Saturday, December 11, 2010

UmurPenghalangKita?


Ini cerita beberapa hari lepas. Saya bangun pagi, baca berita. Pasal laki umur 23 tahun kahwin dengan pompuan umur 14 tahun. Saya saja masuk portal hiburan tanah air. Berlambak2 kes artis wanita bercinta dengan laki yang jauh lebih muda. Ada juga artis yang kahwin dengan laki yang jauh lebih tua. Diikuti kes sorang pelajar pompuan dalam usia 19-21 tahun lari ke India ikut pensyarah umur 56 tahun.


Penting ke bab umur ni?


Zaman ni, agaknya orang da kurang minat pasangan yang sebaya kot? Kalau teman lelaki saya sebaya dengan saya, adakah itu bermaksud saya tak ikut trend, ketinggalan? Haruskah saya mula cari pasangan di sekolah2 rendah yang berdekatan?

Kalau begitu, kena cari kat sekolah kebangsaan jenis kah? Baru mix sket rupa anak nanti. Hehe.

Gurau2 je tau. Kang ada yang report polis pulak.

Okay. Balik pada topik, semalam, saya, Zhaf (rakan sekerja) dan pengurus saya, Mr P (bajet misteri) sembang2 kosong pasal pilih pasangan ni. Kata Mr P, kita kalau mencari pasangan kena lagi tua beberapa tahun. Kalau laki tu lagi tua dalam lingkungan 5 tahun camtu, kira ideal la.

Saya mencelah dan cakap. Susah la Mr P. Sebabnya. Dulu saya MRSM, ada Form 4, Form 5 saja. Masuk kolej, pun sama jugak. Mana nak jumpa orang yang tua 5 tahun. Takkan sampai pensyarah sendiri pun boleh la. Cam desperate je nada ayat tu. Tapi to be honest, pensyarah Matematik saya, Mr Alderson macam agak menarik jugak. Ahaha. :D

Zhaf jawab,


“Tunggu je awak masuk uni nanti Izzi, mesti ada tendency nak minat kat senior. Senior ni hensemlah, sukalah senior ni *sambil disertakan dengan gerak tangan yang agak sesuai*.”


Kalau awak tanya saya, terus terang, saya tak berani nak cakap da saya favor yang lagi tua, sebaya atau lebih muda. Sebabnya dulu, saya pernah cakap kat kawan saya nak cari yang tua 2 tahun dari saya. Tuptup bekas teman lelaki saya sebaya. Saya pernah cakap kat kawan baik saya, saya takkan suka laki lagi muda. Tapi hakikatnya, saya tertarik jugak dengan seorang laki yang muda setahun dari saya. Jadinya, baik saya zip mulut awalawal. :)




Memetik katakata Mr P tadi, pompuan patut pilih laki yang mampu membimbing, dapat beri tunjuk ajar. Dia da lebih makan garam, jadinya, dapat pikirkan penyelesaian untuk banyak masalah. Dan lebih matang, bijak berfikir. Berdikari.

Kalau kematangan ialah kata kuncinya, maksudnya muda atau sebaya sekalipun, asalkan matang dan boleh membimbing tak apa lah kan? :)

Zhaf cakap,


“Mak pernah pesan, kalau nak cari teman wanita, biar yang lagi muda, pilih elok2. Sebab pompuan ni kalau tak pandai jaga, senang dan cepat nampak tua. Kalau pandai jaga, okla. Macam Erra Fazira. Makin lama makin cantik.”


Saya angguk2 kepala tanda setuju. Mr P juga. Tiga2 orang agaknya terbayang muka Erra Fazira sekejap sambil senyum. Sehinggalah Mr P cakap ayat ni.


“ Aah. Erra cantik. Muka dia macam Ziana Zain jugak kan.”


Dari senyuman bertukar menjadi (-_-). Sedap2 tengah bayangkan muka Erra, abes potong mood, suh ganti dengan Ziana Zain pulak. Nasib baik Ziana. Kalau BikMama, mungkin dari
(-_-) berubah jadi (T.T). Dia pun pandai jaga juga, makin hari makin tegang mukanya. Tapi Wirawati 1Malaysia bolehlah, bukanlah Miss Malaysia cam Erra. :)

Tapi bab2 umur semua ni, saya rasa memang betul apa orang selalu cakap.
Age is just a number.
Kalau tak, tak mungkin dua individu yang jauh langkau usianya boleh saling tertarik dan menyayangi diri masing2. Contohnya Mek Wook. Laki 30an, dia da 100an. Bertuah Mek Wook tu, dari pelbagai aspek. Tiada ulasan lanjut berhubung aspek apa yang dimaksudkan.

Dulu ada satu ketika ada satu fenomena dalam masyarakat yang mana, lelaki tua ada kekasih muda dan pada masa yang sama, lelaki muda banyak tertawan pada wanita berusia. Mungkin faktor kewangan yang stabil, kematangan, pemahaman dan pengalaman membuatkan golongan yang berusia, mahupun laki atau wanita, kelihatan menarik di mata generasi muda.

Kalau dulu, setiap kali kita nampak laki muda berkepit dengan pompuan tua, atau gadis remaja berkepit dengan lelaki tua, kita akan terus label,


ANAK IKAN! PISAU CUKUR! SUGARMUMMY! SUGERDADDY!


Tapi sekarang ni, kalau jumpa pasangan sebegini, susah nak tafsir. Sebab ramai jugak pasangan yang beza usianya jauh, tapi sesudah berumahtangga, kekal bahagia. Yang kecohkecoh, yang kahwin sebaya pula yang banyak berceraiberai.

Masyarakat kita memang sudah biasa dengan tanggapan laki WAJIB lebih tua dari pompuan. Ayah saya pun lebih tua dari mak 4 tahun. Dari situ juga kadang2 saya rasa faham apa kelebihan bila suami lebih tua beberapa tahun. Mungkin sebab kebiasaan itu, kita pandang pelik pada wanita yang pasangannya lebih muda.




Bagi saya, kalau muda 1,2 tahun tu boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 12, 15 tahun? Urm. Maaf, tapi bagi saya rasa pelik dan tak selesa. Sebab apa? Cuba bayangkan, bila awak umur 13 tahun dulu, waktu baru saja capai baligh, zaman naik jerawat, suami awak ketika tu baru setahun. Baru belajar jalan. Gigi mungkin baru ada tiga. Ish. Peliklaaaaaaaa!

Pilih pasangan ni bukan umur yang paling penting rasanya. Lagi utama ialah keserasian, hormat, memahami. Setakat umur, kalau nak jugak cari yang lagi tua, tapi tak faham kita, buat seksa badan saja.

Cumanya mana2 pompuan pun kena terima, memang da banyak bukti, laki memang lambat sikit proses penuaannya. Jadi kalau nak jugak cari pasangan yang ‘da bomb’ kenalah ketap bibir rapat2 sikit bila ada yang kritik awak nampak tua. Tambah2 kalau laki tu metroseksual. Memang tinggi maintenancenya. :D

Sebab tu la saya rasa, tak penting nak lihat usia. Sebab semua benda yang kita buat dalam hidup berkisar tentang RISIKO. Dalam hidup tak ada jaminan. Bercinta bagai nak rak, tapi tau2 putus, tak sempat kahwin pun. Kadang2 tak pernah tegur sapa di sekolah dulu, bila besar itulah soulmate kita. Bila kecik bajet nak yang hensem, pandai, tinggi macam adik beradik KRU (waktu tu KRU paling hot ok). Tapi bila dah besar, awak mula perasan, kalaupun jumpa laki yang ada ciri2 itu, tapi mungkin tak serasi bersama.

Kesimpulannya, terpulang pada diri kita. Nak yang muda atau lebih tua. Yang penting, mesti berani tanggung risiko. Jangan mula tuding jari kat orang lain bila ada yang tak kena. Saya sendiri pun jarang pikir pasal ciri2 yang saya nak. Saya tak memilih atau cerewet. Cuma kalau boleh, saya nak yang :-


Tinggi, kulit sederhana cerahnya, pakai specs, boleh bimbing saya, tahan perangai saya, senang tolak ansur, kelakar. Selain itu, dia juga kalau boleh kenalah baik,suka jalan2 cari makan,………...................
(Ada hati ngaku tak memilih, teman awak kot! Mesti la kena memilih! :D)

Ciri bonus yang mesti ada pada si dia ialah berat dia KENA 65kg. Specific gila. Muahaha. Dan paling penting, dia mestilah seorang LELAKI. Ini pun kena mention.
(-_-)


Kalau ada kenalan seperti di atas, bolehlah isi borang yang terdapat di farmasi2 berdekatan okay! ;) Kawankawan, takyahlah risau sangat pasal aku muda dia tua ni. Asal jumpa yang serasi bersama, da kira syukur sangat da. Bila awak mampu tersenyum tanpa paksaan, itu tanda awak bahagia. :D


8 comments:

Anonymous said...

izzie! u MEMANG SUMPAH KELAKAR! hahahahahaha~

akuemo said...

Contohnya Mek Wook. Laki 30an, dia da 100an. Bertuah Mek Wook tu, dari pelbagai aspek. Tiada ulasan lanjut berhubung aspek apa yang dimaksudkan.

aper yg btuah tu izzi? wakakaka~~ wink!

Anonymous said...

ikmal kah? huhuhu.....

Dayang Nabelle said...

hahahahha..
bikmama tu smart do XD

IzziaraYusoff said...

anony1- kelakar ke? ahaha. thx! :D
akuemo- banyak. ada org jg, bg kasih syg, jaga kperluan zahir dan batin die. :D
anony2- mungkinkah? general la ni. hehe. :D
nabelle- ahaha. aku cuba selit gak dia kat ceruk mana y ssuai. :D

Anonymous said...

"Bagi saya, kalau muda 1,2 tahun tu boleh tahan lagi. Tapi kalau sampai 12, 15 tahun? Urm. Maaf, tapi bagi saya rasa pelik dan tak selesa. Sebab apa? Cuba bayangkan, bila awak umur 13 tahun dulu, waktu baru saja capai baligh, zaman naik jerawat, suami awak ketika tu baru setahun. Baru belajar jalan. Gigi mungkin baru ada tiga. Ish. Peliklaaaaaaaa!"


ape yg nak dipelik kan?? even nabi pon pada umur 25 tahun kahwin dgn ct khadijah yg usia nye 40 tahun...

karipaptelur said...

baru baca paper harini yang lelaki malaysia berpeluang memiliki isteri dari maghribi yang cantik,subur, taat serta bersifat sederhana dgn harga rm14,000.
Woooowww!!that's marvelous~~aku rase aku kne amek twrn nih sbb diorg btol2 innocent plus diorg lgsg xpenah kapel or bergaul bebas ngan lelaki pon..

IzziaraYusoff said...

anony- pelik, as in saya slalu bayangkan apa y org2 ni nmpk pada pasangan y jauh langkau usia. nabi dan siti khadijah mmg jauh beza usia. tapi manakan mungkin kita nak samakan nabi-siti khadijah dengan selebriti pula, btul? :) mmg saya rs pelik, tp pelik tak brmaksud sy mghalang apatah lagi melarang. :)

karipaptelur- owh, aku pun ada baca jugak. kalau terasa sesuai, sggup amik risiko, boleh saja. :D