Sunday, January 9, 2011

AdilkahDuniaKita?


** Post ini agak emo. Mungkin juga sangat emo. Tak pasti.**


Harihari kita baca paper. Banyak saja kes baru. Setiap hari pasti ada yang terbunuh. Setiap hari pasti ada yang tercedera. Kalau yang kemalangan, masih boleh tahan lagi. Tapi mati ditetak, dibunuh, dirogol suma. Disebabkan perbuatan manusia, ada yang terkorban. Itu yang tak enak didengar.


Kalau ditanya, kes mana yang paling teruk? Mungkin ada yang cakap kes tetak, kes bunuh atau mungkin simbah asid. Tapi entah kenapa, mungkin sebab saya sorang pompuan. Saya paling tak boleh terima kes2 rogol. Terutamanya sumbang mahram. Tak guna punya laki. Dan bagi saya, siapa2 yang masih pertahankan golongan2 perogol ni, kau pun sama saja. Tak guna.






Saya bukan jenis yang berfikiran positif sepanjang masa. Pemaaf. Mudah memberi peluang kedua, ketiga, keempat dan berikutnya. Saya lebih ke arah realistik. Manakan mungkin hari2 kita dipenuhi warna-warni pelangi. Itu hanya fantasi. Tentu ada saja hari yang mana kita dilanda ribut dan gelap.


Saya selalu fikirkan ini. Bagi saya, orang2 yang disabit bersalah, selalu punya 1001 alasan.


Contoh paling bangang saya mampu fikirkan ialah, let say, kes rogol anak atau adik sendiri. Time rogol tu, nafsu atasi segala. Siap berani ugut anak, kau ngadu kat sapa2, mati kau. Budak yang trauma tu pun diam. Kau pula tahu dia takut, ambil kesempatan, rogol banyak2 kali, di setiap kesempatan yang ada. Bila satu hari, dia cerita pada gurunya, guru buat laporan. Kau ditahan. Bila dibicarakan, berasaskan bukti yang ada, kau sabit kesalahan. Masa tu, bila da dengar kena sebatan rotan, penjara bertahun2, kau buat rayuan pulak. Mintak dikurangkan hukuman. Sebab apa? Mintak simpati, mohon difahami, nak tanggung anak bini kat rumah.


Taik apa? Sekarang bila bicara soal hukuman baru kau ingat anak bini kat rumah? Waktu kau rogol anak kau tak pikir apa da kau ragut dari dia? Mana simpati kau, mana pemahaman kau? Orang yang paling diharapkan untuk beri perlindungan akhirnya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Bodoh.


Yang saya tak tahan, kalau usia melebihi 50 tahun, tak payah disebat. Tak percaya, baca ini. Sebab apa? Sebab faktor kesihatan tak mengizinkan, uzur. Apa salahnya kalau disebat saja? Takut pastu tak ada punggung, nanti lampin tak kekal posisi sebab longgar? Tua tak sedar diri. Masa pergi rogol anak, kesihatan kau membenarkan pulak, tak uzur pulak?
Sekali lagi, bodoh.


Saya masih ingat satu ketika dulu, tahun 2000, waktu saya baru di Darjah 4. Cukup banyak kes sumbang mahram. Tolong la. Anak itu kurniaan dan amanah Tuhan. Kenapa mesti dijadikan platform untuk melempias nafsu? Apa guna kau kahwin dan ada bini? Untuk dapatkan anak pompuan kemudian rosakkan dia?


Waktu saya kecil, seawal usia 6, 7 tahun di Kedah, kalau ditanya tentang rogol, tanggapan saya ada dua saja.


1. Rogol hanya berlaku di bandar2 besar seperti Kuala Lumpur.
2. Rogol hanya menimpa gadis2 yang da besar, lingkungan 18 tahun ke atas.


Sekarang 2011. Saya pun suda 20 tahun. Terlalu banyak perubahan berlaku. Sekarang, mana2 saja boleh berlaku kes rogol. Dan yang lebih teruk, sekarang perogol tak amik kira usia, asal kau pompuan, sudah. Budak2 pula jadi sasaran. Sebab mereka kecil. Tak mampu melawan. Kalau digertak sikit, suda menggigil, tak tahu patut mengadu atau tak. Kes rogol melibatkan budakbudak bagi saya adalah kesalahan paling binatang yang boleh seseorang lakukan kepada individu yang lain.


Masuk pula pada rogol gadis remaja. Saya masih ingat satu kes. Lelaki itu mengaku merogol dan membunuh gadis berumur 16 tahun. Sebab apa? Sebab tak layan waktu dia tegur.


Kadang2, saya rasa susah betul. Layan pun nanti kena, tak layan pun kena juga. Pakai seksi pun kena sebab katanya menimbulkan ghairah. Bertutup litup pun kena sebab katanya bila tutup semua orang teringin nak tahu apa disebaliknya. Pastu patut buat apa? Suma nak jugak salahkan pompuan tu? Dia kena rogol kot, cukup2 lah! Ah. Kalau iman tak kuat, memang tak berpenghujungla senarai alasan kau.




Dah kau rogol dia, kau rakam pulak. Siap edar2 rakaman. Gila apa. Cuba klik sini untuk baca brita tentang ayah yang terkejut menonton rakaman anaknya diperkosa jiran.


Tak cukup dengan budak, sekali dengan orang kurang upaya diorang bedal jugak. Tambah2 yang bisu, atau mungkin terencat. Saya masih ingat satu kes melibatkan seorang wanita bisu. Diperkosa. Tapi akhirnya terbongkar setelah diceritakan pengalaman itu kepada seseorang yang memahami bahasa isyarat. Kesian perogol tu, mesti ingatkan sampai ke liang lahad rahsianya itu takkan terbongkar. Tapi Allah punya kuasa, siapa mampu lawan?


Mereka2 ni lagi kesian. Sakit, dianiaya. Tapi tak tahu nak mengadu macam mana, dekat siapa. Kalau yang ada masalah mental pula, kalaupun buat aduan, susah untuk orang percaya dan ambil langkah sewajarnya.


Kas yang dilaporkan sudah berlambak2, belum masuk kes yang tak diadukan. Ramai yang lebih suka berdiam diri. Sebab anggap kalau dihebahkan, dikhuatiri akan memalukan kaum kerabat. Nanti tak ada siapa mahu kahwini anak mereka.


Kadang2 saya hairan di Malaysia ni. Kes berat, rogol, bunuh. Cuma dipenjarakan beberapa tahun, beberapa sebatan. Mungkin ada yang cakap, ish tu da cukup seksa dah. Tapi kadang2 saya terfikir, setimpalkah? Sama nilaikah hukuman itu dengan trauma yang dialami mangsa? Seksaan yang dialami tu sama beratkah dengan yang dialami mangsa?


Dulu ada satu kes melibatkan sebuah keluarga India. Tiga orang ditahan kerana didapati membelasah seorang lelaki sehingga mati. Bila disoalsiasat mengapa, jawapan mereka mudah. Lelaki itu telah memperkosa adik mereka. Mereka dijatuhkan hukuman penjara. Tapi rasanya mereka tak kisah pun, yang penting dah puas. Lelaki tu diseksa sampai mati. Mungkin bagi mereka itu baru setimpal dengan penyeksaan lelaki itu terhadap adik mereka. Kenapa la diorang tak tunggu dan ikut aturan undang2 negara saja? Kalau ikut mesti tak payah masuk penjara. Tapi untuk apa suma itu? Kes pasti dilengah2kan. Hukuman kadang2 tak setimpal. Baik hukum sendiri.


Dulu saya ngomel2 pasal laki tak guna rogol2 orang, pastu kena hukuman tak berat mana. Mak saya pernah cakap,


“Kalau lepas hukuman dunia, takkan lepas hukuman di akhirat nanti.”


Memang betul, tapi bukankah penantian tu sesuatu yang menyeksakan? Dan kalau kita sendiri di tempat mangsa, sanggupkah kita terima hakikat yang si perogol akan keluar penjara dalam masa 6 tahun akan datang? Mampukah kita sembuh dalam tempoh itu? Mampukah kita teruskan kehidupan dan menelan segala titik hitam itu? Dan mampukah si perogol itu insaf dalam tempoh itu? Apa jaminannya yang dia takkan mengulangi perbuatannya sesudah dipenjarakan dan disebat?




Wallahualam. Allah itu Maha Adil dan Maha Besar. Semoga Allah berikan petunjuk kepada mereka2 yang melakukan perkara terkutuk itu agar kembali ke pangkal jalan. Dan semoga dikuatkan hati dan kecekalan setiap mangsa yang masih kekal hidup di dunia ini. Kepada yang terkorban nyawanya, semoga roh2 kalian dirahmatiNya dan ketahuilah Tuhan lebih menyayangi anda. InsyAllah hari pembalasan akan tiba menuntut keadilan buat anda.


Kita yang masih bernasib baik ni, jangan mudah alpa dan ambil ringan. Bila2 masa saja, sesiapa saja ada kemungkinan dilanda nasib yang sama. Semoga itu suma dijauhkan sejauh2nya dari kita dan mereka yang kita sayangi. Nauzubillah.





3 comments:

Anonymous said...

"Apa salahnya kalau disebat saja? Takut pastu tak ada punggung, nanti lampin tak kekal posisi sebab longgar? Tua tak sedar diri. Masa pergi rogol anak, kesihatan kau membenarkan pulak, tak uzur pulak?"

Aku bleh byg muka kau time ckp bnd nie. hahahaha.

Haq Mohaidin said...

strong post. gud ah kau

IzziaraYusoff said...

anony- muka tak puas hati. ahaha. :)

haq- thx. :)