Friday, January 21, 2011

JomPergiPawagam!


** Post sempena tak sabar nak tengok Khurafat, heee!*


Saya suka tengok wayang. Atau lebih tepat lagi, saya minat cerita seram. Kalau dapat cari geng yang sama minat genre ni, lagi best. Kawan baik saya dulu minat cerita seram jugak, selalu la jadi mangsa. Asal keluar movie baru, cari dia, tengok sama2. Cumanya, dia minat Twilight, saya pulak tak berapa minat. Tapi kalau dah bosan, apa2 movie pun layan saja.

Ramai budak laki yang suka download movie, jadi bila ada bahan baru, cepat je tersebar. Nanti mula la proses pinjam meminjam hard disk, CD.


Tapi rasanya tak sepuas tonton di panggung wayang. Sebab sistem suara dah lain, saiz skrin lagi la lain. Kalau di panggung selesa. Ini tengok kat bilik saya, kena bersempit2. Kadang2 sampai nak muatkan 6 orang atas katil single tu. Bayangkanlah.


Tapi bukan suma benda best bila kita tonton di panggung. As in, di samping tiket berbayar dan ke-tidak-ada-kuasa-an untuk memilih orang yang menonton di sebelah kita. Melainkan kalau pergi dengan kawan sendiri okay la. Kalau tak, tak payahla mengada nak marah2 orang tak bagi duduk sebelah.






10 Perkara Yang Buat Saya Tak Selesa Bila Menonton Movie di Pawagam Berdekatan Anda




1. Bila perut berkeroncong


Ni la yang terjadi pada saya sewaktu menonton Social Network. Movie tu lama. Saya dan kawan saya ingat dalam sejam suku saja. Sebelum masuk panggung, kawan saya makan mi kari. Saya yang bangun tidur lambat ni makan Ice Teller ( ala2 ABC) je sebab lambat sarapan, masih kenyang. Waktu nak masuk panggung, kami tak beli popcorn sebab masing2 masih kenyang. Dan malas nak beratur panjang.

Sekali lama gila cerita tu, perut saya da siap buat orkestra sendiri. Nak keluar beli popcorn terasa malas. Cerita tengah rancak. Nanti ganggu pandangan orang pulak. Kejap nak keluar, kejap nak masuk. Buat malu je. Nak tengok movie pun da tak dapat nak focus.



2. Bila sakit bontot dan kaki terasa semut2 masa nak berdiri


Ini masih lagi rujuk kepada Social Network dan kalau awak tengok cerita Hindi. Bapak lama. Nyesal betul tak tengok duration movie tu dulu. Dahlah perut lapar, bontot sakit. Memang kombo betul. Takkan nak berdiri tiba2 kat tengah2 wayang tu, sebab nak legakan kesakitan dan kekebasan yang dialami. Kena baling popcorn kang.



3. Bila ada orang asyik soal atau kritik tentang adegan movie


Orang camni, jangan pergi tengok cite seram dengan dia. Sebab nanti dahlah tak suspen, rasa sakit hati kena jawab soklan yang kita sendiri pun tak tahu. Eh, hantu keluar dari mana? Hantu dia kelakar gila owh. Buat gelak je. Kejap2, apa jadi dekat budak tadi tu? Hantu tu laki yang hilang tu ek? Dia mati kena bunuh ke?

MANA AKU NAK TAU! KAU DIAM BOLEH TAK??



4. Bila duduk sebelah orang yang da pernah tengok cerita tu


Dulu pernah sekali, saya duduk sebelah sorang mamat ni. Dia pergi dengan teman wanitanya. Cerita seram. Yang menyampahnya, dia ni duk la cerita kat gf dia apa yang bakal terjadi, ada hantu tak kejap lagi, siapa yang bunuh sebenarnya, segala perincian lah pokoknya. Tak rasa menarik lagi nak tonton sebab baru separuh cerita, mamat tuh da bagitau ending cerita tu. Kalau saya jadi pompuan tu, adalah agak tinggi peluang untuk saya cakap,

"Kalau kau tak berhenti cakap skarang, jangan contact aku da."



5. Bila ada orang pilih untuk buat wayang sendiri berbanding dengan menonton wayang


Ini saya ada dua pengalaman. Satu, pasangan Cina yang tak habis2 berkasih sayang dalam panggung. Satu lagi, pasangan Melayu yang bergaduh mulut sebab pompuan tu tuduh laki tu curang. Hairan kan? Berkasih-kasihan tu paham la kenapa pilih panggung, sebab gelap. Tapi kalau nak bincang pasal bf curang, nak nangis2 emo2 dalam panggung, buat orang jadi paham kenapa bf dia curang. Heee.



6. Bila orang buat taiko


Saya paling benci orang letak kaki atas kerusi orang depan. Come on la, common sense kot. Tak kisahlah sewangi mana pun kaki kau. Agak2 la bro. Saya ingatkan bila kita toleh, dia turunkan la kaki tu. Boleh dia senyum. Bila sound dia direct, baru mintak maaf, turunkan kaki.



7. Bila orang jawab panggilan lama2, kuat2 sebelah kita


Ada sebab kenapa aku sanggup spend RM11. Sebab aku nak dengar dialog yang pelakon tu tengah cakap. Sebab aku teringin nak tengok jalan cerita movie tu. Kau pelakon? Kalau bukan, then diam. Sebab orang bukan bayar untuk dengar suara dan dialog kau okay.



8. Bila ada orang over react


Kalau cerita kelakar, bila ada punchline, kita ketawa. Tapi tak ada lah ketawa lamalama. Ini sekali gelak dah lah kuat, berterusan pulak tu. Yang tak lawak pun dia masih gelak kuat lamalama. Dan kalau cerita seram, ada adegan suspen, seboleh2 tutup mata jerit kuat lamalama. Pastu buat bunyi,

‘urgh,urgh, urgghhh, apa tu? I takut, I takutttt! Tak nak tengok!’

Dah tau takut sangat, jangan tengok movie camtu lain kali.





9. Bila berdepan dengan orang yang bercakap dengan skrin


Contohnya, ada adegan laki ni diburu pembunuh. Dia tak sedar pembunuh tu ada belakang dia. Tibatiba jerit2,

‘Jangan, jangan! Dia ada kat belakang la! Tolehla!’

Itulah yang kita panggil masalah emosi ye kawankawan.



10. Bila tengah menghayati, tibatiba…


Nak buang air pulak dah. Ni selalu terjadi bila saya beli air saiz large. Tapi biasanya saya tahan je kalau agak2 dah nak habis movie tu. Tiapkali tu jugak, orang ramai nak masuk tandas. Dan pernah sekali, saya pernah bagi sorang budak kecik RM5 sebab tak tahan, mintak nak potong line. Adakah dengan itu saya dikira sebagai sorang individu yang terlibat dengan politik wang atau bahasa kasarnya rasuah?



Tak kisahlah kita menonton kat rumah ke, panggung ke. Mesej utama ialah kalau boleh elak2kanlah berperangai seperti di atas. Merimaskan, sumpah tak tipu.
Awak bayar, saya pun bayar.
Kita tonton samasama, diamdiam, baikbaik ek.


P/S : Idzni, Farhah, Kammy, Maddy, Abby, Skyn, Fadia, Wani, Dila, saya rindu waktu2 kita selalu hangout, cari2, tukar2 dan layan2 movie bersama di kolej dulu. :(



10 comments:

Anonymous said...

panggung dgr mcm punggung.kahkahkah~

nik idzni dalila said...

rindu jugaaaak! :(

Sakinah Mohd. Farit said...

aku pon! hari tu idzni pakse tengok paranormal activity 2! huwa! aku tak ske! =.="

IzziaraYusoff said...

anony- apekahhhhh. ahaha. :D

idzni- kan?? td tgk khurafat,over ckp seram. i rs cm tak. kalo u ade, msti kite gelak sm2 spnjg movie tu. (T_T)

skyn- ahaha. layan je la. kite tgk jgn tegur sm2 kan? ahaha. :D

MADDY said...

ku pun rindu jugak ! tak kisah lah kalau tgk 6 org atas katil ko lagi pun, nak buat lagiiiiii T.T

hazwani haris said...

wehhh aku ade dlm senarai ko tu kot T_T

haha sorryla aku mmg penakut tgk cite hantu, kalau aku x tido aku memekak je kacau org lain :P

Fadia Ilham said...

Awwwee, ak pun rindu zaman2 itu!
tp sumpah ak pun serious sakit hati tatkala benda2 yg ko tulis tu berlaku kepada diri ku yg sopan santun,tidak bersalah, manis lagi ayu ni owh! especially time ko rasa nak terkencing sgt2 tp movie tak habis lg! serious mengganggu konsentrasi tatkala terpaksa membuat cost benefit analysis samada nak a)korbankan time ke toilet and terlepas some parts of the movie or b) tahan kencing tp end up mengalami batu karang in the near future! hahaha....susah tu!
anyways, rinduuuuuuu ko sgt2 izziara! next time kite tgk movie sama2, kite bwk milo tabur sekali k! hahaha...

p/s: nice entry, as always!

IzziaraYusoff said...

maddy- agakla. sempit2 pun rs happy je time tu. :)

wani- ahaha. takpe2. pasni kna include dlm list ddk sebelah org y sembunyi2 blakang popcorn or main2 hp sbb takmau terjerit tgk hntu. ahaha. :D

fadia- milo tabur sah2 tak lpas weh. ahaha. siap buat analysis lg. aku biasanya tahan je, sbb tkut kang gi toilet, pastu msuk2 cinema da kosong. ahaha. :D

hazwani haris said...

hahaha tula pasal. tp aku memang x best dowh kalau dibawak tgk movie. suka over-reacting, as always :P

IzziaraYusoff said...

tak mengapalah. aku suda sdia maklum. n kwn punya psl, aku kasi ko pngecualian. heee. :D