Sesetengah orang suka budak. Sesetengah tak suka langsung, macam alergik.
Saya bukan tergolong dalam kumpulan sangat penyayang dan saya juga taklah anti budak pun. Sedang2 saja. Mungkin sebab anak bongsu, takde adik. Atau mungkin itu sekadar alasan. Saya pun tak pasti.
Beza antara saya dan kakak sulung, 14 tahun. Dengan kakak atas saya, 7 tahun. Jadi suma orang da besar, saya baru terkedek2 amik UPSR. Kakak2 dan abang da kahwin lama, ada anak suma, saya baru nak masuk universiti. Adoi. Bayi accident camni la jawabnya.
Heeee. :D
Disebabkan jarak usia jauh, saya dah ada anak buah sulung seawal 11 tahun. Saya dan maknya beza 14 tahun. Saya dan dia jarak 11 tahun je. Jadi saya ala2 kakak dia la kiranya. Heee. Walaupun usia saya baru menginjak 20 tahun, saya da ada 5 anak saudara. 4 pompuan, 1 laki. Suma panggil saya CHUE ( ‘E’ itu perlu atas tujuan nampak glam sket). Meh saya kenalkan.
1. Tengku Sarah Nureena aka Sarah aka Presiden Angkatan Cucu2 Mohd Yusoff (ACMY)
Tahun ni masuk 10 tahun. Sarah memang petah bercakap sejak kecik. Anak tunggal,cucu sulung, kira taiko la. Tapi sejak aktif kuda dan swimming, makin gelap kulit. No 1 fan Justin Bieber.
2. Lya Umaira aka Kakak aka Maira aka Naib Presiden ACMY
Tahun ni masuk 5 tahun. Maira pulak lebih sweet, feminin sikit. Pemalu tapi kalau join sekaki dengan adiknya Hanna memang bley tahan penat gak nak jaga. Maira ni sejak masuk Genius Aulad da pandai baca banyak doa.
3. Sofiah Amani aka Sofie aka Setiausaha ACMY
Tahun ni masuk 3 tahun. Sofie pulak berat mulut sikit, diam orangnya. Tapi sekali bukak mulut, bapak kuat suara. Rambut ikut abang waktu kecil dulu, coklat nipis lurus lembut. Nak ikat pun tak boleh.
4. Lya Rihanna aka Adik aka Hanna aka Bendahari ACMY
Tahun ni masuk 3 tahun. Hanna ni memang tak reti maksud letih. Mulut pun slalu cakap2. Kuat merajuk pun ye jugak. Nanti dia akan duduk belakang sofa tunggu orang pujuk. Kalau orang buat tak tahu nanti dia jerit 'Adik rajuk ni!'. (-_-)
5. Daniel Ezz Hariz aka Hariz aka AJK ACMY
Tahun ni masuk setahun. Hariz pulak, cakaplah apapun dengan dia, jawapan yang kita dapat hanyalah, 'Abooooooo'. Ahahaha. :D Waktu lahir dulu dia tak cukup sebulan, jadi kecil je. Tapi sekarang, hasil minum susu badan, bulat berketul2 isi. Dia baru naik gigi kedua. Keje merangkak. Senang senyum. Jarang nangis. :)
Antara kesemua ni, saya rasa saya paling banyak luang masa dengan Sarah dan Umaira. Sebab Sarah memang sejak lahir mak saya jaga. Dari kena bedung sampai la reti berjalan. Waktu tu saya baru Darjah 5, jadi memang slalu tolong jaga (aka menyemak) skali. Umaira pulak sebab saya pernah kerja kat nursery tempat kakak hantar dia. Dapat la luang lebih quality time together.
Tapi kalau ikut mana yang senang jaga, saya akan cakap Sofie dan Hariz. Sebab Sofie ni jenis buat hal sendiri, manja2 dan susah nangis. Best betul. Hariz pulak suka lompat2 dan senang senyum, ketawa berdekah2. Hanna ni memang aktif amat, badan aktif, mulut aktif. Mencabar sikit. Hanna = AKTIF. Heee. :D
Saya pernah keje kat sebuah pusat jagaan kanakkanak lepas SPM dulu. Lama juga kerja di situ. Hampir 5 bulan. Jadi macam2 budak saya pernah jumpa. Yang suka cakap sorang. Yang manja, nak perhatian selalu. Yang kaki report. Ah, suma ada saja perangai sendiri.
Saya rasa situ titik tolaknya saya jadi lebih penyabar, penyayang. Sikit. Kot. Rasanya. Heee. Cuma ada masanya memang terasa panas sangat, rasa apa masalah diorang irritating sangat ni. Tapi bila fikir anak orang, anak orang Izzi, saya senyum je. Sekali pandang memang cute, tomey2nya. Tapi skali datang angin diorang, Tuhan saja yang tau. :)
SAYA PALING GERAM..........
1. Bila diorang pukul kita atau cubit kita sampai berdarah, mak ayah akan tetap menangkan budak tu. Kalau kita marah dia, dia nangis, kita dikira jahat.
Saya pernah berdepan dengan sorang budak umur 4 tahun yang bila mengamuk tak ingat dunia. Ditolaknya pinggan sampai tumpah semua sup, tolak tin susu sampai tumpah, cubit2 kita sampai berdarah, pukul2 budak lain sampai merah badan. Tapi bila mengadu kat mak ayah, of course, anak dia tak salah, kita menipu, mesti anak orang lain buat apa2, kita yang marah2 dia, baru dia mengamuk sampai macam tu.
2. Bila diorang suka pertikai apa kita cakap. Nak menang je keje.
Ni perbualan saya dan Sarah tak lama dahulu.
Sarah : Chue. Chue UPSR dulu dapat berapa A?
Izzi : UPSR lima subjek kan? Chue dapat 5A.
Sarah : Yelah tu. Tipu je keje. Tuhan marah tau. *rolling eyes*
Izzi : Erk. *sabar Izzi, sabar*
**Ni pulak lepas saya masuk A-Level
Sarah : Chue. Markah Matematik Chue berapa?
Izzi : Barubaru ni punya 84.
Sarah : 84 je? Eeeee, tak pandai la Chue ni. Cuba tengok Sarah. 98%.
Izzi : *sobs*
3. Bila diorang suka amik barang kita sesuka hati buat cam barang sendiri pastu kalau rosak buatbuat tak ngaku plak kalau barang murah takpe aku tak kisah tapi masalahnya kalau barang mahal beb, ni gua panas nih!
(sebut ayat ni dalam satu nafas ek)
4. Bila sesuka mana pun kita kat satu2 benda tu, kita kena jugak mengalah, takleh berebut2 benda dengan budakbudak.
5. Bila budakbudak dapat duit raya banyak.
6. Bila birthday, diorang dapat banyak hadiah, ada party pack, kek best2, buat kat tempat2 gempak, ada mascot datang meriahkan suasana, ada sesi buat tatu palsu, parti siap ada tema, bday girl pakai baju glemer.
Okay, ni kes dengki semata mata. Noktah. Tutup kes. (T_T)
7. Bila asal pergi kedai je suruh belikan dia apa2. Siap bagi list lagi.
8. Bila diorang mengada2 ala diva. Tak dapat apa dia nak habis melolong mengalahkan kena dera.
9. Bila diorang suka sepah barang pastu kita kena kemas. Japgi sepah balik. Buat penat je.
10. Bila kadang2 barang2 diorang lebih canggih dari kita punya.
Hp, laptop, baju, kasut. Memang serba serbi lumayan la. Hp kita kadang2 mono je, dia punya siap ada 3G lagi. Yang tak tahan siap nak nak banding2 dengan kita dan tanya2 kenapa takde application ini,itu. Sungguh sadis. :(
Apa2pun saya rasa zaman budakbudak adalah zaman paling best. Waktu tu, keje main je. Takde pun pikir pasal kena belajar, pikir duit cukup tak, pikir baju ni buat aku nampak gemuk tak. Pakai bedak bertampung2 pun tak kisah. Memang terbaiklah! Bila tengok anak sedara makin besar, baru terasa diri makin tua tapi perangai tak matang2. Adoi. Apa2pun, saya cuma nak bagitau anak2 sdara saya yang,
CHUE SAYANG SARAH, KAKAK, SOFIE, ADIK n HARIZ! :D
Semoga diorang membesar jadi anak2 yang soleh solehah, bijak belaka, hensem dan cute ala2 Chue diorang (nak jugak!), sihat serta jadi insan yang mampu banggakan mak ayah masing2 InsyAllah.
Amin. :)
5 comments:
oh.
aku memang tgh ngamok ngan budak sorg ni do.
kazen aku.
gila annoying,rase mcm nk tumbok tepat kat muka dia.
boleh dia cakap kat aku'HE,CEPAT SIKIT!NAK PAKAI LAPTOP NI'.
masalahnya,ni LAPTOP AKU PUNYAT_T
memang ^&^(*^$#$%^&$^&@%^
sumpah cute gler wehhh!! yg pst bkn mcam chue dia okehhhh. hehehe~
nabelle- refer point 3,4,8. totally dscribe situasi ko. ahaha. :D
anony- thx. ayat sblom hehehe tu jgn risau, sy akn wat2 cm tak dgr. ahaha. :)
Point no 2 tu bangang cmpur kelakar oh! hahahaha. aku fham perasaan ko time tu. sbar weh, sabar~~
esah- tau takpe. ahaha. :)
Post a Comment