Monday, January 24, 2011

AwakWANITA?


LRT, KTM, teksi, ERL, bas,beca.


Apa persamaan antara suma ni? Betul! Sumanya kenderaan awam. Bila sudah namanya kenderaan awam, jadinya sedia maklumlah kaum wanita. Jaga beg tangan elok2. Ramai penyeluk saku, peragut yang sentiasa mengawasi anda. Dan lagi satu, pervert yang suka meraba2 orang tapi tak dapat dibuktikan sebab sesak sangat, ramai orang. Kadang2, tak dapat elak dari berlanggar sesama lain jantina.


Oleh itu, KTM dah keluarkan satu peraturan yang saya salute dan sokong.


LADIES' COACH atau dalam BM, KOC WANITA.


Dengan adanya koc wanita ni, diharap dapatlah dikurangkan jumlah mangsa penyeluk saku dan mangsa raba. Senanglah sikit. Nak bersentuh kulit dan kulit pun tak adalah rasa tak selesa. Dan bila ada keistimewaan begini, kebanyakan wanita yang menggunakan KTM setiap hari pun bersorak gembira sebab dah tak payah nak risau2 sangat pasal orang ambil kesempatan, aniaya pompuan dalam keadaan sesak2.




Tapi hairan. Dah terang lagi bersuluh, Koc WANITA. Kenapa mesti ada kaum lelaki yang tak makan saman dan sanggup tebalkan muka untuk masuk koc tu jugak. Tak pedulikan segala pandangan slack pompuan2 yang masuk koc tu. Dan nak jugak tunggu kena marah dengan pegawai bertugas baru nak beransur keluar. Contohnya brader ni, rambut spike da smart da. Tapi sayang, tak paham bahasa.





Tapi kan, nak kata tak paham bahasa macam tak patut je. Sebab papan tanda dia memang da letak dalam suma bahasa yang kita biasa gunakan di Malaysia. Takkan tak paham2 lagi? Kalau tak guna bahasa2 ni, korang sebenarnya guna bahasa apa?





Nasib baikla pompuan2 kat Malaysia ni tau jaga santun bahasa. Itu yang orang berani buat tak reti tu. Tunggulah sampai pompuan2 dalam koc tu capai boiling point mereka. Sehingga tak kisah untuk membelasah mereka2 seperti kes di India ini? Keluar berita, buat malu saja.





Agaknya, tak perasan itu Ladies Coach kot. Mungkin jugak KTM kena ubahsuai jadi camni baru lelaki2 ni dapat kenalpasti mana satu koc wanita dan mana yang bukan. Biar terasa geli sikit nak naik. Tak macho la naik koc Hello Kitty brooo!





Dan kawan saya cakap, tolong jangan salah anggap. Mentang2 suma pompuan yang naik. Tak sumanya selamat, masih ada peluang untuk diserang oleh.....



*Siapa la yang buat ni. Kreatif betul, heee!*


Bold

Oleh itu, agak2 la okay. Nak naik tren tu tengok betul2. Kalau da suma dalam tu pompuan, keluar la. Be a gentleman. Kalau diri tak kisah nak jadi pompuan atau memang terasa awak tu sama saja macam pompuan ,

Then naiklah. *rolling eyes*


EEEEEEEUWWWW. Nyampah I!


3 comments:

Alynn Notnot said...

yo izzi! nice one.

aku pernah tulis pasal ni jugak.

memang berangin hidung aku.

ni haaaaa

http://malinot-malinorte.blogspot.com/2011/01/perangai-mintak-penampar-1.html

طالب الحب said...

Haha .. setuju2 ..
=D

IzziaraYusoff said...

thx. :) n to alynn, idung brangin takpe, jgn kuar angin lain pulak. heee. :D