Sunday, January 2, 2011

KitaSEKSIS?



Lumrah seorang pompuan. Tiap bulan datang haid. Apa yang tak best bila kita period ni?


Peluang untuk bocor dan senggugut.


Dan tiapkali saya senggugut, mak akan cakap,


“Ni baru senggugut. Dah over2, tergolek2 atas katil. Cuba beranak nanti. Lagi sakit.”


Dan ketahuilah. Pernyataan itu sangat tak membantu. Pernah sekali kawan saya yang berlainan jantina mintak saya describe sakit senggugut. Saya jawab, samalah macam korek2 mata dan cabut kuku kaki. Dia buat muka ngeri. Padahal saya cuma describe ikut adegan yang saya ingat dari Saw dan Long Khong. Heeee. Tak tahu nak describe camne. Sakit. Tak selesa. Yang lagi teruk, muntah2, tak lalu makan. Tu je la.

Jadi kenapa yang saya beria2 nak cita pasal senggugut ni?

TAKTAK, SAYA TAK PERVERT!

Ni bukan topik saya. Cuma kaitannya, setiapkali saya senggugut, saya akan terfikir,



KAN BEST KALAU JADI LELAKI…..



Senang. Takde nak cuci2 tuala wanita. Takde nak rasa tak selamat takut2 risiko diapa2kan as in dirogol, diraba. Takde sapa nak kecoh2 kalau naik jerawat. Takde curfew. Tak payah bersalin. Takde senggugut. Aurat pun sikit je banding dengan pompuan.






Tapi bila pikir2 balik, sedalam2 mungkin. Saya rasa. Takpe la, saya syukur sangat saya pompuan. Payah woooo jadi lelaki ni. Kalau nak jadi laki yang hot, berketrampilan, ramai peminat, lagi la gigit jari. Tambah2 di alam metropolitan ni. Heee. :)



KENAPA?



1. Bila memikirkan tanggungjawab berat

Lelaki itu suami, ayah, anak lelaki, abang, adik lelaki. Besarnya tanggungjawab ni. Sebagai suami, harus berlaku adil terhadap hak isteri. Beri nafkah zahir batin. Dahlah sekarang kos hidup makin naik. Laki juga bertanggungjawab atas ibu, adik dan kakak. Kalau tak jalankan sebaiknya, mereka2 ni, boleh tarik dia dari memasuki pintu syurga. Berat tuh.



2. Bila makin besar

Masa orang tengah bercuti sakan, kena berkhatan pulak. Dan bila capai usia baligh, senang saja orang nak perasan. Habis misai jambang mula naik. Makin kurus, tinggi menggalah (okay, part ni saya jealous). Dan satu kebiasaan dalam keluarga saya, asal ada saja sepupu yang pecah suaranya, habis dibahan sampai merah muka. Tapi kalau sepupu pompuan baru period, semua segan nak cakap apa, takut dia malu. Ahaha. :)



3. Bila dah makin dewasa

Berbeza dengan pompuan, bila da umur 20-an da segan nak mintak wang belanja harian dan duit isi minyak motor kat makbapak. Parents pun takde hulur2 sangat da. Silap2 suh keluar, sewa rumah lain sebab nak ajar berdikari. Bil sewa, air, elektrik lagi. Syampu suma pun da kena beli sendiri, tak boleh bantai adik punya da. :)

Bila dah duduk luar, takkan tiapkali lapar nak serang rumah mak. Confirm masak sendiri, which is jarang sebab malas dan tak berbaloi masak sorang je makan. Kalau sewa rumah bujang ramai2, masak Maggi sepeket kena share 10 orang pulak, mana kenyang. So keluar makan luar. Keluar duit lagi tu bro.



4. Bila nak bergaya

Zaman sekarang, ramai lelaki metroseksual. Kalau dilihat2, jumlah produk penjagaan muka saja pun dah penuh meja. Belum lagi masuk almari pakaian. Suma nak Raoul, Calvin Klein. Rambut nak kena pacak2. Tak main la sikat tepi cam zaman2 ayah ngorat mak dulu. Perfume saja pun da Polo Sports, Hugo Boss. Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki memang kena gah la. Sebab ingatkan camtu barulah pompuan tak lari bila kita approach. Baru pompuan siul2, pandang sampai nak terbeliak mata bila kita lalu depan dorang. Suma tu ingat bayar guna daun kering? Guna duit tu. Bab penampilan da berapa da habis.





5. Bila berhadapan situasi yang mencuakkan

Terpaksa jugak buat2 berani. Kalau ada laki kacau gf, takkan nak biar je. Nak jugak jaga macho, bertumbuk2 kat situ. Kalau beg tangan gf diragut, takkan nak gelak2 sambil cakap padan muka kat dia. Kena gak la pergi buat2 kejar. Dan kalau pompuan takut lipas, orang rasa boleh paham, rasa kelakar dan comel. Tapi kalau laki takut lipas, kita rasa dia patut dilempang. Sungguh double standard. :D



6. Bila nak ngorat

Pompuan2 zaman sekarang da moden, da ada expectation tinggi2. Setakat skill menulis surat yang hebat beserta tabur2 bedak bagi surat wangi dah tak pandang da. Kena yakin. Pandai bersembang, cari topik. Kerja kena stabil. Penampilan kena jaga. Siapa nak kalau gigi tak bergosok, baju compang camping? Kena belajar skill nak approach pompuan suma. Sebab biasanya, langkah pertama diatur oleh lelaki. Kena hadapi risiko malu lebih tinggi kalau2 di reject mentah2. Pompuan senang je, tunggu masa diapproach. Kalau yang agresif sikit, dia je bangun pergi tegur. :)



7. Bila dah ada teman wanita

Waktu di awal Tingkatan 5, di sekolah saya, diadakan satu motivational talk. Penceramah bicara isu masa depan. Dan katanya, lelaki zaman ni, kalau tak ada duit, memang pompuan tak pandang. Versi lebih mudah, NO MONEY, NO LOVE. Kenapa?

Mana taknya. Hadiah birthday, anniversary. Asal keluar dating, beli tiket wayang, gf shopping, makan2 suma dia je yang tanggung. Nak jaga ego punya pasal, itulah padahnya. Itu belum duit yang keluar sebab nak call, SMS dia selalu. Tambah2 kalau gf jenis kuat merajuk. Mau tak laju kredit jalan. Heeee! :D



8. Bila nak kahwin

Dulu kalau boleh sediakan tawaran duit hantaran RM5000, da ramai makcik yang beratur nak recommend anak dara masing2. Skang ni, kalaupun offer RM7777 (kan trend skang angka ganjil), silap2 makcik pandang sebelah mata saja. Mak mertua zaman2 millennium ni, da siap ada senarai semak. Menantu kena ada kerja tetap, kereta sebijik, rumah sebijik.

Baru je lega lamaran da diterima, timbul pulak isu kos barang2 perkahwinan, bunga telur makin mahal, katerer da mula demanding, hantaran nak yang berjenama saja. Lagi banyak dulang, lagi mak mertua suka, bajet lagi nampak kaya. Sebenarnya nak menunjuk je. Habis kahwin, baru fikir,


“Suma duit da habis. Aku nak sumbat perut bini aku guna apa? (T_T)”


Itulah antara dilemma yang saya RASA lelaki zaman sekarang alami. Saya boleh rasa je la, tak pasti betul tak. Sebab saya pompuan. Heee!

Lepas baca suma ni, perasan tak, susah kan jadi lelaki? :)

Jadi kepada insan2 di luar sana yang bergelar lelaki yang berjaya harungi suma ni,


SAYA SALUTE AWAK. :)


Dan saya cukup sayang dan kagumi lelaki yang sentiasa ada dalam hidup saya, ayah dan abang saya. Yang bagi saya cukup menggambarkan apa yang patut saya cari dalam bakal pasangan saya nanti. InsyAllah. :)






Kepada suma lelaki di luar sana, wanita itu amanah dari Tuhan. Jangan disia2kan. Banyak saja kelebihan sebagai lelaki berbanding wanita. Pompuan auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Pompuan perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Pompuan menerima pusaka kurang dari lelaki. Pompuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Pompuan wajib taat kepada suaminya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Pompuan kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.


Dan buat kaum Hawa, ketahuilah, pompuan perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang pompuan? Pompuan terima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak. Pompuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Seorang pompuan boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

Sembahyang 5 waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Taat pada suaminya
Menjaga kehormatannya


Jadi, bila pikir2 balik, beruntung kan kita dilahirkan sebagai pompuan? :)





10 comments:

saya miqdad said...

perghhh.. im driven!

londoner said...

Like this post :) btl, jd lelaki ni ssh, kna prepare dr muda lg utk tggung smua2 tu.

Lucy S. said...

awesome :)

IzziaraYusoff said...

miqdad- good for u. :)

londoner- yup.thnk God im a girl.heee. :)

alynn- thx. :)

karipaptelur said...

lepas baca entry nih baru aku terpikir susah jugak jadi lelaki..bersediakah aku untuk menjadi lelaki contoh untuk bini dan anak2ku?hurrmmm...insyaAllah~~

*pasal senggugut,aku pernah terdengar kat wanita hari ini doktor sakit puan(dr. ismail tambhy kot) cakap salah satu cara yang boleh menghilangkan senggugut ialah dengan kahwin awal..tapi xtau btul ke x..

IzziaraYusoff said...

cm pelik je, laki bru prasan susah jd laki. ahaha. urm, ye ke tu solution utk senggugut? kalo tak btul kang tak pasal2 plak. :D

Berudu Tigarasa said...

aq penah fikir cam ko jugak la izzi!tp mase blum matang lagi la.
xsangka.haha ;)
tapi bila dah besar baru dapat fikir rupanya jadi lelaki lagi susah kan.

syaa said...

pnah jugak dgr psl kawen awal tu, tp mcm lain sket..
katenye kalo pompuan tu slalu senggugut teruk, tp if dh penah lahirkn anak, die pny severity of senggugut tu berkurang lps tu.. rasenye lah..
tp lbh kurang cmtu ah..

n pnah dgr jugak dlm WHI rasenye yg ckp pompuan yg slalu senggugut teruk ni susah sket nk mengandung...
die ade related to hormone or something cmtu..

(ape kes? post psl jantina, tp psl senggugut jugak jd topik. haha)

IzziaraYusoff said...

ainul- takpe, bukan kau je y pkir cmtu. heee. :D

syaa- erk. kalau senggugut tp tak truk sgt pun susah nk ngndung gak ke? uish cuak dgr tu.kna check dl la bfore kawin. ahaha. :D (takpe, snggugut pn msuk dlm topik gak.heee.)

syaa said...

haha! silalah check! nnt jadi drama mertua vs menantu pulak kang kalo x mengandung2.. :P