak blue tu tau. Maksud saya,saya pernah membuat orang lain salah faham dan jugak menjadi orang yang salah faham. Terusterang, saya tak suka kedua2nya. Dan saya faham sakitnya bila kita salah faham, ingat orang tu sukakan kita tapi tidak sebenarnya. Jadi bila kita sendiri dituduh sebagai orang yang bagi harapan palsu, sedih la.

Nak kongsi dengan kawanakawan. Bila saya salah faham, saya duduk diamdiam, sorangsorang dalam bilik. Pikir balik, apa sebenarnya yang dia buat sampai saya rasa dia suka saya? Segala perbuatan tu, dia buat khas untuk saya saja ke, dekat suma orang pun macam tu layanan dia? Pernah tak dia bagi hint pasal apa pandangan dia tentang saya? Kalau susah sangat, curious sangat, tanya terus je. Cara yang sama saya praktikkan kalau orang tuduh saya bagi harapan palsu kat dia.

And guess what? Cara tu bantu sedarkan saya tentang macam2 perkara. :)

Dan lagi satu, kalau si dia dah jelaskan perkara sebenar yang dia hanya ikhlas berkawan, tak payahlah nak berdendam, bengang lamalama. Sebab itu hanya akan membuat awak kehilangan seorang kawan. Tips tambahan tak nak hilang kawan, kalau awak suka seorang ni, tapi dia dari awal tekankan tak suka kat awak, jangan terlalu mendekatkan diri dengan dia. Seboleh2 nak jemput dia dari kelas, nak belikan makanan tengah hari untuk dia, nak telefon dia tanya tengah buat apa, SMS dia hari2. Merimaskan. Tak selesa. Lama2 CONFIRM dia cuba elakkan awak semampunya.

Kadang2, orang tak berniat nak buat kita salah faham. They are just trying to be nice. Kita yang tak tengok dari sudut tu. Kalau ikut kebiasaan, bila da perasan yang sangkaan kita meleset, kita rasa malu. Cuba sedaya upaya buat keadaan tak jadi pelik. Tapi lain benar zaman sekarang. Terus dijaja kisah ni. Kadang2, siap tambah2 cerita, biar pedas, biar orang sokong dan kesiankan kita, biar orang salahkan dia.

Pikirpikir balik, dia tak rugi apa, kita dapat dosa. BRAVO!

Jadi kenapa patut buat? Betul tak? Sedih sekejap takpe, janganla sampai meleret2. Time ni jugak, sebagai kawan, faham la nak support dia, tapi takyah la tambah2 dengan cadangan dan idea yang bersifat batu api, macam

“Dia mainmainkan kau oh. Kau patut belasah dia, simbah asid!” -.-

Kalau kes mana yang emo lebih, bila da terlalu sedih, kadang2 hilang pertimbangan. Esok2 nampak nama dia masuk NST, Metro, Kosmo, Berita Harian suma, ditahan sebab simbah asid kat orang. Nauzubillah. Cuma tak pastilah ada gambar tak. Kalau ada, mesti kecik je, kalau besar sangat nanti BikMama marah. Hehe. :D

Salah faham adalah satu perkara yang normal. Apa yang penting ialah reaksi dan cara kita hadapi salah faham tersebut. Reaksi kita juga mencerminkan tahap kematangan kita dalam menangani situasi tu. Dan pilihlah, sama ada mahu kekal berkawan atau tidak. Kalau masih mahu berkawan, kenalah give and take sikit. Ketepikan ego sikit. Tak rugi apa pun. Tapi kalau degil sangat, ego sangat, tak mahu kawan da sebab terasa luka tu dalam amat (-.-), then bolehla kalau nak ucap,

“ Pergi blah la weh! Ingat aku kisah sangat kau tak nak kawan aku huh!!”

P/S : Untuk kesan yang lebih dramatik, boleh cuba simbah air (BUKAN ASID!) kat muka dia atau bagi jelingan maut lantas berpaling muka lepas ucapkan ayat di atas. :D


19 comments:

Anonymous said...

izzi, knape ah? cerita2 ko sume boleh relate aku owhhh... sobs...tp mmg betul ahh smua benda ni...hebat ah ko..aku tak kenal ko, tapi cerita2 ko suma superb!!

esah said...

BRAVO BRAVO izzie!!~

sikacak said...

izziara yusoff..aku suka gak la blog kau ni cumaaaaa kenapa guna bm blog kau ni? mesti BI kau hancur kan? kahkahkahkah~~

syaa said...

haha. i've been in all the sutuations..
1. org yg disalah faham
2. org yg tersalah faham
3. kte baik dgn die, then start plak ckp bnde2 lucah. like super extreme punye lucah ah. scary kot.

tmbh satu lg, org lain yg tlg salah fahamkan.. as in kte baik dgn someone, pstu ade plak member2 beliau pegi cucuk2 beliau tu kate kite ni minat kat si beliau.. yg tu paling laa merosakkn persahabatan...
manusia, manusia...

Anonymous said...

sape lak manusia yg bajet kacak ini?
nyway izzie,u go girl,sape lagi nak martabatkan bahasa kite kalo bukan kite sendiri...

Anonymous said...

si kacak, if your english is that good, then why the hell r u commenting in BM yourself?
or maybe it's your english that sucked?
oops, sorry, but my BM is, in your word, HANCUR. :)

sikacak said...

anonymous dengan izzi sekali, kauorang emo gila laaaa, perempuan la katakan kannnn/? datang bulan kot.. kauorang emo sekali apesal? kahkahakakah~~ and fyi, aku memang hndsome and hot OKAYHH?

IzziaraYusoff said...

anony1- thx.itu cite psl aku, kalo kau rs bley relate, then kita lalui bnda sm. :)
esah- thx. :)
syaa- kan? slalu cmtu, tapi mana boleh tepis tu, kita cuba la tepis. :)
anony2- thx. :)
anony3- thx for ur spport. :)
sikacak- kalau nk komen pun tak brani gn nama sbnr, baik kau diam je. get a life. n btw, thx, aku tau mesti kau suka aku kan, cuma segan nk ngaku, buat2 kritik aku. :)

syaa said...

btol tu.. baik tepis awal2 mane2 yg terdaya tu..

n u r doing a good job here.. x kisah la kan dlm english ke BM, asalkn cara penyampaian tu menarik..
takut kang if tules dlm english ade yg komen
'blog ko ni best tp satu je apsl tules dlm english blagak gile poyo dh melayu ckp la melayu bla3' plak kan?

cemane nk buat tuh? hahaha..

Dayang Nabelle said...

hahahaa.
si kacak we.
point tah papa.

g basuh berak kau dululah,busuk do..

maddy :) said...

haha. lawak la budak si kacak ni. tolong la buat blog sendiri and tunjuk sikit kekacakan dan kehebatan english ko tu. kitorg bukan emo, tp mungkin ko punya comment tu macam taikk :D

izzie, yet again. well done :)
big clap izzie ! :D :D

IzziaraYusoff said...

syaa- thx petsis! :D malas btol layan org cmtu kan, tak mkn saman. :)
nabelle- busuknya sampai ke sarawak. hebathebat.ahaha. :D
maddy- thx maddy! :D nk cndemn pompuan emo, bini nanti bukn pmpuan? gay agaknya. -.-

Haq Mohaidin said...

sikacak macam malaysia.agung-agungkan english tapi after a while he discovered he didnt improved much so he decided to speak malay again.

Karipaptelur said...

Wow!it's just me or it's getting hot in here...well biarkan je si kacak terjun sgn labu2nya..so what if izzie write in bm?if you think your english is damn good then writs your own blog in english la bro..*sori teremo plak hari nih tp serius wa xdtg bln sbb wa xde ovary

IzziaraYusoff said...

Haq- Itulah. Mungkinmungkin.Hehe. :)
Karipaptelur- Ntah knapa aku rs sikacak tu ssorg y ada ovary, cara jwb cm pmpuan, tp tulis nm cmtu sbb nk org igt dia laki. Ntah. -.- anyway, thx for ur spport ek. :)

-bihah- said...

izzi...aku suka ayat "Follow the flow" to...tapi to a certain extent la...hehe...asal ko benci ayat tu..??

tapikan..camna nak tau kalo dia perasaan sebenar dia tanpa sekelumit salah faham..?? -.-"

oh, ya! ingin sekali aku nyatakan di sini bahawa ini adalah pertama aku kali memberi komen di blog kau dan aku juga baru sahaja menjejaki blog kau yg menarik ini! SANGAT MENARIK! ^^

teruskan usaha kau ya! kerana aku akan terus memberi sokongan dan terus membaca coretan hati kau :)

dang! BAHASA MELAYU FTW!!! \(^_^)/

IzziaraYusoff said...

bihah- aku tak ske ayat tu sbb rs cm takde haluan, ikut je. rs hanyut sket.hehe. :)

sekelumit takpe, normal, tp kalo yang over-emo plus trbawak2 slh paham tu la y susah tu. :)

thx bihah! :DD

Anonymous said...

err bawak lunch? :P

IzziaraYusoff said...

yes, bwk lunch. :)