Wednesday, December 1, 2010

BilaSudahAdaFB...

Kalau awak kawan saya di FB dan gemar periksa sapa tengah online, awak akan perasan, jarang saya appear online dekat ruangan chat FB. Sebenarnya saya online. Saya tak berapa gemar chat FB, lembab. Kadang2 dia ulang dua kali ayat yang kita tulis. YM, Skype better.

Ada beberapa kawan tegur kenapa dah lama tak online. Terusterang saya rasa FB da kurang menarik. Kalau dulu, memang tak pernah la ada hari yang saya tak masuk FB. Ketagih. Sekarang ni, kadang2 tak sedar da 2,3 hari da tak jengah FB.

Kenapa saya cakap bosan? Kenapa saya suka appear offline? Kalaupun saya online, kenapa kalau awak tegur saya, saya buat bodoh, tak balas semula? Bajet gila owh Izzi.

Sebab saya rimas dengan banyak perkara.

Bayangkan diri anda seorang lelaki. Camne la awak rasa sorang pompuan nak reply kalau awak cakap camni.

“Izzi, caya da banyak kali tegur awak, nape tak reply? Awak ni combonk la. Tecian caya tau.”

*Bayangkan ek, saya ambil masa beberapa saat untuk kenalpasti perkataan2 yang digunakan. Habis baca ayat tu baru saya perasan caya ialah saya sebenarnya.*

Tak kurang juga yang ada hati buat2 cam da lama kenal, cam rapat sangat je. Padahal kadang2 kita tak reply apa2 dan tak pernah pun chat dengan dia.

“Izzi, mummy u sihat? Kem salam kat dia ek.”

*Ntah sejak bila saya panggil mak saya mummy pun saya tak tau.*

Nama pun jadi isu jugak. Kalau da nama pun ‘Man Rempitzzzkotaraya’, 'JenabKauRobekHatiku', memang terus saya tukar offline je bila dia tegur. Nak menjawab jauh sekali.

Saya jarang chat dengan orang. Hanya dengan kawan rapat, kawan yang buat saya rasa selesa, itu okay.

FB ni macammacam kenangan saya ada. Saya pernah kena maki dengan beberapa lelaki dan pompuan. Page saya pernah di’hack’, sedar2 bila login, ada banyak inbox message, bila check macam2 orang mencarut pada saya. Rupanya ada orang hack, hantar mesej2 yang menyakitkan hati berbentuk ejekan, perkecilkan orang kat mereka ni. Itu yang bertalu-talu makian saya dapat, baik dalam BI, BM standard, mahupun dalam loghat negeri masing2.

Tapi saya rasa yang paling geli sekali ialah bila pernah dua tiga kali, ada pompuan tegur saya thru FB chat. Mula2 okay tapi lama2 da tanya hal2 peribadi dan mula masuk ke perbualan yang berbaur tak senonoh. Siap offer nak hantar2 gambar masing2, macam2 lagi. Atas faktor tak selesa terpaksa saya remove dua orang ini. Sorang tu kawan saya, sorang baru kenal thru kawan saya. Lepas kenal betul2, baru saya tahu, persamaan mereka satu saja yang ketara, mereka minat KAUM SEJENIS.

Baru2 ni, kawan sekerja saya tunjukkan satu artikel kepada saya. Dosa2 yang tersebar melalui FB. Menarik saya rasa. Sebab kadang2 saya pun tak sedar. Antaranya, bila guna application men’tag’ gambar orang. Kadang2 gambar yang kita upload itu, niat nak jatuhkan atau malukan sesiapa. Then tag banyak2 orang, nak sebarkan, bila ramai LIKE dan komen, kita gembira, teruja. Katakanlah niat kita nak bergurau, tapi kalau orang tu terasa hati, kena pulak berbaur fitnah, tak pasal2 dapat dosa free.

Lagi satu, kalau contohnya, kita dah pakai tudung, dulu2 tak pakai. Sekali kita pegi upload gambar kawan kita tu masa dia masih tak bertudung. Secara tak langsung, awak da dedahkan aurat kawan awak.

Itupun antara yang saya tak berapa gemar dengan media, artis dah pakai tudung, tapi masih paparkan gambar2 dia yang dulu seksi2. Noorkumalasari contohnya, sekarang da bertutup litup, siap dengan jubah, tudung hitam labuh. Tapi TV, majalah kadang2 masih letak gambar zaman2 dia pakai skirt pendek, baju tak berlengan dan sebagainya. Bila jadi camtu, tak ke tuan empunya diri itu terasa malu, seolah2 telah ditelanjangkan apa yang kini sedaya upaya cuba dilindungi dari pandangan umum?



Bila bercakap tentang status. Ini umum ya, sebab kebanyakan dari kawankawan belumpun berkahwin. Tapi ramai yang ibunya atau bapanya ada FB kan? Nasib baik mak ayah saya kurang berminat bab Internet FB suma ni, kalau tak, mungkin hari2 mereka ‘poke’ atau ‘buzz’ saya. :D

Okay, berbalik pada isu tadi, seorang isteri seharusnya patuh, taat, hormat, tutup aib suami. Tapi bila dalam FB, mungkin terdorong dengan perasaan nak ramai2 orang ‘LIKE’ status mereka, menyebabkan mereka tak sedar yang kadang2 mereka dah masukkan unsur yang dapat malukan suami/isteri masing2, perkecilkan nama suami/isteri mereka di mata umum. Macam,

“ Isteri masak tak sedap, tensi betul, garam gula pun tak reti beza, ni yang nak cari lain ni.”

“ Kenapa la suami aku ni tak sehensem, segagah Fahrin Ahmad. Ini lain, perut bulat macam perut aku yang tengah mengandung ni.”

Kalau orang baca, terus da ada impression yang tak bagus, dan mula persendakan hal2 ini tanpa menghiraukan isu sensitiviti pasangan masing2. Tambah2 isu fizikal. Salah mereka ke kalau dilahirkan berkulit gelap? Salah mereka sebab ada jerawat dan pendek? Okay, maaf, ayat last tu cam emo skit, maklumlah, ada sorang budak terasa kat sini. Hehe.

Lagi satu, FB ni bahaya sebab melalui perkenalan dengan orang2 baru, ada kebarangkalian boleh mengganggu keharmonian keluarga. Tibatiba jumpa mamat hensem mana, kuat melayan pulak tu, suami dipandang sebelah mata je. Yang suami pulak, pantang nampak pompuan lawa, seksi sikit, nak add, nak tegur, banding2kan dengan isteri. Tak ke tak boleh blah tu?

Sebab FB ramai kawan jumpa semula, sebab FB ada yang bergaduh, sebab FB ada yang dapat kawan sekepala, sebab FB ramai yang salah faham, sebab FB ada yang bertemu jodoh, sebab FB ada yang bercerai. Pendek katanya, FB ni ada baik, ada buruknya. Terserah pada kita nak nilai dan guna macam mana.

Kat FB, ramai juga yang menyamar. Gambar perempuan cantik, tapi sebenarnya lelaki. Nama Lily tapi sebenarnya Ahmad Alias. Bila tengok senarai kawan baru perasan, suma perempuan lawalawa. Bila nak tengok gambar lain, da takde pulak. Ada satu je, current profile picture. Ada jugak kes, kena tipu melalui bisnes yang dijalankan secara online.

Jadi, harap kawankawan hati2 bila nak rapat dengan sesiapa. Dekat luarnegara da berlambak kes orang menyamar di FB, minta jumpa, akhirnya rogol dan bunuh perempuan itu. Nak melayan sapa2, kaji2 dulu okay, jangan dedahkan terlalu banyak info pasal diri sendiri pada umum, cinta Internet ni bahaya sikit. :)

Dan yang terakhir, tolong buka mata anda pada point ini ya.

Kalau anda cantik, comel, awak tak perlu tekankan pada nama dan pose2 gambar awak,

Mazni ComeyLotey, Jenny Jelita, Sarimah Slim, Karim Ketiakbusuk.

Nama je comeylotey, tapi kadang2 tak comel mana pun. Jenny jelita sangatkah? Sarimah kadang2 tak tampil se-slim namanya. Dan Karim, belilah deoderant.

Kalau awak betul2 menarik, tak perlu cakap apa, orang akan nampak sendiri. Kadang2 awak memang comel, tapi bila awak nak tonjolkan sangat kecomelan awak tu, buat awak jadi tak comel langsung pulak, habis dibahankan orang. Ditambah dengan gaya cakap ala2 budak umur 3,4 tahun, cakap tak terus lagi tu, mana yang R jadi W. Mana yang S jadi C. Mula2 memang nampak manja, comel, lama2 confirm nak rimas jugak kan. Lain pula kesnya bila kadang2 walaupun rupa anda tak seberapa, tapi bila disertakan dengan personaliti yang menarik, automatik orang rasa awak jauh lebih menonjol berbanding budak cakap tak terus tadi, walaupun awak tak letakkan kata adjektif kat belakang nama awak.

Kawankawan, FB ni social network, guna untuk komunikasi, jumpa kawan lama, buat kawan baru. Jadi jangan ketagih amat sampai buang masa gilagila duk melangut layan FB okay. Kita da makin besar, mesti dapat beza baik buruk kan. Sekadar nak ingat2kan diri dan kawankawan, kita kongsi2 la mana yang kita tahu tu, mana kita perasan, mungkin ada yang kita lepas pandang. Jadi buka mata luas2, nilai elok2, dan jaga diri baik2 okay. Bak kata Too Phat,

“Hidup penuh pementasan dan drama, ada berisi,ada yang kurus, ada melencong, ada yang lurus, bukan semuanya tulus.”

Teehee! :D

9 comments:

Anonymous said...

Haha nicely done my fren. Btw ayat teehee tu amek dr nigahiga ke? :D

esah said...

serious kwn ko ada nm karim ketiakbusuk? kahkahkahkahakah!!!

IzziaraYusoff said...

anony- thx. :) aah, makin kerap guna word tu skang. :DD
esah- takde laaa. tu ciptaan semata. :D

Hfz A. said...

where's the like button?
heh

...fadia ilham... said...

Mantapla izziara! Ak terbayang2 ekspresi ko klu ko cite benda ni in person kat ak owh! serious lawak....haha....ape2pum juz wanna say....an article nicely written in ur own way! best! kudos!

karipaptelur said...

seriously,kadang2 aku impressed cmne ko bleh tulis entry pnjg2..aku dulu nk tulis krngn smpai botak pale asyik dok cabut rambut..
aku kalo fb chat aku buat list mne2 yg aku xske aku ltak lam list then appear online kat list yg aku ske je..
tp mmg amat3 xske org yg bajet cute then ckp pon nk bunyik cam budak2 bru nk tumboh gigi..hahaha

Laily Azwa said...

hahaha. nice one! yeap. aku pon menyampah gila bahasa rempit jiwang R jadi W S jadi C tu. macam !@#$%^&*


weh, next time toksah approve dah mazni comeylotey sarimah slim dan seumpanya. mengarut.

londoner said...

okay pasni kena buat 'friend cleansing' kt fb, cuak kot ada kwn karim ketiakbusuk :DDD

IzziaraYusoff said...

Hfz A. - Thx for dropping by. :)
Fadia - Yes, msti aku cite kat kau dalam nada emo smcm kan.ehehe. Thx fad! :D
Karipap Telur - Aku minat jugak menulis, cuma kadang2 malas, tp once da start ada idea da susah nk stop, kna edit,cut. :D
Laily - Kan? Aku pun nek rimas. Nanti nk tukar nama jd Irresistable Izzi ah. :D
Londoner - Ala, jauh kot, bukan bleh bau.ahaha. :D