Wednesday, January 19, 2011

JanganButaTuli


Setengah orang panggil kuaja. Setengah orang panggil kurang asam.
Mana mana je la. Nama pun sinonim, sama je maksud.


Rasanya, tak keterlaluan kalau nak kata dalam kalangan orang kita ni, ramai je yang kuaja. Bila beratur, sedap hati potong line. Kerja bahagian perkhidmatan, senyum pun tidak, nada percakapan pun kasar. Park kereta kat ruangan OKU. Kuar LRT atau tren, seboleh2 nak tolaktolak. Itu tak masuk bab tak pakai deodorant lagi. Benci betul.


Dan apa lagi yang saya benci? Guna unsur racism untuk perli kita.
Orang kita slalu cakap,


"Orang Melayu kena la tolong Melayu."


Masalahnya, camne nak tolong Melayu kalau diorang sendiri kuaja kat kita, cekik darah kita dan cakap putar belit? Kalau dah terang lagi bersuluh memang salah diorang, takkan kita nak buat buta dan tutup mata? Sebab apa, semata2 sebab sama2 Melayu?
Urgh, tak relevan langsung.


Baru2 ni, Sogo buat jualan murah untuk pemegang kad keahlian. Kakak saya ajak pergi sekali. Dan kebetulan memang saya banyak benda nak beli. Persiapan nak sambung belajar.
Jadi saya ikut.





Niat saya memang nak beli jeans kalau jumpa yang berkenan. Jadinya paham2 la orang pompuan ni. Bila sampai jabatan wanita (ladies department, heeeee!), jadi juling mata. Rambang nak pilih mana satu. 70%, 50% off. Sikit punya ramai orang tengah pilih2. Saya pun amik la
dalam 3-4 jeans, nak cuba.


Bila nak cuba jeans, takkan nak tanggal seluar depan suma orang. Kena la beratur nak masuk fitting room. Setiap satu fitting room tu, ada la dalam 5 orang beratur tunggu giliran. Kalau setakat nak cuba satu baju, memang tak berbaloi beratur sekali. Sebab tu ramai je yang cuba baju kat tengah2 orang ramai tu. Malas nak beratur masuk fitting room.
Ikut suka korang je la.


Saya pun beratur la. Depan saya ada dua orang. Dan ditakdirkan orang yang gilirannya sebelum saya tu, nak cuba BANYAK baju dan seluar. Bila dia masuk, lama la jugak kena tunggu. Belakang saya ada sorang makcik India, dan belakangnya ada sorang makcik Cina. Diorang dua2 nak cuba satu baju saja. Terasa macam 1Malaysia kejap. Sekejap je pun terasa cam harmoni berbilang bangsa. Sebab tibatiba ada sorang kakak buat kuaja.


Belakang makcik Cina tu ada lagi sorang. Jadi asalnya, ada 4 orang la dalam line tu. Tibatiba ada la sorang kakak Melayu ni, tak semena2 datang, suruh adik dia dalam usia lebih kurang 8 tahun beratur. Yang tak tahannya, suruh budak tu potong barisan, berdiri DEPAN saya. Kakak dia pulak pergi pilih2 baju. Kononnya mintak adik copkan tempat la. Amboi!
*Aku tunggu line sikit punya lama, kau sedap je potong kan.*


Saya renung tajam budak tu. Muka tak puas hati. Syukur Alhamdulillah, budak tu nampak renungan saya melalui cermin depan pintu fitting room tu, lalu berpindah ke belakang saya. Saya hairan jugak, makcik2 belakang tu apsal tak marah? Padahal diorang beratur pun lama jugak. Tibatiba terbit rasa diri jahat dan kejam, dengan budak kecik pun nak berkira. Tapi pikir balik, ah, kakak kau dah besar gajah kot, pehal suruh adik cut queue. Sungguh kuaja. Terus hilang rasa bersalah.


Lama sikit, orang depan saya tu tak keluar2 jugak. Entah dia mandi ke apa dalam tu, lama gila.


Pastu saya toleh belakang. Makcik India tu tanya saya,


“Are you guys together? Is she your sister?”


Saya geleng2 sambil jerit, “NOOOOOO!! NEVERRRRR!!”. Okay, tipu. Saya cuma jawab,

“Nope”.


Budak tu muka cuak dah, seolah2 mengatakan apsal mereka berinteraksi dalam bahasa asing? Apa yang mereka sedang katakan? Adakah perbualan ini mengenai anting2 ku?
*Monolog dalaman*


Seraya itu, makcik India dan Cina naik berang. Apsal budak ni potong line? Budak tu tak berganjak sikit pun. Dan saya pula, makin yakin dengan keputusan awal saya sebentar tadi, memang patut tak diberi muka kepada budak itu dan kakaknya. Makcik India tu cakap elok2, mintak budak tu beratur dekat belakang, ikut giliran asal. Dia buat tak reti je. Kakak dia tiba di lokasi, muka nak cari gaduh. Saiznya lebih kurang dua kali ganda saya. Terasa cuak sebentar. Makcik India dan Cina tu mula terangkan situasi sebenar kat kakak tu. Bagi saya, memang sopan abes la nada makcik tu guna.


Tapi kakak ni mati2 bertegas adik dia sampai dulu sebelum makcik2 tu. Katanya adik dia memang belakang saya. Duk makimaki makcik2 tu. Sah2 la tipu. Saya sendiri dengar dia suruh adik dia potong saya, berdiri depan sekali. Taik punya kakak. Dan saya memang pantang bab orang tinggi2 suara kuaja kat makcik2 tua ni. Sebab saya selalu terbayang kalau mak saya yang berada kat situasi makcik tu. Disebabkan tak tahan dengan suara sengau kakak tu, saya pun toleh, dan cakap,


“Agak2 la kak. Sah2 budak ni sampai lagi lambat. Makcik2 ni sampai dulu kot. Dahlah line panjang, tunggu lama. Nak cuba baju, beratur la elok2!”

*sambil kerut2 dahi, buat muka garang*


Tapi sebenarnya, cuak jugak, takut dipenyekkan kakak tu. Dia buat muka bengang, dan cakap, “Oh ye ke?”. Dah la tak mintak maaf kat makcik tu, dia terus tarik tangan adik dia pergi fitting room lain. Yang hebatnya, dia sempat jeling saya sambil mengomel,


“ Hish, Melayu apa langsung tak reti nak tolong Melayu.”


Saya jeling balik tapi tak menjawab balik ngomelan kakak tu. Makcik belakang pegang bahu saya, ucap terima kasih sambil tersenyum. Terharu sekejap.




Persoalannya, apa maksud Melayu tolong Melayu? Wajib ke tolong Melayu, sampai ke tahap itu? Kalau dia jenis sopan, takde maki2, takde sapa pun nak marah la. Dia tak rugi apa pun. Kalau tak tolong dia, saya kira apa? Melayu Murtad? Puh-lease la kak oi.
Saya benci betul bila orang guna ayat,


“Alaaa, kira halal la. Tolong sesama Melayu.”


Saya jenis tak suka nak racist2. Kawan2 saya pun takde nak Melayu je memanjang. Takde istilah asal Cina, India, takmau tegur, takmau rapat, takmau kawan. Konsep apa tu? Saya percaya, kalau kita tolong suma, nanti kalau kita susah, ramai akan tolong kita. Kalau kita kawan dengan suma, orang pun suka kawan dengan kita. Kita selesa dengan orang, orang insyAllah mudah selesa dengan kita.


Contohnya, nak beli hp. Kita akan pergi kedai Cina yang boleh bagi harga diskaun atau kedai Melayu yang kenakan harga tinggi, tak ada diskaun? Kalau nak minum2. Pergi kedai mamak yang harga boleh kawtim atau nak jugak pergi kedai Melayu yang harga airnya sama dengan Kenny Rogers?


Ada sesetengah memang saya pilih Melayu, selagi Muslim saya okay saja, as in kalau bab makanan, ibadah. Tapi itu lain, itu faktor agama, kita nak yang halal. Tapi kalau bab lain, saya memang ikut logik. Benda yang boleh beli murah kat kedai Cina buat apa nak bazir duit beli mahal2 kat kedai Melayu. Setakat nak hilang dahaga, pergi saja kedai mamak minum teh ais secawan, buat apa nak bazir pergi minum di restoran Melayu yang harga mengalahkan restoran Inggeris. Semangat kemelayuan yang terlampau ni kadang2 saya rasa tak kena. ‘Melayu’ itu sudah jadi satu jenama komersil. Bukan lagi satu identiti.


Pokoknya, kalau kena pada situasinya, saya tak kisah langsung nak tolong Melayu. Kalau tak kena, maaf, saya masih takkan tolong. Mulut selalu ucap 1Malaysia, tapi hati dan mentaliti kita sebenarnya seiring tak dengan apa yang bibir kita ungkapkan? Hairan kenapa bangsa makin mundur? Cermin diri kita, masyarakat kita, orang2 kita. Itupun dah cukup untuk dapat jawapannya.


Kalau kita tak reti hormat diri dan orang lain, jangan pertikaikan bila orang tak hormat kita.


P/S : Buat Anonymous dari post Fasha, aku tau kalo ko baca post ni, mesti ko lagi rasa aku tengah memanjang bajet aku bagus sangat je kan? Apa2 je la. Janji aku dan kawankawan aku yang lain happy selalu. :)



9 comments:

JUEK said...

ohooo izzi! aku rase ape yg kau buat n cakap betul2 kat budak tu mmg baguslah. bukannye kes nak tolong melayu ke tak. tp kene jgk hormat org lain, without nak ambil kisah bangsa ke agama ke. kalau dah tade perasaan hormat, kenelaa buat sth yg macamtu. bukannye kau tengking2 ke maki2 die ke. anyways, afta makcik tu cakap thanks, mestilaa kau rase tindakan kau tu betul :) hehe

Anonymous said...

aku pn benci bila sikit2 sebut melayu. asyik2 melayu, melayu. padahal bngsa lain baik je. kdg2 lagi baik dri melayu. bluwehhhh.

IzziaraYusoff said...

juek- urm, actually aku agak tertinggi suara sket time tu, heee. :D btw, aah, pas macik tu ckp thx, trus rs happy jap, lupa kakak annoying tu. :)

anony- btol btol! :D

Haq Mohaidin said...

patut kau cuba angkat jari tengah je kat dia. yakin2

:D said...

ku rasa ko patut cakap kat dia "eh budak, i think you have a D.U.M.B.A.S.S sister'' hahaha. pastu kalau dia tak faham ko jerit mcm helga dgn nada yg agak garau NOOOOOOOOOOOOOOOOOOO !


Xoxo

IzziaraYusoff said...

haq- kang angkat jari tgh, cuak plak macik 2 org tu.ahaha. :D

:D- aku tak terer la nk buat suara helga. kammy je pndai bab tu. kang tak jadi, buat malu je. abes kna gelak ngn budak tu. heee. :D

Dayang Nabelle said...

omg:O
asal tak pose kjap amik gmbar dorg we.
nak jgak tgok cmne muka dorang.
*geram giler berapi2 jantong

Anonymous said...

izzie, bc blog ko rs sm mcm ckp dgn ko. cuma beza pn, dlm blog ko mcm skema. kahkahkah. tapi sumpah weh, asal mn2 post ko, mst ad jgk bnd bangang ko selit bg kelakar. syabas bette! ~~

IzziaraYusoff said...

nabelle- takde ms nk tgkap gmbr dorg. bek aku camwhore sorang2. ahaha. :D

anony- erk. imej skema tu disngajakan. heee. thx kamu. :)