Saturday, November 27, 2010

Beliau

*Maaf. Atas nasihat dan permintaan keluarga, saya edit post. Ramai suggest delete, tapi setakat edit da cukup. Saya guna *beliau* tapi kalau hayati betul2, anda faham saya cakap pasal siapa kan. :) *

Dalam post sebelum ini (DuaPuluh) pasal azam saya bila da cecah 20 tahun, saya ada masukkan sekali nak mula minatkan diri dengan akhbar serius. Akhbar2 ni penuh dengan isu politik.

Saya tak berapa minat sangat politik. Saya tak anti BN dan bukan juga anti PKR. Saya cuba untuk elakkan menulis soal politik dalam blog tapi kali ni serius tak tahan. Kawankawan, please bear with me k. :)

Saya cuba yang termampu untuk lunaskan azam nak minat NST suma, selak banyak2 kali, cuma satu hal saja yang buat saya rasa bosan, menyampah, hilang minat.

Setiap hari ada gambar BELIAU. WAJIB ada.

Dan bila saya cakap setiap hari, maksudnya, SETIAP HARI dalam SETIAP AKHBAR UTAMA DI MALAYSIA ada gambar BELIAU.

Beliau bagi selendang dekat isteri Presiden Myanmar la, beliau dapat anugerah, sesi mesra rakyat bersama beliau, beliau lawat mangsa kemalangan, beliau lancar ini, beliau lancar itu. Dan kadang2, tak penting langsung, banyak lagi berita lain yang jauh lebih mustahak tapi slot untuk diorang ni kecik saja. Sebab apa agaknya kawankawan?
Ye, tepat sekali.

SEBAB NAK LETAK GAMBAR BELIAU.

Lagi besar, lagi bagus. Kalau nak bodek sangat, kenapa tak diwajibkan saja setiap akhbar utama di Malaysia wajib guna gambar beliau sebagai penyeri halaman utama setiap hari. Terus terang, saya tak rasa hairan kalau satu hari nanti, beliau jadi cover model untuk Pancaindera. -.-

Dan terus terang, budaya membodek ni makin lama makin susah nak dikawal agaknya. Muka PM kita jauh lebih jarang dilihat di media berbanding isteri beliau. Kalau dari sudut kepentingan, siapa lagi berkuasa sebenarnya? Suma berlumba2 nak jadi jambu beliau. Amik slot sampai dua mukasurat besar di akhbar, letak gambar beliau besar2, tanda berterima kasih kat beliau. Sampaikan ada yang terpaksa jugak sukasuka reka anugerah baru yang dicipta khas untuk dikurniakan pada beliau, tak ada calon lain tau2 da menang kat beliau, nak amik hati beliau. Haritu beliau dapat Anugerah Wirawati 1Malaysia. Apakah?! -.-

Sebab apa beliau yang dapat? Karisma dan perjuangan? Sumbangan? Pengorbanan? Atau mungkin sebab beliau ialah isteri PM? *huh*

Kalau awak tanya saya siapa dalam Malaysia ni yang gila publisiti, ikut susunan, saya akan jawab:

  1. dR Rozmey
  2. *Beliau*
  3. Ku Li
  4. Ayu Raudhah
  5. Rozita Che Wan

No 1- Tak sudah2 dengan iklan gah 2 Alam dia tu.
No 2- Impian masa muda nak jadi model tak dapat agaknya, da jadi isteri PM baru dapat peluang, guna semaksimum mungkin.
No 3- Tak habis2 promote kempen dia, condemn dan jatuhkan orang lain waktu pilihanraya yang lalu, mana2 akhbar pun blambak2 gambar dia, saiz besar plak tu, gambar sapa2 pun mesti ada muka dia terselit jugak.
No 4- Tak putus2 duk cerita dia nak kawin dengan Zaquan Adha padahal keluarga dan Zaquan tu diam je, kalo tak jadi ish3 bapak malu, siap kontroversi tikam lidah dengan Rita Rudaini suma, Ayu tu join family Zaquan pun blom, at least Rita da sah menantu keluarga tu. Patutnya takyahla over2 sangat.
No 5- Duk bising2 VIP ni kaco dia, VIP ni nak dia, berjuta2 kali bising2 umum nak bersara tapi cam tak ada gaya pun. Ada je muka dia. Nak bersara sangat buat je la diam2, saja nak umum kat media banyak2 kali pehal.

GILA PUBLISITI! -.-

Kalau senarai itu diteruskan, kemungkinan besar awak dapat lihat selebriti lain join skali seperti Didie Alias, Memey, Azwan Ali dan ramai lagi.

Bila bukak Metro dan Kosmo rasa tenang sket. Walaupun ada dR Rozmey plak take over tempat beliau, tapi takpe la. Sebab muka dR Rozmey tak plastik, walaupun kurang kacak, tapi wajahnya asli. Dan walaupun rambut dia unik, tapi itu lagi ok di mata saya, dia tak payah sibuk2 nak blow rambut kasi kembang2, besar2, tinggi2. Dia tak senyum paksa macam sorang tu, rimas betul tengok.

Tapi kalau satu hari nanti tetiba dR Rozmey berkolaborasi dengan beliau nak promote pe2, Jusmate ke *muahahaha*, abes la tak tahu nak baca akhbar apa dah, sebab suma penuh dengan gambar kedua2 individu itu. Slot untuk berita lain kena dikurangkan, sebab kebanyakannya dicanang dengan gambar mereka berdua, berebut kolum, kejar publisiti. Time tu, bila suma orang da muak dan mual, insyAllah publisher Harakah akan untung besar. :D

Kalau diorang terbitkan filem bersama, tak tahu gambar siapa yang akan lebih besar dalam poster filem tersebut. Para pelakon tak payah berangan la nak dapat exposure, gambar besar2, kalau ada diselitkan satu gambar mereka saiz kecik dalam poster tu pun da kira cukup bagus.

Jadinya, saya ambil keputusan untuk malas nak minat2 akhbar serius bab politik ni. Azam nombor 10 dengan ini dibatalkan, keluar dari senarai, berkuatkuasa sertamerta.

Dan sebagai tanda penghargaan kepada beliau sebab jadi subjek saya dalam post ni, saya terlebih dahulu nak minta maaf sebab saya cuma mampu namakan post ini sempena nama samaran beliau. Tajuk tukar, gambar saya remove, jaga sponsor punya pasal. Yang penting, isu utama saya kekalkan. Harap beliau tak marah sebab saya tak mampu berikan hadiah mewah ataupun sebab tak cukup duit nak sewa kolum di akhbar untuk paparkan gambar beliau.

Sorry ek awak. Belambak benda lain yang lebih bagus saya boleh buat guna duit tu, dari sewa kolum mahal2 letak gambar beliau, baik letak gambar Lisa Surihani. Lagi cun.

Teehee! :D


8 comments:

londoner said...

ahahahaha..agak btl, mcm menteri x berportfolio..tp at least dia ada video clip karaoke :DDDD

IzziaraYusoff said...

video tu, urm, menarik kalau dituju pd y tersayang agaknya. :D

karipap telur said...

sgt setuju dgn pndgn anda..
even dlm buletin utama setiap hari ada muka beliau dgn aktiviti yg tah pape..
mungkin org media tau yg suami beliau amat patuh pd beliau a.k.a. takut bini..
mungkin ptt diberi jwtn pd beliau sbg penasihat perdana menteri..

IzziaraYusoff said...

kalo cmni, lama2 mungkin jd plakon jugak. pnyanyi dan model da pnah da. :) sian, abes fasha sandha takde job. :D

Haq Mohaidin said...

TULIS NAMA ROSMAH TERUS SUDAH. KEBEBASAN BERSUARA KAN

IzziaraYusoff said...

Agak2 hari2 dia google nama dia tak? ahaha. :D Nama je kebebasan bersuara, demokrasi, tapi takla bebas mana sangat pun haq. BikMama kot. :)

syaa said...

sama. sumpah meluat. bajet penting je die tu. dulu wife tun mahathir xde plak camtu. bini PM jugak.

mcm sgt laa gile publisiti, nak perhatian. duduk je la diam2 dlm banglo mewah tu yg nak sebok2 sgt ni kenape! rimas la tau tak!! kdg2 bnde yg dibuat tu xde pape pun tp publisiti lebih..

IzziaraYusoff said...

nseb bek k.syaa kat uk, tak tgk local paper, mmg ari2 ada, lagi rimas. :)