Saturday, December 18, 2010

UbahBerubahDiubah


Orang berubah. Macam musim juga.

Harini macamni, tak bermaksud esok masih kekal macamni. Banyak benda boleh berubah dalam sekelip mata.

Dari kaya jadi miskin, dari sihat jatuh sakit, dari baik jadi jahat, dari suka jadi benci, dari cinta jadi pudar, dari seksi jadi seksa.

Ada juga yang amik masa sikit. Dari bodoh jadi pandai, dari jelik jadi jelita, dari muda jadi tua, dari gemuk jadi kurus.

Dan perubahan itu biasanya hanya dapat dikesan oleh orang luar, bukan diri sendiri. Kita mungkin rasa diri kita masih sama tapi tidak sebenarnya.

Perubahan biasanya ambil masa, perlahan2. Dan bila tiba masanya, awak tersedar,


“Eh, aku da tak macam dulu lagi.”


Saya teringat sesuatu yang pernah disampaikan oleh sahabat saya di MRSM Taiping. Megat namanya. Fine, promote kejap. Dia ni Presiden Badan Wakil Pelajar. Kami sekelas.
Single ke tak, itu tak pasti, tanyalah tuan empunya diri. Hehe. :D

Okay, pernah satu hari dia cakap pasal perkara2 wajib bagi seorang Muslim. Tentang aurat kalau tak silap. Bebelannya yang lain saya abaikan tapi satu bait dalam tazkirahnya, saya ingat sampai ke hari ni.


“ Kita dalam hidup, banyak benda wajib kena ikut. Dan kadang2 walaupun mudah saja nak buat, kita rasa susah sangat nak ikut. Kalau ikut pun tak ikhlas. Itu normal. Semua perbuatan wajib kita bermula dengan tak ikhlas. Contohnya smayang. Dulu mak suruh smayang Maghrib, kita buat muka. Tak mau, malas. Bila diasuh dan dimarahi mak, baru nak smayang. Itu pun masam muka. Lama2 kita terbiasa untuk smayang. Kalau tak smayang kita rasa tak lengkap rutin kita. Dari situlah keikhlasan mula timbul tanpa kita sedari.”


Dan saya rasa cukup betul apa yang dia katakan. Saya lambat juga mula pakai tudung sepenuhnya. Biasanya saya pakai di sekolah saja. Itupun sebab pengawas wajib bertudung. Asal bunyi loceng balik sekolah saja, papppp, hilang tudung saya. Sertamerta.

Dan akhirnya, Alhamdulillah masuk saja ke Taiping tahun 2006, saya terbuka hati untuk pakai tudung sepenuhnya. Niat saya di awalannya bukan sebab ikhlas pun. Saya pakai sebab saya segan kalau2 terjumpa kawankawan sekolah sewaktu keluar berjalan2 waktu cuti. Budak di MRSM lain sikit, asal freehair saja di luar, suda jadi isu. Jadi sebab takut campur segan, saya pilih untuk bertudung setiapkali keluar.

Tapi bila sudah seketika, saya tersedar. Saya segan sangat kalau tak pakai tudung kat luar. Dengar saja perkataan keluar, terus saya capai tudung. Bukan setakat tudung, dengan anak tudung lengkap. Dan saya terasa bila ada kawan lelaki yang secara sengaja atau tidak terlihat foto lama saya ketika belum bertudung. Mungkin itu tandanya suda ikhlas bertudung, saya pun tak pasti.


Bagaimana dengan hati dan perasaan?

Lagi la mudah berubah. Kurang perhatian sudah mula mencebik. Kurang komunikasi, sudah tawar sukanya. Kurang memahami dan mendalami pasangan lagi la parah. Atau asal jumpa yang menarik sikit, hati suda mula berkenan pada yang lain. Macam2.

Barubaru ni, kawan saya tunjukkan sebuah artikel tentang 'Perempuan Cantik Lebih Cenderung Untuk Curang'. Mungkin sebab terlalu yakin diri, sentiasa mahu yang lebih baik. Jadi tukar2 pasangan. Tapi bagaimana kalau kita asyik cari perubahan, sehinggakan satu hari nanti kita tersedar, kita sudahpun terlepas apa yang kita cari. Sibuk kejar yang lain, sehingga butakan diri pada pilihan terbaik yang ada di depan mata. Hargai mereka yang hargai kita seadanya.




Owh, since skang ni politik kat Malaysia ni kecoh2 pasal ketuanan Melayu. Saya nak cerita, satu kisah melibatkan orang Melayu, hari ini.

Tadi saya dan mak pergi ke satu tapak jualan gudang. Tapi apa2 pun tak berkenan, balik dengan tangan kosong. Sabar je la.
(-_-)

Yang menarik hati saya, bukan barang2 yang dijual. Tapi gelagat seorang makcik yang bertudung ni. Lingkungan usia 45 tahun. Pakai jubah seluar. Anaknya ada tiga. Perempuan sumanya. Melihatkan pada penampilan, rasanya anak yang paling tua itu sekitar usia 17 tahun mungkin. Tak bertudung. Si ibu giat mencari baju untuk anaknya. Yang menariknya, si anak berkenan baju tangan panjang warna hitam. Tapi si ibu cakap,


“Eeeee, kau nampak tak cantik la pakai baju lengan panjang. Besar baju tu. Haaaa! Yang ni cantik kan? Amik yang ni lah. *Sambil pegang baju merah jenis spaghetti*”


Nak gambaran yang lebih jelas camne baju tu, lebih kurang macam penyanyi video dalam post DoomKuTokSir ini. Kawan saya syorkan video tu pada saya lepas saya mintak dia ajar saya Bahasa Kelantan. Tak boleh blah betul. ‘Ku tok sir’ tu pun saya masih tak tahu apa maksudnya. Ku tak mahu kot. Entah. Kalau ada Idzni, boleh jugak tanya. (-_-)

Balik pada topik, saya terkejut dan terpegun dengan keterbukaan si ibu tu. Dengan imejnya, saya tak sangka dia tak benarkan anak pakai baju lengan panjang yang longgar. Siap syorkan baju seseksa itu pula sebagai pengganti. Yes, saya tak salah eja, memang saya maksudkan SEKSA di situ. Alhamdulillah, si anak tolak cadangan itu sebab katanya malu nak pakai camtu. Bagus. Thumbs up! Kau mesti akan berjaya dalam hidup, amin. Hehe. :D

Lagi satu, makcik yang sama juga. Setiap ayat yang dilafazkannya, WAJIB dimulakan
dan / atau diakhiri dengan perkataan ‘DOWH’.


“ Eh, dowh, cantik tak baju ni mama pakai?”

“Eh, kau taknak beli ke baju tu dowh? Elok la dengan kau dowh.”

“ Dowh, kau passkan mama jap handbag tu. Lawa gila dowh”


Saya tak pasti sama ada makcik ni bajet otai atau memang nama anaknya Siti Dowh. Dowh sana, dowh sini. Mak saya yang baik tu pun sampai *rolling eyes* dan ajak pergi tempat lain sebab tak tahan dengan makcik tu selamba duk panggil anak dia dengan singkatan kepada ‘bodoh’. Patutkah itu yang didoakan untuk anaknya?



Apa da jadi dengan komuniti kita, saya pun tak pasti. Bukan semua macam tu, tapi perubahan ni makin ketara. Kalau dulu, jarang benar jumpa individu berperangai sebegini. Apakah orang tua juga makin terpengaruh nak nampak muda, dan berlagak seperti remaja? Saya tak dapat terima kalau2 zaman anak saya nanti, mak-anak bercakap guna gua-lu. Adus, hancur!

Orang politik kini bising2 isu Ketuanan Melayu. Bising di Parlimen, turun padang taknak. Nak pilihanraya baru nampak muka. Apa kata, buat tinjauan, bagaimana Melayu sekarang? Baru bicara tentang Melayu. Daripada duk bising parti ni bodoh, parti tu tak betul. Makan duit rakyat. Baik turun padang. Tinjau sendiri. Cakap kosong saja. Timbulkan isu berbangkit padahal yang nak ditekankan bukan jalan penyelesaian, sekadar nak jatuh parti lawan. Kadang2 saya terfikir, yang duk kecoh2 pasal Ketuanan Melayu tu, Melayu sangat ke dia? Sesetengahnya duk tekankan isu Islam, sikit2 kaitkan Islam, apa2 nak masukkan Islam. Tapi hakikatnya, setakat mana kefahaman dia? Sedangkan isteri sendiri belum terbimbing, jangan bodoh sombong macam arif sangat tentang Islam, boleh tak? Urgh! Politik dipenuhi orang yang bajet bagus, cakap lebat.
Membosankan. (-_-)

Perubahan cuma ada dua saja. Berubah jadi lebih baik atau sebaliknya.

Dan setiap perubahan hanya akan disusuli dengan dua perasaan saja. Suka atau duka.

Setiap orang punya prinsip dan pandangan berbeza. Jadi bagi masa, dengar sudut lain juga. Jangan balik2 nak kita saja yang betul, nak ikut kepala kita saja. Hanya sebab kita mampu terima perubahan dengan baik, tak bermaksud semua orang boleh adaptasikan diri semudah kita. Perubahan perlukan toleransi dan pemahaman. Tapi dalam berubah tu, agak2 lah sikit ye. Kalau da jadi baik, jangan pandang suma yang lain jahat pula. Semoga perubahan yang kita alami mampu jadikan kita insan yang lebih berkualiti, insyAllah. :)


6 comments:

Anonymous said...

Macik bajet otai pun sm mmbosankn macam politik.

akuemo said...

politik sucks!

saya miqdad said...

part 'dowh' tu mmg xley blah.

IzziaraYusoff said...

anony- TRUE! :)
akuemo- pun TRUE! :)
miqdad- kan?? :)

hazwani haris said...

hahahaha izzie nanti kau jadi mak yg mcm tu 'dowh' :PPP

IzziaraYusoff said...

mane ade 'dowh'. ahahaha. :DD