Monday, January 10, 2011

CuakCuakBerani


Semalam. Satu kejadian yang boleh dikira paling menakutkan sepanjang hidup saya, HAMPIR berlaku.


Sekitar jam 2.07 AM, 9 Januari 2011, rumah saya hampir dipecah masuk pencuri.




Memandangkan suma adik-beradik suda berkahwin, ada anak2 masing suma, diorang tinggal asing. Tak tinggal sekali. Jadinya dekat rumah ni, cuma tinggal mak, ayah dan saya. Dan dalam rumah ni, cuma saya saja satu-satunya kelawar yang aktif, tak retireti nak tido awal.


Mak saya memang sekitar pukul 11 PM da tido. Biasala, nak awet muda, kena la jaga tido.
*rolling eyes*


Ayah saya pulak memang hantu TV. Kalau kat rumah, kalau tak jumpa kat mana remote control TV, kalau takde atas almari, mesti ada dalam genggaman tangan ayah.
(-_-)


Ayah saya punya sayang kat TV tu sampaikan dia suka tido depan TV yang berpasang. Agaknya, bila dengar bunyi iklan suma, dia tau TV tu tak dilarikan sesiapa. Kadang2 bila ada bunyi orang ubahsuai rumah jiran sikit punya kuat, dia boleh tidur nyenyak tapi bila kita tutup siaran TV, dia terjaga. Pastu bila bil elektrik naik, buat2 tanya siapa punya angkara.
(-_-)


Tiap malam dia akan tidur depan TV kejap, then lepas terjaga around pukul 1.30 AM, dia akan pergi set alarm, then tido dalam bilik.


Malam tersebut, saya tengah google2, chat2 dengan kawan kejap. Saya bangun, tutup lampu bilik. Tiba2 lima minit kemudian, saya terdengar bunyi grill bergegar. Sangka saya,

"Ahhh, rumah jiran tu."

Ye la, kang set otak ada hantu ke apa, lain cerita pulak. Sekali lama juga bunyi tu berterusan. Hampir 2 minit. Bunyi padlock berlanggar di grill. Saya dah mula cuak. Time tu, saya doakan mintak2 la tu hantu, bukan orang nak pecah masuk. Sebab so far, tak pernah saya dengar cerita hantu tetak2, rogol2 orang.


Saya bukak lampu tidur, lampu kecil tu. Keluar dari bilik. Nak pastikan bunyi tu datang dari rumah siapa sebenarnya. Nak keluar terus, saya cuak2 berani. Jadi saya jenguk2 kepala saja. Dan memang betul, confirm, memang bunyi datang dari pintu depan rumah saya. Saya masuk dalam bilik, kunci semua pintu. Pasang lampu bilik.


Saya pandang2 bilik tu, cari ada tak barang yang sesuai dijadikan senjata, kalau2 diperlukan. Tapi hampa. Yang paling gah pun cuma ada, sebilah gunting yang da agak tumpul, jarum peniti tudung, shaver, dan yang paling best, dua pengetip kuku. Ini kalau nak dijadikan senjata, buat malu je. Mesti kena gelak dan dibahankan perompak tu.
(-_-)


Dalam keadaan badan yang sudah mula menggeletar, saya cari hp saya. Nak call ayah. Yang sedang enak tidur, sampai ke bilik saya masih dengar bunyi dengkurannya. Ish. Saya dail nombor dengan harapan ayah bangun, jawab panggilan. Terpaksa call sebab saya takut nak keluar dari bilik.




Dan bila call masuk, alangkah bestnya saya rasa, sebab ayah saya pegi tertinggal hp kat ruang tamu. Memang NICE. Dan satu perkara kawankawan kena tahu ialah ayah saya ni, hp dia, volume memang terbaik punya. Bapak kuat. Sebab dia cakap, baru dengar kalau dering time mandi. Tapi biasanya, kalaupun hp dia berdering time dia mandi, bukannya dia angkat pun, dan yang lagi teruk, bukan dia dengar pun. Biar je. Jadi in other words, defeat the purpose of setting a high volume. Urgh.


Yang bagusnya, bila hp berdering sikit punya kuat tu, tiba2 bunyi grill bergegar tu hilang. Sertamerta. Mungkin dia tersentak, cuak dan berlari pulang takut mak marah. Bila dah tak ada bunyi, baru saya berani keluar dari bilik. Pergi ketuk pintu bilik mak ayah.


Diorang sahut, tapi tak keluar2 pun, entah2 tido balik. Terasa macam kalau perompak tu da masuk, sempat dia rompak habis dulu, culik saya dulu, baru mak ayah saya terjaga. Itupun silap2,

"Ahhh, tunggu esok je la kita cari adik."
(T_T)


Setelah 5 minit saya menggigil2 kecuakan depan pintu diorang, baru mak bangun sambil mata terkebil2. Saya cakap

"Ada orang nak pecah masuk rumah kita tadi."

Muka tak ada perasaan. Da tak ada feel sangat da, sebab moment itu suda hilang dek kelewatan respon yang diberi.


Mak saya pandang pintu tu dan cakap,

"Takde pun."

Ya Allah, sabar je la. Ayah bangun, muka tak puas hati apasal kejut pagi2 buta. Dia pergi check pintu depan. Tak ada sesiapa. Dia cakap, adik, angin je kot. Takde siapa ni. Mak lagi best, cakap, kucing kot. Kucing mana pulak yang tinggi amat sampai padlock.


Time tu, sumpah, badan saya menggigil ala2 pakai mesin pengempis perut Ogawa. Sikit punya takut, kalau2 diapa2kan. Terkejut. Dahlah saya saja yang berjaga. Camne kalau tadi dia berjaya masuk? Nak rompak barang, saya tak kisah. Tapi perompak zaman sekarang, segala ‘barang’ dia nak rompak. Badan, nyawa. Tak kisah apa da.


Ayah masuk bilik, teruskan beauty sleepnya. Mak pula terpaksa temankan saya tidur, sepanjang malam peluk saya sebab badan saya tak henti2 menggeletar. Sebab terkejut mungkin. Sistem saraf jadi bercelaru.


Esok harinya, ayah tanya saya, apa saya dengar. Soalan itu ditanya sambil kelihatan mimik mukanya yang macam, boleh percaya ke dia ni? Saya cerita kembali apa yang telah saya coretkan di atas. Dan ayah saya belek2 padlock. Belek2 grill.


Dan ternyata, saya tak bohong. Ada kesan pada padlock. Ade kesan pada grill. Dan memang ada call in dari hp saya pukul 2.07 AM. Waktu tu, perasaan saya bercampur baur. Gembira sebab dapat buktikan yang saya tak tipu tentang apa yang saya dengar. But at the same time, saya rasa cuak memikirkan keselamatan keluarga.




Mungkin kawankawan hairan. Kata ada alarm. Knapa cuak sangat? Sebab zaman skarang, ramai perompak yang pandai. Pandai matikan alarm, pandai matikan line telefon rumah, matikan elektrik. Dan seperkara lagi, saya baru tahu yang alarm tu akan berbunyi bila dia sentuh pintu kayu. Kalau baru grill, takde alarm nak bunyi2. Sedih betul. Teringat saya, dulu ada sekali kecoh2 rumah saya sebab alarm berbunyi. Rupanya ada musang, ekornya berlaga kat tingkap bilik belakang. Yang tu berbunyi pulak, yang penting ni, takde apa pun.
(T_T)


Pengalaman ni buat saya sedar banyak perkara. Dan buat saya takut banyak perkara. Antaranya, kat mana2 sekalipun, tak ada tempat yang terjamin keselamatannya termasuklah dalam kediaman sendiri. Apa2 jadi sekalipun, yang penting, keselamatan keluarga. Abaikan duit dicuri, barang dirompak, keluarga selamat Alhamdulillah. Dan saya syukur amat, rumah kami tak berjaya dimasuki pencuri, dan hal ini benar2 telah membuka mata kami sekeluarga agar lebih berhati2 di masa hadapan. Lepas ni, saya ingat nak simpan pisau dalam bilik. Garfu ke. Atau mungkin dua2. Sebab selain boleh jadi senjata, kalau2 nak curi2 makan makanan yang best, nak bawak masuk bilik, boleh guna garfu dan pisau tu. Heeeee.


Dan lagi satu, saya ada baca yang antara salah satu taktik yang perompak gunakan untuk pecah masuk rumah ialah dengan membuka pili air di luar rumah anda. Jadi bila dengar paip air tak tutup, orang bukak pintu nak pegi tutup. Waktu tu la mereka menyelinap masuk. Jadi kalau pasni, ada dengar bunyi paip air terbukak, biar je. Berapa sangat pun bil nak dibandingkan dengan risiko yang bakal diambil kalau kita keluar tutup? Mungkin bila diorang nampak kita buat bodoh je, diorang pulak tolong tutupkan balik. Heeeee.


Kawankawan jaga diri ye. Doakan agar kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang tak diingini. InsyAllah. :)




10 comments:

halimaton said...

orang nak masuk curi bolstie kot... anywho glad ur alright... nanti kite p tuntut silat baldi...

MACHETE said...

machete dont text
machete improvise :D


kammy, machete loves you

mate_sepet said...

bahaye doe, sebaik ko x tido lagi time tu. lg 1, nowadays ade tactic pkai ilmu hitam/pukau. cm kwn aku kne, semua org tido n x dgr bunyi ape lansung including jiran2 dye

IzziaraYusoff said...

ton- erk, takat nk curi bolstie, sila la amik.jgn kacau org suda. heeee. :D

machete- apekah ni. ahaha. :D

mate sepet- Alhmdulillah. owh, aah. tu pn btol gak. mcm2 skang ni. :(

shahrin said...

mai belajar silat
leh jaga diri
haha =D

syaa said...

tau la kite byk persamaan, tp smpai umah hampir kena pecah masuk pun nak kena same ke? hahaha..

tp izzi kne pagi2 buta, akak kne dh siang, dlm pukul 8 lbh krg..
kt umah nenek..mse tu berdua ngn nenek je, tibe2 nenek kejut kalut2 kata org tgh kopak pintu blkg.. pintu blkg tu, pintu kayu dlu, then grill kt belah dlm...gile jantung laju mcm nak terkeluar ah.. bangun2 je tu, intai2 sket sambil call ayah suruh balik skrg jugak!

mmg panik habis, tp alhamdulillah ah maybe sbb die tkjut, dgr suara mse akak bckp dgn ayah tu, die trus cabut lari.. dgr bunyi motor die pecut tp xsmpat nk tgk no plat pulak...

sgt nasib baik sbnanye die lari, sbb time tu mmg pintu tu dh berjaya dikopakkan pun.. and nasib baik jugak grill tu masih berkunci sbb awal pagi lg kn.. kalo x xtau ah, sbb ayah akak nk balik from pjbt tu pn makan 30 minit jugak nk smpai..

sejak tu mmg trauma habis, tido xpenah lena, asyik terjaga je tgh2 mlm.. dgr bunyi cicak pun boleh berderau darah..
nenek pun trus dh xberani nk g cabut2 rumput kat luar rumah bile xde org..

ok dah abes cite.. mcm post sendiri dh ni ha.. hahaha..
zmn skrg ni mmg bahaya, penjahat sume dh makin ganas.. duk rumah pun mcm xslmt.. lg risau sbb kte sbg pompuan, faham2 je lah kan..

IzziaraYusoff said...

shahrin- sy pnah je blaja silat. tp time tu, drjh 4. skang lupa trus. ahaha. :D

syaa- woooo. kita bnyk bnd sm. heee. btol2, syukur sgt tak smpat masuk. izzi pnye tak smpt kopak pintu ape pun. itula, izzi pn bukan risau psl rompak, risau isu lain snarnya. mmg paham ape y dirisaukn bila kte pmpuan. :)

Anonymous said...

nasib baik takde pape bnde yg buruk berlaku..=)
pape pun amik iktibar lah aas kjadian ni..
mngkin arini ari izzi,esok luse ari kita plak..
so berwaspadalah semua..=)
-zhafran-

Dayang Nabelle said...

Alhamdulilah,seb bek xde papa zi.
aku plak seram sjok baca post ni.

dpt imagine ketakutan yg ko rasakan we.
takotnyer:(
Nauzubilah.

IzziaraYusoff said...

zhafran- itula, Alhamdulillah. btul2. izzi sndiri sblom kena pun takde amik tahu sgt psl bnd2 ni.

nabelle- cuak amat weh. aah, harap dijauhkan la sgala y tak diingini ni.amin.