Monday, January 17, 2011

ApaAdaPadaNama


Satu lawak. Kalau sekali dengar, mungkin kita join gelak sekali. Bila banyak kali lawak tu diulang2. Tak ke rasa bosan dan kadang2 pula, rasa annoyed? Dah tak rasa kelakar lagi.


Saya cukup jemu dan muak dengan satu situasi. Dulu saya rasa kelakar la jugak. Lama2, saya senyum kambing saja. Asal masuk sekolah baru, kelas baru, jumpa cikgu baru, mesti kena perkenalkan diri. Standard la kan? Jadi apa yang jemunya?




Sebab tiapkali kenalkan diri, saya akan berhadapan dengan situasi ini.



CIKGU : Kelas, tolong kenalkan diri masing2. Mulakan dengan budak yang sedang bajet ayu itu.

IZZI : Nama saya Izziara Mohd Yusoff. Tapi boleh panggil Izzi saja.



Dan yang bosannya, setiapkali ayat tu muncul, mesti akan dengar salah satu dari respon di bawah:



1) Ada yang pelik sebab jarang dengar.

“Haaaa? Nama apa pelik sangat dengar tu? Ada maksud tak? Siapa bagi nama tu?”



2) Ada yang rasa nama saya lawak sangat semata2 sebab kalau ditafsir dari English, maksud nama saya senang dan mudah.

“Izzi? That’s very easy right. Ahahahaha.”
*Ntah apa yang lawak pun tak tahu*



3) Ada jugak yang mengaitkannya dengan produk2 tempatan.

“Izzi? As in, like Izzi Perfume? Ada Izzi Maggi jugak kan? Kat Bangsar ada Restoran Izzi.”





4) Yang paling sedih, dikaitkan dengan beg roda.

“Izzi-bag?” (T_T)




Arrrrgghhh! Bosan!


Waktu saya kecik, memang suma ejek saya Izzi-bag, sampaikan kerap jugak saya nangis2 balik rumah suruh mak tukar nama. Bila besar, pun sama jugak. Ada je yang ejek2, tapi optimis punya pasal, saya anggap diorang cemburu sebab nama diorang tak seunik nama saya. Ahaha. Walaupun dengar macam perasan gila, tapi seriously, berfikiran sebegitu boleh naikkan self-esteem. Heeee. And the truth is, saya suka nama saya. Rasa tersendiri. Bila nama unik, senang orang nak ingat, tak payah nak ulang banyak2 kali.




Dilahirkan sebagai anak kepada Encik Mohd Yusoff ni, satu benda awak kena tahu ialah anak2nya nama memang suma pelik2, unik2. Tak percaya?


Kakak 1 - Adelina
Abang - Fezraal
Kakak 2 - Nelidya
Kakak 3 - Elaisya
Adik - Izziara


Tak ke pelik tu? Ada adik beradik atau kawan2 korang nama camtu? Kalau awak kawan saya, then yes, ada sorang kawan awak nama camtu. :)


Kalau ditanya pada mak, katanya nama2 adik beradik saya sumanya ayah yang letakkan. Waktu saya masih kecik, ustazah pernah tanya. Mana dapat nama tu Izziara? Kalau pertama kali dengar, saya pun tak tahu nama Cina ke apa. Sedih mendengar pernyataan tu, lepas tamat waktu persekolahan, saya pun berlarian balik tanya ayah, apa asal usul nama saya.


Kenapa Izziara? Kenapa bukan Isabella? Atau Hana Tajima?
*Monolog dalaman*


Kata ayah, sebab waktu saya lahir, minuman FIZZY-COLA tengah popular. Ada ke patut dapat ilham nama anak dari minuman soda. Rasa cam tak sesuai saja nak bagitau ilham nama saya tu kepada ustazah.
(T_T)


Kalau nak diikutkan, di sekolah rendah dulu, suma panggil saya Izziara. Takde yang panggil Izzi. Begitu juga di SAB, suma Izziara. Kecuali cikgu Sejarah saya. Puan Kalai. Panggil Izzi sebab katanya nama saya susah nak sebut. Itu pun sebenarnya saya mula2 tak selesa. Bila masuk MRSM, suma panggil nama pendek. Jadi melekatla nama panggilan Izzi tu sampai sekarang.


Cuma satu benda yang saya rasa agak sedih, ialah sebab Izziara tak ada maksud. Nama adik beradik yang lain saya tak pasti. Izz je yang ada. Maksudnya sama dengan Izzah. Kemenangan, kemuliaan. Itupun tahun lepas baru saya dapat tahu. Terharu gila. Terima kasih Ku Nurul Izzah, kalau bukan sebab kau, aku still ingat nama aku sama maksud dengan beg roda je. Heeee. :D


Mungkin jugak sebab tu, saya rasa pelik kenapa nama elok2, maksud bagus2, tapi nak jugak dikenali dengan nama panggilan yang ntah pape. Contohnya, nama Johari tapi suruh orang panggil Jay. Nama Zainab, panggil Zack. Yang lagi sedih, nama elok2 mak bagi, suruh panggil Bear, Black. Tak mungkin namanya Mohamad Bear. Atau BoldNur Black. Kalau boleh, panggil la nama yang ada maksud. Baru lekat sikit doa maksud nama tu kat tuan empunya badan, InsyAllah. :)


Zaman sekarang, jarang da dengar nama anak Aminah, Jamilah, Rosm*h. Ada unsur klasik sikit. Tapi Rosm*h tu agak tak berapa nak best sebenarnya. Heeee. Trend sekarang, orang lagi suka buang huruf ‘h’ di belakang nama masing2. Kononnya nampak lebih moden. Dalam IC Jamilah, dekat tag nama Jamila, dekat FB Jump-meela. Nak senang, panggil saja Jam. Da macam makanan da jadinya.


Kalau lelaki pulak, nak nama Daniel, Zikry. Moden2 belaka. Takde dah yang nama Jamil, Usop. Tak glemer da la kot agaknya. Jarang da dengar. Entah kenapa.


Kadang2 saya terfikir jugak. Nama yang kita guna waktu muda, sesuai tak kalau digunakan bila dah tua nanti. Contohnya, Kamal Rabani. Kalau masa muda panggil Kamal. Dah tua pun masih sesuai. Kalau nama Kamilia Aisyah, muda panggil Kammy, tua panggil Mak Kammy?? Nik Madihah pula jadi Mak Maddy?? Atau mungkin Farhah jadi Mak Over?

*Yang faham, biar faham. Yang tak faham, lantak je la.*


Agaknya kita wajar ikut senior saya dulu. Namanya Tengku Fatimah Nelly. KataBoldnya waktu muda guna Nelly, bila dah tua, guna Fatimah. Senang sikit nak adapt dengan usia.


Saya ingat lagi kawan saya pernah cakap. Jangan bagi anak kau nama Tasha nanti tau. Bila ditanya kenapa, jawapannya mudah. Sebab, kawan2 aku yang nama Tasha suma gedik2, jenis tak boleh buat kawan. Lorh. Boleh pulak macam tu. Ada je kawan saya nama Tasha tapi baik. Siap lawa pulak tu.

Kadang2 saya terfikir, mana lagi penting. Anak yang namanya sedap, atau maksudnya indah? Kalau diberi pilihan, saya ambil yang kedua. Sebab rasanya, bila maksud indah, nak sebut selalu pun rasa gembira. :)


Dan lagi satu, saya selalu fikir, nak nama moden2 sangat pun apa gunanya. As in cuba bayangkan bila dah tua. Bila muda Nik Idzni Dalila nampak macam moden, sesuai. Bila dah tua, jadi Hajah, orang tanya cucu nenek nama apa? Hajah Nik Idzni Dalila. Nickname Idzni. Nama kau?Nik Zainab. Panggil Jenab. Nama nenek lagi up dari nama cucu. Heee.


Apa pentingnya nama ni? Apa ada pada nama? Bagi saya, nama punya macam2 tafsiran. Punya pelbagai rahsia. Tapi nama yang sedap tak bermaksud orangnya pun secantik namanya. Dan definisi cantik juga berbeza2. Ada orang pandang luaran, dalaman. Dan ada juga yang nilai kecantikan dari sudut personaliti. Apa2 pun tak dapat dinafikan pemilihan nama tu penting. Sebab nama itu sebahagian dari identiti kita. Dan apapun nama kita, seharusnya kita bersyukur, sebab diberikan peluang untuk menghidupkan nama tersebut. Kasihan pada bayi2 yang dibuang, anak2 yang tak diiktiraf. Kadang2 nama pun tak berpeluang nak dapat.
(T_T)





10 comments:

Anonymous said...

Tah knp ak rs post ko yg nie mcm cute smcm. hahahaha~

Halimaton said...

wah indahnya nama kamilia aisyah... kalaulah nama sya seindah itu....

rasany kalau tua boleh kot panggil aunty kammy or mrs____ (isi ruang kosong dgn nama suami preferably diisi dgn nama radcliffe).... takdelah weird sangat....

cool giler post....
tapi knape farhah jadi over?? x faham lah saya (sambil buat muka blur)

lepas ni buat lah pasal kammy tu panjang sikit... teruja saya mendengar kisah dia pulak... takn slalu nak dgr sal izzie...

kiss kiss hug hug

kni said...

silap lah izzi..izz tu yg ada maksud- might/glory..

IzziaraYusoff said...

anony- thx. :)

ton- ye2. nnt sy wat post psl kammy, insyAllah. :DD

kni- adoi, slh info plak. takpe2. da amend balik. heee. thx. :DD

:D said...

wah nama kamilia aisyah.. kawan saya pun nama kamilia aisyah dan di panggil kammy... dia org iban... izzie boleh tak tulis something pasal org iban?

kiss kiss hug hug

Dayang Nabelle said...

hahaha.
mak overXD
gempak giler.

ni mesti kammy bagi komen iban2 ni.
hahaha

IzziaraYusoff said...

:D - disbbkn demand naik, tgk la mood cmne, ssuai tak nk tulis psl iban. ahaha. :DD xoxo jugak. :)

nabelle- tu msti antara kammy n maddy tu. ahaha. :DD

hazwani haris said...

mak nabelle. mak izzi. mak kammy. nenek wani lagi cool kot come on :D

coklat said...

omo omo! blog izzi!! heeyy!! hehehe. apape pon.. setuju dgn kata2 u.. heeee

LunaLittleFairy said...

Nama sy Tasha. In sha Allah xkan buat perangai gedik. Hehe.